Pages


Showing posts with label warna-warni. Show all posts
Showing posts with label warna-warni. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Menjejaki I-CITY lagi....!!!

Kali kedua menjejaki kaki di I-City, Shah Alam pada hari Jumaat malam Sabtu 23hb. Julai, 2010... sejak pertama kali pada Jumaat 23hb. April, 2010.. genap 3 bulan rupanya.. Dah berjanji pada kakak (Nabilah) yang tak pernah lagi ke sana kannn!! Jadi hari tersebut barulah dapat tunaikan janji selepas dinner di Restoran Taman Bunga Melor... (Catatan berkaitan I-City.. kunjungan pertama di sini.)


Meluangkan masa di hari tersebut cukup semua ahli keluarga ada bersama.. 'Ain balik dari Melaka petang tersebut, dan kakak pula telah habis pengajiannya ~ hampir 3 bulan menganggur dan baru memulakan kerja pada 14hb. Julai, yang lalu.. {tempat bekerja kakak (Nabilah) pun tak jauh dari rumah lebih kurang 3 minit dengan menunggang motorbike.. Alhamdulillah  dekatnya!!! }


Tak nak la komen apa-apa mengenai tempat ni.. hanya sekadar melihat lampu berwarna-warni.. dan adalah perbezaan dari kunjungan pertama dan kedua ni.. pengunjung pada malam tersebut tidaklah menyesakkan sangat tapi pada malam minggu suasananya berbeza penuh sesak dengan pengunjung dan kenderaan yang berpusu-pusu mencari tempat letak kereta..


Tempat letak kereta dah bertambah.. berbanding sebelumnya tempat letak kereta percuma tapi kedatangan kali ini sudah di kenakan caj.. sebanyak RM 1.00 pada weekday, Weekend ?? (tak perasan pulak berapa??).. Sejak bila dikenakan caj ni..eyhh?? Yalah kos elektrik dan pekerja yang kendalikan tempat tu pun perlu di ambil kira juga kann!!
Kami letak kereta di luar kawasan parkir... tak perlu bayar.. Abang (hubby) bilang exercise sikit...baru lepas makan elok buat berjalan... jauh gak menapak tu..



Beberapa bahagian lampu pula ada yang tidak bercahaya.. dan bahagian ala-ala salji dalam bangunan tu... di tutup buat sementara untuk penyelengaraan..


Sempena FIFA Worldcup bulan Jun/Julai lalu terdapat skrin besar di padang tersebut dan masih bersiaran channel Astro di situ.


Tapi sekiranya pokok-pokok tersebut nampak lebih natural kan lebih menarik yaaa!!! Mungkin dibuat sebegitu kerana ia melibatkan pendawaian elektrik jadi perlu bahan yang berunsur penebat.... kalau tidak bahaya juga tu.. sebab anak-anak kecil suka berlari-lari dan menarik-narik wayar jika tidak di kawal oleh orang dewasa...

Oleh kerana tempat ini telah mula menjadi perhatian pengunjung cadangan saya sekiranya ada pancuran air lebih menarik lagi kan.. dan dihiasi pula dengan bunga-bungaan juga batuan yang cantik-cantik...!!!  Hanya sekadar pandangan jer!!

Beberapa gambar yang sempat di klik..klik..!!! 










"Menanti buah yang tak gugur... hihihi!!!" 








Kakak (Nabilah) dengan pelbagai gaya (especially tangannya tu ehehe!!!)
... bersama adik-adiknya..

Tuesday, April 27, 2010

I-City

Lanjutan N3 hanya kerana lampu kini di lampirkan gambar-gambar yang sempat di rakam walaupun tidak begitu menarik tidak begitu sharp..agak blur... goyang, gelap dan macam-macam lagi.. Perakam setia yang kecil molek Nikon Coolpix E4600 yang banyak berjasa walau dimana jua berada..cuma pemiliknya je yang kurang mahir kan..kan..kan!!!  Ini je lah yang mampu ku punya setakat ni... Syukur apa yang ada... Janji ado kenangan ...jadilah!!!

Nampak gak warna-warni....  Kebanyakan pengunjung yang saya nampak  bertemankan kamera yang canggih-canggih... dengan kamera DSLR ,..hebat..hebat!!  Ada gak mereka yang guna kamera comel model terkini!!  Semua tak nak lepaskan peluang berfotografi.  Rata-rata memang bertemankan kamera..  Tempat ni jadi tumpuan untuk photoshot!!!! ada gak yang berpiknik dengan keluarga...

Lihatlah hasilnya....  

 Tangkap gambar ni dari dalam kenderaan bergerak... baru tiba ke destinasi.. sedang mencari tempat letak kereta...

 Cahaya lampu putih umpama salji... tapi tidak semua berfungsi...kelihatan ruang tidak sepenuhnya bercahaya di situ...

 Kelihatan bentuk snow flakes di replika ini...

Anak-anakku dan anak saudaraku yang berkaca mata..

 'Ain dan Hannah di pohon peach yang bercahaya...





 Terdapat juga gerai-gerai kecil menjual makanan dan minuman juga barangan seperti pakaian dan lain-lain lagi.










 Berpiknik

 Sempat adik-adik ni melemparkan senyuman ... snap gaya mereka tu..ehehe!!! Cute...

Sebahagian pasukan konvoi bermotor kuasa tinggi yang sempat di rakam... sedang melalui jalan tempat letak kereta bertingkat..




Dalam melangkah menuju ke tempat letak kereta hujan rintik-rintik mula turun.. masing-masing mencari tempat berteduh... padang hiasan lampu mula kosong..  Lebih kurang jam 11.15 malam kami beredar untuk pulang tapi masih kelihatan banyak lagi deretan kenderaan baru tiba... walaupun hujan dah mula lebat...


Sampai ketemu lagi... I-City... sedang tunggu apa yang akan menjadi tarikan di tempat ini selain lampu-lampu hiasan.. Adakah pusat membeli-belah atau bangunan pejabat?   Tunggu dan lihat.

Wednesday, April 21, 2010

~JUST ONE~ mewarna~warnikan page yang agak suram

 
~JUST ONE~


One song can spark a moment,  
One flower can wake the dream.  
One tree can start a forest, 
  One bird can herald spring.  
One smile begins a friendship,  

One handclasp lifts a soul. 
One star can guide a ship at sea,  

One word can frame the goal.  
One vote can change a nation,  
One sunbeam lights a room.  
One candle wipes out darkness,  

One laugh will conquer gloom. 
One step must start each journey  

One word must start each prayer.  
One hope will raise our spirits,  
One touch can show you care.
   
One voice can speak with wisdom,  
One heart can know what's true,  
One life can make a difference.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails