Pages

Thursday, November 11, 2010

Sehari di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur.

Catatan tertunda.. 

Di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur pada 13hb. Oktober 2010 (hari Rabu) - Saya, suami dan Suwarsih tiba 9.15 a.m.


Memperbaharui pasport pembantu kanan saya.. :) yang tamat tempoh Oktober, 2011... tapi di sebabkan perbaharui permit mengikut tempoh berkhidmat bermula bulan Disember... renew di buat awal untuk memastikan pasport sah dalam tempoh itu.


Seawal pagi orang dah beratur.. kami tiba lebih kurang selepas pukul sembilan pagi.. Pengunjung dah bersesak..  begitu ramainya orang termasuk majikan memasing.. Berbaris di pintu masuk ruangan mengambil borang dokumen.

25 kaunter menguruskan pelbagai dokumen untuk rakyat Indonesia yang bertugas atau pelajar yang menuntut di Malaysia. Waktu pagi kerusi penuh diduduki.. ini gambar selepas waktu rehat waktu petang.  Setiap hari Kedutaan menguruskan ratusan dalam pelbagai urusan dokumentasi warganya di sini dan merupakan wakil kedutaan yang menerima paling ramai pengunjung.

Waktu rehat.. 1.00 p.m - 2.00 p.m.. selepas waktu makan dan solat, saya dan Suwarsih berehat-rehat di lobi pejabat kedutaan.

 Assistant ku yang cekap berkerja dan amat pemalu..

Sudah rindu kampung halaman... tapi tak terasa sangat bagi dirinya kerana suami, anak dan ibubapa juga saudara mara tinggal berdekatan.

Waktu petang masih ramai lagi sedang menanti proses dokumen disiapkan.. Memasing menanti dengan penuh sabar. Selepas pengesahan majikan... my assistant suruh kami balik dulu.. sebab kesian kat kami yang menunggu lama.. tapi my husband kata tak pe.. setia menunggu. Ya lah bukan dekat dari Kuala Lumpur ke tempat tinggal kami.. lagi-lagi waktu petang jalan dah mula sesak kerana pekerja mula bergerak pulang.

Suwarsih seorang yang bijak dalam pelajaran.  Anaknya yang berusia 5 tahun telah lancar membaca Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.  Menamakan anak tunggalnya sempena mengambil nama anak sulungku Nabilah 'Izzati.

Perkarangan kedutaan... masih ada pengubah suaian sedang di jalankan di sebelah kiri bangunan..

Manis sekali kan wajahnya.. :)
Lebih kurang jam 5.50 p.m. dokumen telah siap... lega.. lama nunggu ne seyh. mengantuk dia dibuatnya.. kesian dia..


Pasport lama telah di batalkan.. sudah ada pengganti yang baru..

Pemandangan indah Kota Metropolitan Kuala Lumpur di waktu petang.

 
Matahari hampir menenggelamkan diri baru kami tiba di rumah.

8 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum..

tengah2 surf terjumpe ur blog so nak tanya:

1. if nak renew passport maid ape yg perlu kita bawa ke kedutaan indonesia?

2. jadi bila nak renew permit maid perlu bawa kedua2 pasport laa kan.

3. berapa bayaran untuk renew passport maid.

tq... nisa

Nora Asfa said...

Wa'alaikumusalam.. terima kasih kerana singgah..

1. Sampai di kedutaan.. isikan borang.. (pembantu yang buat semuanya.. saya just isi ruang majikan je).. pasport buat salinan fotostat dan gambar pasport (disana ada disediakan tempat)

2.. ya

3.. tak mahal tak sampai RM 20.00 rasanya.. sebab pembantu yang urus sendiri..

Anonymous said...

salam,

hendak tumpang tanya, waktu urusan kedutaan indonesia ini hari apa dan jam berapa sampai berapa

hari ahad buka tak?saya hendak uruskan visa ke indonesia..

Megat Effendi said...

Assalamuálaikum

Soalan saya ni sebenarnya ttg permit kerja pembantu rumah kot-kot Puan Nora tahu. Paspot pembantu rumah saya tamat Sep 2013 dan permit kerjanya pulak akan tamat November 2012 tahun ni. Jadi kalau saya nak renew permit beliau, boleh ke untuk tempoh kurang dari setahun. Saya ni duduk kat Kuantan, jadi kalau nak renew paspot dia mmg kena plan awal-awal, tapi bulan Nov ni dia nak balik dah.

Nora Asfa said...

Anonymous, wassalam.. urusan pejabat adalah seperti biasa Isnin hingga Jumaat ditutup pada cuti umum.. kalau tak silap di buka jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang..

Nora Asfa said...

Megat Effendi,

Wa'alaikumusalam.. minta maaf kelewatan membalas mesej ini.. memang benar pasport perlu di perbaharui dalam tempoh kurang dari setahun.. harap anda telah berbuat demikian..

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Sy hendak ambil maid, tp passportnya akan tamat pd mac 2013.imigresen xbenarkn buat permit keje,sbb pssport kurang 18 bln.soalan sy, bleh x dia renew passport di kedutaan indonesia krn dia masih visa pelancong.

Nora Asfa said...

Anonymous: mengenai perkara itu tuan/puan perlu bertanya di kedutaan Indonesia, sebab ia masih pemegang visa pelancong. Jika untuk bekerja di Malaysia perlu ada permit kerja.. tapi bagi pandangan saya jika tuan/puan hendak mengambil dia bekerja buat "calling visa" lebih mudah.. Dia perlu pulang dulu ke Indonesia... dan uruskan dokumen untuk bekerja dengan tuan/puan dengan kerajaan mereka kemudian mereka akan hantar salinan borang untuk kita uruskan dengan imigresen di sini.. Tapi pastikan segala dokumen adalah original bukan palsu sbb imigresen boleh mengesan dokumen palsu walaupun bercop.. Yang penting cop berkenaan di akui oleh imigresen Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails