Pages


Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, October 13, 2017

Akhlak ketika di timpa bencana...

11 hb. Mac, 2011, berlaku kejadian gempa bumi di timur laut kepulauan Jepun dengan ukuran melebih 9 skala ritchter.. pelbagai andaian dan gurauan yang tak masuk akal di  buat oleh mereka yang boleh dikata tiada perasaan. 

Melahirkan kata-kata hukuman dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui setiap kejadian dan tiada siapa yang boleh mengeluarkan kata hukum kecuali Allah s.w.t. 


Seluruh dunia menyampaikan tanda simpati dan pelbagai bantuan di hulur tanda kasih sayang sejagat tak mengira darjat, agama dan bangsa kepada penduduk dan kerajaan Jepun di atas musibah yang tiada di jangka.. Ini semua adalah takdir yang telah di tetapkan Allah sebagai suatu peringatan kepada hamba-Nya yang sentiasa berfikir.. Mereka yang beriman akan bertambah imannya dan bagi mereka yang hendak berfikir betapa besarnya kekuasaan Allah yang tiada siapa boleh menghalangnya..


Walaupun penduduk yang di timpa musibah ini dalam kepayahan tapi mereka insan yang begitu berdisiplin dan masih tinggi nilai akhlak dan pekerti.. kerana tiada laporan kecurian berlaku dan mereka sanggup beratur panjang untuk menerima bantuan tanpa memotong barisan atau berebut-rebut.. Pemilik-pemilik kedai juga menghulurkan simpati dengan menderma barangan keperluan dari premis perniagaan mereka kepada mangsa... sungguh kagum dengan sikap tolong menolong juga disiplin tinggi mereka.. Agar mereka memperolehi hidayah dari Allah s.w.t dengan iman.


Berita gempa yang juga di tafsirkan sebagai bencana alam ini perlu di ambil iktibar oleh semua pihak di sebelah sana mereka cuba di selamatkan, seminggu kemudian kita digemparkan dengan berita pengempuran peluru berpandu tidak bermata menggempur rakyat tidak berdosa di Libya pula oleh kerakusan mereka yang mempunyai kepentingan dengan alasan untuk menyelamatkan penduduk dari kekejaman pemimpin walhal niat mereka untuk mengaut hasil kekayaan di dasar bumi yang kaya dengan emas hitam menjadi rebutan mereka yang kononnya menganggap diri sebagai penyelamat.. Pemimpin yang ego rakyat yang menjadi mangsa.. Di sini pula puak yang memang dah lama menanti dengan lapar telah mengambil kesempatan dan mengunakan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran negara tersebut untuk merampas hak penduduk dengan pelbagai alasan untuk menundukkan pemerintah kononnya tetapi dalam masa yang sama mempunyai agenda tersendiri.. 

Kisah lama (tersimpan dalam draft)... namun perlu untuk di jadikan iktibar... 



Pesanan yang cukup bermakna..

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan, dan yang membenci mu tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. 

Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.



Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahmi, 
Walau sekadar berdoa untuk semua kerabat dan sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan  kebaikan, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..., tapi ketika kita melakukan “ keburukan, tidak akan ada kebaikan ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan buatlah persiapan untuk kematian...

Peringatan utk diri sendiri dan semua yang membacanya.. 



CNP - grup whatsapp

Fajr.. Subuh

Menurut Prof Dr Hamka: 

 " Jika ingin melihat orang Islam...
_*Datanglah ke masjid pada eid-ul-fitri dan eid-ul-adha.


TETAPI

 Jika ingin melihat orang yang beriman...
*Datanglah ke masjid waktu suboh.

 Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. "


๐Ÿ”บ SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI 

1.  Jika subuhnya sentiasa di pelihara.
Tanda akan selamat dari neraka.

2.  Jika subuhnya tiada dia tinggal.
Allah melindunginya dari aral.

3.  Jika subuhnya di dahului sunat.
Berganda isi dunia dia mendapat.

4.  Jika subuhnya bergelapan ke musolla.
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

5.  Jika subuh ke cerah berwirid lagi.
Mendapat pahala umrah dan haji.

NAMUN...

1.  Jika subuhnya tiada dijaga.
Pada wajahnya tiada cahaya.

2.  Jika subuhnya sengaja terlupa.
Tanda imannya tiada bernyawa.

3.  Jika subuhnya terasa berat.
Tanda munafik sudah mendekat.

4.  Jika subuh tiada dipeduli.
Tanda iman menghampiri mati.

5.  Jika subuhnya tiada berjama’ah.
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

6.  Jika subuhnya tiada ke masjid.
Tanda imannya ada penyakit.

7.  Jika subuhnya selalu terlewat.
Tanda imannya semakin cacat.

8.  Jika subuhnya diakhir waktu.
*Tanda iman semakin kelabu.

9.  Jika subuhnya hari dah siang.
Tanda rezekinya udah hilang.

10.  Jika di subuh masih berdengkur.
Tanda syaitan memeluknya tidur.*

ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู…

Cnp - grup whatsapp.. 

Wednesday, October 29, 2014

Setiap ucapan terluah pasti akan di hisab..

Muhasabah buat diri ku.... fikir dulu sebelum berkata-kata.. semak catatan yang di taip di blog sebelum di post  :)





Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. 


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.


3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.


5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.


7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.


8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.


9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.


10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.


_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.


Petikan dari FB - Kumpulan Nasyid Shoutul Amal

Tuesday, January 17, 2012

Peringatan buat diri ~ Muhasabah~ (Suara yang menggerunkan sebagai peringatan)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


Marilah kita sama-sama mendengar dan meneliti kejadian ini untuk di jadikan iktibar bagi memperbaiki amal dan meningkatkan iman kita agar sentiasa insaf dan muhasabah diri..(peristiwa ini telah terjadi beberapa tahun dahulu).


Terasa gerun tak???? Apa akan berlaku jika tiada persiapan yang cukup sebagai bekalan di alam sana nanti??  Ya Allah, ampunilah hamba-hamba-Mu yang sentiasa mencari redha-MU.. kekalkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman!!

Sunday, February 13, 2011

Azab Bagi Wanita ~ Peringatan~

AZAB BAGI WANITA

by C'Tiey CakYuyuk on Tuesday, November 2, 2010 at 12:03am
Azab Bagi Wanita



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan    
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Saidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah s.a.w menangis ketika ia datang bersama Fatimah.


Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah s.a.w menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di israk-kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksaannya.  

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan kayu dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.        

                                                                                        

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya       kecantikannya dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.                                                                 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi wajib.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails