Pages

Wednesday, April 28, 2010

Happy Birthday To My Dear Baby Boy ~ Muhammad Firdaus

Dalam foto ini Firdaus berusia 1 bulan

12 tahun lalu lahirnya putera ini yang di beri nama Muhammad Firdaus.  Anak ke 5 dari 5 beradik... Satu-satunya putera dalam keluarga.  Di lahirkan pada hari Selasa, 28.04.1998..jam 5.29 petang dengan timbangan beratnya 3kg. Allah anugerahkan kami anak yang lahir di tahun baru hijrah, 
1 Muharram 1419,  seorang putera selepas di kurniakan 4 orang puteri sebelum itu. Sungguh bermakna sekali hijrah tahun tersebut... Penghijrahan dari anak perempuan ke pada anak lelaki. 


Ku imbau kembali hari ini dalam sejarah pada 28.04... yang lalu;

Di ketika tanda-tanda kelahiran yang ke 5 ini tiba pada pagi tarikh tersebut... Che' Abang tiada di rumah kerana tugasan.. Kerana 4 kelahiran sebelum ini Che' Abang yang menemankan ku ke hospital, tapi seingat ku sebelum Che' Abang keluar rumah ku ada beritahu beliau andainya ku di takdirkan bersalin pada hari tersebut Abang tiada di rumah apa yang harus ku lakukan? 
Dia beritahu hari tersebut kan hari cuti Awal Muharam jadi tiada masalah bagiku mohon pertolongan dari adik beradik yang bercuti untuk menghantarku..  sebenarnya ku nakkan keizinannya tu.. so adalah green light kan jika apa-apa hal!! Ya lah diriku memang sedang menanti hari kerana dah cukup bulannya untuk melahirkan hanya tak tahu bila?

Selepas beberapa jam Che' Abang keluar, jangkaan memang benar-benar berlaku, sewaktu melakukan kerja-kerja rumah,  resa (contraction) tanda untuk melahirkan pun mula terasa..  Ku telefon Che' Abang  ketika itu beliau berada di Universiti Malaya,  sedang sibuk memunggah barang pensyarah untuk dipindahkan ke bangunan lain dan ku hanya mohon keizinannya untuk ke hospital, tidaklah mahu menganggu tugasnya... Setelah memberitahu adik lelaki ku (Akmal) yang berada di rumah,  ku segera mengemaskan barang yang patut untuk di bawa ke hospital.  Semasa dalam kenderaan adikku yang risau melihat diriku...hehe dia takut ku terberanak di kereta kot... bagiku buat relax jer sebab sakit datang sesekejap!!!!  Setiba di hospital ku segera daftarkan diri... kali ini semuanya ku lakukan sendiri.. berdikari.. selalu harapkan Suami sahaja.

Walau bagaimanapun Alhamdulillah, sebelum tiba saat melahirkan pada waktu petang, Suamiku tiba di hospital dan ku sempat mohon restu darinya sebelum di bawa masuk ke labour room.. Seperti biasa sementara menanti kelahiran bayi, Suami menunaikan solat serta berdo'a pada Illahi agar di permudahkan isterinya bersalin.
 
Sepanjang mengandung kami tak pernah mahu mengetahui jantina anak (scan) kerana kami hanya berserah pada Allah jantina anak kali ini samada lelaki atau perempuan.. Biarlah ianya menjadi tanda tanya dan menjadikan ia menarik untuk pertanyaan teka teki sesama "baby boy or baby girl?"  Sedia maklum kelahiran sebelum ni berderet anak perempuan...

Di saat permulaan mengandung ku amalkan membaca satu do'a agar di kurniakan anak lelaki untuk anak ke 5 ini.  Yalah setiap ibu bapa berhasrat untuk mempunyai anak lelaki dan perempuan.. Semuanya ini adalah kuasa Allah.. sebagai hamba kita berdo'a sahaja dan menerima sahaja ketentuan Illahi.. dan kami terima dengan senang hati samada anak yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan dan sentiasa berdo'a agar anak yang dilahirkan itu sempurna dan sihat tubuh badannya... 

Sewaktu menanti kelahiran ku tak putus mengucap zikir dan istighfar, mengingati Allah SWT, secara tak langsung ia meredakan dan memberi ketenangan di saat kesakitan.  Saat yang di nanti tiba bila lahirnya bayi ke dunia  dan terdengar tangisan pertama. Nurse yang menyambut kelahiran bayi menunjukkan bayi yang comel padaku.. jelas kelihatan ianya seorang putera.. Kehangatan bayi terasa bila dakapan pertama di letakkan di atas dadaku... betapa bersyukur kehadrat Illahi dan gembira tak terkata... hilang segala kesakitan. Alhamdulillah syukur nikmat.

Tak lama kemudian ku dan bayi di bawa keluar dari labour room dengan stretcher trolley di iringi jururawat bertugas, Suami telah menanti di luar pintu dengan senyuman, dia pegang erat tanganku seraya bertanya, "anak lelaki atau perempuan?".  Sambil tersenyum ku berkata... "Lelaki!"  Ku lihat sinar kegembiraan di wajahnya bersyukur tentunya. Kepenatan dan lelah di hari tersebut bersambut dengan kelahiran seorang putera yang di nanti-nantikan.. Alhamdulillah!

Akhirnya do'a kami termakbul. Syukur Ya Allah!

Tiba di wad Suami mengangkat dan mencium wajah baru ini serta melafazkan azan ke telinga kanan dan iqamat di telinga kiri dengan iringan do'a agar anak ini akan menjadi hamba Allah yang patuh dan anak yang Soleh.... betapa bahagianya kami kerana telah lengkap keluarga kami.




Setelah di sahkan anak dan ibu sihat doktor membenarkan kami pulang ke esokan harinya 29.04.1998  (Rabu).  Adikku Noraini pula masuk wad di hari tersebut dan melahirkan anak ke 3 juga seorang putera selepas melahirkan 2 puteri sebelum itu.. Kehadiran dua hero ini selang sehari Muhammad Firdaus bin Abd. Jalil dan Muhammad Amiruddin bin Jamaluddin menambah seri di tahun baru hijrah 1419 yang penuh bermakna dalam sejarah keluarga. Semoga kami semua di pelihara Allah SWT dalam kesejahteraan dan di beri kebahagiaan hidup di Dunia dan di Akhirat. ~أمين~                        





"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." (Surah Ibrahim 40 - 41)

 

Duhai anak ku Muhammad Firdaus bin Abd Jalil! Jadilah kamu anak yang Soleh, patuh pada ajaran Agama dan ta'at perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w... hadapilah hari mendatang ini dengan kekuatan dan kecekalan dengan iman penuh di dada.. sesungguhnya cabaran kehidupan masa kini adalah menguji iman dan penuh dengan pancaroba... amalkan segala ilmu yang telah kau pelajari sebagai perisai di dada mu. Do'a Ummi dan Abah agar kamu mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Duhai anak ku! Hormatilah orang yang lebih tua dari kamu dan sayangilah orang yang lebih muda darimu. Dengan peribadi yang murni akan mensucikan jiwa dari segala kejahatan dan di berkahi Allah dengan kebaikan. ~أمين~

 






Like father like son   








TO MY BELOVED SON, MUHAMMAD FIRDAUS,
UMMI, ABAH AND YOUR SISTERS WISHING YOU A HAPPY 12TH BIRTHDAY

...WE HOPE YOU'LL BE SUCCESS IN YOUR FUTURE LIFE... BE GOOD AND BE STRONG... WITH IMAN AND TAQWA...

I LOVE YOU MY BABY... YOUR LOVING ~UMMI & ABAH~

Tuesday, April 27, 2010

I-City

Lanjutan N3 hanya kerana lampu kini di lampirkan gambar-gambar yang sempat di rakam walaupun tidak begitu menarik tidak begitu sharp..agak blur... goyang, gelap dan macam-macam lagi.. Perakam setia yang kecil molek Nikon Coolpix E4600 yang banyak berjasa walau dimana jua berada..cuma pemiliknya je yang kurang mahir kan..kan..kan!!!  Ini je lah yang mampu ku punya setakat ni... Syukur apa yang ada... Janji ado kenangan ...jadilah!!!

Nampak gak warna-warni....  Kebanyakan pengunjung yang saya nampak  bertemankan kamera yang canggih-canggih... dengan kamera DSLR ,..hebat..hebat!!  Ada gak mereka yang guna kamera comel model terkini!!  Semua tak nak lepaskan peluang berfotografi.  Rata-rata memang bertemankan kamera..  Tempat ni jadi tumpuan untuk photoshot!!!! ada gak yang berpiknik dengan keluarga...

Lihatlah hasilnya....  

 Tangkap gambar ni dari dalam kenderaan bergerak... baru tiba ke destinasi.. sedang mencari tempat letak kereta...

 Cahaya lampu putih umpama salji... tapi tidak semua berfungsi...kelihatan ruang tidak sepenuhnya bercahaya di situ...

 Kelihatan bentuk snow flakes di replika ini...

Anak-anakku dan anak saudaraku yang berkaca mata..

 'Ain dan Hannah di pohon peach yang bercahaya...





 Terdapat juga gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman juga barangan seperti pakaian dan lain-lain lagi.










 Berpiknik

 Sempat adik-adik ni melemparkan senyuman ... snap gaya mereka tu..ehehe!!! Cute...

Sebahagian pasukan konvoi bermotor kuasa tinggi yang sempat di rakam... sedang melalui jalan tempat letak kereta bertingkat..




Dalam melangkah menuju ke tempat letak kereta hujan rintik-rintik mula turun.. masing-masing mencari tempat berteduh... padang hiasan lampu mula kosong..  Lebih kurang jam 11.15 malam kami beredar untuk pulang tapi masih kelihatan banyak lagi deretan kenderaan baru tiba... walaupun hujan dah mula lebat...


Sampai ketemu lagi... I-City... sedang tunggu apa yang akan menjadi tarikan di tempat ini selain lampu-lampu hiasan.. Adakah pusat membeli-belah atau bangunan pejabat?   Tunggu dan lihat.

Hanya kerana lampu????

Salam sejahtera,...


Pejam.. celik.. dah masuk minggu akhir di bulan April ni..masa terus berlalu pergi.. yang tinggal hanya kenangan.. Apa yang berlaku hari-hari seterusnya hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui... Manusia hanya merancang Allah jua penentunya.

Cerita pasal minggu, baru hari ni nak buka cerita minggu yang telah berlalu.  Nak kata sibuk sangat minggu lepas ... adalah sedikit busy dan di tambah pulak rasa tak sedap badan...baru hari ni menari-narikan jari  menaip N3 diari lalu.. itupun hal anak-anak.

Minggu lepas bermula peperiksaan akhir semester pelajar UiTM.  Anakku 'Ain adalah salah seorang antaranya.  Punyalah sempoi budak ni.. dah habis jawab  paper pertamanya jam 5.00 petang hari Rabu (21.04.2010) lepas... dan dan tu gak kawan tolong hantar ke Melaka Sentral dia beli tiket bas untuk balik ke rumah...  yalah time periksa tak de kelas hanya tumpu pada hari ada exam je... Jadual exam pulak selang 4 hari antara satu.  Ada berbaki 4 paper lagi... Apa lagi dia ambil peluang lah balik.


Balik rumah biasalah..bersantai-santai jer.. nak melapangkan fikiran katanya... rehat-rehatkan minda!!  padahal musim exam ni!!!  Rakan-rakan lain tentunya sedang bertungkus lumus mengulangkaji.. tapi anak yang seorang ni lain pulak caranya... relax jer..


Hi anak-anakku ingat pesanan your late big brother...Nick Daniel. 


Oct 2, 2007, 6:55 am

This week it's examination week and everybody who is anybody got the fever.
Exam fever that is. Everyone is staying up for their last effort to revise or study... which is to me is a futile attemp if you'd never studied before. Effort is one thing ....but prayer and support is equally important especially from your loved ones. It's a bonus to have 'em coz it'll help in recovering your confident and self-esteem in facing the challenges of tomorrow.
 
Thanks everybody for your prayer and support especially from these cool guys: My big brother Fir, Ummi Nora & family, my parents and last but not least my best friend Jake Austin. May God bless you all."

Allahyarham Nick Daniel Ekhwan
January 20, 1987 - October 15, 2007

 "To my lil's sis and bro, good luck in your exam. Do study hard and smart. Concentrate okay! Then you'll be able to achieve more and someday, you'll be here in California following my footsteps."

October 7, 2007. ~Nick Daniel~
(Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohmu 'anakku' ~Al-Fatihah~)  Rindu sangat pada Arwah.. sesungguhnya Allah amat menyayanginya.

Bila anak-anak nak hadapi Exam memang ku tak dapat  melupakan notanya dan pesanan 'anak' yang manja seorang ni untuk 'adik-adiknya'... walaupun dikau telah kembali ke pangkuan Illahi, setiap kenangan sentiasa dalam ingatan dan do'a kami sentiasa mengiringimu..


Berbalik pada 'Ain tadi...kerana kesantaiannya, dia tak nak fikir sangat hal examnya tu jadi pada hari Juma'at 23. 04. 2010, 'Ain plan nak pergi I-City di Shah Alam. Pasti semua dah tahu apa yang ada di I-City kan... ya... cahaya warna-warni di waktu malam harinya...  Dia begitu teruja nak ke I-City tu bila tenguk gambar rakan-rakannya yang berposing-posing kat situ.. walhal selalu lalu tapi tak pernah menyinggah.. jarak dari rumah pun hanya 10 minit sahaja.. tak jauh kan!! Tapi memang kitorang tak pernah masuk area tu lagi.  Saya rasa orang jauh pun dah sampai ke I-City ni. 


Jadi pada malam tu untuk menunaikan hasratnya, kita layan jer lah.. kami pun pergilah anak beranak dengan membawa seorang sepupunya IeQa... tapi yang tak bestnya kurang seorang ahli si Kakak yang berada di Sabak Bernam..rasa tak lengkap bila berjalan tak cukup bilangan ahli ni.



Macamanapun Ummi tetap selitkan wajah riang Nabilah dalam N3 ini supaya orang-orang yang Ummi sayang sentiasa berada dekat di sisi Ummi.. 
Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.45 malam.. dalam perjalanan telefon bimbit suami berbunyi.. Miss called dari Nabilah... Oleh kerana Che' Abang sedang memandu..  Che' Abang dail dan  serahkan telefon bimbit pada saya untuk bercakap dengan Nabilah...

Nabilah : "Hello... Assalamu'alaikum!" 

Ummi  :   "Wa'alaikumusalam Nabilah".

Nabilah : "Ummi ni kat I-City ke?"

Ummi : "A'ah masih dalam perjalanan.. macamana kakak tau ni?"

Nabilah: "'Ain letak kat status FB... nak ikuuuuuut".

Ummi :  "Meyh la terbang!!!"

'Ain duduk di belakang gelak... "ait sama jer ayat".  
Kesian si kakak,  'Ain telah membangkitkan kejelesan kakaknya.  Inilah status di FB tu..

Nurul 'Ain off. going to i-city. (: brb later.

Fri at 9:09pm 


Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
nak ikut...
x adil..
Fri at 9:18pm
Nurul 'Ain
Nurul 'Ain
cpt la trbng cni. hehee.. blum grk lg, ngah siap2 ni. :)
Fri at 9:20pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
mne sempat..
huhuhu..
x ckp masa tu..
klau tau, tadi kakak balik..
nak ikut..
Fri at 9:27pm

Senyap seketika di talian... mana si kakak ni!!!

Ummi : "Kakak, Nabilah... nape senyap ni.. menangis ya!!"

Senyap lagi.... merajuk ke ni???  Memanglah terasa jugak bila orang lain bersukaria.. dia masih lagi struggle dengan kerja-kerja yang berlambak di tahun akhirnya ni.. apatah lagi bulan Mei ni final exam untuk menentukannya menyambung pelajarannya ke next level . 

Ummi : "Nabilah... janganlah sedih.. nanti Nabilah balik kita bawalah kakak ke sini.. Tak lari kemana pun... I-City ni masih tetap kat situ gak.... lagipun bukan ada apa sangat kat sini... cuma tenguk lampu jer.. ni pun sebab 'Ain yang beria sangat nak pergi.. Udah..udah. jangan menangis!  Macam bebudak pulak.."

Inilah sikap anak-anakku.. mudah tersentuh hati.. sebenarnya Ummi dan Abahnya dapat mengagak bila salah seorang tak de, memang adalah yang terasa hati.. walaupun pergi tempat yang biasa-biasa jer.. terutama bila waktu makan di luar memang terasa sangat kekurangan ahli sebab kebiasaannya kami lebih suka bila semua berkumpul bersama untuk apa-apa juga aktiviti di luar.. 
Sekarang ni sejak kedua-dua mereka melanjutkan pelajaran di tempat berlainan jadual bersama ni dah susah nak di atur.. Terpaksa tunggu cuti yang panjang dan sama waktunya.
Untuk memujuk hati si kakak Ummi terpaksa tukar tajuk lain...

Ummi : "Nabilah dah makan?"

Dengan suara sayu dia menjawab ,"Dah!!"

Ummi : "Makan apa malam ni?"

Nabilah :  "Makan meehoon tom yam"..

Ummi:  "owh meehoon tom yam segera ke?"

Nabilah:  "Tak arrr, beli kat luar ..."

Ummi:  "Ni tengah buat apa?"

Nabilah:  "Nak siapkan assignment"..

Ummi :  "Okay siapkanlah kerja tu dulu.. periksa pun dah nak dekatkan... tumpukan pada pelajaran!  Nanti dah selesai semua bolehlah kita gi I-City ya!!."

Nabilah : "Hmmmm.. okay!! Assalamu'alaikum."

Lemah je suara si kakak.

Ummi : "Wa'alaikumusalam wr.wb."

Sedihlah hati Ummi ni..bila teringat si manja seorang ni.. tak pe..tak pe.. banyak waktu.. Bulan Mei nanti kita berkumpul bersama.. Che' Abang di sebelah hanya memandang wajahku.. dia pun dah faham dengan perangai anak-anak ni.

Inilah penangan FB... apa-apa je hantar kat status.. Huh!

Kemudian si kakak pun sama balas kat status FB jugak.. dalam dia sedih ni biar dia layan rakan-rakan FBnya...
 
Nabilah 'izzati

Nabilah 'izzati huhuhu.. cedih'y.. x dpt ikut g ict.. abah, amik kakak kat sini.. nak ikut.. :(

April 23 at 9:37pm
 Pyan Aan

xpe2....mlm t g la dlm mimpi....huhuhu
April 23 at 9:42pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
mne sama g dalam mimpi ngan realiti..
huhuhu..
:(
April 23 at 9:46pm
Pyan Aan
Pyan Aan
sme je...g dlm mimpi lg best tp xde kenangan la...hahaha
April 23 at 9:47pm
Muhamad Log
April 23 at 9:50pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
pyan: x best ar..
klau dlm mimpi x dpt g mana2..
x dpt bayang tempat 'y..

muhamad log: ya.... See More
:)
April 23 at 9:59pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
i-city kt shah alam eyh?? i da g..best sgt..huhuhu..da byk kali g..kih3..
April 23 at 10:00pm
Pyan Aan
Pyan Aan
pyan dh g....so dpt bygkan...hahaha
April 23 at 10:03pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
a'ah akak..
i-city yg kat shah alam..
best yerw akak..
huhuhu..
nabila x g lagi tmpt tu..
April 23 at 10:03pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
pyan dah g..
mmg ar boleh byg'n klau g dlm mimpi..
mcm nabila x g lagi, x leyh nak bayangkan..
apa ar pyan nie..
April 23 at 10:05pm
Pyan Aan
Pyan Aan
g la tgk pic dak2 yg dh g...huhuhu
April 23 at 10:08pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
best sgt..huhuhu..rugi x g..pdn muke kne tinggal..if de nbla wat sesak je nt..werk:p
April 23 at 10:11pm
Muhamad Log
Muhamad Log
blik ka dis wk?
April 23 at 10:14pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
pyan: lain ar klau tgk dlm gmbr jerw..
huhuhu..

akak safina: hurm..
x pe ar.....
x de rezeki nak g situ..

muhamad log: x balik.
tu yg sedih x dpt ikut g ict..
huhuhu..
:(
April 23 at 10:17pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
hahahaha..xpe..jgn sedey..nxt wk leh blik n leh g lg..tp rasenye dis wk last la..xdpt la g..huhuhuhu..
April 23 at 10:20pm

Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
akak safina: ye kerw dis week last..
hurm, mmg x berkesempatan ar nak tgk..
:(


April 23 at 10:24pm
Pyan Aan
Pyan Aan
jauh di mne 2...
kan dekat d aty...huhuhu
April 23 at 10:25pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
ngis la guling2 dulu..huhuhuhu..
April 23 at 10:27pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
hahaha..
mmg ar jauh dimata, dekat dihati..
x pe ar..
nnt nabila ajak dia g jepun..
baru ar pemandangan sebenar..... See More
hehehe..
April 23 at 10:27pm
Pyan Aan
Pyan Aan
yolah...2pun g dlm mimpi gak..hahahha
April 23 at 10:28pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
x nak ar akak..
nangis guling2 pown, bkn tentu dpt g situ..
wat penat jerw nangis..
huhuhu..
April 23 at 10:29pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
pdn la muke..actly, kne tpu je..die open lg smpai ble2..tp de jgk dgr, org kate nk close end of mac..
April 23 at 10:32pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
klau nak close bln mac, bln mac dah lepas..
hehehe..
nie akak kat melaka kerw?
April 23 at 10:35pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
pyan, bukan dalam mimpi ar..
nnt nabila minta dia bawak g jepun betul2..
hehehe..
April 23 at 10:36pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
yup kt melaka..lst wk bru cuti seminggu coz xde clas lgsung..hahhaha..npe??nk dtg cni??meh la..leh tdo uma akak..
April 23 at 10:39pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
x pe ar..
minggu dpn bz ar akak..
ada ari politeknik ngan konvo..
akak x g kerw poli wat konvo?
umah akak kat mne?
April 23 at 10:41pm
Pyan Aan
Pyan Aan
g dlm ats pete....hahahahah
April 23 at 10:49pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
kami pn de ari politeknik slase n rabu..konvo da lepas..3 week ago..junior kami g la konvo kt PSIS..huhuhuhu..bukak booth ke??
April 23 at 10:49pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
uma kt klang..my 2nd at Merlimau utara..near Polytechnic Merlimau..
April 23 at 10:51pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
hahaha...
pyan nie wat lawak ar..
tu pyan ar yg buat..
April 23 at 10:52pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
owh..
poli akak pown wat ari politeknik yerw..
akak masuk acara apa2 kerw?
kitorg ada buka booth time konvo..
hehhee..
April 23 at 10:54pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
kwn nabila pown ada yg study kat politeknik merlimau..
klau x silap ar..
April 23 at 10:55pm
Pyan Aan
Pyan Aan
pyan bsr xmuat....spe yg kck ea???mst muat...hahahha
April 23 at 10:55pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
hahaha..
pyan, nabila mmg ar kecik..
:P
April 23 at 10:57pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
x masuk pape acara..mls nk masuk..nk blik uma..home sick..hm, mber nbla sem bp??

pyan: kt peta xde..kt atlas pn xde..cube teka kt ne ade??
April 23 at 11:02pm
Pyan Aan
Pyan Aan
hahaha...nabila g sorg2 la cm 2...huhuhu
April 23 at 11:03pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
member sem 2 atau 3 rasa'y..
x pasti larh..
dia baru masuk..
hehehe..
April 23 at 11:06pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
pyan, x seronok ar g sorg2..
nak g ngan family n dia..
hehehe..
April 23 at 11:08pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
ye ke..dak pe??it??
April 23 at 11:08pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
dia dak perdagangan..
April 23 at 11:10pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
owh..ye ke??xknal la..huhuhuhu..dak hospitality knal la..hm, konvo skrg bp kali setahun kt sane??
April 23 at 11:15pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
x tau larh akak..
setahun sekali kot..
hehehe..
April 23 at 11:19pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
seb baek la dlu pas bis, aftr 2 mnth trus konvo..huhuhu..nbla nk cntnue stdy x??
April 23 at 11:26pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
owh..
ye kerw?
nabila nak sambung study..
tapi takut ar, klau x dpt smbg..
April 23 at 11:28pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
try je..if xdpt 1st intake, slalu akn dpt 2nd intake..tp kn, lctr kt cni kate leh trus mtk borang kt poly asal tok trus smbg..xyah break 1 yr o 1/2 yr..
April 23 at 11:32pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
tapi masa tu dah tanya..
dia ckp kena wat on9..
tggu dah dpt result baru leyh mohon on9..
huhuhu..
April 23 at 11:35pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
ye ke?poly kt cni de je form tok dftr manual..
April 23 at 11:38pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
owh..
best ar mcm tu..
time praktikal, kwn ada ckp.
klau nak terus smbg kat situ minta borg kat hep..
tapi masa tu tanya, dia ckp x de lak..... See More
x tau ar..
mgkn dah penuh kot..
April 23 at 11:40pm
Safina Aida Samingan
Safina Aida Samingan
die mls kot nk lyn..ke die mls nk wat keje..bese la 2..huhuhuhu..xpe, try je la..gne on9..result if ok, senang la msuk..
April 23 at 11:58pm
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
insyaAllah..
nabila nak sgt smbg belajar..
Sat at 12:03am
Nurul 'Ain
Nurul 'Ain
relax la kak, blk nnty abah bwk'y. (:
Sat at 2:01am
Nabilah 'izzati
Nabilah 'izzati
ye ar..
best ar korg tadi..
huhuhu..
Sat at 2:02am

Setibanya di I-City... berduyun-duyun kereta baru masuk.. sungguh panjang deretan kenderaan yang parked di sepanjang jalan.. kami terus je ikut arah kenderaan bergerak ... ada ke lagi tempat parking ni.. mana nak pergi.. kita ikut je kenderaan di hadapan.. ramailah rela-rela peniup wisel ni menjaga arahkan kenderaan mana jalan yang patut di ikuti..
Dalam pada tu.. pandangan mata dah nampak begitu banyak lampu-lampu hiasan dengan pelbagai bentuk dan rupa..  
Akhirnya sampai di tempat parking bertingkat.. 
Ramainya orang pelbagai bangsa, Satu Malaysia kannn!!..

Hanya kerana lampu sahaja... hehehe!!!
Bangunan banyak tapi sepertinya belum beroperasi lagi.. Mungkin ini salah satu tarikan untuk memperkenalkan tempat ini sebelum ianya beroperasi kot..!!! Apa-apa jer lah!!  
Panjang sangat ke N3 ni..Mari kita layan lampu-lampu ini yang menjadi tarikan ramai ni.. di N3 selanjutnya..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails