Pages

Saturday, August 21, 2010

RAMADAN O RAMADAN (bulan yang penuh RAHMAT DAN KEBERKATAN - hadiah dari ALLAH buat HAMBA-HAMBANYA yang berIMAN dan berTAQWA tunduk kasih kepada YANG MAHA PENCIPTA, YA ALLAH YA RABBUL JALIL)


Hari ini 11 Ramadan 1431H, maka sudah masuk hari ke 11 umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Semoga puasa di fasa pertama Ramadan ini (Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan Rahmat,) yang telah berlalu di redhai Allah SWT dan di terima segala amalan kita dengan penuh ke Rahmatan dan kini kita memasuki fasa ke dua (di pertengahannya Allah memberikan keampunanNya) di ampunkan segala dosa-dosa.. maka hari-hari seterusnya bertambahlah lagi usaha kita mengerjakan amalan-amalan fardu dan amalan-amalan nafil (sunat) yang di hadiahkan Allah SWT berlipat kali ganda di bulan Ramadan yang mulia ini dari bulan-bulan lain kepada umat nabi Muhammad s.a.w.. Tanamkanlah azam dan semangat untuk sentiasa memperbaiki segala kelemahan diri dan memperbaharui amal yang tertinggal.. (peringatan buat diriku yang terlalu kerdil dan lemah ini..  Ya Allah!!!).

Sungguh kecewa jika kita melepaskan peluang keemasan ini begitu tanpa di manfaatkan. Ianya datang sebulan sekali dalam setahun.. adakah akan dipertemukan lagi kita di tahun mendatang.. Hanya Allah SWT pemegang kunci rahsia makhlukNya yang lebih mengetahui... Maka rebutlah peluang ini... saham akhirat yang sungguh berharga perlu di miliki oleh umat nabi Muhammad s.a.w. yang amat di kasihi Rasulullah s.a.w. dan penciptaNya.. Betapa Allah Ta'ala amat kasih dan sayang pada kita.. Ya Allah! Maka inilah hadiah yang perlu kita sambut dan terima dengan rasa syukur dan nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang sentiasa beringat.


Mohonlah duhai insan, juga peringatan buat diriku basahilah bibirmu dan sucikan hati dengan mengucap kalimah Toyibbah dan beristighfar iaitu dua perkara yang amat di sukai oleh Allah dan perkara yang kamu tidak dapat lakukan tanpanya ialah kamu hendaklah bermohon kepada Allah untuk masuk syurga dan berlindung denganNya daripada dicampak ke dalam neraka Jahannam.. (Fasa ke 3 Ramadan pula pada akhirnya Allah membebaskan hambaNya daripada api neraka jahannam.)
 
"Ya Allah berikanlah kekuatan dan semangat buat diriku.. Ya Allah!!! Sehat sejahterakanlah diriku dan hamba-hambaMu untuk di permudahkan melakukan ibadah Ya Allah.. Sesungguhnya kepada Mu jua hambaMu sembah dan kepadaMu jua ku mohon perlindungan dan memohon petunjuk...Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami.. yang banyak berbuat dosa dan kadangkala lalai mengerjakan perintahMu pada waktunya.. Kasihanilah kami Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kami kasihi.. Amiin"

Marilah kita hayati sabda Nabi s.a.w mengenai keutamaan Ramadan al-mubarak ini.. seperti yang diriwayatkan oleh Ibn. Khuzaimah di dalam sahihnya) yang bermaksud...



Salman r.a. meriwayatkan bahawa:

"Pada hari terakhir Sya'aban Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami: " Wahai manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan.  Inilah bulannya Allah memfardukan puasa di siang hari  dan menjadikannya solat Tarawih sebagai sunnah di malam hari.  Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik di bulan ini, maka akan dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardu di lain-lain bulan pada tahun itu.   Dan barangsiapa melakukan amalan fardu akan di balasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardu pada bulan lain.  Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran yang sejati ialah "JANNAH";  Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya, di bulan inilah rezeki orang-orang beriman di tambah.  Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalasi dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan bebas daripada api neraka jahannam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.

Maka Kami pun berkata: "Ya Rasulullah, tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."  Jawab Rasulullah s.a.w. :  "Allah akan mengurniakannya balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa."  

Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan Rahmat, di pertengahannya Allah memberikan keampunanNya dan pada akhirnya Allah membebaskan hambaNya daripada api neraka jahannam."

Dan di dalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya membanyakkan empat perkara. Dua di antaranya ialah untuk menyukakan Allah Taala sedangkan yang dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpanya.  Perkara yang dapat menyukakan Allah Taala ialah kamu hendaklah memperbanyakkan membaca "Kalimah Toyyibah dan beristighfar. Dan perkara yang kamu tidak dapat lakukan tanpanya ialah kamu hendaklah bermohon kepada Allah untuk masuk syurga dan berlindung denganNya daripada dicampak ke dalam neraka Jahannam.

"Dan barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum daripada telagaku (haud) yang sekali minum dia tidak akan kedahagaan lagi sehinggalah dia memasuki "JANNAH".


Ya RASULULLAH S.A.W ku amat merinduiMu ya kekasih Allah...

  Photobucket - Video and Image Hosting

Ya Rasulullah s.a.w. kau telah banyak berkorban demi umatMu Ya Rasulullah...


Di mana ada suatu ketika .. Ya Nabi Allah.. kau sanggup menahan lapar dengan meliliti perutMu yang kempis dengan sehelai kain yang berisi batu kerikil.. (Ya Allah sayunya hati ini dengan pengorbanan besarMu ini ya Rasulullah).

Ketika sahabat Nabi s.a.w. bertanya, mengapa Nabi s.a.w. berbuat demikian, "Ya Rasulullah! Adakah bila Tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat Tuan?"



Lalu Baginda s.a.w. menjawab dengan lembut, " Tidak para sahabatku.. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.. Tetapi apakah akan Aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila Aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?
Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Ya Rasulullah... kau sanggup melakukan apa saja demi umatMu ya Rasulullah.. tetapi berapa ramaikah umatMu yang mengasihiMu dan mengikuti sunnahMu dan mendengar peringatan yang telah kau berikan untuk menyampaikan Amanah dari Allah S.W.T untuk umat-umatMu.
Tentunya Kau akan sedih melihat kelekaan sebahagian umat-umatMu kini.. lupa akan perintah Allah dan melanggar larangan Allah.. 


Walaupun pintu syurga telah terbuka luas buatMu ya Rasul pilihan namun do'aMu tidak pernah berhenti memohon syafaat dari Allah buat umatMu sehinggalah hampir tiba saat kembaliMu kepangkuan Allah SWT Ya kekasih Allah..

Kaulah pembimbing agung yang tiada tandingannya hingga kini.. 
Ya Habibi Ya Rasulullah... kami merinduiMu.. 

Ya Allah Ya Kareem.. Ku mohon rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah!! Sesungguhnya Kau Maha Agung lagi Maha Suci.. Selamatkan umat Nabi Muhammad s.a.w. dan kekalkan hamba-hambaMu dalam Iman dan Taqwa.. Salawat dan Salam buat kekasihMu Ya Allah..
Ku amat MENCINTAIMU YA ALLAH, ALLAH PENGURNIA RAHMAT SEMESTA ALAM..


AMIIN.. AMIIN YA RABBAL ALAMIN..







Wednesday, August 4, 2010

Sunday, August 1, 2010

Semalam, Esok dan Hari Ini



 Semalam, Esok dan Hari Ini


Pertama:Semalam


Kita tak boleh mengubah apa juga perkara yang telah berlaku.
Apa juga kata-kata yang kita ucap tak boleh di tarik balik.
Kita tak boleh menghapuskan kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang dirasakan semalam. Let yesterday passed, just let it go..


Kedua: Esok


Terbitnya matahari esok kita tidak tahu apa yang akan berlaku...
Adakah apa yang kita rancang akan terlaksana..
Adakah kita akan bersedih atau bergembira di hari berikutnya.. The next day  had not arrived, let it be.. let it be..


Ketiga: HARI INI


Pintu masa lalu telah tertutup... pintu masa depan belum tiba..
Tumpukan untuk hari ini..  pelbagai perkara boleh kita lakukan hari ini jika memaafkan apa yang telah berlaku kelmarin dan hadapi hari esok dengan tenang.. melepaskan segala ketakutan..
Hidup hari ini.. sebab yang berlalu biarlah berlalu dan hadapi hari muka dengan ketabahan walaupun rumit..Hari ini adalah hari ini...
Buatlah baik dan hormatilah semua orang walaupun ada yang melakukan sebaliknya pada kita, berbaik sangka..adalah yang terbaik..
Kasihilah semua orang.. kita tak tau apa yang akan berlaku esoknya kerana hari esok membawa kisah lain....
Kita harus menunjukkan rasa hormat pada orang lain...bukan kerana siapakah orang itu tetapi siapakah diri kita..
Jangan jadikan masa lalu kita mengikat kita hingga membingungkan masa depan kita...
Lakukan yang terbaik HARI INI.. dan berusahalah, bersemangat untuk memperbaiki kelemahan.. MULAKANLAH SEKARANG!!!!
(mengingatkan diriku)


Contoh terbaik hari ini..

Seorang rakanku juga seorang guru, telah kehilangan beg tangan, duit dan beberapa barang lagi terutama telefon bimbit hadiah pemberian suaminya.. 
Keretanya telah di pecah masuk ketika sedang menziarahi pengebumian sepupunya di tanah perkuburan. 

Di status FBnya 9.05p.m. (Ahad Ogos 1, 2010)


"Petang tadi kereta aku kene pecah... habis handbag kene sapu.. dalam ada hp, duit, ic n lesen mandu... apa2 pun aku ikhlaskan pada orang yang mengambil.. mungkin dia lebih memerlukan daripada aku... cuma rasa ralit hp tu hadiah dari hubby... dan aku doakan orang yang mengambil semoga hari esok lebih baik dari hari ini..."

Sifat mulianya adalah beliau memaafkan pelaku tersebut.. Semoga sahabatku ini memperolehi keberkatan hidup dan Allah muliakan dengan mendapat yang lebih baik lagi dari sebelumnya.. dan Allah bukakan pintu hati pelakunya untuk bertaubat.. Sifat memaafkan kesalahan orang itu adalah mulia di sisi Allah SWT.. agar ia mendapat kebaikan dari sifat pemaaf itu..

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya yang memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh jiwanya.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails