Pages

Monday, May 10, 2010

Kisahku bersama 'Cleaner' hospital

Menjadi penghuni hospital sebagai penjaga pesakit ni perlu menerima apa seadanya.. keadaan tidur dan makan tentu semua faham situasinya kann. Demi Abah ku lakukan apa saja.. selesalah juga bila setiap malamku dapat rezeki tidur di atas tilam empuk... ;)  Walaupun ku tak bawa tilam atau bantal untuk tidur selesa di hospital.
(Di hospital penjaga biasanya tidur atas lantai atau kerusi sahaja.)


Bila sudah berada di hospital memang tak boleh elak dari menggunakan tandas ialah dah duduk sementara'di hostel spital' kan... Al-maklum wad lelaki dan tandasnya pun tentunya khas untuk lelaki jadi ku tak berasa selesa untuk menggunakannya... walaupun kulihat penjaga-penjaga wanita menggunakannya... tetapi ku sanggup berjalan ke wad wanita rasanya lebih selamat dan selesa.

Nak di jadikan cerita pada hari terakhir ku di hospital terserempaklah dengan seorang 'Cleaner' ni di tandas wanita.. Seperti biasa ku masuk ke bilik air.. belum sempat ku berbuat apa-apa 'Cleaner' ni bertanya dengan slang bahasa negara dialah, "Kak, kakak dari wad mana?"
Di dalam bilik air mana ku tahu dia bercakap dengan siapa.. jadi ku keluarlah... tak de sesiapa di luar... dan "Cleaner" tersebut pun sedang menyelesaikan "hajatnya" di dalam tandas.. (ku harap bunyinya tak lucah ya).


"Awak bertanyakan saya ke?" tanyaku.  Ku sebenarnya tak suka melayan orang yang sedang dalam tandas ni kerana telah melanggar etika adab-adab dalam tandas..  Oleh kerana menghormati pertanyaannya ku jawablah juga.

"Iyaa!! Kakak dari wad ICU ya". tanya 'Cleaner' tersebut.


Dengan jujur ku mengatakan, " Tidak, saya dari wad 4*"


"Oh Kakak dari wad lain tak dibenarkan gunakan tandas wad ini... tandas di sini hanya untuk pengguna di wad ini sahaja... walaupun wad perempuan tapi orang lelaki yang jaga di wad ini pun gunakan ini...kalau kakak dari wad lelaki kakak kena gunakan tandas di situ...Lelaki perempuan campur..."   'Cleaner' tersebut terus berceloteh dalam tandas..

Sebelum ku berlalu ku berpesan,  "Neng, dalam tandas ngak boleh bicara...ngak manis!"  Ku segera berlalu pergi kerana tak mahu layan lama-lama dia bercakap dalam tandas tu.. 


Mungkin dia tak tahu ku sudah berjalan keluar... agak jauh juga ku meninggalkan kawasan tu masih terdengar lagi pot..pet..pot..pet dia berceloteh sendirian..
Dalam hati ku hendak tergelak kerana memikirkan jika ada orang lain masuk ke kawasan tandas dan menyedari dia bercakap sendirian... apalah perasaannya.. Ku tak dapat bayangkan.. Tentu orang fikir dia ni okay ke tak kannn!!!  


Sampai di wad... ku tak tahan dari tergelak...ku ceritakan apa yang berlaku di tandas wad berkenaan pada Kak Ros yang menjaga suaminya di hadapan katil Abah.  Ku ingat tak nak ceritakan hal ini tapi ku tak tertahan dari tergelak..jadi ku bercerita pada Kak Ros..nanti Kak Ros pulak sangka apa padaku jika tergelak sorang diri.. Kak Ros pun tergelak sama bila dengar ceritaku ini.... tapi kami gelak perlahan je.. menjaga santun di hospital ni... Sekumpulan doktor yang sedang mengelilingi pesakit lain memandang kami.. sambil tersenyum-senyum tenguk gelagat kami.. Mungkin doktor-doktor tersebut fikir ku terlalu gembira kerana Abah telah di benarkan keluar hospital pada hari itu..


Yalah sejak berada di hospital selama 5 hari tak pernah dihalang sebegini... nurses yang bertugas di wad tersebut pun tak pernah bersuara dan menghalang dari menggunakan tandas tersebut. Nasib baiklah hari tersebut hari terakhir.. jadi selamat ku kerana bebas dari bertemu dengan 'Cleaner' seorang ni..




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails