Pages

Monday, April 5, 2010

PAKNIL ~ "UBAT saya sudah pergi"

 Antara gambar kenangan PakNil dengan anak kedua saya 'Ain 
di Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang, tahun 2009
semasa beliau mengendalikan salah satu program Era 
bersama Arwah Meor Ahmad Fuad (tiada dalam gambar)


Tengahari tadi sewaktu menonton siri Melodi di TV3 mengenai ulasan pemergian Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri aka Din Beramboi kembali ke Rahmatullah, berjurai airmata saya bila mendengar kata-kata sahabat karib Allahyarham ... Aznil Hj. Nawawi atau lebih senang di panggil "PakNil".  Tersentuh hati dan perasaan bila beliau menceritakan pengalamannya sepanjang persahabatan yang boleh diibarat seperti "isi dengan kuku". 

Melihat keadaannya yang cuba mengawal sebak Pak Nil berbicara dengan teratur sekali.. Ia satu kehilangan yang besar buat dirinya dan juga sesiapa yang mengenali Arwah..  Apatah lagi mereka kerap bersama tentunya terbayang-bayang di saat bersama walaupun sudah tiada lagi di depan mata selepas ni..  Terngiang-ngiang segala bicara, tingkah laku dan gelak tawa..  Saya dapat rasakan bagaimana perasaannya kehilangan orang yang disayangi.. Kita redha dengan pemergiannya tapi saat bersama itu sukar dilupa.

Di ruangan Borak PakNil di Metro Ahad 4 April, 2010 juga menambah lagi kesedihan saya.. betapa sayang dan kasihnya PakNil pada Arwah "Pak Din Beramboi".   PakNil menulis antaranya ... "Din, sekarang kau dah tak ada.  Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan?  Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.  Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi".

PakNil teringat kembali kisah di saat PakNil sedang bersedih bila mendengar kisah menyayat hati di segmen Merisik khabar di radio Era, PakDin boleh ketawa depan PakNil sehingga ditegur olehnya..  "Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?"  Jawapan Din telah menginsafkan PakNil.  Kata Din:  "Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis bukan boleh selesaikan masalah." 

Itulah Din yang menjadi pengubat kepada wajah sedih orang.  Dia nak orang senyum gembira.

PakNil telah men'update' blognya hari ini dan menambah-nambahkan lagi airmata saya terus bercucuran.. Bacalah di blog PakNil di sini.

Diharap PakNil tabah dan bersabar.  Semoga beliau dapat melalui hari-hari mendatang dengan tenang.  Yang pergi tetap pergi...kita yang hidup perlu terus mencari dan memperbaiki diri dan sentiasa beringat kematian itu tidak mengenal usia dan masa.. Bila ajal itu telah sampai ia tidak akan lewat atau terlebih.. maka bila telah tiba saatnya kita akan pergi jua menemui PenciptaNya.   Samada bersedia atau tidak.  Al-Fatihah buat Allahyarham Meor Ahmad Fuad dan  mereka-mereka yang telah pergi mendahului kita.. semoga roh-roh umat islam di rahmati Allah SWT dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails