Salam ku kirim buat tetamu di alam maya... dah dua tahun rupanya tak mencatat dalam diari blog... lebih dari dua tahun sebenarnya.. jengah sekejap lepas tu hilang tak muncul-muncul.. macam tak sesuai je letak nama diari dan tak layak pun di panggil blogger kann.. Kekok pulak rasa untuk mengatur bicara.. nak menulis di buku diari dah tak rajin.. kenkadang ntah mana-mana di selitkan buku diari..
Tetiba termuncul pulak malam ni... pasal terpublish draf post di bawah ni.. ingat ke ikut tarikh draf tahun 2014.. rupanya ikut hari kita send artikal tersebut.. ha ha ha.. padan diri sendiri.. inilah bukti terlalu lama tinggalkan alam blog ni..
Sebenarnya banyak artikal yang bermanafaat yang di drafkan... kebanyakan copy and paste je.. sebagai simpanan dan bacaan untuk pengetahuan diri sendiri.. tapi adalah lebih baik jika kita sama-sama kongsikan ilmu ini untuk penambahan pengetahuan jika belum terbaca lagi sebelum-sebelum ini jika sudah baca kira sebagai bacaan ulangan la ya.. kebanyakan sumber ni pun asal di dapatkan dari internet juga..
Mohon pemilik-pemilik artikal yang saya copy and paste artikal-artikal anda yang saya kongsikan di blog ini agar menghalalkan perkongsian ilmu ini ya... Semoga Allah memanjangkan kebaikan buat pemilik-pemilik blog yang menyebarkan ilmu-ilmu berguna ini untuk di manafaatkan..
Saya tinggalkan kredit buat pemilik artikal yang saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.. Tabarakallah.
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label diam. Show all posts

Sunday, October 8, 2017
Friday, October 16, 2015
Rindu memblog...
Lama sungguh tak buka pintu blog ni... Tetiba kotak fikiran mengetuk rindu... bukalah bukalah pintu blog ... lihatlah apa yang tersirat dalam minda dan bakal menjelma di ketik hujung jari ni..
Sekian lama menyepi.. pelbagai peristiwa telah di lalui sepanjang tahun ... namun tak tercatat dalam diari blog ini... ada yang masih tersemat dalam ingatan ada juga yang berlalu begitu saja..
Nak kata sibuk tak juga... idea sentiasa bermain di minda... hati berkata-kata bila ada saja peristiwa berlaku.. adakala ingin juga meluahkan perasaan yang terbuku atas apa yang berlaku di keliling kita..
Sebahagian hati berkata... "tak perlu la... simpan saja dalam diari ingatan..", sebahagian hati pula berbisik... "catatlah kamu akan lupa sebahagian dari kenangan tanpa catatan..."
"Tak pe la.. ikut saja kata hati kamu.." Begitulah bila hati berbisik... minda berputar memikir... berlegar-legar di sanubari. Apa yang dilihat yang baik kita jadikan motivasi dan penggalak diri.. mana yang di lihat buruk jadikan muhasabah diri dan iktibar agar terpelihara jiwa dari di belenggu keresahan.
Yang penting jiwa perlu sentiasa bersih dengan lontaran zikir dan ingatan sentiasa pada Allah yang Maha Berkuasa mentadbir alam ini..
Catatan memori:
1 Muharam 1437H ( 14hb. Oktober, 2015) anakanda bongsuku Muhammad Firdaus - satu-satunya hero dalam 5 beradik.. genap usianya 18 tahun.. umur masihi masih lagi 17 tahun.. Do'a Ummi dan Abah agar kamu tenang dan di lapangkan dada dalam menuntut ilmu.. semoga memperolehi keredhaan Allah s.w.t. sentiasa di bawah perlindungan-Nya.
15 Oktober, 2015 - genap 8 tahun anakanda angkat Nik Daniel Nik Ekhwan kembali di alam persinggahan di alam baqa' .... semoga kau berbahagia di alam sana.. di ampunkan segala dosa dan rohmu di cucuri Rahmat oleh Allah s.w.t.
Rindu.. rindu... rindu...

Wednesday, October 29, 2014
Setiap ucapan terluah pasti akan di hisab..
Muhasabah buat diri ku.... fikir dulu sebelum berkata-kata.. semak catatan yang di taip di blog sebelum di post :)
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
Petikan dari FB - Kumpulan Nasyid Shoutul Amal

Tuesday, June 10, 2014
Berkata Baik Atau Diam
"Diam itu adalah kekuatan hati,
hati pula istana iman,
Kuatnya hati lambang kekuatan iman,
dan kekuatan iman adalah benteng menentang hawa nafsu"
Mata melihat telinga mendengar.. Hati berbisik apa yang di lihat dan di dengar, akal pula menapis apa yang tersirat di hati .. fikiran mengawal apa yang nak kita sampaikan. Lidah samada hendak menyampaikan atau tidak bergantung pada hati. Ianya saling berhubungan.
Bila hati kita sentiasa berhubungan dengan Allah s.w.t., iman semakin mantap maka terpeliharalah tutur kata yang baik dan memberi manafaat pada orang sekeliling kita... Diam itu lebih baik jika perkataan yang nak di sampaikan tiada manafaat dan bakal mengguris perasaan hati sanubari orang lain..
Jika timbulnya satu-satu isu dalam menyatakan perbezaan pendapat dan cara berfikir jika di pengaruhi emosi yang tidak terkawal mudah menimbulkan konflik provokasi tutur kata yang kurang sopan. Apabila timbul ketidak puasan hati dan emosi melampaui kawalan maka ianya membangkitkan ketegangan dan permusuhan...
Maka lahirlah kata-kata hamburan yang tidak wajar dari luahan tutur-kata dan kecelaruan fikiran yang mudah tersebar sekarang ni di zaman komunikasi teknologi canggih di laman internet, wassap, chit chat dan laman-laman sosial yang berbagai sehingga ianya tidak terkawal.... Adalah lebih baik menjaga lisan dan perkataan, saling hormat menghormati, berbudi bahasa yang luhur maka akan wujudlah masyarakat harmoni.
Pertuturan, tingkah laku kita melambangkan isi dalaman hati kita.. Wallahu'alam.
(Sebenarnya amat runsing apa yang sedang berlaku di zaman mutakhir ini.. perbezaan pendapat dan kecelaruan sesama muslim terutama yang membabitkan aqidah, kesahihan halal dan haram produk makanan yang masuk ke dalam anggota tubuh kita yang menjadi darah daging ... Semoga Allah sentiasa memelihara dan beri petunjuk taufiq dan hidayah-NYA buat hamba-hamba-NYA..
YA ALLAH LINDUNGI DAN PELIHARALAH AQIDAH DAN SIFAT KETAQWAAN KAMI AGAR SENTIASA BERADA DI JALAN - MU YANG LURUS DAN BENAR, DAN MENYALURKAN SUMBER MAKANAN HALAL DI DALAM TUBUH KAMI... TERHINDAR DARI PERKARA SYUBHAH.. AAMIIN!!!)

~ BERKATA BAIK ATAU DIAM ~
"BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH IA BERKATA YANG BAIK ATAU DIAM."
- (HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Saturday, May 10, 2014
Diam menyepi sekian lama .. kini kembali.. :)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t., jari jemari ni bergerak menaip semula setelah hampir setahun setengah blog ini menyepi. Diari hanya tersimpan di memori sendiri. Jika tak di catat memang lupa satu persatu dan luput begitu saja... Al-maklum usia semakin meningkat.. bukan boleh di ingat segala peristiwa.
Dengan adanya koleksi foto-foto kenangan bolehlah di jadikan penceritaan dan imbauan untuk mengembalikan nostalgia masa-masa yang telah berlalu. Ianya menjadi sejarah hidup.
Hasrat hati untuk blog ini menjadi tatapan anak, cucu-cicit, kaum kerabat (jika di izin Allah usia dunia ini masih ada...,) tidak kesampaian la nampaknya jika berlalu tanpa pengisian. Setidaknya bila ada dalam catatan boleh la di belek dan di selak... (eehhh ini bukannya buku ... ngeeee :) kita tak rajin nak menulis dengan tangan dah) ..maksudnya catatan di blog ini boleh di ulang baca dengan harapan blogger ni tidak di bubarkan seperti Yahoo 360 dulu.. lenyap sudah segala catatan dari tahun 2007 dalam blog tersebut).
Bicara hati dengan pelbagai rasa hanya terpendam.. tanpa di luah atas nota. Setidaknya bicara kita bila di kongsi ada yang terbaca boleh menegur kesalahan dan kesilapan yang kita kadang terlepas pandang.. jika kita bermasalah ada yang beri nasihat dan motivasi.
Maklum saja pemikiran kita adakala sama adakala berlainan pendapat. Adakala pandangan kita ni rasa betul tapi bagi pandangan orang lain salah.. jadi di sini boleh saling tegur menegur untuk kebaikan juga saling berkongsi pendapat. Ilham yang Allah kurniakan buat hamba-hamba-NYA yang mencari redha Allah akan mendapat manafaat.
Di sini juga ku mohon izin pada tuan-tuan punya nota catatan ilmiah, artikel samada pengetahuan agama, dakwah, motivasi, petua untuk kesihatan, untuk ku jadikan koleksi simpanan dalam blogku supaya mudah bagiku menjadikan bahan rujukan agar tidak hilang ilmu darinya sebagai panduan. Jika empunya blogger atau empunya pemilik nota dari FB terjumpa di blog ini mohon izin sekali lagi agar Allah memberi ganjaran yang luas atas perkongsian ilmunya.
Buat tuan punya kata-kata hikmah foto di atas, ku tertarik dengan bait-baitnya ... maka ku kongsikan di sini.. mohon izin.
"Diam itu Emas.
Namun perkataan yang baik itu Mutiara.
Ya Allah dengan izin-Mu,
Kami mohon lindungi hati dan lisan kami dari prasangka
dan perkataan yang tidak bermanafaat..
Terangi hati dan jiwa kami dengan cahaya keimanan-Mu.
-Iwan Dhani Ardika-
Semoga Allah s.w.t. melimpahi rahmat kasih sayang buat kita semua.
Allahumma Aamiin.
Sunday, April 22, 2012
Diam
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaf: 16)
Jika diri ini sedang di tegur atau di nasihat, adalah lebih baik mendiamkan diri dan dengar.
Walaupun apa yang sampai kependengaran itu pahit di dengar.. terasa ingin menyampuk.. adakah patut diam?
Diam itu lebih baik kerana kemungkinan yang pahit itu adalah penawar hati..
Walaupun diri rasa di pihak yang benar tapi ingin bersuara mempertahankan kebenaran.. jika dengan bersuara juga akan menyebabkan diri di persalahkan.. perlukah patut berdiam juga..
Ya .. sebaiknya diam. Mungkin di situ ada kebenaran.
Adakah diam itu bererti mengalah?
Tidak. Lebih baik diam dari mengeruhkan lagi sesuatu isu kecil itu menjadi lebih parah.. Dengan mendiamkan diri hati berzikir ingat pada Illahi..
Adakah berdiam diri itu boleh menyelesaikan masalah?
Ya... Bila tiada apa lagi yang nak di lawan bercakap.. akhirnya masalah itu menerima jawapan yang melegakan.. selesai dalam diam..
Walaupun ada rasa luka di hati..
Namun kemaafan sedia menanti..
Dalam diam itu ada kesabaran..
Kesabaran itu menguatkan hati.
Berserah diri pada Illahi...
Allah lebih mengetahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)