Pages


Tuesday, January 25, 2011

Sup ikan haruan dan sup ikan gegerut cendawan jebal



Sejak kawan Hannah bawakan ikan haruan semasa datang ziarah tempohari supaya lukanya cepat sembuh... nampaknya Hannah suka makan ikan haruan ni.. Jadi beberapa hari berikutnya suamiku pun belilah ikan haruan di Tesco.. tapi rasanya agak berbeza sedikit dari yang kawan dia bawa.. Ikan haruan yang di bawa oleh kawannya adalah hasil tangkapan sendiri... rasa manis dan lemak.. memang sedap la.. (malam sebelum ikan tu di buat lauk ikan ni sempat meronda ruang dapur rumah... melompat keluar dari baldi yang bertutup.. ku memang geli nak memegangnya.. jadi suami mencari di sekitar dapur di bawah rak pinggan di bawah meja merata -rata dia berkeliaran.. Akhirnya jumpa, terperesuk haruan ni di bawah rak, apalagi bila dapat kali  ni atas penutup tu hempap dengan lesung batu pulak.. hmmm selamat dia di dalam baldi tu hingga ke esokan harinya.. menanti kedatangan assistantku untuk menyiangnya.. ku tak sanggup melakukannya dengan ikan hidup-hidup ni)


Sup ikan gegerut bersama cendawan jebal dan kentang

Lauk pindang ikan haruan yang lalu kakak ku yang tolong masakan.. Tidaklah hari-hari ku hidangkan lauk ikan haruan pada Hannah jemu pulak dia.. Selang beberapa hari suami beli lagi seekor ikan haruan di pasar yang ini nampak besar sedikit.. Kali ni penjual tu tolong siangkan sekali... ku memang tak berani nak pegang dia hidup-hidup..  Kali ini ku masak sendiri. Sup halia ikan haruan (untuk hidangan Hannah seorang) dengan ketumbar yang di kisar bersama bawang dan halia di tapis dan di ambil airnya sahaja untuk di jadikan air sup kemudian ku hiriskan halus-halus halia agar anakku makan sekali halia tu bagi menyusutkan bengkak (angin barangkali) di kakinya itu agar cepat susut. (Selain tu ku tuam kakinya dengan air panas suam).  

Kaedah yang sama juga dengan air ketumbar tadi ku masak sup ikan gegerut di tambah dengan cendawan jebal dan kentang.. (hidangan untuk seisi keluarga) memang berbeza rasa sup bila di tambah dengan cendawan ni.. Bahan tumisan dan bahan-bahan lain sama seperti masak sup biasa je...

 Cendawan jebal - yang ni agak keras seperti kayu.. di rendam terlebih dahulu barulah di masukan ke dalam sup yang sedang mendidih.. setelah cendawan agak lembut baru masukan ikan (cendawan jebal ni bila di makan ia agak kenyal bila di kunyah..)

Alhamdulillah hari ini 25.01.2010 Hannah bertekad ke sekolah walaupun luka dah kering, tapi belum baik sepenuhnya kerana jalan masih terdengkut lagi dan masih bengkak di kakinya mungkin kerana dia paksa untuk berjalan... Hannah risau sebab terlalu banyak pelajaran tertinggal dan sudah tentu homework bertimbun perlu disiapkan..  Ku menghalangnya kerana masalah pula baginya untuk naik ke tingkat tiga kelasnya tu.. . sebab cuti sakit masih ada 2 minggu lagi.. tapi kerisauan dia dah melampau sangat.. Abah Hannah hantar jugalah ke sekolah atas kehendaknya... 


Balik sekolah tadi dia nampak seperti biasa cuma dia kata naik tangga okay tapi nak turun tangga agak menyakitkan.. ku bertanya  "besok nak pergi sekolah tak????"  Dia sengih je sambil jawab.. , "pergilah... kerja sekolah banyak".  Hendaknya semangat rajin ke sekolah tu di teruskan ya Hannah... Selamat belajar!!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails