Pages


Showing posts with label Kasih. Show all posts
Showing posts with label Kasih. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Al-Habib Ali Al-Jufri menjawab "APAKAH TERLALU MENCINTAI RASULULLAH S.A.W. ITU KETERLALUAN... APAKAH SYIRIK?"



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 





:  Sebahagian dari kelompok muslimin.. mereka berpandangan kecintaan kepada Nabi dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. dan menginginkan kepadanya serta mengikut sunnahnya itu sudah berlebih-lebihan dalam kecintaannya..

Mereka mengatakan.. "Jika kalian meminta melalui perantaraan manusia untuk mencintai Allah seperti mana perbuatan kamu mencintai Nabi, akan berubahlah sifat perilaku manusia itu, bahaya akan melarat dan terus sesat serta memusnahkan kehidupan kita saat ini."

Kamu semua ini bercakap tentang kecintaan pada Nabi..

Habib Ali Al-Jufri mencelah dan : "Sesuatu kecintaan yang melampau-lampau.  Kamu bercakap tentang Nabi lebih banyak daripada bercakap tentang Tuhan kita."



Habib Ali Al-Jufri :  Aku berkata bahawasanya benda begini sayang sekali memang ada...  dan sedihnya akhir-akhir ini ianya mula tersebar..

Perkara ini bukan sahaja merupakan sebuah kekeliruan bahkan aku katakan ianya adalah dosa yang  sangat besar.  

Pada hak Allah Ta'ala sebelum kepada hak Nabi s.a.w... sesungguhnya tohmahan daripada mana-mana manusia yang mengatakan bahawa kecintaan terhadap Nabi ada perbandingan cinta terhadap Allah iaitu ketika di perbandingkannya mestilah menjadikan cinta pada Baginda kurang sikit... sehingga ia tidak menyamai peringkat (kecintaan) ketuhanan iaitu melampau atau syirik... sehingga harus dikurangi sedikit dari kecintaan terhadap Tuhan, penyamaan itu seperti 2 peringkat iaitu kurangkan dari kecintaan pada Tuhan.

Perbandingan sebegini adalah bentuk dari syirik yang tersembunyi..   Ini salah (keliru).. 

:  Benar..

Habib Ali Al-Jufri : ...kerana menjadikan kecintaan pada Nabi s.a.w. terpisah dengan kecintaan pada Allah.

Tidak ada dalam agama kita sesuatu pun tentang kecintaan pada zat melainkan pada zat Allah Ta'ala... tapi kita cinta pada siapa yang mencintai ALLAH.. dan kita cinta benda ini lebih banyak dari segala dengan kadar kecintaannya pada ALLAH.

Maka kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah daripada kecintaan kita kepada Allah s.w.t. dan dalilnya sabda Nabi s.a.w.  :   "Cintailah kamu terhadap aku dengan kecintaan terhadap ALLAH  digabungkan kecintaan padanya dengan apa?
Dengan kecintaan terhadap ALLAH."

Kemudian dengar hadith sohih dari Nabi s.a.w. dalam sohih Bukhari dan yang lainnya:  "3 perkara, sesiapa yang ada padanya, ada kemanisan iman.."  
3 sifat Baginda bersabda "sesiapa yang ada, dia akan merasai kemanisan iman.  Apakah dia sifat yang pertama?
Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih di cintai padanya daripada selain kedua-dua itu."  Kalau perkara itu ada syubhat mengenai berlebih-lebihan dalam mencintai Rasul juga kerana ianya boleh mencapai tahap syirik.... kata-kata sebegitu tidak masuk akal.. tapi sekiranya di situ ada syubhatnya.. 
Rasulullah s.a.w. tidak akan menyatukan kecintaan kepadanya dan kepada ALLAH dengan satu kecintaan... dan hadithnya berbunyi sebegini:  "Menjadikan ALLAH kemudian Rasul-Nya .. lebih di cintainya daripada ALLAH kemudian Rasul-Nya.."

Lihat hadith tentang "Mā shāʼ Allāh (ما شاء الله)"
.. Nabi memisahkan gabungan ayatnya..
Bila mana ada sahabat berkata:  " Mā shāʼ Allāh (ما شاء الله)" (sesuai kehendak Allah) dan kehendak kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Ucapkanlah "Mā shāʼ Allāh (ما شاء الله)" kemudian barulah kehendak kamu." 

 Rasulullah s.a.w. memisahkan pada kata-kata Fi'il Maa syi' untuk memperjelas perbandingannya.. tapi bila di tanya tentang kecintaan apa yang di sabdakannya?

"Hendaklah jadikan ALLAH dan Rasul-Nya ..lebih di cintai daripada selain kedua-dua itu." di gunakan di sini di gunakan "dhamir mutsana" satu kata ganti nama untuk dua "Humma" iaitu di gabungkan ALLAH dan Rasul-Nya pada kata ganti nama (dhamir) yang satu.. kalaulah di situ dekat dengan syubhat yang bahaya mungkinkah Nabi akan berkata sedemikian..?

Tidak mungkin selama-lamanya Nabi akan berkata sedemikian kerana asal usul kecintaan terhadap Nabi itu sesungguhnya kecintaan kepada Rasul itu datang dari kecintaan kepada ALLAH.

Kenapa cinta kepada Rasulullah s.a.w. lebih daripada cinta kepada diri, harta, keluarga, anak dan seluruh manusia .. kerana cintamu kepada Baginda.. di sebabkan cinta ALLAH kepadanya.. dan sebab Baginda adalah pilihan ALLAH  kerana beliau adalah orang yang sangat di cintai ALLAH.

Kerana iman aku tidak akan sempurna melainkan adanya cintaku terhadapnya.

Kalaulah perbuatan begini bahaya kerana menampakkan persamaan cinta ALLAH  dan cinta Rasul itu melampau-lampau ataupun kata-kata yang seumpama dengannya.. tidak akan mungkin selamanya Nabi akan meletakkan keimanan itu di kaitkan dengan kecintaan padanya.

Nabi s.a.w. bersabda:  "Tidak beriman seorang kamu sehingga di jadikan aku lebih di cintai dari dirinya, keluarganya, orang tuanya dan manusia keseluruhannya.. kenapa begitu?  Adakah Nabi s.a.w. mengharapkan kepada cinta kamu?  Nabi s.a.w. tidak mengharapkan cinta dari kita kerana ALLAH itu telah mencintainya... dan telah mengutamakannya serta telah meninggikan martabatnya.. Tetapi kita yang sangat memerlukan kepada mencintainya.. Kenapa?

Sekiranya Nabi s.a.w. telah jadikan dirinya paling di cintai dari diri kamu.. dan kamu membawa diri kamu berpaling dari sunnahnya... perbuatan kamu itu tidak memberi kesan pada Baginda kerana Baginda telah menjadikan dirinya lebih di cintai dari diri kamu.. Kamu yang akan meninggalkan keinginan diri kamu ke arah keinginan Nabi s.a.w.

Kerana apa?  Kerana dirinya lebih di cintai dari  diri kamu.. Maka permasalahan cinta ini aku tidak boleh katakan ianya melampau-lampau .. yang betulnya ialah cinta mendalam terhadap Rasulullah s.a.w.

Selama mana kita mencintai beliau, tidak akan sampai tahap melampau-lampau kerana kalamnya itu benar.. bagaimanakah mungkin kita akan melampau-lampau?  Makna kecintaan mendalam terhadap Rasulullah s.a.w. adalah makna bertambahnya keimanan.

Bagaimanakah Rasul menggabungkan cinta kepadanya dengan bertambahnya iman.. dan kita pula mendatangkan kenyataan bercanggah daripada Baginda.. kita gabungkan cinta kepada Baginda dengan hampirnya kepada syirik.... ini bertentangan.

Sebabnya datang dari mana?  Sebabnya kerana kebodohan akal mereka yang berfikir dengan cara sebegini.. iaitu kebodohan was-was syirik ada pada akal mereka ini.. dia takut kalau kita cinta berlebihan akan melebihi cinta ALLAH.  Cinta kedua-dua ini tidak akan terpisah.

Aku cinta Ka'abah bukan kerana batunya... aku cinta kerana dia rumah ALLAH.  Aku cinta Madinah bukan sahaja kerana tanah yang ada padanya.. Aku cinta kerana tanah yang ada padanya adalah Madinah Rasulullah s.a.w.

Aku cinta AL-QUR'AN bukanlah kerana naskahnya hebat tapi kerana KALAM ALLAH.

Aku cinta Saidina Nabi s.a.w. kerana Baginda adalah KEKASIH ALLAH.

Maka jika cinta pada Ka'abah itu adalah cinta kerana ALLAH dan cinta pada AL-QUR'AN itu adalah cinta kerana ALLAH.. jadi cinta pada Saidina Nabi adalah cinta kerana ALLAH.. Kerana cintaku ini asalnya dari cintaku kerana ALLAH.

Maka masalah kecurigaan ini kerana merasa ada perbedaan dan persaingan .. diantara cinta ALLAH dan cinta Rasul-Nya.. Ini adalah was-was dan penyakit.

Diri dia sendiri yang merasai kebimbangan was-was terhadap perkara itu.. Para sahabat tidak merasai was-was begini.  Para sahabat mengorbankan jiwa raga mereka.

Para sahabat mencintai Baginda lebih dari segala-galanya.  Para sahabat sehinggakan keinginan mereka dalam makanan mengikut keinginan Nabi s.a.w. dalam makanannya s.a.w.

Para sahabat melihat apa jua perkara yang berhubung dengan Baginda itu agung, suci, penuh keagungan.

Seperti kisah air wudhu' Nabi yang telah di riwayatkan Bukhari 
dan selainnya .. Para sahabat berebut-rebut mengambil titisan air wudhu' Rasulullah s.a.w.

Al-wadu' dengan huruf waw baris di atas bermakna air wudhu' dan wudhu' dan wudhu' adalah perbuatan berwudhu'.
Para sahabat berebut mendapatkan lebihan air wudhu' Baginda.. air yang menitis dari wudhu' Baginda s.a.w. para sahabat berlumba-lumba mendapatkannya.. mereka mengambil dan mengusapnya di wajah mereka.. dan mereka yang tidak dapat mengambil dari tangan sahabat yang dapat.  Sedangkan para sahabat itu tahui bahawasanya Baginda itu adalah seorang manusia.

Ketika mana Rasulullah s.a.w. mengunting rambutnya di haji wada'.. Baginda menyuruh kepada tukang gunting membahagikan rambut Baginda 2 bahagian , 1 kepada tukang gunting 1 lagi kepada yang hadir.

Kalaulah ada masalah pada "tabarruk" dengan benda peninggalan Baginda ini syubhat, syirik... adakah Nabi sendiri yang akan mengagihkannya?!

Baginda itu adalah orang yang sangat berpegang kepada tauhid.. Para sahabat hampir sahaja berebut-rebut untuk mendapat bahagian mereka.  Ketika mana Baginda melihat rambutnya tidak cukup untuk mereka yang hadir.

Baginda menyuruh kepada tukang gunting membahagikan lagi 2 bahagian untuk mereka.

Saidina Khalid bin Al-Walid mendapat helaian rambut Rasulullah s.a.w. di letakkan rambut Baginda di topi perangnya ketika berjihad.

Ini aqidah Saidina Khalid Al-Walid.. Sekiranya 'tabarruk' itu dikatakan salah!   Sehingga dikatakan dalam 1 peperangan .... ketika mana tentera muslimin maju dan undur, ketika tentera muslimin berundur.. beliau menyerang seorang diri bersungguh-sungguh.

Tentera muslimin terkejut kerana beliau hampir sahaja terbunuh lantas beliau pulang... kemudian di tanya:  "kenapa?.. "  Beliau menjawab :  "Topiku jatuh lantas aku mengambilnya... "

"Kerana topi ... hampir sahaja tuan terbunuh.. tuan ketua tentera muslimin.."

Beliau berkata:  "Sesungguhnya topiku ini ada beberapa helaian rambut Nabi s.a.w."

"Aku tidak suka jiwaku membiarkan ianya begitu sekalipun perlu bersaudara dengan sebaik-baik musuh."

Ahmad ibn. Hambal beliau adalah imam sunnah pada zamannya ... Beliau ada beberapa helaian rambut Rasulullah s.a.w. beliau dapat dengan cara "sanad"... dia meletakkan helaian rambut Baginda s.a.w. di matanya ketika beliau buta..kerana "tabarruk" dengan rambut Nabi s.a.w.

Ini adalah aqidah salaf kalau kita hendak bincangkannya... beginilah pandangan mereka terhadap Nabi.

Tiada seorang pun yang menyatakan perbuatan ini "barangkali" atau "boleh jadi'.

Saidatina Maimun isteri Nabi s.a.w. padanya ada 1 jubah Nabi s.a.w. di riwayatkan apabila ada para sahabat r.a. yang sakit di basahkan jubah Rasulullah s.a.w. dan di berikan pada mereka airnya maka sembuh penyakit mereka pada waktu itu dengan izin ALLAH s.w.t.

Ha itu aqidah Saidatina Maimun isteri Nabi s.a.w.   Beginilah mereka para salaf.. begitu jugalah kita bergerak di atas jalannya.

Di sini aku ada beberapa kata-kata untuk aku akhiri.. 

Seorang tuan guru arif billah ada menyatakan  "Permasalah di sini bukannya dari masalah tiadanya dalil... Dalil itu ada sehingga dalil 'aqli pun ada tapi masalah itu pada "CINTA".

Mereka yang mencintai, tidak ada pada kecintaannya itu masalah.. dan mereka yang masih belum sempurna lagi kecintaannya...  aku tidak katakan dia tidak cinta tapi tidak sempurna lagi kecintaannya atau tidak matang.

Semua yang dirasakan pada cintanya itu ada masalah.




Monday, September 15, 2014

Happy birthday my sweetie Nabilah




Tarikh hari ini 15 September, waktu Suboh dua puluh empat tahun yang lalu telah lahir puteri sulung ku yang amat comel juga sangat putih melepak... 

Nabilah ketika berusia 4 tahun ++

Alhamdulillah! Nabilah 'Izzati di beri nama..  Beliau kini telah meningkat dewasa..  

Usia ini dah sesuai untuknya menamatkan zaman bujang.. Namun ianya masih menjadi tanda tanya siapakah jodoh anakku   ini..?   Hanya Allah sahaja yang tahu. Ku berserah hanya pada-NYA.. Sentiasa mendo'akan yang terbaik buatmu anak.. 



Ya Allah.. 
Panjangkanlah umur kami, 
kurniakanlah kami kesihatan yang baik,
terangilah jiwa dan hati kami 
dengan pancaran nur iman,
tetapkanlah hati kami, 
luaskanlah rezeki kami,
dekatkanlah hati kami dengan 
kebaikan dan jauhkanlah
hati kami pada kejahatan..

Ya Allah..
Jalinkanlah jodoh untuk anakku ini 
dengan lelaki yang soleh,
baik akhlaknya, yang bertanggungjawab dengan 
 mendidik kearah kebaikan serta akan 
mengiringinya ke syurga-Mu..


Ya Allah, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati-Mu, 
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,

Ya Allah, tambahkanlah amalan ku
di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar
menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada-Mu,

Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaan-Mu, 
Tempat rehat dan nikmat abadi....

Aamiin Allahumma Aamiin.



Mengimbau kembali detik manis anakku Nabilah.. di hari
konvo 27 Mac 2011..  setelah tamat pengajian Allah beri rezeki Nabilah memperolehi pekerjaan tak jauh dari rumah. Alhamdulillah..
(Dapatlah menjimatkan masa dan kos perjalanan).


Meraih hasil.. hadiah yang di perolehi selama menuntut di PSIS. (Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor)


Memo: Sebelum terbit fajar dah keluar rumah di hari konvo ni.. 
Alhamdulillah sempat tiba sebelum majlis berlangsung.. 
(perjalanan dari rumah ke destinasi lebih kurang 2 jam.. termasuk berhenti solat Suboh di Tanjong Karang)












Setelah bekerjaya bawa adik-adik makan angin..










A wish for you on your Birthday..


Whatever you ask, 
May You Receive,
Whatever you seek,
May you find,
Whatever you wish..,
May it be fulfilled,
On Your Birthday & Always.

HAPPY BIRTHDAY SWEETIE 




Thursday, August 28, 2014

Kesinambungan MISI SEMURNI KASIH

Alhamdulillah berkat do'a semua ahli keluarga dan insan-insan dermawan yang di kasihi dengan keizinan Allah s.w.t. misi semurni kasih adindaku Norzie yang di jadualkan pada 30hb. Mei, 2014 hari Jumaat telah berjalan lancar setelah tertangguh sebelum ini.. (sepatutnya tarikh dalam n3 .. Misi semurni kasih -  pembedahan di jadualkan pada hari Rabu 21 Mei, 2014..)

Misi semurni kasih ni membabitkan 2 famili yang amat kami kasihi dan sayangi... Iaitu cucu sulung dan adik bongsu kami.

Cucu sulung saudara kami iaitu cucu sulung abang keduaku, anak sulung kepada anak saudara sulung ku Adzrie dan isteri Liz.. Mereka telah di kurniakan anak yang sangat di nanti-nantikan sejak mendirikan mahligai rumah tangga pada 9 Disember, 2011 di Kangar, Perlis. 

Puteri sulung mereka lahir pada 24 Julai, 2013 dan di beri nama Adra Afieya.. Kelahiran yang amat bermakna buat Adzrie dan Liz juga Mak Tok dan Tok Abah seisi keluarga.. kami ahli keluarga semua teruja dengan kelahiran cucu sulung ini..

Moyang Thom perolehi cicit pertama.. dapat menimang dan memangku dengan penuh mesra penyambung susur galur keluarga..

Alhamdulillah si comel penyeri dan pengerat kasih sayang.. lahirnya sehat dan sempurna..  jaundice ni perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru lahir..

Namun setelah Adra berusia sebulan dan bulan-bulan seterusnya bacaan kuning tidak berkurangan..  Mama Liz.. mula nampak kelainan pada baby Adra... badan dan mata kekuningan dan perutnya semakin mengeras dan agak membesar sedikit demi sedikit... Bila di rujuk kepada PPUM dan melakukan kasai barulah di kesan ianya adalah Biliary Atresia satu penyakit melibatkan bengkak hati yang kronik..

Pehak hospital berbincang dengan kedua ibu bapa Adra bahawa penyakit ini memerlukan pemindahan hati dan kosnya agak mahal.. dan pihak doktor dan hospital mencadangkan ianya di lakukan di Singapura kerana kepakaran boleh di perolehi di situ. Bagi mereka makan gaji adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi dana yang besar dalam suatu masa.. dan ianya sesuatu yang amat mustahil untuk mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat..

Inisiatif dari rakan-rakan Liz dan Adzrie maka tertubuhnya Foundation Fund buat Adra melalui FB: Donation For Adra Afieya.

Sambutan dan galakkan dari rakyat Malaysia dan saudara mara dalam membantu saat genting ini amat di hargai sehinggalah misi ini berjaya di laksanakan.

Doktor pakar dan pembantu-pembantu di hospital NUH, Singapura bertungkus lumus memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan dan pemindahan.. ianya memakan masa setengah hari... masing-masing menanti dengan debaran terutama kedua ibu bapa Adra dan suami adikku.. 

Kami yang berada di tanah air pun tak senang duduk menanti perkhabaran.. Setelah selesai segalanya di beritakan bahawa pembedahan dan pemindahan telah berjaya dengan pertolongan Allah yang Esa.... Syukur Ya Allah!! Allahu Akbar... hanya Allah jua tempat kami memohon segala-galanya.. Allah jua yang memakbulkan do'a hamba-hamba-Nya yang tak putus-putus berharap kepada-NYA. 

Alhamdulillah terkini.. penyumbang hati adindaku dan baby Adra yang masih dalam pemantauan doktor setiap seminggu sekali berada dalam keadaan sejahtera... Badan Adra dah berisi dan aktif seperti kanak-kanak sebayanya.

Buat kedua ibu bapa Adra yang banyak berkorban dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang Adra memerlukan perhatian sepenuhnya, agar kalian sekeluarga di limpahi Allah dengan kurnia-Nya sebagai keluarga penuh dengan sakinah dan kebahagiaan.

Gembira melihat keluarga mereka ceria kembali. Penuh dengan do'a dan senyum yang sentiasa mengiringi.

Syukur Ya Allah di atas Kasih Sayang dan Rahmat-MU.


-Nota ini di catat pada awal bulan Jun 2014-

(oopsss catatan ni dah lama sebenarnya setelah di edit baru di jelmakan - ingat ke dia muncul ikut tarikh di 'draft'kan.. mmm tak pe la.. ianya adalah tarikh ingatan yang tidak akan mudah di lupakan dalam sejarah keluargaku.  
Jumaat 30.05.2014 - 1 Syaaban 1435)

Sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum

Berkait dengan tajuk di atas.. mengapa perlu kita sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum.  Sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.

Pernah dengar tak perbualan seperti ini, "Si gadis atau si teruna ni dulu berkawan rapat dengan si dia.. bertunang dengan si polan tapi akhirnya nikah dengan orang lain"..  Itulah resam hidup tidak semestinya tunangan itulah akhirnya menjadi pasangan sah kita..

Sudah menjadi kebiasaan sebelum bernikah setiap pasangan akan di mulai dengan merisik terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada si gadis ni sudah ada yang punya atau masih solo.. Bila telah di persetujui dan kata sepakat, diadakan  perundingan antara keluarga kedua belah pihak pasangan lelaki dan perempuan kemudian di susuli dengan ikatan pertunangan.  

Pertunangan ni adalah masa untuk suai kenal.  Sudah menjadi tunangan orang maknanya pasangan tidak boleh di sunting oleh pihak lain pula.. (itu pentingnya merisik terlebih dahulu untuk pengesahan dari keluarga terdekat). Tetapi ikatan ni masih belum sah lagi.

Dalam waktu bertunang ni banyak ujian dan dugaan.. ada yang kekal hingga ke majlis pernikahan dan ada yang putus sebelum tiba saat.  Jika apa pun berlaku perkembangan dalam masa pertunangan hanya di ketahui oleh pihak keluarga sahaja.  Sebab itu pertunangan tidak perlu di hebahkan kerana ia belum termaktub lagi.. 

Menjadi 'trend' kini.. majlis pertunangan  di buat besar-besaran.. dah boleh langsungkan majlis nikah sebenarnya kalau gitu.. Ianya terpulang pada budi bicara memasing. Ikut kemampuan.  

Pernikahan pasangan perlu di hebahkan pada pengetahuan umum untuk menghindari fitnah.. Perkara yang baik dan telah sah ikatan apa salahnya di umumkan.. Mengadakan majlis keramaian walaupun kecil tapi sudah cukup bererti buat semua dengan jamuan bagi menjamu sanak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.. meraikan majlis dengan penuh kesyukuran ini dengan hebahan terbinanya ikatan sah sebagai suami isteri.  

Tiada perlu rasa takut dan gusar untuk tinggal serumah di bandingkan dengan pasangan yang menyembunyikan 'title' suami isteri sehingga menerbitkan keresahan jiran tetangga bila berdua-duaan tanpa di ketahui hal kedudukan yang sebenar.

Apa tah lagi jika orang itu seorang yang di kenali umum.  Menjadi tanda tanya adakah mereka ni suami isteri yang sah atau sebaliknya.. sudah tentu jiran tetangga tidak mahu bersubahat dengan dosa.. Bila 'report' pada pihak berwajib barulah identiti samada bujang atau suami isteri sebenar terungkai.  Jika bujang tapi sudah bersekedudukan ... terheret ke mahkamah ... malu di tanggung.. dosa di tempah.. tak tertanggung jiwa lara..

Jika boleh tak nak la sampai sebegitu sekali kannn.. Mempraktikkan adab dalam Islam itu mudah tidak perlu di persulitkan.. Islam itu indah dan penuh dengan keserian.

Jangan lupa sijil perkahwinan perlu di simpan dengan rapi kerana setiap anak yang di daftarkan sijil beranak mereka memerlukan sijil nikah yang sah walaupun anak yang ke 10 sekali pun.. ia tidak hanya wajib bagi anak sulung sahaja.. TAKE A NOTE!!!!

(Nota: Khamis, 28 Ogos, 2014 - 2 Zulkaedah 1435)

Monday, May 19, 2014

MISI SEMURNI KASIH


Kuala Lumpur International Airport, Sepang (KLIA)
Ahad - 18 Mei, 2014 (18 Rejab, 1435H).

Setelah selesai menghadiri dua majlis walimah bersama suami di kejirananku, selepas solat zohor ku dengan di temankan dua puteriku Nabilah (driver) dan Syima (co-driver) bergegas ke KLIA.   (Suami tak ikut sama sebab ada tugasan menanti di petang hari..)

Kami bertiga tiba di KLIA lebih kurang pada jam 2.50 p.m.  

Kami menyusul untuk menemui adik bongsuku dan suami di KLIA sebelum beliau berangkat dalam penerbangan menuju destinasi ke Singapura.  (Walaupun kami tinggal satu kawasan mereka telah di hantar ke airport oleh abang Ngah lebih awal lagi..)

Sempatlah kami bersembang sehingga jam 3. 45 p.m sebelum mereka masuk ke balai berlepas.  Jadual penerbangan dengan pesawat MAS jam 4.30 p.m.




Alhamdulillah pesawat selamat mendarat di Changi Airport, Singapore,  jam 5.25 p.m.  




Kami iringi do'a semoga niat murni mu akan di makbulkan Allah s.w.t. dan segalanya di permudahkan dengan izin Allah jua.. Cekal dan tabah ya adikku sayang.. sayunya hatiku!!  Kami sayang mu duhai adik bongsuku..  Mulianya jiwa mu setulus hatimu begitu juga dengan ke redhaan dari suami mu..  

Semoga Allah melimpahkan rahmat kesejahteraan usia, keberkatan dalam kehidupan sebanyak mana pengorbanan mu dan kesabaran mu ... di kurniakan anugerah berlipat-lipat kali ganda banyaknya oleh Allah s.w.t.  

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban:

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya:


Mafhumnya;


 10.  Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


11.   Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


12.  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.


13.  Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

surah as-Shaff : ayat 10 -13;




Firman ALLAH:


Mafhumnya;


39.  Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".


surah Saba’ : ayat 39;

sumber: http://suraualazhar.blogspot.com/2012/09/pengorbanan-dalam-perjuangan.html



WE LOVE YOU SO MUCH!!!


Sayup-sayup dari kejauhan ku melihat mereka melangkah kaki menuju ke gate 10..... dengan jutaan rahsia..............  Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui.. 

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!

Thursday, November 25, 2010

Detik berlalu ..... 21 tahun sudah!!! :)


Kenangan terindah 21 tahun yang lalu di tarikh bersejarah hari ini 25hb. November, 1989 tatkala lafaz akad nikah selamat di ucap dengan tenang oleh suami tercinta ku.. Lafaz nikah telah di SAHkan!! di hadapan jurunikah Allahyarham Ustadz Hj. Kamaruddin di Masjid AsSyarif dengan di saksikan oleh Abangku Adzlan juga bapa saudaraku Hj. Rahmat juga saudaramara kedua belah pihak dan rakan-rakan suamiku.  Selesai saja majlis akad suami menunaikan solat sunat berdo'a kehadrat Illahi agar jodoh ini berkekalan dan di limpahi rahmat sepanjang hayat hingga ke Akhirat kelak..


26/11/1989 - setelah selesai majlis bertandang di sebelah pehak lelaki di Sekolah Tinggi Klang, kami pulang ke rumah Emak Abah pada waktu petang dan gambar ini di rakam dan di hadiahkan oleh salah seorang tetamu kami anakanda kepada YTM Tengku Bendahara Selangor.

Bersama Emak dan Abah tercinta dan juga anak saudaraku..


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, di saat itu tanggungjawab kedua ibubapaku telah di serahkan sepenuhnya buat suamiku... Bermulalah kehidupan baru kami dan hari berganti minggu ke bulan dan bertahun kini sudah 21 tahun kami membina mahligai terindah bersama.. Pelbagai cabaran pahit manis susah senang kami harungi bersama.. dengan dikurniakan 5 orang permata hati  ... zuriat kurniaan Illahi menyinari keluarga kami.  Zuriat ke 6 ku tidak sempat melihat cahaya dunia 2 tahun yang lalu tatkala hanya 3 bulan menghuni dalam kandunganku.. Namun Allah Maha Mengetahui segalanya.. yang menentukan kelahiran, jodoh dan ajal hambaNya.


Kesabaran menempuhi kehidupan, hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling faham memahami sebagai pasangan hidup amat penting. Taat perintah Allah dan pesuruhNya adalah kunci kehidupan membawa bahagia.. 


Do'a Nabi Ibrahim a.s.:  "Wahai Tuhan jadikan daku dan anak cucuku orang-orang yang mendirikan solat. Wahai Tuhan terimalah do'aku, wahai Tuhan kami ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami dan bagi orang-orang yang beriman di hari di tegakkan perhitungan."  
(Mafhum dari Surah Ibrahim: 40-41)


Do'a orang-orang Mukminin..


"Wahai Tuhan ilhamkanlah daku supaya tetap mensyukuri nikmat yang Engkau anugerahi daku dan supaya aku tetap beramal salih yang Engkau redhainya, dan perelokanlah bagiku zuriatku, sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan adalah aku dari orang-orang Muslimin."  (Mafhum dari Surah Al-Ahqaf: 15)


"Wahai Tuhanku bahawasanya aku bermohon kepada Engkau keafiatan di Dunia dan di Akhirat, wahai Tuhanku aku bermohon keampunan dan keafiatan pada agamaku dan duniaku, ahliku dan hartaku."  Amiin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails