Pages


Thursday, August 28, 2014

Sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum

Berkait dengan tajuk di atas.. mengapa perlu kita sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum.  Sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.

Pernah dengar tak perbualan seperti ini, "Si gadis atau si teruna ni dulu berkawan rapat dengan si dia.. bertunang dengan si polan tapi akhirnya nikah dengan orang lain"..  Itulah resam hidup tidak semestinya tunangan itulah akhirnya menjadi pasangan sah kita..

Sudah menjadi kebiasaan sebelum bernikah setiap pasangan akan di mulai dengan merisik terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada si gadis ni sudah ada yang punya atau masih solo.. Bila telah di persetujui dan kata sepakat, diadakan  perundingan antara keluarga kedua belah pihak pasangan lelaki dan perempuan kemudian di susuli dengan ikatan pertunangan.  

Pertunangan ni adalah masa untuk suai kenal.  Sudah menjadi tunangan orang maknanya pasangan tidak boleh di sunting oleh pihak lain pula.. (itu pentingnya merisik terlebih dahulu untuk pengesahan dari keluarga terdekat). Tetapi ikatan ni masih belum sah lagi.

Dalam waktu bertunang ni banyak ujian dan dugaan.. ada yang kekal hingga ke majlis pernikahan dan ada yang putus sebelum tiba saat.  Jika apa pun berlaku perkembangan dalam masa pertunangan hanya di ketahui oleh pihak keluarga sahaja.  Sebab itu pertunangan tidak perlu di hebahkan kerana ia belum termaktub lagi.. 

Menjadi 'trend' kini.. majlis pertunangan  di buat besar-besaran.. dah boleh langsungkan majlis nikah sebenarnya kalau gitu.. Ianya terpulang pada budi bicara memasing. Ikut kemampuan.  

Pernikahan pasangan perlu di hebahkan pada pengetahuan umum untuk menghindari fitnah.. Perkara yang baik dan telah sah ikatan apa salahnya di umumkan.. Mengadakan majlis keramaian walaupun kecil tapi sudah cukup bererti buat semua dengan jamuan bagi menjamu sanak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.. meraikan majlis dengan penuh kesyukuran ini dengan hebahan terbinanya ikatan sah sebagai suami isteri.  

Tiada perlu rasa takut dan gusar untuk tinggal serumah di bandingkan dengan pasangan yang menyembunyikan 'title' suami isteri sehingga menerbitkan keresahan jiran tetangga bila berdua-duaan tanpa di ketahui hal kedudukan yang sebenar.

Apa tah lagi jika orang itu seorang yang di kenali umum.  Menjadi tanda tanya adakah mereka ni suami isteri yang sah atau sebaliknya.. sudah tentu jiran tetangga tidak mahu bersubahat dengan dosa.. Bila 'report' pada pihak berwajib barulah identiti samada bujang atau suami isteri sebenar terungkai.  Jika bujang tapi sudah bersekedudukan ... terheret ke mahkamah ... malu di tanggung.. dosa di tempah.. tak tertanggung jiwa lara..

Jika boleh tak nak la sampai sebegitu sekali kannn.. Mempraktikkan adab dalam Islam itu mudah tidak perlu di persulitkan.. Islam itu indah dan penuh dengan keserian.

Jangan lupa sijil perkahwinan perlu di simpan dengan rapi kerana setiap anak yang di daftarkan sijil beranak mereka memerlukan sijil nikah yang sah walaupun anak yang ke 10 sekali pun.. ia tidak hanya wajib bagi anak sulung sahaja.. TAKE A NOTE!!!!

(Nota: Khamis, 28 Ogos, 2014 - 2 Zulkaedah 1435)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails