Pages


Friday, October 16, 2015

Rindu memblog...

Lama sungguh tak buka pintu blog ni...  Tetiba kotak fikiran mengetuk rindu... bukalah bukalah pintu blog ... lihatlah apa yang tersirat dalam minda dan bakal menjelma di ketik hujung jari ni.. 

Sekian lama menyepi..  pelbagai peristiwa telah di lalui sepanjang tahun ... namun tak tercatat dalam diari blog ini... ada yang masih tersemat dalam ingatan ada juga yang berlalu begitu saja..

Nak kata sibuk tak juga... idea sentiasa bermain di minda... hati berkata-kata bila ada saja peristiwa berlaku.. adakala ingin juga meluahkan perasaan yang terbuku atas apa yang berlaku di keliling kita.. 

Sebahagian hati berkata... "tak perlu la... simpan saja dalam diari ingatan..",  sebahagian hati pula berbisik... "catatlah kamu akan lupa sebahagian dari kenangan tanpa catatan..." 

"Tak pe la.. ikut saja kata hati kamu.."  Begitulah bila hati berbisik... minda berputar memikir... berlegar-legar di sanubari.  Apa yang dilihat yang baik kita jadikan motivasi dan penggalak diri.. mana yang di lihat buruk jadikan muhasabah diri dan iktibar agar terpelihara jiwa dari di belenggu keresahan.

Yang penting jiwa perlu sentiasa bersih dengan lontaran zikir dan ingatan sentiasa pada Allah yang Maha Berkuasa mentadbir alam ini..

Catatan memori: 

1 Muharam 1437H ( 14hb. Oktober, 2015) anakanda bongsuku Muhammad Firdaus - satu-satunya hero dalam 5 beradik.. genap usianya 18 tahun.. umur masihi masih lagi 17 tahun..  Do'a Ummi dan Abah agar kamu tenang dan di lapangkan dada dalam menuntut ilmu.. semoga memperolehi keredhaan Allah s.w.t. sentiasa di bawah perlindungan-Nya.

15 Oktober, 2015 - genap 8 tahun anakanda angkat Nik Daniel Nik Ekhwan kembali di alam persinggahan di alam baqa' .... semoga kau berbahagia di alam sana.. di ampunkan segala dosa dan rohmu di cucuri Rahmat oleh Allah s.w.t. 

Rindu.. rindu... rindu... 











Wednesday, May 6, 2015

10 PETUA MUDAH TAPI LIAT NAK BUAT AGAR REZEKI JINAK DENGAN KITA

10 PETUA MUDAH TAPI LIAT NAK BUAT AGAR REZEKI JINAK DENGAN KITA
Apa yang dikongsikan ialah apa yang diberi dalam seminar "Mudahnya Menjemput Rezeki" oleh Ustaz Fathuri Salehuddin.

Semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..  Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa.  Barulah rezeki kita luar biasa.  Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1.   Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..  sekarang ubah tmbh rakaat..  makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah.   Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.  Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa.   Jika ingin jadi JUTAWAN.   Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2.  Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam.  Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.  Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.  Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita,  bangun pagi kita jangan buka henpon atau rancang nak buat apa dulu.. mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.  Ini kerana apabila kita melakukan ini..  Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari.   Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Contoh,  bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja,  even duk rumah je pun,  kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa.  Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa,  terlalu lama.   Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa,  "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini?  Laju sangat ke aku buat kerja?  Rasanya biasa je, relax je.  Hmm"

4.   Berzikir..

Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.

5.  Solat Berjemaah.

Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid.  Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6.   Bersilaturrahmi..

Janganlah kita memecahkan silaturrahim.  Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7.  Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa.  Nak sakit sembuh,  nak anak dengar cakap kita,  nak kaya perlu kita sedekah.   1 kali memberi.. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8.  Solatlah di awal waktu. 

Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.   Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu.. batu yang ke 39 azan berkumandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??  Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.  Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH.  Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.  Tawakal dan Usaha.

Selalu kita dengar,  usaha dulu baru tawakal.  Tawakal dulu baru usaha..  minta bulat-bulat pada Allah..  baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Walahuallam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails