Pages

Wednesday, April 7, 2010

Do'a buat Abah


Hari ini masuk hari ke 3 Abah di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang... (Di masukan ke wad selepas rawatan susulan untuk mengambil keputusan darah pada hari Isnin, 5hb. April)
Selepas doktor meneliti Abah perlu di masukan ke hospital segera kerana usus besarnya semakin membengkak..


Semalam hari Selasa waktu tengahari doktor telah memasukan tiub melalui hidung ke perut untuk mengeluarkan cairan yang terkumpul di dalam perut.  Ku tahu walaupun sakit tapi Abah berwajah tenang dalam wajah semakin mencengkung..  Abah tabah menghadapi ini tanpa rasa keluh.. lebih banyak mendiamkan diri tapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terselit di bicara hatinya.  

2 malam Abah di temani cucu lelakinya, Iqbal (anak abang sulungku) di hospital.  Ku beritahu dia ku ingin mengambil alih tugasnya tapi dia masih ingin menjaga Atuk lagi..    terbit rasa kasih pada Atuk yang hanya dia dapat jumpa sekali sekala saja..  Masa inilah untuk berbakti..  Semoga Allah membalas jasa baikmu anak saudaraku.   


Iqbal

Tidur malamku tidak lena kerana teringatkan Abah kesayangan sebolehnya kuingin berada disisinya disaat begini... Hanya do'a mengiringi setiap detik waktu berlalu...  Ya Allah kau sembuhkanlah Abahku,  agar ia pulih seperti sediakala.

Bersegera ku untuk kesana melihat perkembangan Abah seterusnya.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails