Pages

Monday, June 28, 2010

Dandan

 Imej dari Google

Salam sejahtera.. 

Sudah beberapa kali saya dan abang cuba memujuk Abah untuk ke kedai gunting rambut... tapi tak berhasil.. Pujuk cara baiklah tak de lah memaksa..  Nanti terguris pula hatinya.. Bila dah menggeleng tu kita diamlah untuk hari tersebut.. Sudah berminggu-minggu sejak Abah keluar hospital tempohari... Bayangkan lah!!!  Rambut dah mula menutupi telinga.. semasa sihat Abah tak pernah membiarkan rambutnya sebegitu kerana cepat terasa rimas. Wajahnya juga tak pernah di biarkan berkumis dan berjanggut sebelum ini....sentiasa saja terurus.


Bila Abah tidak berapa sihat ni.. Abah membiarkan saja ia begitu...
mungkin ia masih tidak bermaya tapi adakala Abah bercukur sendiri tapi tak sekerap dulu 2 hari sekali... 

Sebagai anak tak sepatutnya saya membiarkannya begitu sahaja... saya memberanikan diri untuk mencuba..menjadi tukang gunting rambut tidak bertauliah.. Eheh!!! Macam manalah rupanya nanti. bukan apa takut nanti ntah hape-hape pulak jadinya. Macamana pun orang kata belum cuba belum tahu kan!!!!


Bismillahi Rahmaa ni Rahiim... saya mencapai gunting dan mula merapati Abah... Minta izin dulu... "Boleh kan Abah.., Ayang tolong guntingkan rambut ni."
Abah mengangguk.. alright - dah dapat izin ... sambil berselawat ku potong rambut Abah dengan harapan style rambut yang akan terhasil nanti membuahkan hasil yang okay..okay.. la... huhuhu!!!


Perlahan-lahan ku gunting dan nipiskan rambut Abah di bahagian tepi dengan di sukat menggunakan sikat.. Emak memberi panduan cara gunting rambut... sebab biasanya Emak yang menguntingkan rambut kami adik beradik perempuan... Gunting sebelah kanan kemudian kiri... kemudian sebelah atas kepala.. akhirnya sebelah belakang..
Selesai... ku berikan cermin pada Abah untuk dinilai... Errrrr.. Abah akan komen apa eyhhhh!!!! 


"Nape belah atas botak?"... Abah bersuara... sebenarnya tak botak tapi agak nipis sikit macam rekrut .. ehehe!!!  Sebab rambut Abah cepat panjang jadi potong pendek begitu makan masa lah sikit untuk beberapa hari kann...


"Tapi kepala Abah dah rasa ringan kannn?" .. saya bertanya. Abah mengangguk.


Kini bahagian muka pulak... ni yang suspen sebab tak pernah kulakukan benda ni seumur hidup... cukur misai dan janggut..


Ku lakukan berhati-hati dengan menipiskan misai dan mengemaskan janggut menggunakan gunting terlebih dahulu kemudian barulah gunakan pisau cukur Gillette pulak... takut terluka sebenarnya.. tapi demi Abah ku memberanikan diri.. supaya Abah nampak segak kembali..

Inilah masanya...saya biarkan sebahagian janggut Abah di situ dengan hanya merapikan sedikit agar nampak kemas dan rapi.. supaya ada Sunnah di situ dengan memelihara janggut.. dan membersihkan bahagian kumisnya.. tanpa misai...  Abah merelakan diri.. Alhamdulillah. Dah selesai.. barulah nampak wajah berseri Abah selepas di dandan.. 


Emak hanya tersenyum melihat hasil sentuhan tangan anak perempuannya... Akhirnya berhasil juga usaha kecil ini..
Memanglah hasilnya tidak seperti yang di lakukan tukang gunting pro atau amatur... tapi sekurang-kurangnya sudah terurus dan Abah merasa lebih selesa.... Keselesaan Abah tu yang penting.. kan Abah!!


Minta maaf ya Abah sebab awal-awal lagi tak mencuba.... harap-harap lepas ni tiada masalah lagi untuk mendandan rambut dan wajah Abah..






3 comments:

che mid said...

Emm tahniah! Kalau ada gambar sebelum dan selepas tentu lagi best kan!

Nora Asfa said...

Sis. Mid, pada mulanya memang nak buat camtu.. tapi hasrat dibatalkan..

Pak_Anjang said...

eeee syoknya jika anak aku dapat gunting & cuci mukaku. Tapi...apakan daya, depa tak tau gunting & tak berani tanyapun!

Tahniahlah ..pasti ayah kamu teringat sampai bila2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails