Menurut Prof Dr Hamka:
" Jika ingin melihat orang Islam...
_*Datanglah ke masjid pada eid-ul-fitri dan eid-ul-adha.
TETAPI
Jika ingin melihat orang yang beriman...
*Datanglah ke masjid waktu suboh.
Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. "
๐บ SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI
1. Jika subuhnya sentiasa di pelihara.
Tanda akan selamat dari neraka.
2. Jika subuhnya tiada dia tinggal.
Allah melindunginya dari aral.
3. Jika subuhnya di dahului sunat.
Berganda isi dunia dia mendapat.
4. Jika subuhnya bergelapan ke musolla.
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.
5. Jika subuh ke cerah berwirid lagi.
Mendapat pahala umrah dan haji.
NAMUN...
1. Jika subuhnya tiada dijaga.
Pada wajahnya tiada cahaya.
2. Jika subuhnya sengaja terlupa.
Tanda imannya tiada bernyawa.
3. Jika subuhnya terasa berat.
Tanda munafik sudah mendekat.
4. Jika subuh tiada dipeduli.
Tanda iman menghampiri mati.
5. Jika subuhnya tiada berjama’ah.
Tanda hidupnya akan hilang barakah.
6. Jika subuhnya tiada ke masjid.
Tanda imannya ada penyakit.
7. Jika subuhnya selalu terlewat.
Tanda imannya semakin cacat.
8. Jika subuhnya diakhir waktu.
*Tanda iman semakin kelabu.
9. Jika subuhnya hari dah siang.
Tanda rezekinya udah hilang.
10. Jika di subuh masih berdengkur.
Tanda syaitan memeluknya tidur.*
ูุงููู ุงุนูู
Cnp - grup whatsapp..
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, October 13, 2017
Wednesday, May 6, 2015
10 PETUA MUDAH TAPI LIAT NAK BUAT AGAR REZEKI JINAK DENGAN KITA

Apa yang dikongsikan ialah apa yang diberi dalam seminar "Mudahnya Menjemput Rezeki" oleh Ustaz Fathuri Salehuddin.
Semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH.. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.
1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat.. sekarang ubah tmbh rakaat.. makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka henpon atau rancang nak buat apa dulu.. mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini.. Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Contoh, bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa. Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? Laju sangat ke aku buat kerja? Rasanya biasa je, relax je. Hmm"
4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.
5. Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. Bersilaturrahmi..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.
7. Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi.. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. Solatlah di awal waktu.
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu.. batu yang ke 39 azan berkumandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?? Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..
9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10. Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Tawakal dulu baru usaha.. minta bulat-bulat pada Allah.. baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Walahuallam.
Wednesday, October 29, 2014
Setiap ucapan terluah pasti akan di hisab..
Muhasabah buat diri ku.... fikir dulu sebelum berkata-kata.. semak catatan yang di taip di blog sebelum di post :)
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
Petikan dari FB - Kumpulan Nasyid Shoutul Amal

Tuesday, September 2, 2014
Wednesday, May 28, 2014
DO'A NABI S.A.W. UNTUK TERHINDAR DARI PENYAKIT NYANYUK
Doa Nabi s.a.w. untuk terhindar dari penyakit nyanyuk
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud...."Dan Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (Q. Surah An-Nahl:16:70)
Dan firman Allah s.w.t. (Q. Surah Al-Hajj:22:5)
"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah."
Ayat-ayat ini menunjukkan penyakit nyanyuk berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Dengan itu kita diminta memohon dilindungkan dari penyakit ini, bahkan Nabi s.a.w. sendiri memohon berlindung dari-NYA.
# Seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. sering berdoa:
"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati."
( H.R Bukhari & Muslim. )
Tujuan kita berdoa ini, adalah untuk menghindari dari penyakit nyanyuk yang boleh menyebabkan kita kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman. Juga lemah dalam melakukan banyak ibadat dan meringan-ringankan sebahagian yang lain.
Terdapat ulama yang menggalakkan juga membanyakkan bacaan Al-Quran untuk menghindari dari penyakit ini. Kita memohon dari Allah SWT agar kita semua dilindungkan dari penyakit nyanyuk ini.
Aamiin Allahumma Aamiin !
Kredit pemilik FB: "Aidah Yazid"

Wednesday, December 14, 2011
Tidak perlu terlalu beremosi jika hati gundah gulana
Muhasabah diri adalah jalan terbaik untuk menilai diri jika rasa tertekan.. tidak perlu terlalu mengikut emosi.. dan luah segala rasa tanpa pertimbangan. Perkara peribadi adalah rahsia diri dan tidak perlu di kongsi dengan semua orang terutama di laman sosial internet.. selesai dengan cara baik dengan memujuk hati dan tawajuh pada Illahi.. Hanya pada Allah kita memohon keredhaan dan ketenangan jiwa.
Banyak buruk dari baiknya jika kita terlalu beremosi.. kerana setiap kesalahan yang kita lakukan di turuti dengan teguran dan marah itu adalah untuk memperbaiki diri.. Kadangkala kita tidak sedar melakukan kesilapan dan merasakan apa yang kita buat itu semua betul. Adalah lebih baik ada orang lain yang menegur kita dengan cara bijaksana agar tiada yang terguris hati..
Biasanya marah emosi dengan marah nasihat adalah perkara berbeza..
Marah emosi penyebab pergaduhan dan pertelingkahan tetapi marah berbentuk nasihat untuk menyedarkan kerana cinta dan kasih sayang..
Jadi jangan terlalu ambil hati bila di marahi.. ambil ia secara positif untuk kebaikan.. kerana ia adalah penyebab untuk kita sentiasa insaf dan tidak leka dengan kehidupan yang serba mencabar kini..

Tuesday, October 4, 2011
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)./(8)
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Note: Matahati Ainul Qalbi
Hari ini Selasa 4 Oktober bermulanya peperiksaan PMR... anakku Nurhasyimah sedang berada di dalam dewan peperiksaan..
8.10 am - 9.10 am - BM kertas 1
9.50 am - 11.50 am - BM kertas 2
Anakku Nurhasyimah,.... harap kamu boleh lakukan dengan tenang dan baik... Ummi tidak beri tekanan buatmu.. ikut kemampuanmu duhai anak.. Ummi dan Abah hanya mampu berdo'a pada Allah.. segalanya terletak di bahumu.. Do'a kami buat mu anakku semoga Allah membantumu menghadapi ujian peperiksaan ini.. sesungguhnya Allah sentiasa mendengar permohonan hamba-Nya yang lemah ini!!
Selepas usaha, do'a dan tawakkal pada Allah.
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 129 yang bermaksud:
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Subscribe to:
Posts (Atom)