Pages

Monday, May 10, 2010

Apa khabar?

Ku terkenangkan Pak Cik yang di rawat di hospital beberapa minggu yang lalu... Apa khabar Pak Cik tu sekarang.. Kami dah seperti keluarga dengan pesakit juga penjaga-penjaganya sepanjang berada di hospital ni.

Isterinya begitu setia menanti suaminya disisi... dialah yang meminjamkan tikar setiap kali untuk solat di verandah hospital. 
Pada 14hb. April, doktor pakar bedah menumpukan perhatian ke atas Pak Cik ni untuk segera melakukan pembedahan kerana penyakitnya doktor jelaskan hanya ada satu dalam sejuta di dunia ni dan perlu di selamatkan segera.. kerana kondisinya ketika itu adalah 50-50. 
Ku pun tak tau apa nama penyakit tersebut... ia berkaitan dengan darah merah dan darah putih. 

Lebih kurang jam 11.30 malam Pak Cik tersebut terus di bawa ke bilik pembedahan selepas anak lelakinya tiba untuk menanda tangan kebenaran pembedahan yang akan di laksanakan segera.. Ku memberi kata-kata semangat pada Pak Cik tersebut dan juga kata-kata semangat buat isterinya yang sudah mula kelihatan lesu bila melihat situasi suaminya  kerana beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi.


Ku segera mengiringi Mak Cik dan keluarganya di luar kawasan bilik pembedahan itu dan membacakan surah Yassin bersama menantunya dan mendo'akan agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.  Selesai ku pulang ke bilik wad dan beradu. Agak lena juga ku tidur .. sebab bila ku terjaga di awal pagi sebelum waktu Subuh barang-barang Pak Cik dan Mak Cik dah tiada di tempatnya.


Keesokannya ku berjumpa Mak Cik tersebut di luar bilik ICU dan bertanyakan keadaan Pak Cik... beliau beritahu pembedahan malam tu hanya mengambil masa beberapa jam dan limpa Pak Cik telah di keluarkan.. kerana ia telah rosak dan tidak berfungsi lagi.
Oleh kerana bapaku pulang pada 15hb. tiada kesempatan bertemu lagi dengan Mak Cik tersebut.. Ku do'akan Mak Cik tersebut berada dalam keadaan sihat dan ku berharap suaminya akan segera pulih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails