Pages


Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Sireh Pulang Ke Gagang : Perjumpaan Alumni SMK Tengku Idris Shah Kapar... September 6, 2014

Catatan Diari sebelum September menutup tirai di tahun 2014..

Nov./Dis., 1982 - Menduduki peperiksaan SPM.

Mac, 1983 - Mengambil keputusan peperiksaan SPM... itulah kali terakhir daku menjejak kaki di sekolah menengah setelah lima tahun menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar.

Terima kasih buat guru-guru yang telah mendidik dan menabur bakti dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti lelah... jasamu tetap ku kenang.  

Pelbagai kenangan pahit dan manis di harungi sepanjang berada di bangku sekolah... 

Kini setelah 31 tahun berlalu Allah izinkan ku menjejakkan kaki kembali untuk menghadiri majlis Alumni pada 
6 September, 2014.. 

Sayunya hati dan bercampur gembira bila dapat menjejakkan kaki ke sekolah lamaku ini.. ada sedikit perubahan dari segi penambahan bangunan dan landscape..

Pertemuan dengan kekawan lama sedikit sebanyak telah merapatkan kembali jalinan persahabatan.. setelah di pisah oleh jarak dan masa.. Masing-masing telah membawa haluan hidup dengan kerjaya dan membina keluarga.. 

Ketika kedatangan kami majlis telah berlangsung jadi memasing fokus pada program yang telah di sediakan. 

Waktu menjamu selera memasing mulalah rancak berbual mengimbau kembali kenangan silam.





Malam Amal Semarak Budi Jalinan Kasih....
Alumni SMKTIS (dulunya SMTIS)
Sirih pulang ke gagang






Rakan-rakan yang pernah belajar sekelas dari kiri, Cik gu Rosni (dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tingkatan 2 - 5) dan Pn. Zahanis (rakan sekelas tingkatan 1 hingga 3)
duduk dari kiri, Pn. Noraini (sekolah rendah, menengah ?, 2 - 3), Cik gu Nornajmah (sekolah rendah hingga menengah 2 - 5) dan diriku oopppss nampak paling berisi sebab paling hampir dengan kamera..huhuhu


Cenderahati - Logo lencana sekolah 

Motto - Ilmu Mutiara Hidup




Tentatif program Majlis





Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 malam.. Terima kasih buat sahabatku Cik gu Nornajmah yang sudi mengambil dan menghantar ku pulang turut sama sahabat seperjuangan sehingga tingkatan 3, Pn. Noraini. 


Friday, April 2, 2010

Terima kasih Ben Ashaari

Petang ni bila masuk ke rumah (blogspot) ni.. ku rasa ada kelainan.. rupanya sudah ada yang sudi menjadi follower di rumahku yang tak sepertinya ini.. Terima kasih tak terhingga buat insan yang berhati mulia Ben Ashaari yang sudi menjadi insan pertama sebagai  follower  dan memperkenalkan saya melalui rumahnya yang sungguh meriah itu.  Ben Ashaari memang tak kering idea sentiasa ada sahaja yang nak di kongsi bersama.. dan amat-amat pemurah dan baik hati.  Jadi tak hairanlah jika pengikutnya ramai dan pengunjungnya sudah hampir mencecah ke 6 angka. Bravo!!!  Ben akak kerap ke rumah Ben bila kebetulan ada N3 baru tau atau baca N3 yang terdahulu...terlalu banyak..jadi tak boleh nak habis sehari.. mau berbulan tu.. jadi jangan jemu kalau nampak akak keluar masuk ya... eheheh!!!

Selamat berkenalan juga buat Bond, Amir Izzat, Mat Gebu dan Mish Lolipop yang menambah seri rumahku ini.. kedatangan anda di alu-alukan..  Sekiranya ada masa terluang nanti saya akan singgah di rumah adik-adik semua ya..  Mat Gebu selalu juga saya singgah kat rumah Mat ni.. tapi belum berani menyapa.. tenguk resepi-resepi yang di hasilkan tu memang menyelerakan dan koleksi pinggan mangkuk tu memang sungguh cantik sekali. 

Minta maaflah ya sebab masih banyak kekurangan di sana sini dalam blog ini. Dah tua-tua ni baru nak belajar.. ehehe!! Sebenarnya lahirnya blog ini untuk mengubat rindu anak-anak yang berjauhan ketika ini.. itu yang lahirnya blog ini walaupun mereka tak menjadi ahli lagi tapi berkunjung secara senyap saja.

Ruang waktu saya untuk selalu berada di depan PC ni mungkin terhad pada waktu-waktu tertentu sahaja dan N3 pun mungkin tak sekerap mana.. Insya-Allah saya cuba menghadirkan diri sekiranya waktu mengizinkan ditambah pulak PC selalu meragam..  Terima kasih sekali lagi buat tetamu-tetamu yang sudi menziarahi rumah yang masih banyak kekurangan di sana sini.  Kedatangan anda saya alu-alukan.  Hingga bertemu lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails