Pages

Saturday, April 17, 2010

Bersua kembali!!!

Selamat bersua kembali di alam maya.. seminggu tiada komputer di sisi.. namun hati terasa damai dapat temankan Abah di hospital.
Kini ku kembali untuk mencoret beberapa memori sepanjang minggu ini.  Tapi buat masa dan ketika ini disebabkan mata pun dah mengantuk... hanya coretan ringkas saja dapat di muatkan.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, Abah telah kembali ke rumah pada petang Khamis, 15/04/2010 jam 4.50 p.m keluar dari hospital dan tiba di rumah lebih kurang jam 5.30 p.m. setelah Abah berada dalam rawatan selama 11 hari di hospital.  Suamiku datang menjemput ku dan Abah.

Ku mula menjaga Abah pada hari Jumaat, 09/04/2010 menggantikan tempat Iqbal (anak saudara) yang telah menjaga Atuknya selama 5 hari 4 malam di hospital.  Sepanjang berada di hospital Iqbal rajin melayan Atuk dan pekerja-pekerja di situ.. Al-maklum anak muda remaja, dengan gurauan dan kenakalannya membuatkan semua rindu dengan usikannya.


Setelah Abah berada di rumah, ku dan keluarga silih bergilir untuk memberi khidmat kerana Abah belum pulih sepenuhnya.. Abah memerlukan sepenuh perhatian kerana belum mampu untuk bangun dan berjalan sendiri kerana tubuhnya yang masih lemah lagi.  Akan ku catatkan kisah seterusnya bila keadaan mengizinkan kelak..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails