Pages

Friday, March 26, 2010

Mood

Foto 2009 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka


Tengahari tadi Firdaus pulang dari sekolah... tapi dengan muka yang mencuka.. apalah yang tak kena ni... dia cium pipi Ummi pun sikit je...

Ummi : "Nape ni Firdaus?"

Firdaus: "Firdaus mana ada merajuk... Malam tadi Ummi cakap Firdaus merajuk".

Air muka yang masih muram lagi...

Ummi : "Lor.. itu ke.. perkara malam tadi pun masih terbawa-bawa sampai ke siang hari..... okay..okay lah Firdaus tak merajuk Ummi silap".

Adalah berlaku sikit salah faham antara Firdaus dan kakaknya Syima.. Di sebabkan dia masuk tidur awal malam tadi.. dengan muka di tutup dengan bantal.. Ummi pun menyangka dia merajuk.. Rupanya dia terdengar apa yang ku cakapkan..
Sebab tu berlarut-larutan sampai balik sekolah... mudah tersinggung si bujang seorang ni...


Firdaus ceria bersama Ummi Februari, 2010


Ummi: "Macamana dengan ujian hari ni?"

Firdaus: "Ada yang Firdaus tak sempat jawab.."

Ummi: "Nape pulak tak sempat jawab kan dah beri masa.."

Firdaus: "Firdaus fikir sebelum jawab".

Dalam hatiku berkata.. "memanglah nak menjawab kena fikir dulu... Firdaus, Firdaus!! Tentu fikir terlalu lama sangatlah ni.."

Ummi: "Lain kali jawablah soalan yang senang dulu kemudian baru jawab yang
susah.. dah buang masa kat situ lama sangat berfikir kan".

Firdaus hanya mendiamkan diri..

Ummi: "Meyh makan dulu..."

Firdaus hanya mengambil seketul ayam saja.. tanpa makan nasi..

Ummi: "Nape tak makan nasi?"

Dia diam lagi... isk..isk..isk.. susah betul nak memujuk bila mood dia masih tak baik lagi ni.

Bila ummi bertanya lagi... barulah dia menjawab... "Dah kenyang!"

Ait .. dah kenyang ke hanya dengan makan seketul ayam... tentu hatinya belum sejuk lagi la ni..



Ummi dah hidangkan sup ayam bersama cendawan, hidangan berkuah semestinya ada sebab anak-anak suka makanan berkuah.., ayam goreng dan tauhu goreng juga sambal belacan berserta ulam kacang botol. Hidangan yang sungguh simple saja.. untuk 5 beranak makan hari ini (Nabilah di Sabak Bernam dan Nurul 'Ain di Melaka - tiada dalam senarai di rumah minggu ini). Tapi nampaknya dia tak menyentuh makanan yang lain...







Firdaus bersiap untuk ke sekolah agama pula pada jam 2.00 petang.. Dia meninggalkan rumah tanpa makan tengahari... Sedihnya Ummi bila anak ke sekolah tak makan tengahari.. Cuma seketul ayam mengalas perutnya.. Adeih..siannya anakku.. Panjang betul rajuknya.. tapi bagi dia tu bukan merajuk... Isk..isk..isk.. hero ku yang seorang ni.. susah betul nak jaga hati dia. Harap-harap waktu petang dia balik sekolah agama dah kembali ceria seperti biasa.

Jam 6.20 petang Abah dia ambil di sekolah (Hari biasa pulang jam 5.40p.m tapi sejak berada di tahun 6 ni setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat ada kelas tambahan)... Setibanya di rumah wajahnya dah mula tersenyum dengan menyalami dan memeluk Ummi..
Oooohh lega.. Pulang sekolah terus dia makan hidangan tadi untuk makan malamnya.. Alhamdulillah!! Tentunya sepanjang pulang tadi Abahnya ada menasihati dia.


Funny face ~ di Gunung Machinchang, Langkawi Ogos, 22, 2007

Berbagai-bagai kerenah anak ni.. harap-harap dia boleh menjadi orang yang tenang dan sabar. Umminyalah perlu banyak bersabar dan juga berdo'a menangani kerenah anak-anak yang bermacam ragam ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails