Pages

Sunday, June 20, 2010

ABAH!!!! Kami sayang Abah..


ABAH!!!! Kami sayang Abah..

Wajah tenang Abah menyejukkan mataku memandang..(sekarang berusia 78 tahun)

Ketabahan dan kesabaran Abah tak dapat di nafikan...
terlalu sabar dan tabah mengharungi ujian dan dugaan
Abah seorang yang lemah lembut dan tak banyak berkata-kata..
Melahirkan kata2 yang perlu saja..
Bila sesekali Abah bergurau tak kering gusi kami sekeluarga di buatnya..
Abah tak pernah meninggi suara..
ABAH...kami sayang ABAH..




Menyingkap memori lalu,
Abah melalui pelbagai jerih payah menyara keluarga besar..

Berbasikal di Subuh hari berbatu2 jauhnya ke tempat kerja..
Meredah hujan dan panas..
Do'a kami setiap hari agar ALLAH SWT. sentiasa mengiringi keselamatan Abah..
Setiap kali pulang kerja tak pernah lekang dengan buah tangan..
Abah sangat penyayang..

Abah sangat dedikasi bekerja..

Pengorbanannya tak ternilai..
ABAH... kami sayang ABAH.

Kenangan bersama  Abah amat manis sekali..

Di hujung minggu Abah cuti kerja..
Abah tak duduk diam..
Abah akan berkebun pula.. Samada di kebun kelapa atau ke dusun buah arwah Atuk..
Abah seorang yang rajin.
Aku akan mengikuti Abah ke kebun kelapa 7 batu jauhnya dari rumah dengan membonceng basikal Abah membawa pulang hasil pisang dan kelapa.
Aku sebenarnya menambah bebanan di basikal yang Abah kayuh.. HUH!!!
   
♩♪♫♬Oooh basikal tua..♩♪♫♬Oooh basikal tua.. yang banyak berbakti pada tuannya.
Mana aku fikir semua tu aku masih bebudak lagi.
Kesian Abah.. Tapi Abah tenang saja..tak pernah mengeluh!! Salute kat Abah.


Pernah satu ketika aku di tinggal Abah, Abah pergi ke kebun bersendirian,

aku tak sampai hati Abah berseorangan di kebun..
aku menyusul Abah dari belakang... terkedek-kedek dengan tubuh kecil (sekolah rendah lagi masa tu) mengayuh basikal kecil sejauh 7 batu berseorangan.
Suasana keliling sunyi sepi.. ya la masa tu tak banyak kenderaan..
Rumah pun tak banyak di kiri kanan jalan...melalui estet pulak tu dan bila tiba di pekan lega sikit kemudian melalui semula jalan kampung.. tempat sunyi dan jalannya pun jalan tanah merah kecil je... huh tapi aku dalam takut memberanikan diri jugak...yang aku fikir nak temankan Abah. Masa tu tak banyak jenayah langsung tak terlintas pun di fikiran ketika itu bab-bab jenayah ni...masa tu kita fikir enjoy dan semua orang baik saja... Aman damai..
(Sekarang kawasan ni dah jauh berubah banyak pembangunan.. estet (ladang kelapa sawit) masih ada lagi walau tidaklah seluas dahulu..  sebahagiannya dah mula di majukan menjadi kawasan perindustrian atau perumahan..)

Tiba di kebun aku jerit panggil nama Abah, aku tak cam yang mana satu kebun Abah..huhuhu.. semua ladang kelapa lebih kurang sama je.. di penuhi pohon kelapa dan pisang..

Setiap parit lebih kurang  2 meter lebar dan ada juga 5 meter lebar hanya menggunakan titi dari batang kelapa untuk menyeberang... seram...macamana nak lalu.. jerit panggil nama Abah lagi..
Sepi je tak dengar suara menyahut.. Ya la Abah mana tahu aku menyusul kemudian..
Dah kecut perut masa tu.. penat mengayuh tak hilang lagi..kebun Abah tak jumpa.. uhuk..uhuk..uhuk... rasa hendak menangis pun ada...
Tu la memandai-mandai.. aku tak ingat samada aku minta izin dari Emak atau tidak masa tu..
Ya la masa ni rumah mana ada telefon.. kalau apa-apa hal memang tanggung la sendiri..huhuhu.. jauh dari orang ramai pulak tu..

Aku terus jerit lagi memanggil ....,"ABAAAAAAAAAAAH... Abah kat mana?????? berjalan lagi melalui dari satu kebun ke satu kebun sambil mengusung basikal....

Tak lama kemudian dengar bunyi semak-samun rumput di tebas... oooh mungkin Abah.. Panggil lagi.. kali ni Abah menyambut sahutan.. tak lama Abah muncul.. uuuuuu legaaaaaaa.. Akhirnya bertemu jugak Abah di kebun. Nasib baik Abah tak marah.. memang Abah tak pernah nak marah.. Sungguh bertuah aku mempunyai seorang Abah yang begitu mulia hatinya.. Sayaaaaanng ABAH!!!!!

Waktu rehat di kebun kami berpiknik di bawah pohon mangga.. makan bekalan yang di bawa Abah... Seronok kenangan masa tu..



Ada kalanya bila abang turut sama.. semakin riuh suasana jerit pekik kami adik beradik memecah keheningan kebun yang sunyi... Hanya unggas dan cengkerik menemankan sebagai muzik menghiburkan kami.. eheheh!!

Abah membakar sabut kelapa untuk menghalau nyamuk.. Pembakaran masa dulu tak menyebabkan jerebu.. ;))


Dari berbasikal abang Ngah memberinya motor untuk memudahkan pergerakannya kemana-mana..

Abah tersenyum..lega.
ABAH... kami sayang ABAH.

Hari Raya paling best...inilah waktu kami sekeluarga berjalan.. kalau tak memang duduk di kampung saja...

Biasanya orang bandar pulang beraya di kampung.. ni kami dari kampung pulang beraya di bandar.. eheh :) Abah mengetuai rombongan dari kampung.. Masa ni la kami berdedai menaiki bas.. Menziarahi keluarga sebelah Emak di Kuala Lumpur.. (Keluarga sebelah Abah tinggal sekampung.. jadi memang selalu bertemu dan kami amat mesra).
Sambil melepaskan rindu.. kami menikmati hidangan ketupat rendang dan kek yang di masak Arwah Nenek.
Masakan arwah Nenek yang di kasihi memang lazat.
Sesekali berjalan memang la seronok.. apatah lagi.. kat Kuala Lumpur!! Abah, Emak senyum melihat kami gembira.. tetapi ada gak sesekali di tegur oleh Emak untuk menjaga perilaku.. ya la *excited*.. biasa la bebudak kannn!!!
Oh ya dulu Abah bekerja di dua tempat.. ialah gaji kecil.. mana cukup untuk menyara keluarga yang besar.. (kami 8 beradik). Pagi bekerja di Majlis Bandaran dan petang pula di rumah beberapa keluarga kerabat Di Raja. Bila hariraya dapatlah berkunjung di rumah mereka.. Kami di layan seperti keluarga.. majikan Abah...memang baik. Mesra rakyat.. :)
Sekiranya tak kerana Abah sudah tentu kami tak merasa menjejaki kaki di kawasan perumahan di Raja tersebut.

Abah juga menggalakan kami adik beradik membaca jawi sejak sedari kecil lagi.. memang akhbar yang Abah beli adalah akhbar Utusan Melayu bertulisan jawi dan majalah 'Qiblat'.. keluaran Utusan..Kalau tak silap.. Sekarang akhbar dan majalah jawi dah hampir pupus.. Sedihkan.


Masa berlalu anak-anak dah dewasa dan berkeluarga.. kini Abah dah bersara..

Keluarga semakin membesar dengan menantu-menantu. Cucu-cucu makin bertambah (ketika ini 34 ).. Melanjutkan zuriat anak cucu Adam..

Kini kami la pula yang perlu mengambil berat kebajikan Abah dan Emak pula..

Abah masih menyara Emak dan kakak juga 2 orang anak kakak.
Tapi sebesar mana pun yang kami lakukan tak kan terbalas jasa keduanya..
Abah dan Emak tak sunyi kerana beberapa anak tinggal di sekitar kawasan rumahnya.

Hanya kepada Allah kami berdo'a semoga Allah memelihara kesejahteraan kedua-duanya..

di beri Anugerah oleh Allah SWT atas segala kebaikan yang telah di curahkan kepada kami sekeluarga..
ABAH, EMAK kami sayang sangat.. ampunilah segala kesalahan kami.. kami memang banyak juga buat salah.. maafkan kami ya!! Kami amat menghargai perjuangan dan susah payah membesarkan kami hingga kini..

ABAH kau la WIRA kami.. EMAK adalah SERIKANDI kami.. Kami Sayang ABAH dan EMAK... Mmmmuaahhhhh!!!!

Tahun 2009, dalam suasana hari raya kesihatan Abah semakin merosot.. Abah mengalami sakit perut.. Pada awalnya Abah enggan di rawat..kerana Abah fikirkan hanya sakit perut biasa.. tapi lama kelamaan perut Abah semakin membengkak..  hanya bergantung pada ubat yang memang sudah semestinya tidak boleh di tinggalkan (ubat untuk darah tinggi dan kencing manis) dan juga beberapa ubat sakit perut yang di beli di farmasi.  Abah hanya setia pada rawatan rutin 3 bulan sekali tu saja.

Tiba masa untuk menjalani rawatan rutin 3 bulan sekali di Klinik Kesihatan Kecil pada awal March lalu doktor rekomenkan untuk menjalani rawatan yang lebih detail di hospital.  Maka bermula di situ baru mengetahui sakit sebenar Abah.  Kisah kesihatan Abah terdapat dalam N3 sebelum ini.
Ku berdo'a agar Allah memberi perlindungan pada Abah dan menyembuhkan Abah dari sakitnya.. Abah redha akan sakitnya dan tidak pernah mengadu sakit.. Abah sungguh tabah dan cekal..Mungkin juga Abah menyembunyikan kesakitannya kerana enggan duduk di wad di hospital.

Alhamdulillah Abah telah selamat menjalani pembedahan pada 18.05.2010 dan hanya berada di ICU selama satu malam.. dan di pindahkan ke wad biasa pada pagi itu juga. 19.05.2010. sebab tiada sebarang komplikasi berlaku... Abah berjiwa kuat.. Alhamdulillah selepas pembedahan Abah tak muntah atau demam.. Syukur ke hadrat Allah diatas kekuatan yang di beri keatas Abah.. 25.05.2010 Abah telah di benarkan pulang ke rumah.. 


Kini Abah hanya perlu banyak berehat dan perlu menjaga kesihatannya agar terus menunjukan kemajuan.... Walaupun begitu kami berdo'a agar Abah di lindungi oleh Allah SWT.... seperti yang di kata doktor pada pemeriksaan lanjutan pada 16 Jun sebenarnya kanser telah menular ke bahagian hati dan paru-paru sebelum pembedahan membuang kanser usus lagi dan ia perlu menjalani rawatan kemoterapi... Doktor meminta ku berpakat adik beradik untuk memberi kata putus samada untuk melaksanakan kemo atau tidak dalam tempoh 2 minggu lagi... sebab kata putus hanya pada Abah... setakat ni Abah hanya geleng kepala.. Apa yang perlu ku lakukan..???

Aku harap Abah akan memberi keputusan untuk kebaikan diri Abah supaya dapat menjalani kemo.. Aku tak tahu apa kemo tu.. dan bagaimana rawatannya.. tapi ku dengar cerita ianya rawatan yang amat menyakitkan... Bagaimana ya??? Kami sayang Abah....kami tak nak Abah merasa sakit tapi kami nak Abah sihat.. Tapi doktor kata kemoterapi ni untuk memanjangkan sedikit tempoh hayat... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan yang menentukan hayat seseorang..


Sebagai hamba kita hanya berikhtiar untuk mencari ubat atas setiap penyakit... 


ABAH!!!! Kami sayang ABAH!!!


Abah menerima sijil anugerah pekerja cemerlang dari Baginda Almarhum Sultan Sallahuddin Abd. Aziz Shah Alhaj.

 My beloved parents "Emak & Abah" (((big hugs)))
Abah bersantai bersama Emak..

 Motor Abah ni tinggal kenangan... (telah di bawa lari oleh penyamun).. :(
Ooopppss sorry Abah gambar dah rosak tak reti nak edit bagi cantik...
Abah dan sebahagian rakan2..
Abah bersama rakan2.. (Gambar telah berusia lebih 50 tahun)

Cucu2 bergambar di kebun getah Abah (belakang rumah) yang telah Abah bersihkan..

4 comments:

anymz said...

beruntung masih punya abah...tntg kemo tu kalo dia tak tahan jgn paksa memang menyakitkan dan memenatkan..kalau badan tak tahan ... memang alah kita di buatnya..apa lagi badan org tua..

Nora Asfa said...

Sis. Anymz... terima kasih atas pandangan..

che mid said...

Salam, apa pun keputusan yang diambil sebaiknya dengan persetujuan abah bukan paksaan, kerana dia yang akan menanggungnya kelak. Kita sebagai anak, gembirakan hatinya tika menempuh saat sukar ini. Apa pun, mid pasti abah akak tau anak-anak menyayanginya dan mahukan dia sihat seperti dulu.

Nora Asfa said...

Wa'alaikumusalam Sis Mid, terima kasih kerana memberi kata semangat buat Akak.. Insya'Allah Akak akan cuba sebaik mungkin agar Abah memahaminya dan akan akur akan jawabannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails