Pages

Tuesday, September 30, 2014

Sireh Pulang Ke Gagang : Perjumpaan Alumni SMK Tengku Idris Shah Kapar... September 6, 2014

Catatan Diari sebelum September menutup tirai di tahun 2014..

Nov./Dis., 1982 - Menduduki peperiksaan SPM.

Mac, 1983 - Mengambil keputusan peperiksaan SPM... itulah kali terakhir daku menjejak kaki di sekolah menengah setelah lima tahun menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar.

Terima kasih buat guru-guru yang telah mendidik dan menabur bakti dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti lelah... jasamu tetap ku kenang.  

Pelbagai kenangan pahit dan manis di harungi sepanjang berada di bangku sekolah... 

Kini setelah 31 tahun berlalu Allah izinkan ku menjejakkan kaki kembali untuk menghadiri majlis Alumni pada 
6 September, 2014.. 

Sayunya hati dan bercampur gembira bila dapat menjejakkan kaki ke sekolah lamaku ini.. ada sedikit perubahan dari segi penambahan bangunan dan landscape..

Pertemuan dengan kekawan lama sedikit sebanyak telah merapatkan kembali jalinan persahabatan.. setelah di pisah oleh jarak dan masa.. Masing-masing telah membawa haluan hidup dengan kerjaya dan membina keluarga.. 

Ketika kedatangan kami majlis telah berlangsung jadi memasing fokus pada program yang telah di sediakan. 

Waktu menjamu selera memasing mulalah rancak berbual mengimbau kembali kenangan silam.





Malam Amal Semarak Budi Jalinan Kasih....
Alumni SMKTIS (dulunya SMTIS)
Sirih pulang ke gagang






Rakan-rakan yang pernah belajar sekelas dari kiri, Cik gu Rosni (dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tingkatan 2 - 5) dan Pn. Zahanis (rakan sekelas tingkatan 1 hingga 3)
duduk dari kiri, Pn. Noraini (sekolah rendah, menengah ?, 2 - 3), Cik gu Nornajmah (sekolah rendah hingga menengah 2 - 5) dan diriku oopppss nampak paling berisi sebab paling hampir dengan kamera..huhuhu


Cenderahati - Logo lencana sekolah 

Motto - Ilmu Mutiara Hidup




Tentatif program Majlis





Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 malam.. Terima kasih buat sahabatku Cik gu Nornajmah yang sudi mengambil dan menghantar ku pulang turut sama sahabat seperjuangan sehingga tingkatan 3, Pn. Noraini. 


Meraikan Sweet September 2014

Sabtu, 27 September 2014:  

Alhamdulillah... majlis yang di anjur oleh adikku Norzie untuk menghimpunkan keluarga pada majlis mengingati ulangtahun dirinya dan anakanda-anakandanya berjalan lancar...   Cerita anak-anak September di sini.

Selepas selesai menunaikan solat Isya' berjemaah dan do'a selamat di ikuti dengan sessi makan-makan... menjamu selera.. mmm dap :) 

Di samping itu abang keduaku juga meraikan anak lelakinya Muhammad Adzib yang di lahirkan pada 15 September, 2014 (sama tarikh lahir dengan anakanda sulungku) dengan hidangan kambing panggang.. yummy!!



Demam "Frozen"... ehehe kek istimewa dari
 mommy Norzie n daddy Shafik untuk kedua-dua anakandanya.. Eiman dan Dafinah




Dua biji kek lapis istimewa hadiah dari Adzrie dan Liz khas buat "sweet September"








Thursday, September 25, 2014

Sweet September: Anakku Nurul 'Ain Dan Mak Usunya Berkongsi Ulang Tahun Kelahiran

September... Imbas kembali detik 23 tahun yang lalu di saat menanti bila due date sebenar anak ke duaku kerana ianya tidak dapat di pastikan... kerana selepas kelahiran anak pertama seingatku sehabis nifas tubuh bersih tanpa ABC bulanan (Allah beri cuti bulanan - istilah anak muda sekarang) kerana menyusukan anak sepenuh masa.. Jadi tak dapat di jangka bila tarikh sebenar aku mengandung.. Mula sedar bila anak pertama baru berusia 4 bulan badanku rasa kurang sehat dan rasa seperti nak pitam.. bila buat rawatan di klinik swasta doktor sahkan ku hamil..   (Alhamdulillah.. amanah dan rezeki dari Allah!!)

Selepas mengetahui diriku hamil seperti biasa rutin pra-natal di lakukan mengikut tarikh yang telah di tetapkan.. Pada peringkat akhir pemeriksaan doktor kesihatan daerah yang memeriksa kedudukan bayi dalam rahimku ketika itu telah membuat keputusan supaya ku terus membuat pemeriksaan lanjutan di hospital (HTAR, Klang).. pada 24 September, 1991.. Ku akur untuk ke hospital pada tarikh tersebut. Setelah pemeriksaan di buat doktor mengeluarkan surat supayaku bermalam di wad untuk pemeriksaan selanjutnya. Memanglah tak de tanda untuk melahirkan lagi..

Adik bongsu ku Norzie yang lahir pada 25 September dah tentu suka dan berharap diriku juga dapat melahirkan anak yang di kandung ni di tarikh lahirnya.. ada la geng kannnn.. ehehe!!  Pada keesokannya 25 September, (17 Rabi'ulawal - kena semak semula betul ke tarikh Qamariah ni) minta izin dulu dengan nurse kalau nak apa-apakan diriku pun lakukanlah selepas diriku selesai menunaikan solat Suboh, nurse yang menjalankan tugasnya ikut je cakapku... hmmm lepas tu siaplah aku dikerjakannya... mulalah operasi memasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran kali ini.. 

Kelahiran anak ke dua adalah dengan secara induce labour. Selepas induced beberapa jam mula terasa contractions dan tanda-tanda untuk melahirkan.

Allahu Akbar... pengalaman melahirkan anak ke dua, suami dapat melihat bagaimana kesakitan yang ku alami berbeza dengan anak pertama... pusing kiri pusing ke kanan.. menahan nafas supaya tidak terlepas jeritan.. di wad menunggu.. Suamiku banyak memberi semangat dan kekuatan padaku.. Apa yang dapat ku ingat hanya Allah tempatku berserah.. Inilah satu-satunya anak yang di paksa bersalin.. tanpa menunggu tanda-tanda kelahiran secara normal.  Pernah dengar orang bicara induce labour ni sakit.. siapa yang pernah mengalaminya tahu la.... memang sakiiiitttt!!

Sebelum waktu asar ku telah di masukan ke labour room.. Alhamdulillah tepat jam 4.38 p.m. 25 September, 1991 anak kedua ku selamat di lahirkan secara normal.. seorang puteri lagi menyusul dengan berat 2.65kg... Lahirnya sehat, agak kecil dan comel je!!  Tarikh ini anak pertamaku Nabilah 'Izzati, baru berusia setahun 10 hari dan baru pandai bertatih... kisahnya di sini .

Semestinya adik bongsuku paling gembira.. menerima khabar berita kelahiran ini.. kerana akan menyambut ulangtahun hari kelahiran yang sama setiap tahun.. 

Ini ku kongsi gambar dari adikku Norzie dari fb via Instagram-nya.. - mohon izin ya.. adikku.. ngeeee!!



Today we're sharing the same date..how time flies..feel like i'm still holding a small little gal with big eyes..now u've grown to a beautiful gal..
Happy birthday my dear Nurul Ain A. Jalil ..May Allah bless you with happiness and hope all you dream comes true..Aamin 


Gambar atas anakku dan bawah adikku.. 

Persamaan mereka berdua.. kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di universiti yang sama UiTM Lendu, di Melaka.. bidang pengajian je berlainan.. 


Di bawah ini gambar-gambar hari bersejarah anakku selepas tamat pengajiannya di UiTM Lendu, Alor Gajah Melaka. Hari Konvo pada 15 Mei, 2013 bertempat di Dewan Agong Tunku Canselor (DATC.) UiTM Shah Alam.


Anakku menuntut ilmu di bidang pengajian Perakaunan

 Alhamdulillah atas usaha dan do'a, Allah telah beri izin untuknya lulus dalam pembelajaran setelah melalui liku-liku cabaran dalam tawa dan tangis sewaktu menuntut ilmu dan berjauhan dengan keluarga.. kisahnya dalam n3 ini - Rindu itu Anugerah dari Allah.









Kini anakku telah bekerja sambil menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan yang sama di UiTM, Shah Alam secara part time.   Semoga apa yang di cita-citakan membuahkan hasil.. dan tabah menempuh pembelajaran yang mencabar ini..  Kuatkan semangat... In Shaa Allah, Allah akan memberi jalan penyelesaian.


Ucapan Hari Lahir buat mu anakku..

Beloved, today is the day when u’re born..  the day that we (Ummi & Abah) thanks to Allah because u were born with those sweet smile, lovely face, and kindness heart. And we're so happy today because u’re mine, and we will Love u with all our heart.  Maybe Ummi is not so perfect because sometimes i make u cry, but all i can give is my trust, and my love for u. I’m yours. Happy Birthday my dear, wish u all the best in this world.




Ucapan hari ulangtahun kelahiran untuk insan-insan sweet yang lahir pada bulan SEPTEMBER  dengan iringan do'a  semoga Allah melimpahi rahmat kasih sayang-NYA buat semua, khas buat adikku sayang Norzie dan anak-anaknya Aina Dafinah 24 September, 2013 dan Nur Eiman Zuhairah (kakak Aina Dafinah) 28 September, 2008, tak lupa juga buat anak adik lelaki ku Akmal,  Nurul Huda 7 September, 1999, dan anak abang sulungku Adnan, 
Liyana Nadirah 19 September, 2001.. anak sulungku Nabilah 15 September, dan isteri anak saudaraku Liz.. 


Khas untukmu insan-insan sweet yang lahir di bulan September,

Dengan ucapan semoga dikurniakan iman yang sempurna, 
Akhlak yang terpuji,
Pekerti yang mulia, 
Umur yang bermanfaat,
Rezeki yang halal,
Ilmu yang berguna,
Jodoh yang membahagiakan,
Hidup yang di rahmati di dunia dan akhirat.


May each of your days be blessed with the HAPPINESS,
that comes from living your dream 
and following your heart,
May you find PEACE of discovering little ways
to slow down the pace and quiet the soul,
May each of you days be blessed with the CONTENTMENT,
that comes from laughing,
loving and finding new joys in all the old familiar comforts of your life.

JUST FOR YOU WITH A SPECIAL BIRTHDAY PRAYER.



~Wajah-wajah Sweet September~

Mak usu dan anak saudara berkongsi tarikh lahir dengan perbezaan usia 16 tahun



Adikku juga meraikan ulangtahun selang sehari dengan anaknya.. Si comel Baby Dafinah yang lahir pada 24 September, 2013 awal sehari dari mommynya.  Happy 1st birthday my lovely baby girl.. semoga membesar dengan sehat, cerdik, bijak, cerdas, cergas dan menjadi anak yang solehah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.  Aamiin!!


Fyna di dakapan mommy sewaktu menyambut kepulangan mommy dan daddy di airport setelah beberapa hari terpisah.. kerana mommy menyempurnakan misi semurni kasih baca di sini..

Aksi comel Fyna umur 11 bulan

Birthday girl Si manis Eiman Zuhairah lahir pada 28 September, 2008...  foto ni Eiman dengan mommy di Kangar, Perlis.. usia 3 tahun kini telah berusia 6 tahun.
Baju yang Eiman pakai tu pun cantik hasil jahitan smocking bonda tercinta... I love you so much Emak!!


Tiga dara Sweet September foto April, 2014





Nurul Huda berusia 15 tahun, 7 September, 2014.
Bersama ayah tercinta Akmal.

Sweet sweet sweet September girl's 



Liyana Nadirah anak abang sulungku.. Adnan
genap 13 tahun, 19.09. Sweet September girl's




Lagi Sweet September lady's.. dari kiri Liz isteri anak saudaraku, Eiman, adikku Norzie dan anak saudaraku suami Liz.


Sunday, September 21, 2014

Perjalanan Haji (2012) - Menggamit memori 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah .. tarikh hari ini 20 September dan awal pagi 21 September genap 2 tahun perjalanan haji kami (bersama suami dan kakakku Norafizah) pada tahun 2o12 yang lalu (20.09.2012 - Khamis malam Jumaat 21.09.2012).. nota catatan di sini -  Perjalanan Haji: Kenangan manis.

Melihat perjalanan para dhuyuf Al-Rahman pada tahun ini ke tanah suci Madinah dan Makkah ianya mengingatkan kembali perjalanan yang penuh nostalgia dalam memori kami.. Amat rindu dengan suasana itu.. 

Suatu perjalanan yang menyeronokkan dan tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.. 

Sesiapa sahaja yang menjadi tetamu Allah s.w.t. pasti merasai kenikmatan tersebut.. Bagiku dan para hujjaj yang lain tiada riak sedih terpancar di wajah mereka kerana sudah terbayang tempat yang bakal di tuju di hadapan ini kelak adalah ruang ibadah yang luas sebagai pengujung rumah Allah s.w.t. Baitullah al-Haram, Makkatul Mukarramah. Melaksanakan kerja haji dan umrah bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-lima. Hadiah paling besar buat umat Islam yang di jemput Allah s.w.t. sebagai tetamu ke tempat suci-NYA.

Perasaan ketika itu terasa terlalu hampir dan dekat dengan Allah s.w.t. yang merahmati kehadiran hamba-hamba-Nya yang datang membesarkan Allah dari segala-gala makhluk yang ada di muka bumi ini.. Tempat paling suci di sisi Allah s.w.t. yang di naungi oleh para malaikat, tempat yang menjadi lambang kebesaran Allah s.w.t. di mana kita menghadap Allah s.w.t. merayu dan mengharap dalam do'a dan ketika sujud kepada Allah s.w.t. setiap hari dan akan bersua dengan tempat terletaknya Ka'abah kini bakal berada di depan mata..

Ketika itu dah terbayang beberapa jam lagi tubuh ini bakal menjejak kaki di tempat lahir Rasulullah s.a.w., jalan-jalan yang di lalui oleh Rasulullah s.a.w. para nabi-nabi sebelumnya, tempat-tempat perjuangan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan Makkah.

Perasaan ingin tahu dan merasai sendiri pengalaman yang amat berharga sebagai pilihan Allah bakal bertamu di taman raudahnya, memberi salam buat Rasulullah s.a.w., bersolat dan bersujud, duduk di mana tempat Rasulullah s.a.w. melaksanakan ibadah dan tempat tinggal Rasulullah s.a.w.  Terasa hampirnya diri dengan Rasulullah s.a.w. kerana jasadnya di makamkan berhampiran taman raudahnya di masjidun Nabawi di samping Saidina Abu Bakr r.a. dan Saidina Umar al-Khattab r.a. di Madinah al-Munawwarah. 

Menyaksikan sendiri tempat peninggalan para anbiya' seperti Nabi Ibrahim a.s., isteri baginda, anaknya Nabi Ismail a.s. dan para sahabat-sahabat nabi s.a.w. yang berjuang mempertahankan agama suci Islam daripada kecaman musuh Allah s.w.t.

Hati melonjak girang hanya dengan mengingati Allah s.w.t hati menjadi tenang.. Sepanjang perjalanan zikir dan istighfar tak lekang di ucap begitu juga salawat dan salam... Tidak perlu khuatir dan bimbang akan keluarga yang di tinggal kerana sepenuh keyakinan kita serahkan ke pada Allah s.w.t. yang akan memelihara dan menjaga kesejahteraan mereka..

Gambaran sepanjang memulakan perjalanan dari rumah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.. 

Saudara-mara mula meraikan kami dari rumah bersama iringan do'a dan azan yang di laungkan oleh satu-satunya anak terunaku..Muhammad Firdaus..  Bacaan do'a yang di sampaikan oleh adik iparku.. Hj. Jamaluddin.   Alhamdulillah.. Keluarga terdekat mengiringi kami hingga ke kompleks Tabung Haji.. Mereka sanggup bersekang mata hingga pukul 1.00 pagi menghantar kami sehingga kami masuk ke dalam bangunan kompleks.. 

Di perkarangan Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya meriah dengan kehadiran ramai sanak saudara para hujjaj..  dan petugas-petugas Tabung Haji yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.. Kami terasa amat di raikan sejak awal lagi.. Semuanya adalah atas kehendak Allah s.w.t. yang menyambut tetamu-tetamu-Nya yang istimewa.  In Shaa' Allah.



Kenangan bergambar bersama ibu tercinta yang kami tinggalkan dan anak-anak tersayang... 


 Wajah anak-anak yang masih kelihatan riang dan tenang...





 Beratur untuk melapor diri dan menerima lencana, tag dan cenderahati..







Saudara-mara terdekat memeriahkan suasana.. dan merapatkan ukhwah kekeluargaan..





 Beratur untuk memulakan perjalanan masuk ke dewan taklimat sebelum menaiki bas dengan di anggotai oleh petugas-petugas pengiring ke lapangan terbang KLIA...

 Anak-anak mulai merasa sedih dan hiba untuk mengucap selamat berangkat dan perpisahan sementara ...  Jika di takdirkan kami pergi buat selama-lama kami merasa nikmat kerana pergi dalam keadaan niat yang murni mengabdikan diri pada Illahi..  

 Satu-satunya anak terunaku Muhammad Firdaus yang terlalu hiba di tinggalkan... penuh semangat ketika ini untuk belajar di madrasah tahfiz.. Sewaktu kami membuat persiapan membeli pakaian ihram dia pun turut sama untuk membeli kurta dan serban.. Memohon kami bersungguh mendo'akannya di tanah suci agar apa yang di cita-citakan terlaksana.. Alhamdulillah cita-citanya tercapai setelah lulus temuduga untuk memasuki madrasah pada tahun 2013.. Semoga niat murninya di terima Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. menerangi hatinya dan mudah menerima kalam Allah di dadanya untuk di fahami dan di amalkan.. Aamiin.

 Selamat tinggal sayang ...  Selamat tinggal Malaysia..... do'a iring mengiringi sepanjang perjalanan dalam melaksanakan ibadah.. 


LABBAIK ALLAH HUMMA LABBAIK!!
Kami datang menyahut panggilan-Mu YA ALLAH!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails