Pages

Friday, June 13, 2014

6 tahun berlalu.. (13.06.2008 - 13.06.2014 - Hari Jumaat)

Hari ini Jumaat 13 Jun, 2014 bersamaan 15 Sya'aban 1435H (nisfu Sya'aban) di tarikh dan hari yang sama tahun masehi, 6 tahun lalu (13 Jun, 2008) bonda mertua ku Puan Hajjah Zaharah telah menyahut panggilan Illahi, kembali ke Rahmatullah seiring dengan kumandangnya azan zohor bagi solat Jumaat.. Usianya ketika itu lebih kurang 86 tahun kerana sakit tua...

Semoga Allah mencucuri rahmat limpah kurnianya keatas roh bonda mertuaku tercinta..  damai dan sejahtera di alam sana. Al-Fatihah!!

"Wahai Tuhanku, ampunilah akan dia, rahmatilah akan dia, afiatkan dia dan maafkanlah akan dia.
Muliakanlah persinggahannya, dan luaskanlah tempat masuknya.
Bersihkanlah akan dia dengan air, salji dan dengan air batu.
Dan bersihkanlah akan dia dari segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kotoran.
Dan berikanlah ganti rumahnya yang lebih baik dari rumahnya di dunia.
Dan berikanlah ahli yang lebih baik dari ahlinya di dunia.
Dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya di dunia.
Dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur.
Dan dari azab neraka. " Amiin...

(Dari Hadis Riwayat Muslim).

Tuesday, June 10, 2014

Berkata Baik Atau Diam

"Diam itu adalah kekuatan hati, 
hati pula istana iman,
Kuatnya hati lambang kekuatan iman, 
dan kekuatan iman adalah benteng menentang hawa nafsu"



~ BERKATA BAIK ATAU DIAM ~

"BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH IA BERKATA YANG BAIK ATAU DIAM." 

- (HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Mata melihat telinga mendengar.. Hati berbisik apa yang di lihat dan di dengar, akal pula menapis apa yang tersirat di hati .. fikiran mengawal apa yang nak kita sampaikan. Lidah samada hendak menyampaikan atau tidak bergantung pada hati. Ianya saling berhubungan.  

Bila hati kita sentiasa berhubungan dengan Allah s.w.t., iman semakin mantap maka terpeliharalah tutur kata yang baik dan memberi manafaat pada orang sekeliling kita... Diam itu lebih baik jika perkataan yang nak di sampaikan tiada manafaat dan bakal mengguris perasaan hati sanubari orang lain.. 

Jika timbulnya satu-satu isu dalam menyatakan perbezaan pendapat dan cara berfikir jika di pengaruhi emosi yang tidak terkawal mudah menimbulkan konflik provokasi tutur kata yang kurang sopan. Apabila timbul ketidak puasan hati dan emosi melampaui kawalan maka ianya membangkitkan ketegangan dan permusuhan... 

Maka lahirlah kata-kata hamburan yang tidak wajar dari luahan tutur-kata dan kecelaruan fikiran yang mudah tersebar sekarang ni di zaman komunikasi teknologi canggih di laman internet, wassap, chit chat dan laman-laman sosial yang berbagai sehingga ianya tidak terkawal.... Adalah lebih baik menjaga lisan dan perkataan, saling hormat menghormati, berbudi bahasa yang luhur maka akan wujudlah masyarakat harmoni. 

Pertuturan, tingkah laku kita melambangkan isi dalaman hati kita.. Wallahu'alam.

(Sebenarnya amat runsing apa yang sedang berlaku di zaman mutakhir ini.. perbezaan pendapat dan kecelaruan sesama muslim terutama yang membabitkan aqidah, kesahihan halal dan haram produk makanan yang masuk ke dalam anggota tubuh kita yang menjadi darah daging ...  Semoga Allah sentiasa memelihara dan beri petunjuk taufiq dan hidayah-NYA buat hamba-hamba-NYA.. 

YA ALLAH LINDUNGI DAN PELIHARALAH AQIDAH DAN SIFAT KETAQWAAN KAMI AGAR SENTIASA BERADA DI JALAN - MU YANG LURUS DAN BENAR, DAN MENYALURKAN SUMBER MAKANAN HALAL DI DALAM TUBUH KAMI... TERHINDAR DARI PERKARA SYUBHAH.. AAMIIN!!!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails