Pages

Monday, March 7, 2011

Hati di landa pilu

 Kenangan ~ Antara salah satu Kitab dan kacamata peninggalan Arwah Ayahanda tercinta...

Tetiba hari ini hatiku di landa kepiluan yang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata...perasaanku mengundang sebak mencengkam kalbu terimbau kenangan bersama Emak dan Abah... Selalu pun rindu gak.. tapi hari ni rasa lain sangat.. nape ya!!! Rindu kat emak, masih boleh di capai tangan ku peluk cium emak erat-erat boleh ku bermesra manja... rindu teramat sangat kat Abah.. hanya do'a yang dapat ku titipkan.. Ya Allah!!! Terasa yang amat sangat Abah tak de di sisi lagi. Kekerapan ku bersama Abah sepanjang sakit selama setahun itulah jadi kenangan pengubat rindu.... Abah! Ayang sayang Abah sesangat.. sekarang anak-anak akan jaga Emak dengan sebaik mungkin... Emak pun rindu Abah gak!!!!

AL-FATIHAH...

"Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang" 


"Ya Allah kau peliharalah  bapa tercintaku dan cucuri rahmat keatas roh Bapaku di samping orang-orang yang di kasihi olehMu.. Ampunkanlah segala dosanya dan terimalah segala amalan baiknya..  Ya Allah... Peliharalah keluarga kami dalam kesejahteraan dan berikanlah kami keampunan.. tunjukanlah kami jalan yang di redhai oleh Mu Ya Allah!! Berikanlah ketenangan ke atas kami..  Sesungguhnya kau Maha Pengampun lagi penuh dengan Rahmat kasih sayang..".


"Ya Allah permudahkanlah tugasan ku hari ini.. dan seterusnya.. Murahkanlah rezeki kami Ya Allah.. Sesungguhnya kau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaMu.. Amiin"



6 comments:

Sal said...

Amin Ya Robbal Alamin...semoga roh Abah ditempatkan bersam-sama orang-orang yang beriman

Adnazthie said...

Assalamualaikum..

Semoga sentiasa tabah dan sabar menghadapi setiap cabaran dan dugaan sepanjang kehidupan ini.

Saya pun kehilangan ayah semasa berusia 12 tahun. Sedih tengok mak.

Nora Asfa said...

Kak Sal ~ Amiin

Nora Asfa said...

Adnazthie ~ Wa'alaikumusalam w.b.
Terima kasih atas kata-kata semangat..
Al-Fatihah buat arwah Ayah Adnazthie semoga Allah menghimpunkan beliau bersama para solehin dan sejahtera di sana.. Semoga mak-mak kita di beri kekuatan dan kesihatan yang baik..

Mamamya said...

As salam kak...

sedih pula baca n3 ni...semoga roh arwah abah akak dicucuri rahmat...amin,

Nora Asfa said...

Wa'alaikumusalam Lia,

Amiin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails