Pages

Saturday, February 20, 2010

My family 1

Saya seorang ibu yang menggelarkan diri sebagai "Ummi" untuk anak-anak tersayang,

panggilan manja "Yang" dari suami tercinta..

"Ayang" singkatan Sayang oleh ibubapa & adik beradik,

"Yayang ~ Ayang" ~keluarga sebelah Abah.

Rahah di kalangan rakan-rakan dan sanak saudara di sebelah Emak,

Nora bagi rakan-rakan internet dan Nor dalam urusniaga.

Banyaknya nama panggilan... tapi semua tu dari singkatan nama penuh NORAHAH..

(bermaksud Cahaya Kerehatan atau Cahaya Kegembiraan).

"Sayang" panggilan semasa baby kekal sampai la ni.. mmuaahh!! "Love this 2 names so much.."

Terima kasih Emak & Abah atas pemberian nama ni..
"I LOVE BOTH OF YOU. "


Anak ke 5 dari 8 adik beradik (3 orang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan). Kami di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh Emak & Abah. Sejak dari kecil telah melihat begitu besar pengorbanan Emak & Abah membesarkan kami dengan susah payah, membanting tulang empat kerat dan kini keduanya telah menjangkau usia emas..
Istimewanya Emak.. semua pakaian anak-anak di jahit sendiri dengan kreativitinya. Manakala masakkan Emak memang sedap walaupun tanpa bubuh perasa tambahan "monosodium glutamate". Hidangan airtangan ibu la paling menyelerakan. Emak merupakan seorang yang rajin, penyayang dan amat tegas dalam serba serbi.

Abah pula dengan jerih payah mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya ke tempat kerja meredah hujan panas untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga. Sakit pening kami dan melayan kerenah anak-anak di lalui oleh mereka dengan tabah. Bila anak-anak dah dewasa dan mula bekerja mereka mula merasa sedikit keringanan bebanan. Abang kedua memberikan motor 'scrambler' buat Abah menggantikan basikal yang dah banyak berjasa selama ni.. Eheh.. gaya orang muda Abahku ber'Scrambler'. Abah merupakan seorang yang lembut hati, penyayang, penyabar dan rajin bila bekerja. Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka berdua.

Sebaik mungkin kami akan menjaga mereka, apatah lagi dengan keuzuran mereka kini..
Kakak Norafizah anak ke 3 ibu tunggal beranak 2 yang banyak berjasa pada Emak & Abah dengan membenakan mahligai baru buat Emak & Abah bersama keluarganya. Kakak telah lama berhenti kerja sebagai operator Motorola walau bagaimana pun rezekinya tetap ada. Alhamdulillah!
Di samping kakak dan anak-anaknya yang tinggal serumah dengan Emak & Abah, saya, abang ke dua dan adik bongsu tinggal berhampiran, jadi memudahkan kami mengunjungi mereka. Kami sentiasa do'akan kesejahteraan Emak & Abah juga semua ahli keluarga.



"Bismillah hi rahmaa nir rahim ~ Robbighfirlii wa li waa lidaiya warhamhumaa,
kamaa Robbayaanii shoghiiraa ~ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibu bapaku
dan kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil.
Amiin... "

Emak dan Abah tersayang.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails