Pages


Sunday, May 16, 2010

Tarikh yang sentiasa di kenang >> 10.05.20l0

Tarikh ini 10hb. Mei, 2010 akan cuba ku ingat sentiasa dalam memori..
Sedia maklum tarikh tersebut adalah tarikh Abah daftar masuk wad.. tetapi..... segala-galanya memang bukan perancangan manusia.. Allah SWT yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui..


Pada hari tersebut sepatutnya Ku dan anakku 'Ain menghantar Abah ke hospital ... waktu pendaftaran jam 8.00 pagi. (pagi itu ntah mengapa berat hati untuk pergi awal sebab kebiasaannya ku akan ikut jadual yang di beri).  Atas kelewatanku bersiap Abang Ngahku yang sepatutnya bertolak ke Muar (ada tugas out station) pagi itu menangguhkan sebentar perjalanannya kerana menunggu Abahku bertolak ke hospital.  Memandangkan jam sudah melebihi jam 9.00 pagi, ...  Abang menawarkan diri untuk hantar Abah ke hospital..  kesian tenguk Abah menunggu lama sejak jam 7.30pagi..


Bila Abang Ngah nak menghantar itu lebih baik lagi.. sekurang-kurangnya beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki.. Sebelum bertolak sepupuku memberitahu bapanya juga berada di wad di hospital yang sama.. bila dia beritahu ku rancang untuk menziarahi Pak Cikku (adik kesayangan Abah kerana mereka adik beradik memang akrab) selepas pendaftaran masuk Abah ke wad..

Dalam perjalanan hanya tinggal beberapa jarak lagi dari hospital sepupuku telefon dan memberitahu, "Yang, Abah dah tak ada".  
Aku rasa terkejut dan cuba kuatkan hati menerima berita mengejut , hanya Allah jua yang tahu perasaanku ketika itu..bercampur baur .. "Ya Allah, Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un". Ku memandang Abang Ngah kemudian toleh memandang wajah Abah dengan rasa sayu...

Adik kesayangan Abah sudah pulang ke Rahmatullah terlebih dahulu sebelum sempat kami tiba ... "Perlu ke ku beritahu Abah ..?" hatiku berbisik..
Bagaimana pula reaksinya nanti?... ku resah sekiranya Abah akan menjadi lemah bila menerima berita ini... tapi ku rasa ianya lebih baik untuk di beritahu... kerana takkan perlu disembunyikan pula.. lambat laun Abah akan tahu juga..

Ku kuatkan hati dan bermohon pada Allah agar Abah tabah mendengar berita sedih ini... dengan nada perlahan ku beritahu Abah..
"Abah, Maman dah meninggal dunia baru sekejap ni.." (lebih kurang jam 10.00 lebih). Dengan wajah Abah yang sememangnya cengkung dan wajah lesu menerima berita itu dengan tenang.. 
Terdengar suara perlahan Abah menyebut "Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un". kemudian Abah hanya mendiamkan diri... tak tahulah ku bagaimana perasaan Abah ketika itu..


Abang Ngah memberi isyarat mulut... "Nape beritahu dulu?"
Ku jadi serba salah.... patut ke apa yang ku dah buat ni..
Tetapi ku pandang lagi wajah Abah ... tenang saja.. risau pulak bila Abang Ngah cakap cam tu..


Aku hubungi Suami, dan anak-anak akan berita kehilangan seorang yang amat di kasihi... bapa saudaraku dan isterinya yang mengajar mengaji Al-Qur'an anak-anakku semua..  Semoga segala amal  dan ilmu yang di perturunkan akan menjadi amal jariahnya di alam barzah dan di Akhirat kelak.. Jasamu terlalu banyak Maman..  terima kasih atas segala-galanya bantuan dan kasih sayang yang selalu di curahkan.. 


Setiba di hospital, Abah dan Abang Ngah menunggu di kereta sementara ku uruskan segala urusan.. Ku ke kaunter pendaftaran di tingkat bawah dan memohon untuk menunda tarikh pendaftaran dan petugas mengarahkan ku terus ke wad.  Ku menaiki lif ke tingkat 4 terus menuju ke wad 4* lalu  berjumpa Ketua Jururawat untuk menjelaskan situasi yang berlaku memohon penundaan tarikh tersebut. Sementara mereka menguruskan permohonan itu ku minta izin untuk bertemu Arwah di wad 8..


Ku segera bergegas ke wad 8 di tingkat 8 dan dari kejauhan ku telah melihat tirai putih.. melindungi pandangan katil Arwah.  Ku cuba menahan sebak... semakin dekat hati semakin pilu. Ku selak tirai dan bertemu dengan Mak Cik, anak sulongnya yang sedang membaca surah Yassin dan Nazri anak ke 3 Arwah berada di verandah. 


Ku ucapkan takziah buat mereka dan ku tak dapat menahan hiba, lalu berjurai airmata mengalir dengan deras... kucuba menghentikan esakkan dan membuka selimut yang membaluti sekujur tubuh yang terbaring dengan wajah tenang... wajah tidur selamanya  bertemu Pencipta Yang Maha Agung...


Ku mengeringkan airmata, dan menadah tangan menghadiahkan surah Al-Fatihah semoga rohnya di cucuri rahmat dan di himpunkan bersama para solehin.  Ku mencium Arwah buat kali terakhirnya.

Ku lihat Ibu saudara ...Wajah ibu saudaraku yang lesu ku pandang sayu kerana sepanjang 4 bulan mengorbankan masa rehatnya dengan tidak tidur lena menjaga suami kesayangannya setiap masa.. tak boleh berenggang.. Sesungguh ibu saudaraku seorang yang penyabar dan redha atas apa jua yang telah di lakukan atas khidmat sucinya berbakti sepanjang hidup bersama.. amat ku sanjung tinggi pengorbanannya.  Semoga Allah SWT melimpahkan Rahmat dan kesejahteraan buat Ibu saudaraku Hajjah Zaharah.


Ku mohon diri seketika untuk segera kembali ke wad 4 dan petugas mengarahkan Abah di bawa naik ke wad untuk di ambil darah bagi memudahkan Abah bila masuk ke wad kelak.. Ku turun dan bawa Abah menggunakan kerusi roda.. dan terus membawa Abah ke wad 8 bertemu jenazah Arwah adiknya terlebih dahulu.


Sungguh sayu bila pertemuan dua beradik ini.. tapi Abah tabah dan redha atas pemergian adiknya. Wajah Abah tenang sekali.. Setelah Abah memanjatkan do'a pada Illahi buat Arwah adik kesayangannya kami mengucapkan takziah sekali lagi dan berharap mereka tabah menghadapi saat duka tersebut lalu kami mohon diri dari keluarga Arwah untuk beredar dan menguruskan urusan Abah di wad 4 untuk mengambil sample darah.  Mereka juga memahami situasi kami ketika itu... 


Setelah selesai segala urusan di hospital ku bawa Abah pulang ke rumah.. dan pada petang itu juga Arwah bapa saudara ku selamat di kebumikan.


AL-FATIHAH.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa saudara ku.


Abah kembali ke wad dan pendaftaran pada keesokan paginya .. (11.05.2010)

 

Pulang sebentar...


Salam sejahtera...,


Baru pulang dari hospital malam tadi (15.05.2010) setelah menghuni di hospital selama 5 hari.  Adik bongsuku Norzie mengambil alih tugas menjaga Abah di hospital untuk hari ini memandangkan dia bercuti hari Ahad.  Beliau beri peluang padaku berehat sebentar bersama Suami dan anak-anak.  Tengahari ini ku akan sambung semula tugas menjaga Abah.

Buat masa ni Abah masih belum menjalani pembedahan lagi kerana tiada kekosongan katil ICU.  Wad ICU sedang di baik pulih.. jadi katil terhad.  Biarlah ianya di tangguh dahulu sebab kondisi Abah selepas di operasi nanti memerlukan rawatan rapi.. jadi kalau tidak ia akan lebih memudaratkan... 

Ada beberapa kes pesakit sepatutnya berada di ICU tapi di tempatkan di wad biasa, kondisinya amat kritikal.. Dapat ku lihat dengan jelas bagaimana doktor dan jururawat bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa pesakit..(Namun nyawa ini hanya Allah SWT sahaja yang menentukan, tiada siapa yang tahu bila ajal menjemput. Nyawa manusia telah tercatat sejak azali lagi berapa lama ia hidup di dunia yang fana' ini).  Manusia hanya berikhtiar dan mohon keselamatan dari Allah jua.

Walau bagaimanapun kesihatan Abah sentiasa di pantau oleh Doktor dan jururawat yang bekerja dengan dedikasinya.. Tapi ada juga yang tak faham dengan tugas mereka dan ada juga yang mengeluh jika terlewat mendapat rawatan kerana mereka perlu menjaga ramai pesakit di wad.. namun sebagai manusia tiada siapa di dunia ni yang sempurna dan sentiasa ada kelemahan. Sabar dan memahami penting buat semua. Tugas doktor dan jururawat makin berat lebih-lebih lagi bila pesakit ICU di tempatkan di wad biasa. Mereka perlu mengambil lebih tumpuan buat pesakit kritikal kondisinya di samping pesakit-pesakit lain.

Tugas mereka terlalu banyak dan ku tak nampak mereka berehat.. sentiasa bekerja dan ada doktor yang tiada kesempatan untuk menjamah makanan.. Begitulah besar khidmat yang di beri untuk memberi jaminan yang terbaik untuk pesakit.



Monday, May 10, 2010

Minggu ini yang penuh debaran.. Sahabat, do'akan Abahku selamat menjalani pembedahan ya!!



Minggu ini adalah minggu yang mendebarkan kerana Abah akan menjalani pembedahan bagi penyakit 'cancer usus'.  Tarikhnya masih tak pasti.. antara 10hb. Mei - 13hb. Mei... doktor beritahu jika ada kekosongan katil khas ICU.  Diriku yang menggigil bila di beritahu oleh doktor tempohari.. Abah tabah je.. 

Doktor tu cakap, "Bagus Pak Cik kuat semangat.. tapi badan Pak Cik banyak kurus... Pak Cik balik nanti boleh makan apa saja... tak de pantang".


Duhai sahabat ku ... tolong do'akan keselamatan Abahku dan perjalanan pembedahan ni nanti ya.. Ku berdo'a agar segalanya akan berjalan dengan lancar dan Abah akan berada dalam kondisi yang selamat.. Sebab pakar bius tempohari beritahu banyak kemungkinan-kemungkinan akan berlaku selepas pembedahan.. betul-betul menakutkan diri ku mendengarnya. Tapi memandangkan ini untuk kebaikan Abah agar sembuh ku cekalkan hati menghadapinya.. "Ya Allah berikanlah kekuatan diri buat Abah dan diriku.."

Pre-op diagnosis --- Ascending Colon CA.. - transverse colostomy CA

Pagi ni.. 10hb. Mei, ku bersama anakku 'Ain akan menghantar Abah ke hospital. Tak tahulah berapa lama ku dan Abah akan menjadi penghuni hospital untuk kali ni... Ku bermohon pada Allah SWT agar Abah segera sembuh!!   

Jadi sepanjang ku bersama Abah kemungkinan ku tak dapat nak update blog buat seketika..  Janganlah lupakan diriku ini ya sahabat pengunjung semua.. Terima kasih yang tidak terhingga buat sesiapa yang berkesudian singgah di blog yang tidak sepertinya ini dan do'a kalian amat ku hargai dan sanjung tinggi...Catch you all later!!

Kisahku bersama 'Cleaner' hospital

Menjadi penghuni hospital sebagai penjaga pesakit ni perlu menerima apa seadanya.. keadaan tidur dan makan tentu semua faham situasinya kann. Demi Abah ku lakukan apa saja.. selesalah juga bila setiap malamku dapat rezeki tidur di atas tilam empuk... ;)  Walaupun ku tak bawa tilam atau bantal untuk tidur selesa di hospital.
(Di hospital penjaga biasanya tidur atas lantai atau kerusi sahaja.)


Bila sudah berada di hospital memang tak boleh elak dari menggunakan tandas ialah dah duduk sementara'di hostel spital' kan... Al-maklum wad lelaki dan tandasnya pun tentunya khas untuk lelaki jadi ku tak berasa selesa untuk menggunakannya... walaupun kulihat penjaga-penjaga wanita menggunakannya... tetapi ku sanggup berjalan ke wad wanita rasanya lebih selamat dan selesa.

Nak di jadikan cerita pada hari terakhir ku di hospital terserempaklah dengan seorang 'Cleaner' ni di tandas wanita.. Seperti biasa ku masuk ke bilik air.. belum sempat ku berbuat apa-apa 'Cleaner' ni bertanya dengan slang bahasa negara dialah, "Kak, kakak dari wad mana?"
Di dalam bilik air mana ku tahu dia bercakap dengan siapa.. jadi ku keluarlah... tak de sesiapa di luar... dan "Cleaner" tersebut pun sedang menyelesaikan "hajatnya" di dalam tandas.. (ku harap bunyinya tak lucah ya).


"Awak bertanyakan saya ke?" tanyaku.  Ku sebenarnya tak suka melayan orang yang sedang dalam tandas ni kerana telah melanggar etika adab-adab dalam tandas..  Oleh kerana menghormati pertanyaannya ku jawablah juga.

"Iyaa!! Kakak dari wad ICU ya". tanya 'Cleaner' tersebut.


Dengan jujur ku mengatakan, " Tidak, saya dari wad 4*"


"Oh Kakak dari wad lain tak dibenarkan gunakan tandas wad ini... tandas di sini hanya untuk pengguna di wad ini sahaja... walaupun wad perempuan tapi orang lelaki yang jaga di wad ini pun gunakan ini...kalau kakak dari wad lelaki kakak kena gunakan tandas di situ...Lelaki perempuan campur..."   'Cleaner' tersebut terus berceloteh dalam tandas..

Sebelum ku berlalu ku berpesan,  "Neng, dalam tandas ngak boleh bicara...ngak manis!"  Ku segera berlalu pergi kerana tak mahu layan lama-lama dia bercakap dalam tandas tu.. 


Mungkin dia tak tahu ku sudah berjalan keluar... agak jauh juga ku meninggalkan kawasan tu masih terdengar lagi pot..pet..pot..pet dia berceloteh sendirian..
Dalam hati ku hendak tergelak kerana memikirkan jika ada orang lain masuk ke kawasan tandas dan menyedari dia bercakap sendirian... apalah perasaannya.. Ku tak dapat bayangkan.. Tentu orang fikir dia ni okay ke tak kannn!!!  


Sampai di wad... ku tak tahan dari tergelak...ku ceritakan apa yang berlaku di tandas wad berkenaan pada Kak Ros yang menjaga suaminya di hadapan katil Abah.  Ku ingat tak nak ceritakan hal ini tapi ku tak tertahan dari tergelak..jadi ku bercerita pada Kak Ros..nanti Kak Ros pulak sangka apa padaku jika tergelak sorang diri.. Kak Ros pun tergelak sama bila dengar ceritaku ini.... tapi kami gelak perlahan je.. menjaga santun di hospital ni... Sekumpulan doktor yang sedang mengelilingi pesakit lain memandang kami.. sambil tersenyum-senyum tenguk gelagat kami.. Mungkin doktor-doktor tersebut fikir ku terlalu gembira kerana Abah telah di benarkan keluar hospital pada hari itu..


Yalah sejak berada di hospital selama 5 hari tak pernah dihalang sebegini... nurses yang bertugas di wad tersebut pun tak pernah bersuara dan menghalang dari menggunakan tandas tersebut. Nasib baiklah hari tersebut hari terakhir.. jadi selamat ku kerana bebas dari bertemu dengan 'Cleaner' seorang ni..




Apa khabar?

Ku terkenangkan Pak Cik yang di rawat di hospital beberapa minggu yang lalu... Apa khabar Pak Cik tu sekarang.. Kami dah seperti keluarga dengan pesakit juga penjaga-penjaganya sepanjang berada di hospital ni.

Isterinya begitu setia menanti suaminya disisi... dialah yang meminjamkan tikar setiap kali untuk solat di verandah hospital. 
Pada 14hb. April, doktor pakar bedah menumpukan perhatian ke atas Pak Cik ni untuk segera melakukan pembedahan kerana penyakitnya doktor jelaskan hanya ada satu dalam sejuta di dunia ni dan perlu di selamatkan segera.. kerana kondisinya ketika itu adalah 50-50. 
Ku pun tak tau apa nama penyakit tersebut... ia berkaitan dengan darah merah dan darah putih. 

Lebih kurang jam 11.30 malam Pak Cik tersebut terus di bawa ke bilik pembedahan selepas anak lelakinya tiba untuk menanda tangan kebenaran pembedahan yang akan di laksanakan segera.. Ku memberi kata-kata semangat pada Pak Cik tersebut dan juga kata-kata semangat buat isterinya yang sudah mula kelihatan lesu bila melihat situasi suaminya  kerana beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi.


Ku segera mengiringi Mak Cik dan keluarganya di luar kawasan bilik pembedahan itu dan membacakan surah Yassin bersama menantunya dan mendo'akan agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.  Selesai ku pulang ke bilik wad dan beradu. Agak lena juga ku tidur .. sebab bila ku terjaga di awal pagi sebelum waktu Subuh barang-barang Pak Cik dan Mak Cik dah tiada di tempatnya.


Keesokannya ku berjumpa Mak Cik tersebut di luar bilik ICU dan bertanyakan keadaan Pak Cik... beliau beritahu pembedahan malam tu hanya mengambil masa beberapa jam dan limpa Pak Cik telah di keluarkan.. kerana ia telah rosak dan tidak berfungsi lagi.
Oleh kerana bapaku pulang pada 15hb. tiada kesempatan bertemu lagi dengan Mak Cik tersebut.. Ku do'akan Mak Cik tersebut berada dalam keadaan sihat dan ku berharap suaminya akan segera pulih.

Sunday, May 9, 2010

Love From Mya

"There is no one
who loves as deeply
protects as fiercely
understands as readily
and gives as generously
as a mother
and there is no mother quite like you"


Tak ku sangka malam ini dapat present dari Mya yang menganggapku sebagai ibu keduanya.. (my anak angkat - kawan baik anakku 'Ain) yang baru pulang bercuti dari pengajiannya di Perlis pagi tadi.. Nampak masih keletihan lagi tapi sanggup bersusah payah Mya mencari sesuatu untuk Umminya ini.  Terharu rasanya bila di ingati sebegini.. sebenarnya tak besar mana pun sumbangan yang ku beri padanya..  

*With thanks, mum for all the things you do and all the love you give
You have a way of showing love that means so very much and adds a lighter, 
brighter note to all the lives you touch.*
From MYA


Terima kasih bebanyak Mya.. Ummi do'akan agar segala yang di cita-citakan akan tercapai dan akan memperolehi kebahagiaan yang di cari selama ini.  

Salam sayang dari Ummi dan Abah serta seisi keluarga.

Dari anakku Hannah di sini.
Dari anakku Nabilah di FB dan anakku 'Ain

Nurul 'Ain HAPPY MOTHER'S DAY. ESPECIALLY 4 MY BELOVED MOM Norahah Asfandi. U'RE THE BEST MOM IN THE WOLRD. I LOVE YOU UMIE. ((BIG HUGSSS)) MMMmuaaahhxx..

Ummi sayang semua anak-anak Ummi sesangat...XOXO

♥I LOVE MY FAMILY MORE ♥




Susah Senang Bekerja Sendiri

Bekerja adalah tanggungjawab..
Setiap hasil dari titik peluh yang mengalir itu adalah ibadah.

 Ku sentiasa memohon pada Illahi
semoga di kurniakan kesejahteraan, 
sihat tubuh badan, 
di permudahkan segala urusan buat Suami tersayang
diatas segala jerih payahnya berkorban, 
mengerah tulang empat keratnya, 
bersusah payah meredah hujan dan panas demi keluarga.. 
dan nasihat darinya jangan sesekali lupakan Kurniaan Allah yang amat besar, 
sentiasa bersyukur atas apa jua yang di beri Allah paling utama yang sentiasa di ulang-ulang peringatannya pada ahli keluarga ialah jaga waktu solat pada awal waktu,
Besar sungguh pengorbananmu duhai Suamiku.
  Ya Allah peliharalah ia, 
dan berikanlah keselamatan ke atas dirinya..  
Semoga kehidupan kami sekeluarga 
di berkati dengan rezeki yang halal dan sentiasa
di bawah Rahmat dan lindungan Mu Ya Allah. Amiin.

Ada masa pasang, ada masa surut... begitulah situasi bekerja sendiri ibarat air pasang surut.. kerana adakala projek datang kencang adakala lembab... Bijak menyusun belanjawan adalah penting kerana berniaga sendiri ini tidak tetap pendapatannya. Lebih-lebih lagi berniaga kecil-kecilan.. 

Bila melibatkan kerja sendiri perhatian utama adalah servis yang di lakukan perlu baik dan menepati masa itu penting.
Komunikasi dengan pelanggan juga perlu di ambil kira...

Berbeza dengan makan gaji.. untung rugi... pekerja tetap bergaji.. Manakala bila berniaga sendiri untung rugi...keutamaan di sini gaji pekerja dan tanggungan perlu di dahulukan, "sendiri punya poket belakang kira..."  Tulang belakang utama dalam perniagaan ini adalah sokongan keluarga terutama isteri atau suami kerana bantuan dan nasihat juga pandangan dari isteri atau suami amat saling perlu memerlukan.




Persaingan dalam perniagaan terutamanya perlu di hadapi dengan cara yang sihat tanpa perlu bersifat irihati dan berdendam.. jika perniagaan itu di cabang yang sama elok berpakat dan saling bekerjasama... "Muafakat membawa berkat".. Ikhlas, Amanah, Jujur dan dedikasi.. Inilah jalinan yang paling akrab untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang di ceburi..


Menceburi bidang perniagaan juga membina keYakinan yang kuat  dan hati sentiasa dekat pada Allah SWT ... apa jua yang kita lakukan hanya kerana Allah... kerana punca rezeki datangnya dari Allah.. samada untung atau rugi itu perlu di lalui dengan tenang dan sabar.  Disinilah letaknya perjuangan dan ketahanan jiwa menghadapi rintangan serta ujian.. tidak boleh beralah dan jangan sesekali menyalahkan takdir... Sikap bersangka baik perlu.  Do'a adalah senjata paling utama dan sifat syukur sentiasa perlu ada pada setiap peniaga.

Jangan terlalu leka dengan kesenangan kerana ia hanya pinjaman sahaja.  Apa jua yang kita perolehi perlu di kongsi dan rajin bersedekah. Supaya hati kita bersih dari sikap tamak dan haloba.  Kerana rezeki yang kita perolehi bukan untuk kita sahaja di sebaliknya ada hak untuk orang yang memerlukan juga. Bila senang ingat di waktu susah, bila susah berusaha lebih kuat lagi.. disinilah letaknya keyakinan dan kekentalan menghadapi dan mencari jalan untuk mengatasinya.. Usaha, Do'a dan Tawakkal, sentiasa bersyukur samada senang atau susah...Allah adalah pemilik segala-galanya.. kita hanya hambaNya yang perlu bertanggungjawab atas apa juga perbuatan kerana di sana kelak .. Allah akan pertimbangkan amal ibadah yang kita kerjakan.

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!




Saturday, May 8, 2010

Jeritan mengejutkan di detik 12 malam!!! Seram dan Ngeriiii!!!!

Ku baru melelapkan mata, belum sempat di ulit mimpi tetiba terdengar jeritan sahut-sahutan tak henti... Ku segera bangkit dari tempatku melabuhkan diri mencari suara jeritan tersebut... Apa yang tak kena ni...?  Kenapa begitu banyaknya suara jeritan yang membuatkan diriku merasa seram la jugak ... Jam pula menunjukan hampir jam 12.00 malam .. "Adakah muncul Cinderella di situ yang cuba melarikan diri takut orang mengetahui status sebenarnya...?"


Suara jeritan semakin kuat... dan mencemaskan!!! Ku lihat nun di sudut sana beberapa orang berteriak sambil menunjuk ke arah bawah tingkat satu bumbung bangunan.. Dalam pemikiranku agaknya ada orang terjun bangunan ke? 

Ku segera menuju ke arah suara riuh tersebut... perasaan ingin tahu semakin menerjah.


Tiba di situ ku bertanya pada salah seorang dari mereka.., 
"Apa yang berlaku Encik?"... 
Dia menjawab, "Ada seorang berbaju pesakit bawa lari seorang bayi terjun bangunan!!!"
"Haaaaah!! Astaghfirullahal'Azim!" berderau darahku bila mendengar apa yang baru berlaku.
Ku bertanya lagi.. "Lelaki atau perempuan?"
"Perempuan... rasanya dia bawa lari seorang bayi dari wad bersalin"


Lalu ku berkata..."Agaknya dia sakit meroyan kot!".

Kejadian ni berlaku sewaktu ku menjaga Abah di hospital pada 13hb. April yang lalu. Abah di wad tingkat 4.. dan jeritan tersebut dari keluarga yang sedang menunggu saudara-saudara mereka di Wad ICU tingkat 4 yang kebetulan berada di veranda dan nampak jelas kejadian...

Mereka menceritakan sewaktu nampak seorang wanita dengan pakaian pesakit keluar dari arah tandas tingkat satu dengan membalut kain di badannya seperti mengendong bayi dan memanjat tembuk dan melompat ke atas bumbung bangunan di tingkat satu.. Bila lihat tu mereka menjerit mengarahkan wanita itu tidak membuat sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya.. Kerana tiada tangga disitu..   Jadi salah seorang Pak Cik yang sedang menunggu isterinya di wad ICU segera berlari ke bawah untuk menahan wanita tersebut dari melakukan sesuatu yang tak diingini.. Tapi Pak Cik tadi tak sempat berbuat apa-apa kerana sampai di tempat kejadian wanita tersebut telah terjun terlebih dahulu. 


Terjun...!!! Ngeri.. macamana agaknya keadaan mereka?


Ku tak buang masa terus ingin mendapatkan jawaban lalu turun ke tingkat satu.  Ku lihat pengawal masih berkawal di pintu masuk setiap wad.... Rupanya pengawal pun tak tahu kejadian sebab ianya berlaku dalam wad yang dihuni oleh pesakit dan jururawat bertugas saja.. Sebab kawalan di hospital memang ketat.  Ingat tak lagi N3 lepas yang menceritakan pelawat bertekak dengan pengawal keselamatan..dalam Kisah Hospital?
Kerana mereka tidak mahu perkara buruk berlaku di kawasan hospital.  Sebab itu pihak hospital mengambil berat keselamatan pesakit.

Ku masuk ke pintu wad satu.. dan nampak 2 orang Nurse yang sedang bergegas keluar bila menyedari seorang patient bersama bayi telah tiada di katilnya.. Ku mengekori 2 orang Nurse tersebut mencari patient tersebut..  Ada seorang pengawal di bawah memberitahu patient tersebut telah di tahan dan keadaannya tidak membimbangkan cuma berlaku pendarahan pada diri si ibu dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.. Oh syukur!!!


Bila dengar perkara tersebut saya berasa lega.... kerana kedua-duanya selamat.. Dalam pemikiran saya sebelum tu bimbangkan keadaan bayi kecil itu sahaja.. Apa yang saya dapat tahu sebenarnya wanita tersebut adalah warga asing yang merasa takut kerana tak dapat menjelaskan bil rawatan bersalinnya..dan ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan  beliau mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri tanpa memikirkan keselamatannya..  Sebenarnya pihak hospital ada menyediakan Badan Kebajikan bagi mereka yang tidak berkemampuan... mungkin wanita tersebut tidak mengetahui kemudahan tersebut.

Selepas kejadian ngeri di malam tersebut, saya tak mendengar langsung apa yang berlaku seterusnya.. kerana ramai penghuni hospital tidak mengetahuinya.. dan kebanyakan mereka yang berada di sekitar hospital juga tidak menyedari kecuali mereka yang berada di tingkat 4 yang terlihat kejadian, Pak Cik yang mengejar tadi bersama 2 orang pengawal keselamatan yang kebetulan berada di mana tempat wanita tersebut terjun dan juga nurse-nurse di wad tersebut..begitu juga petugas di wad kecemasan di mana wanita itu di rawat bersama anaknya.  

Walhal di wad kecemasan pun terdapat ramai orang namun  kejadian tersebut juga tidak di sedari oleh mereka kerana suasana tenang sahaja ketika itu.. padahal sesuatu yang mengemparkan sedang berlaku di situ... Ku rasa seperti reporter pulak malam tu kerana dok menginterview petugas di wad kecemasan tersebut..yang baru keluar melihat wanita dan anaknya itu...ku dapat sedikit jawaban pun jadilah kan..!! 

Mungkin juga mereka yang lain tidak mengendahkan jeritan tersebut kerana menganggap jeritan itu hanya sekadar memecahkan kesunyian malam untuk menghiburkan halua telinga pengunjung dan penghuni hospital mendengar orang bermain sahut-sahutan sahaja... 


Keesokan harinya ku meninjau tempat  terjunan itu berlaku.  Terjunan tersebut dari tingkat satu ke bumbung letak motor yang beratapkan asbestos itu pecah dan berlubang ... woaaa tinggi juga rupanya... Ngeriiii!!! Beginilah kalau keadaan mendesak segala perasaan takut dan gentar di tolak tepi agaknya..  Jangan lakukan aksi ni ya pembaca yang budiman.. Merbahaya dan boleh memudaratkan diri.
Siapa yang susah... diri dan keluarga juga kan!!



Wednesday, May 5, 2010

BERMOHON HARAP HANYA PADA ALLAH SWT ~ "SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN"~


Surah Al-Insyirah (Solace~peace in the heart~)
~(kelapangan hati)~

 Berkas:Al-Sharh.png
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1)  Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)  Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)  Dan Kami telah meninggikan bagimu:  Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4)  Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)  (Sekali lagi ditegaskan):  Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6)  Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh)  maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)  Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)./(8) 


 

Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.
  * Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.

* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.

* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.

* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.

* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah IRADATNYA.

* Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.

* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.

* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.

* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.

* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.

* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.

B E R U S A H A , B E R D O ' A  
D A N  B E R T A W A K K A L  K E P A D A  TUHAN  
Y A N G  M A H A  B E R K U A S A .



 











Tuesday, May 4, 2010

Serikan Wajah???

Ada yang tertanya ke? Ada petua untuk menyerikan wajah ke?Hehehe... gimik jer!!!


Bila ada si penggeli menjerit terserempak dengan hidupan alam hijau ni... berseri-seri wajah dia bila menjerit.... kikikiki!!!! But yang menjerit tu it's not me!! Anak buahku terserempak 'benda alah' ni dalam pasu bunga jasmine ku.

Apa lagi ku 'tembak' satu das,  dia terlentuk ayu gitu.. malu-malu lagi!!!
Ku 'tembak' lagi sedas...


dan lagi.....


Cukup lah tu.. dia pemalu.. tak nak bergaya dah..!!! Comelkan..!!
Sesaja nak menyerikan wajah blog ini dengan warna hijau.. mendamaikan!!!





Sunday, May 2, 2010

"OuR fRiEnDsHiP sToRy"

  Sahabat,
 
TAHNIAH buat anda yang berjaya 
membaca nota di bawah dengan lancar   
 
 







With all my love ~ NORA 
 
 
 


Saturday, May 1, 2010

Apa ada pada nombor? Istimewa! Unik! Lihatlah!!!!


Nombor! Apa itu nombor?  Semua sedia maklum nombor adalah bilangan atau angka dari 0 (sifar) ke 9... dan penambahan dari puluhan, ratusan, ribuan, jutaan dan seterusnya.  Nombor juga ada pelbagai bentuk rupa dan sebutan mengikut bangsa yang ada di dunia ini... tapi sama saja maksudnya iaitu Angka yang boleh di bilang. Bilangan yang boleh di tolak, campur, darab dan bahagi. Secara terperinci maksud nombor ini boleh di perolehi di sini.





Apa istimewanya nombor dalam kehidupanku? Ahaaaa... ada yang menarik bila bercerita mengenai nombor ini... Pada mulanya ku tidak perasan, tapi apa bila mencatat tarikh lahir keluarga kami di atas kertas baru jelas kelihatan keunikan tarikh lahir berikut.

Diriku anak ke 5 dari 8 beradik... antara kami.. ada 3 orang dalam adik beradik mempunyai turutan tarikh lahir yang cantik...(bagi pandangan peribadi ku).  Mengapa ku kata begitu.. lihat ya..


Anak ke 4 (Abangku Azhar) -> T/Lahir  15hb. Jun, 1962

Anak ke 5 (Diriku Norahah) -> T/Lahir  10hb. Dis, 1965

Anak ke 6 (Adikku Noraini) -> T/Lahir  15hb. Jun, 1969        


Selain abangku dan adikku mempunyai tarikh lahir yang sama lihatlah jarak antara kami bertiga.....Ianya antara pertengahan tahun dan akhir tahun..
  (15.06.62) <-> (10.12.65)<->(15.06.69)


Jarak antara tarikh lahirku dengan Abang ialah 3 tahun 6 bulan.
Jarak antara tarikh lahirku dengan adik ialah 3 tahun 6 bulan juga..

Wow.. pandai ibubapaku rancang tarikh yang cantik ni kan!! Sebenarnya semua ni tanpa di dugakan... KEBETULAN tanpa perancangan... semuanya atas kekuasaan ALLAH... peraturan dari Allah.. 


Tarikh istimewa kira tambah dalam nombor tarikh lahir anak-anakku ...


Anak ke 3 (Nurul Hannah) -> 12hb. Mac, 1994     (12. 03)
Anak ke 4 (Nurhasyimah)   -> 16hb. Jan, 1996    +(16. 01)
Anak ke 5 (M. Firdaus)        -> 28hb. Apr, 1998     (28.04)


Tak sangka kannn... bila di tambah tarikh lahir anakku no. 3 dan no.4.. menjadi tarikh lahir anakku yang ke 5.... What a magical number!!!!  Dah tua-tua ni baru perasan bila catat secara begini.... eheheh!!


Selain dari tu... anak pertama ku, Nabilah 'Izzati lahir 15hb.September, 1990, di ikuti setahun kemudian anak ke dua ,
Nurul 'Ain  juga di bulan September,  25hb. September 1991 sama tarikh lahir dengan adik bongsuku, Norziela,  25hb. September 1975.

Berikut pula perbezaan 2 hari dalam bulan yang sama....:

Anak saudaraku Nurul Hanis bin Adzlan 
(anak ke 2 dalam keluarganya)  -> 12hb. Jan, 1987
Norafizah (kakakku anak ke 3)   -> 14hb. Jan, 1960
Nurhasyimah (anak ke 4 ku)       -> 16hb. Jan, 1996

Syafiqah (anak pertama kakakku Norafizah)   -> 3hb. Mac, 1992
Fatimah Az-Zahra (anak ke 5 adikku Noraini) -> 5hb. Mac, 2002

Nuur Razan anak ke 3 abangku Azhar -> 13hb. Jun, 1996
Azhar bapa Nuur Razan anak ke 4 dalam keluarga -> 15hb. Jun, 1962  

Ini pula turutan tarikh lahir,..:
Ahmad Wafiy bin Azhar (anak abangku) -> 1hb. April, 1992
Ahmad Hasif bin Azhar (anak abangku)  -> 2hb. April, 1993

Muhammad Firdaus bin Abd. Jalil 
(anak ke 5 ku)                                     -> 28.04.1998
Muhammad Amiruddin bin Jamaluddin 
(anak ke 3 adikku Noraini)               -> 29.04.1998

Tarikh yang tak dapat di tunggu..... 09. 09. 1999

Nurul Huda anak pertama adikku Akmal -> 07. 09. 1999 (kurang 2 hari sahaja ke tarikh istimewa itu)

Pada mulanya ku hanya saja-saja mencatat tarikh-tarikh lahir ni.. tapi bila di atur sebegini nampak keunikan nombor pula pada setiap tarikh dan juga turutan nombor dalam bilangan tersebut maka timbullah catatan di blog ini... Ini hanyalah sekadar catatan untuk mengambarkan begitu cantiknya susunan nombor dalam sejarah tarikh lahir ahli keluargaku yang bukan di rancang oleh manusia tapi telah di atur oleh Yang Maha Esa.!!!! 


Hari ini 1hb. Mei, merupakan hari Buruh... Kesempatan ini di ucapkan Selamat Hari Buruh buat semua warga Malaysia dan pekerja-pekerja di seluruh dunia. Dunia Aman Makmur,  pekerja dapat bekerja dengan aman dan damai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails