Pages

Friday, March 12, 2010

Congratulations Syafiqah!!!




Pada pagi ini 11hb. Mac, 2010 adalah tarikh yang dinanti-nanti oleh seluruh pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2009. Keputusan di umumkan. Termasuklah salah seorang anak buahku.

Dalam debaran Syafiqah dengan di temankan Ibunya yang di kasihi Norafizah, saya dan Suami ke dewan SAMT Tinggi Hisamuddin, Klang pada pagi tersebut. Kelihatan wajah-wajah riang anak-anak yang telah mengambil keputusan, sure dapat result bagus la tu.. ada juga seorang dua berjurai airmata.

Pertama kali melihat anak-anak sekolah ni mengambil keputusan peperiksaan penting seperti ini.... anak sendiri pun setakat ni tak pernah kami temankan. Memandangkan sekolah mereka dekat dengan rumah dan mereka memang tak nak Ummi dan Abah bersama ketika menghadapi saat teka-teki mereka memperolehi jawaban di atas prestasi pelajaran mereka selama ni.

Syafiqah melangkah ke ruang meja guru yang bertugas menjaga keputusan kelas masing-masing. Bersalaman dengan ceria setelah beberapa bulan tidak bertemu dengan gurunya. Syafiqah menanti dengan sabar ketika guru bahasa Inggerisnya mencari slip keputusan..
Slip dah berada di tangan guru....
Cikgu mengira.. "1, 2, 3, 4, 5, 6..... Tahniah, awak dapat 6A!"
Tersengih-sengih anak buahku. Lega!!!! Alhamdulillah. Aku pulak yang terlebih excited dari ibunya sendiri.. ku peluk dan cium anak buahku ini.

Ku memanggil kakak yang berada jauh di muka pintu dewan, ku tau dia lebih berdebar dari anaknya... Syafiqah ni sempoi betul.. selamba jer!!! Selepas menghampiri anaknya, anak buahku menunjukkan slip keputusan pada Ibunya.


Tersenyum si Ibu meneliti satu persatu keputusan setiap matapelajaran... bersyukur beliau ke hadrat Allah melihat kejayaan anak seadanya. Kami mengucapkan terima kasih pada gurunya yang kelihatan gembira di atas kejayaan anak muridnya.

Guru mana yang tidak gembira pabila anak didiknya memperolehi keputusan memberangsangkan... sudah tentu ia di kongsi bersama.

Kami do'akan agar Syafiqah akan melangkah lebih jauh ke hadapan lagi.. Besar sudah pengorbanan Ibunya begitu tabah mengharungi pelbagai onak dan duri kehidupan.. semoga dengan kejayaan anaknya ini akan memberi kekuatan dan kelegaan pada dirinya.

Ini baru permulaan... mudah-mudahan Syafiqah tabah menempuhi hari-hari mendatang dan berusaha lebih semangat lagi agar membuahkan hasil yang lebih ranum. Sebagai Mak Cik kami juga menumpang gembira dan sentiasa mendo'akan kejayaan anak-anak dan anak-anak saudara yang telah gigih berusaha. Agar tercapai matlamat hidup yang di impikan. Usaha dan tawakkal di iringi do'a ke hadrat Illahi rab ul Jalil.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails