Pages

Tuesday, March 23, 2010

Menemankan Ayahanda membuat rawatan di Hospital






Raza4u.com Get -Graphics



Pada hari Isnin, 22hb. Mac, 2010, saya dan Anis (adik ipar) telah bawa Abahku ke hospital untuk temujanji dengan doktor pada pukul 10.00 pagi di Kompleks Rawatan Harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..


htar4

Tiba di hospital jam 9.30 pagi. Kami terus ke Kompleks Rawatan Harian dan meletakan surat temujanji di meja pendaftaran... Menjadi kebiasaan di hospital kerajaan ni..memang ramai pesakit untuk mendapatkan rawatan.. Jadi memang perlu banyak bersabar menunggu giliran walaupun appointment pukul 10.00a.m. (bermakna perlu menunggu antara jam tersebut sehinggalah giliran tiba) Pegawai pendaftaran, nurse dan doktor memang cuba melaksanakan tugas sebaik mungkin melayan pelbagai kerenah pesakit dan juga pengiringnya. Masing-masing sudah faham dengan situasi di hospital dan di sinilah kesabaran di tuntut... walaupun dalam keadaan sakit tapi pesakit lebih bersabar dari orang yang mengiring.

Lebih kurang sejam kemudian nama Abahku di panggil... baru dapat nombor giliran.
Kena tunggu lagi untuk giliran masuk pula... sabar, sabar...ramai lagi pesakit awal tiba belum di panggil lagi.. Doktor untuk merawat pesakit pun ramai juga... semua bilik doktor di klinik tersebut di buka...tak perasan pulak berapa banyak tapi rasanya berbelas juga.

Setelah lama menunggu lebih kurang jam 11.30a.m barulah giliran nombor Abah di panggil.. Saya dan adik ipar menemankan Abah bertemu doktor.. Sebenarnya Abah mengalami sakit perut sejak hariraya Aidil Fitri 2009 yang lalu.. Ia seperti membengkak besar dan adakala akan menyusut... Sejak itu Abah tak de selera makan dan hanya jamah nasi atau roti sedikit atau adakala langsung tidak mau makan.... badan semakin susut dari timbangan 60kg lebih sebelum itu kini tinggal 50kg. sahaja. Kami amat runsing dengan kesihatan Abah.. dan cuba terdaya yang mampu berusaha memberi makanan kesihatan, minum Air dari bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur'an, madu untuk Abah kembali pulih seperti biasa.

Kasihan kami tenguk... anak-anak pujuk Abah untuk dapatkan rawatan Abah tetap tak mahu kerana menunggu jadual rutin yang perlu di tunggu setiap 3 bulan sekali... lama tu. Kali ni selepas membuat rawatan mengikut jadual rutinnya dan doktor bertugas di Klinik Kesihatan memberi jadual untuk ke hospital barulah Abah akur.
Abah yang menjangkau usia 79 tahun kelihatan sangat uzur ketika ini.

Doktor bertugas bertanyakan Abah apa masalah sakit yang di hidapi.. Abah kata angin selain dari itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis ... kemudian seorang doktor pakar datang check perut Abah... dan kemudian di arah membuat x-ray.. Kami berharap tak de lah yang serius berlaku pada penyakit dalam perut Abah ni.. Kami temankan Abah ke bilik x-ray dan keputusan x-ray tersebut saya serahkan kembali kepada doktor.. Doktor beritahu ada sedikit kebengkakan di perut Abah...

Sementara menunggu doktor memberi arahan seterusnya Abah tunggu di luar klinik. Abah kesejukan...mungkin kerana air-cond yang begitu kuat.. Terlupa pula nak bawakan Abah baju sejuk... kasihan Abah menggigil kesejukan... Saya cuba mencari selimut untuk menyelimuti badan Abah .. dan seorang wanita India menunjukan satu bilik yang menyediakan selimut untuk pesakit di stor berdekatan. Saya mengambil sehelai dan membalut badan Abah.. yang masih menggigil kesejukan.

Selepas itu Abah di panggil untuk mengambil ujian darah pula.. Saya temankan Abah ke bilik tersebut manakala Anis mengambil ubat di farmasi..
Abah masih menggigil.. kasihan Abah..Saya cuba beri semangat pada Abah supaya tenangkan diri.. dan memeluk Abah agar dapat mengurangkan kesejukannya.
Doktor lelaki India yang bertugas di bilik tersebut cuba mencari urat di tangan kanan untuk mengambil darah Abah... 3 kali cubaan gagal... Aduh.. sakit bapaku.. kasihan sungguh ku lihat Abah menahan kesejukan dan sekaligus menahan sakit.. Agaknya tulah penyebab ramai kalangan warga emas ni kalau boleh tak nak ke hospital bila sakit..
Kemudian seorang doktor perempuan Cina masuk dan mengambil alih tugas doktor lelaki tersebut...Saya balutkan Abah dengan selimut dan peluk erat Abah supaya tidak terlalu menggigil mungkin itu penyebab susah untuk mengambil darah... Kali ini sekali cucuk Doktor tersebut telah dapat mengambil darah melalui tangan kiri pula.. Alhamdulillah.. legaaa.. Doktor memberi temujanji akan datang pada 5hb. April untuk mengetahui keputusan ujian darah tersebut..

Rawatan untuk hari tersebut selesai... Kami pulang jam 1.00 tengahari. Setibanya di rumah Abah merehatkan diri berbaring... sebelum menunaikan solat dan makan tengahari.. Kami anak-anak dan cucu-cucu sentiasa mendo'akan kesejahteraan Abah agar segera sembuh.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails