Pages

Friday, November 25, 2011

25.11.1989 - 25.11.2011 --> Note: Mengingati Ulang Tahun Perkahwinan ke 22


http://youtu.be/moZNGtKcOFg
25.11.1989 - 25.11.2011 -->Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.. kini 22 tahun usia perkahwinan kami.. pahit manis, kesusahan dan kesenangan di nikmati bersama dan di huraikan bersama dengan do'a serta yakin pada Allah Yang Maha Esa.

Semoga kebahagiaan ini akan sentiasa bertaut hingga ke akhir hayat dan di pertemukan di Akhirat kelak dengan Izin Allah!!

"Ya Allah, berikanlah kebahagiaan dan kesejahteraan Rahmat kasih sayang yang berkekalan, jadikan diriku hamba-Mu yang bertaqwa dan ta'at akan segala perintah dan menjauhi larangan-Mu, Ummat Nabi Muhammad S.A.W. yang melaksanakan perintah Allah dan cinta kasih pada rasul-Nya, isteri yang patuh pada suami, ibu yang penyayang pada anak-anak dan anak yang sentiasa mendo'akan kedua ibubapanya, menjadi muslimah sejati dan di akhiri kehidupan kami dengan khusnul khatimah". Amiin.

(Catatan lalu di sini   - sampai la ni.. hanya diriku yang mengingati tarikh penting dalam famili.. semoga anak-anak boleh rujuk kat blog Ummi ya!! Ngeee!!)

Jarang berjauhan, bila berdepan tidak begitu terasa tetapi bila sesekali berjauhan terasa begitu penuh bermaknanya suami sebagai teman sejati.. Dialah penghibur, pembimbing, pelindung, penasihat dan pengkritik terbaik .. :) 

Lirik lagu ini menceritakan segalanya.. tak pandai nak meluahkan rasa...


Sepanjang Hidup - Maher Zain

aku bersyukur kau di sini kasih

di kalbuku mengiringi

dan padamu ingin ku sampaikan

kau cahaya hati

dulu ku palingkan diri dari cinta

hingga kau hadir membasuh segalanya

oh inilah janjiku kepadamu


sepanjang hidup bersamamu

kesetiaanku tulus untukmu

hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

sepanjang hidup seiring waktu

aku bersyukur atas hadirmu

kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku

kau anugerah *Yang Maha Rahim

semoga Allah berkahi kita

kekasih penguat jiwaku
berdoa kau dan aku di Jannah

ku temukan kekuatanku di sisimu

kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

oh inilah janjiku kepadamu


sepanjang hidup bersamamu

kesetiaanku tulus untukmu

hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

sepanjang hidup seiring waktu

aku bersyukur atas hadirmu

kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku

bersamamu ku sadari inilah cinta

tiada ragu dengarkanlah

kidung cintaku yang abadi


(ku ganti dengan *Yang - lebih mulia untuk penggunaan nama Allah)


~For the rest of my life~

Sunday, November 20, 2011

Note: 20.11.2011 - Impianku - Semoga di makbulkan Allah!!

live.gph.gov.sa
(Live from Makkah - link)



"Ya Allah, jemputlah daku dan keluargaku menjadi tetamu-Mu untuk mengerjakan kewajiban rukun Islam ke 5 ini dan ampunilah segala dosa-dosaku juga keluargaku... Murahkanlah rezeki juga rahmatilah kami dan sejahterakanlah kami..  permudahkanlah segala urusanku dan suamiku dan keluargaku.. Ya Allah, Kepadamu hambamu memohon pertolongan dan perlindungan.. tiada siapa yang berhak untuk di sembah melainkan-Mu!!  Amiin".


Wednesday, November 2, 2011

Rezeki di bulan Oktober - Alhamdulillah!! Terima kasih Puspel, SYABAS! (2)



Alhamdulillah tiba hari yang dinanti-nantikan.. Sabtu, 29hb. Oktober, 2011 kami menghadirkan diri di majlis penyampaian hadiah "Pelanggan Prihatin Syabas" bertempat di Tesco, Seksyen 13, Shah Alam.  

Seramai 15 orang telah terpilih diantara 'pelanggan prihatin Syabas'  pemenang bertuah untuk bulan Julai, Ogos dan September, dari hampir setengah juta pemanggil yang membuat aduan ke Puspel, Syabas bagi kerosakan paip pecah atau paip bocor dari Januari hingga September, 2011.. di kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya. 

Setiap bulan seramai 5 orang pelanggan terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah ini.  Acara diadakan setiap 3 bulan sekali.. Sememangnya rata-rata ramai yang membuat aduan tidak terfikirkan akan memperolehi ganjaran.. tetapi lebih kepada tanggungjawab mengelakkan pembaziran air.  

Berikut adalah antara berita mengenai majlis tersebut dimana pihak media turut dijemput hadir..

PUSPEL terima hampir setengah juta aduan sehingga September

SHAH ALAM: Talian pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerima hampir setengah juta panggilan berhubung pelbagai aduan berkenaan perkhidmatan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga September lepas.

Pengarah Eksekutif Bahagian Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW) Yusof Badawi berkata, sejumlah 425,190 panggilan direkodkan di mana 164,786 daripadanya berjaya ditangani oleh pihak SYABAS sebaik menerima laporan.

Beliau berkata, antara laporan yang diterima daripada pengguna ialah berkaitan kes paip pecah, paip bocor dan kualiti air menerusi talian PUSPEL 1800-88-5252 yang beroperasi 24 jam sepanjang tahun. — Bernama
“Keprihatinan pengguna menerusi panggilan yang dibuat juga turut membantu menurunkan kadar NRW di tiga negeri selain beberapa program lain yang dijalankan oleh SYABAS termasuk penggantian paip perhubungan dan pemantauan paip pecah secara berterusan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah pelanggan prihatin SYABAS di sini semalam.

Yusof berkata, sehingga kini kadar NRW di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur menurun kepada kira-kira 32.4 peratus di mana ia sejajar dengan sasaran SYABAS untuk menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus pada 1 Jan 2005 kepada 15 peratus pada 31 Dis 2015.

Terdahulu seramai 15 pelanggan prihatin SYABAS menerima hadiah masing-masing seperti televisyen Plasma 43 inci, televisyen LCD 22 inci, set sistem teater rumah, pemain DVD dan ketuhar gelombang mikro.
Bagi dua pemenang iatu M. Singgama dan R. Subramaniam masing-masing yang membuat laporan berkenaan kejadian paip pecah dan gangguan bekalan air di Banting dan Setapak tidak menduga terpilih sebagai pemenang pelanggan prihatin.

Singgama yang memenangi televisyen LCD dan Subramaniam pula membawa pulang ketuhar gelombang mikro menganggap kemenangan itu sebagai hadiah sempena sambutan Hari Deepavali. — Bernama


Majlis sedang berlangsung, pengumuman untuk peraduan mewarna bagi kanak-kanak.. (kami tiba penyampaian hadiah hampir bermula rupanya..)




Di meja pendaftaran tetamu jemputan.. dapat souvenir lagi.. kedatangan tetamu di alu-alukan dengan mesra sekali.. anda sungguh peramah!!  Terima kasih buat semua kakitangan Syabas... :)


Barangan hadiah elektrik sedang menanti empunya yang bertuah...


5 pemenang untuk pelanggan bertuah bagi bulan Julai, 2011. Hadiah pertama - Plasma TV 43", kedua- Home Theater, ketiga - LCD TV 24", keempat - DVD player, kelima - microwave oven.. 

 Giliran 5 penerima hadiah bagi pelanggan bertuah untuk bulan Ogos pula... Che' Abang (bertopi) peserta kelima mencabut undi.. tersengih-sengih atas pentas tu.. !! Apalah rezeki cabutan tersebut ya? 
        
Yeaaaa.. taraaa.. hadiahnya ialah Plasma TV 43"... tak sangka dapat hadiah pertama... Syukur Alhamdulillah!!  Paling unik di majlis ni... tiga orang peserta setiap kategori membuat cabutan kelima memenangi hadiah pertama... ngeeee!!!

 Pemenang bertuah untuk bulan Ogos..


Diantara 15 pelanggan bertuah bergambar kenangan bersama pegawai Puspel-Syabas... Terima kasih diatas penghargaan ini.. 


Frame penghargaan bersama poster hadiah yang bakal di terima..


Kami di raikan dengan jamuan makan tengahari pula... "kita makan dulu".. hidangan nasi ayam, popia, udang bersalut tepung dan minuman sejuk.  Jamuan di Restoran Hailam Kopitiam.



Pemenang bertuah bersama keluarga masing-masing sedang menikmati hidangan yang di sediakan..


Petugas Syabas memberikan khidmat terbaik... syabas!!! 


Setiba di rumah.. Berat sama di pikul ....

Ini dia.. 


Souvenir dari Syabas

I like... 

  Keratan akhbar Sinar Harian Ahad, 30 Oktober, 2011

Rezeki di bulan Oktober..  sebelum ini pada 19 Oktober, 2011 juga Che' Abang telah mendapat hadiah cabutan bertuah.. dari pada jiran terdekat kami, stesyen minyak Petronas berupa barangan elektrik  (sterika) - sebenarnya kami tidak menyangka ada hadiah untuk kami hingga di beritahu kemudian.. Alhamdulillah!
Terima kasih Puan Zuraidah, Pengurus Petronas Batu 6    :)

Tuesday, November 1, 2011

Terima kasih, PUSPEL. SYABAS!! (1)

Minggu lepas 24hb. Oktober, Che' Abang menerima panggilan telefon dari seorang pemanggil yang memperkenalkan diri menyatakan beliau seorang kakitangan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor). Kemudian Che' Abang memberitahu ku panggilan tersebut menjemput dirinya untuk hadir ke Tesco, Shah Alam untuk hadiah cabutan bertuah.. pada hari Sabtu, 29hb. Oktober.


Berkelip-kelip mataku bila Che' Abang memaklumkan hal tersebut.... cabutan bertuah untuk apa ya???  Betul ke panggilan tersebut.. sebab sebelum ni pernah juga menerima panggilan telefon menjemput kita datang untuk mengambil hadiah kononnya terpilih sebagai seorang pelanggan bertuah dengan menggunakan nama-nama syarikat yang agak di kenalilah juga... bila kita pergi... rupanya ... untuk gores dan menang...macam di paksa beli barang mereka.. harga barang tu bukan murah pulak... riban-riban..   hampeh!!! Tak leyh percaya... lepas dari tu pelbagai panggilan sedemikian kami dah tak layan lagi..  Haaa haaa.. nampak sangat kita ni suka bila dapat offer hadiah percuma kannn!!! Tak boleh blaaa betul!!! Uish bahasa rock pulak!! Huh... ngeeeeee!!


Panggilan kali ni agak berbeza ... mulanya nak percaya ke tak??
Kemudian pemanggil tersebut menyatakan bahawa En. Abd. Jalil telah terpilih sebagai pelanggan bertuah kerana telah membuat aduan paip bocor.. ooooo gitu.. memang betul.. jika ada kebocoran paip kami akan telefon pihak Puspel untuk memperbaiki kebocoran atau paip pecah ... kerana tak sanggup kami melihat air melimpah-limpah terbuang begitu saja..  Mereka datang selepas aduan di buat di hari yang sama.. pantas mereka melaksanakan tugas... SYABAS!!


Nak pastikan benda ni benar ke tidak.. kita pun bertanyalah En. Google.. search 'pelanggan bertuah syabas' maka terjumpa website ni..

KENYATAAN MEDIA
SIARAN SEGERA
23 Januari 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH PELANGGAN PRIHATIN SYABAS

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini sekali lagi meraikan 15 orang para pemenang hadiah cabutan bertuah pelanggan prihatin untuk bulan Oktober, November dan Disember 2009 bertempat di Auditorium SYABAS, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Negara (NIOSH).

Semenjak program cabutan bertuah pelanggan prihatin ini diperkenalkan pada Januari 2005, sebanyak 290 orang pemenang cabutan bertuah telah terpilih bagi memenangi hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak SYABAS. Para pemenang adalah terdiri daripada para pengguna bertuah yang telah membuat panggilan ke talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) 1800-88-5252 untuk melaporkan tentang kejadian paip pecah dan paip bocor.

Setiap bulan seramai 5 orang pemanggil yang bertuah akan dipilih dari data pemanggil dalam sistem Pivotal menerusi cabutan undi untuk melayakkan mereka memenangi hadiah berupa barangan elektrik seperti televisyen LCD, set teater rumah, ketuhar gelombang mikro, pemain cakera DVD, dan sebagainya.
(berita lanjut di sini)


Bila baca ni... barulah kami tahu kewujudan program ni... okay.. anak-anak pulak tak sabar nak pergi.. teeeeheee... agak-agak hadiah apalah yang kita dapat nanti ya!!! jengggg..jengggg...jenggggg!!!


Tiba hari yang dinanti-nantikan Sabtu, 29.10.2011... lebih kurang hampir pukul 12 tengahari kami 6 beranak sampai di lokasi .. Tesco, Seksyen 13, Shah Alam. (kakak -anak sulungku Nabilah- tak dapat ikut serta sebab bekerja)


(Mata dah mengantuk pulak.... akan ku sambung cerita lanjut di post berikut... tak tertahan mata ni dah pedih rasanya... Selamat beristirehat!! )


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails