Pages

Thursday, February 10, 2011

Gerimis .....!!!!!



Rabu 9 Februari.. (Bandar Klang - pagi 9.30-10.30)

Mega mendung berarak berlalu
berat jua mu untuk menampung
akhirnya menitik jua walau hanya
titisan hujan gerimis membasahi bumi
air tenang berkocak menyambut titisan 
mengairi saliran mengalir lesu


Tatkala sinaran cahaya mentari bersinar cerah
menepis mega mendung pergi
mega putih bak kapas saling bergabung
berarak mengikut arah
membawa haluan bersama bayu

Bak hati dan jiwa bertaut
Tatkala melabuh jiwa sayu.. merintih pilu Allah saja yang tahu..
Allah tempat mengadu, 
tiada kebahagiaan tanpa keperitan,
tiada kebahagiaan tanpa kasih dan sayang,
kebahagian di semai tidak berpanjangan, 
tangisan parah hati 
tidak terbendung
dengan bersaksi
bagaikan bunga terlerai dari tangkainya
gugur bersama gerimis hati


Redhamu ada hikmahnya
walaupun ditelan pahit di buang sayang



Sabar.. tabah...
bakal ada bahtera baru menanti
melayari samudera tenang 
Allah sentiasa bersama
menaungi jiwa dan hati
do'a syahdu dalam patuh dan sujud

Titisan gerimis menyirami kuntuman bunga
titisan mu walau sedikit
menyegarkan bunga
semerbak mewangi menguntum mekar..
mekarlah..mekarlah..mekarlah
bunga-bunga di taman hati..





2 comments:

bell said...

Auntie, walau apa pun motif auntie tulis poem/nukilan ni, semoga Allah sentiasa bersama auntie.

Nora Asfa said...

Bell ~ terima kasih.. Bell faham ya maksudnya.. sebenarnya ia tiada kaitan dengan Auntie tapi ditujukan buat insan yang paling rapat dan paling Auntie sayangi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails