Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana segala aktiviti dan tugasan bulan syawal berjalan lancar. Tempahan khemah untuk majlis-majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka sempena hariraya pun sungguh menggalakkan. Terima kasih kerana menggunakan khidmat IMPIAN NUUR CANOPY.
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label Syawal 1431. Show all posts
Showing posts with label Syawal 1431. Show all posts
Wednesday, October 6, 2010
Thursday, September 30, 2010
Masih mood raya lagi.... :)
Masih dalam mood raya lagi... undangan open house masih tak putus di terima.. Terima kasih bebanyak atas ingatan.. jemputan dari saudara mara dan rakan taulan..
Seronok tak leyh nak cakap la.. juadah terhidang pelbagai jenis.. nyum.. nyum!! "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..." bagai di pam pam .. makin bertambah la berat badan ... exercise dah la kurang.. mata pun kuyu je di buatnya... huwarghhh!!! Bukan senang hati kan.. lagi susah hati sebab berat badan tak turun...
Tak moh.. tak moh gomok.. nak balik tubuh ku yang slim seperti dulu... ada "orang tu" mengerling je.. tenguk badan ku yang semakin berisi ni.. camne nak buat lagi.. adeih!!!
Hati ni memujuk.. "biarlah berisi tapi sehat badan.. bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan ... tak baik mengeluh".
Berhari raya di rumah sepupuku Cikgu Roszana (tudung pink) dan yang sedondon warna tu ahli keluarganya.. suamiku (berbaju hijau), anak-anakku dan AdzrieFaiz (anak saudara)
Ada lagi nak upload gambar...
Seronok tak leyh nak cakap la.. juadah terhidang pelbagai jenis.. nyum.. nyum!! "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..." bagai di pam pam .. makin bertambah la berat badan ... exercise dah la kurang.. mata pun kuyu je di buatnya... huwarghhh!!! Bukan senang hati kan.. lagi susah hati sebab berat badan tak turun...
Tak moh.. tak moh gomok.. nak balik tubuh ku yang slim seperti dulu... ada "orang tu" mengerling je.. tenguk badan ku yang semakin berisi ni.. camne nak buat lagi.. adeih!!!
Hati ni memujuk.. "biarlah berisi tapi sehat badan.. bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan ... tak baik mengeluh".
Beraya di rumah sepupu.. Cikgu Roszana.. Adik bongsuku bertudung pink di kelilingi anak-anak saudara tersayang..
Anak-anak bersama sepupu sepapat.. Suka tenguk bila mereka happy bersama.
Walaupun jarang bersua muka...
suka suki di hari raya... suka bergambar ya!!
Berhari raya di rumah sepupuku Cikgu Roszana (tudung pink) dan yang sedondon warna tu ahli keluarganya.. suamiku (berbaju hijau), anak-anakku dan AdzrieFaiz (anak saudara)
Mak, Uncle Min & isteri, ipar duai, adik dan anak-anak saudaraku..
di Ampang U.K.
P/S: Kredit to Kak Sal, Kak Sal, izinkan Raha post foto ni eyh.. Suka sesangat ngan gambar ni sebab ada gambar Mak... Raya tahun ni tak dapat nak bergambar ngan Mak dan Abah.. Lagi-lagi amat sukar nak bergambar dengan Mak.. sedia maklum kan Mak selalu mengelak bila nak shot gambarnya..
time ni kita kat Johor.. tak dapat konvoi bersama ke rumah Uncle Min.. kita tumpang menempelkan gambar ni untuk kenangan.. :))
Kredit sekali lagi buat Kak Sal.. kita wakilkan seorang anak (Firdaus) beraya di rumah Kak Sal.. minta maaf.. masa ni kitaorang ada hal kot.. heheh!!
Ada lagi nak upload gambar...
Tuesday, September 21, 2010
Hari Raya sudah berlalu.. tapi...
Suatu ketika dulu (tahun 1980an) ... Abah dan Mak nak pergi beraya..
(kenangan lama yang mengusik jiwa - suasana pemandangan keliling rumah juga ada sedikit perbezaan kini).
Syawal sudah 12 hari berlalu... rasanya masih ada kesempatan lagi untukku ucapkan Selamat Berhari Raya, maaf zahir dan batin buat semua ... walaupun sebenarnya sambutan "Eid-ul-Fitr" hanya sehari tapi sudah menjadi tradisi di Malaysia ni kita sambut sehingga sebulan kerana meraikan saudara mara dan sahabat handai yang datang berkunjung dan menziarahi mereka pula.. yalah nak kunjungi sehari mana cukup kan.. Tempat tinggal antara satu sama lain ada yang dekat dan ada yang jauh.. Paling best tu jemputan rumah terbuka masih diterima.. yang pasti bertemu ramai sanak saudara, rakan taulan sambil menikmati juadahnya lah.. bertamu, ber'chit chat'.. terutama di hujung minggu sehingga Syawal berakhir nanti...
Seronoknya meraikan Syawal.. blog pun dah rindu minta di update... huhuhu!!! (padahal takut dok lelama kat PC ni.. nanti ada 'panglima' yang bebel... apa taknya nak buat satu N3 pun berjam.. nak mencari idea satu hal.. nak menyusun ayat lagi lah.. okay ke tak ke... oleh kerana harini 'panglima' tiada di sisi, ku mengambil kesempatan untuk mengetuk jari di keyboard ni..
Hari raya nilah kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita... bukan senang nak bertemu kan.. masing-masing ada komitmen sendiri.. masa ni lah yang tak mesra kita mesrakan.. yang tak kenal kita kenal-kenalkan..Kemesraan terjalin, ikatan kekeluargaan di pereratkan.. persahabatan berkekalan.
Tapi sebenar-benarnya tahun ni.. hari raya di kalangan keluarga kami agak sayu .. sebab keadaan Abah yang masih lemah.. dan tahun ni juga bapa saudara tercinta (adik Abah) yang biasanya menceriakan suasana hari raya dah tak de (telah kembali ke Rahmatullah Mei lalu..). Sahabat baikku Aslinah yang tinggal selang beberapa rumah dari rumahku juga telah kembali ke Rahmatullah Ramadan lalu (18 Ramadan, bersamaan 28hb. Ogos, 2010 petang Sabtu jam 6.00p.m.. di Hospital Universiti. Sungguh tabah dan sabar, 5 tahun berjuang melawan kanser.. - kenangan bersamamu sentiasa kuingat sahabatku ) Semoga mereka-mereka yang telah kembali ke hadrat Illahi berbahagia di sana dan Allah terima segala amal baik mereka dan di ampunkan segala kesalahan. Al-Fatihah!!
Oh ya... walaupun Ramadan sudah pergi meninggalkan kita tahun ni semoga amalan baik sepanjang Ramadan dapat di teruskan di bulan-bulan berikutnya.. semoga Allah pertemukan kita di Ramadan akan datang.....
Nampaknya "Panglima"ku sudah pulang... Sambil melayan "Panglima"... ku upload beberapa foto kenangan di Syawal 1431
(Sept., 2010)
Hari raya pertama (10 Sept. 2010 ~ Jumaat)... sebelum menziarahi kaum keluarga yang lain di pagi raya..
Anak2 beristirehat menanti untuk sambung berhari raya selepas solat Jumaat...
Tetamu pertama ~ Abang Ngahku bersama famili di pagi raya pertama.
Adik bongsuku bersama anak~
Ewah Eiman pandai bergaya depan kamera..
Ewah Eiman pandai bergaya depan kamera..
Selepas beraya di rumah parents (depan rumah je) mula bergerak ke rumah adik beradik sebelah suami pula..
Subscribe to:
Posts (Atom)




