Pages


Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

Diam menyepi sekian lama .. kini kembali.. :)



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t.,  jari jemari ni bergerak menaip semula setelah hampir setahun setengah blog ini menyepi.  Diari hanya tersimpan di memori sendiri.  Jika tak di catat memang lupa satu persatu dan luput begitu saja... Al-maklum usia semakin meningkat.. bukan boleh di ingat segala peristiwa.


Dengan adanya koleksi foto-foto kenangan bolehlah di jadikan penceritaan dan imbauan untuk mengembalikan nostalgia masa-masa yang telah berlalu.  Ianya menjadi sejarah hidup.  


Hasrat hati untuk blog ini menjadi tatapan anak, cucu-cicit, kaum kerabat (jika di izin Allah usia dunia ini masih ada...,) tidak kesampaian la nampaknya jika berlalu tanpa pengisian.  Setidaknya bila ada dalam catatan boleh la di belek dan di selak... (eehhh ini bukannya buku ... ngeeee :) kita tak rajin nak menulis dengan tangan dah) ..maksudnya catatan di blog ini boleh di  ulang baca dengan harapan blogger ni tidak di bubarkan seperti Yahoo 360 dulu.. lenyap sudah segala catatan dari tahun 2007 dalam blog tersebut).  


Bicara hati dengan pelbagai rasa hanya terpendam.. tanpa di luah atas nota.  Setidaknya bicara kita bila di kongsi ada yang terbaca boleh menegur kesalahan dan kesilapan yang kita kadang terlepas pandang..  jika kita bermasalah ada yang beri nasihat dan motivasi.


Maklum saja pemikiran kita adakala sama adakala berlainan pendapat.  Adakala pandangan kita ni rasa betul tapi bagi pandangan orang lain salah.. jadi di sini boleh saling tegur menegur untuk kebaikan juga saling berkongsi pendapat.  Ilham yang Allah kurniakan buat hamba-hamba-NYA yang mencari redha Allah akan mendapat manafaat.


Di sini juga ku mohon izin pada tuan-tuan punya nota catatan ilmiah, artikel samada pengetahuan agama, dakwah, motivasi, petua untuk kesihatan, untuk ku jadikan koleksi simpanan dalam blogku supaya mudah bagiku menjadikan bahan rujukan agar tidak hilang ilmu darinya sebagai panduan.  Jika empunya blogger atau empunya pemilik nota dari FB terjumpa di blog ini mohon izin sekali lagi agar Allah memberi ganjaran yang luas atas perkongsian ilmunya.


Buat tuan punya kata-kata hikmah foto di atas, ku tertarik dengan bait-baitnya ... maka ku kongsikan di sini.. mohon izin.


"Diam itu Emas.
Namun perkataan yang baik itu Mutiara.
Ya Allah dengan izin-Mu,
Kami mohon lindungi hati dan lisan kami dari prasangka
dan perkataan yang tidak bermanafaat..
Terangi hati dan jiwa kami dengan cahaya keimanan-Mu.
                                                           
                                                                        -Iwan Dhani Ardika-


Semoga Allah s.w.t. melimpahi rahmat kasih sayang buat kita semua.  


Allahumma Aamiin. 

Sunday, February 20, 2011

Setahun bersamamu (Blogspot.com)













Ahad, 20hb. Februari, 2011

20.02.2010 - 20.02.2011
Diam tak diam dah setahun ku di blogspot ni.. Tak banyak n3 yang ku dah buat setakat ni.. hanya lebih kurang 140 dan 116 sahaja yang tertera.   Kebanyakan n3 adalah berkisar hal diri dan keluarga juga beberapa artikel yang ku copy paste untuk simpanan sebagai rujukan. 

Pada mulanya ku tak berhasrat untuk menampilkan diri kerana lebih senang menjadi pembaca senyap. Lagi pun tak banyak idea nak di nukilkan... Ya lah diri pun bergelar suri rumah sepenuh masa kan dan banyak masa terperuk di rumah. Aktiviti harian lebih kurang sama je setiap hari..  Ada setengahnya apa yang bermain di fikiran ku drafkan sebagai simpanan peribadi jer.
Sebenarnya ku suka geledah blog-blog ilmiah dan juga nukilan yang yang sempoi dan santai... Sambil tu menikmati foto-foto menarik terutama dari resepi hidangan dan juga gambar-gambar pemandangan dan pengalaman kisah para bloggers menjalani kehidupan seharian juga pelbagai tips yang di kongsi..

Ku sungguh kagum begitu ramai penulis blog di alam maya ni yang berkaliber.. dan begitu banyak idea mencurah-curah.  Bertuah badan mereka-mereka yang di kurniakan Allah kebijaksanaan dan kepetahan dalam berkarya.. Sebab tu bila membaca karya mereka hati ni melonjak untuk komen karya menarik para bloggers ni ... maka dengan itu terpaksa ku keluar dari 'persembunyian'... walaupun sebenarnya ku mula berjinak dengan dunia internet ni sejak Februari 2007 dan mula berkenalan dengan rakan-rakan di alam siber ni.. memang menyeronokkan.. bagi orang sepertiku yang tak ramai rakan di sekeliling... Itupun konon untuk memantau anak-anak yang terbabit di alam siber ni.. maka secara tak langsung terjebak sama.. Anak-anaklah yang mengajar pengunaan url... copy and paste dan mana yang ku tak faham memang anak-anaklah yang mengajar.. 

Zaman sekolah era 1970an dulu mana kita pernah di dedahkan dengan komputer kann.. paling tidak pun bermain dengan mesin taip 'keletak keletik' yang kadang tersangkut-sangkut dan kadangkala ada masalah pula pada dakwat di riben mesin taip tu..  dari situ ku mula belajar guna 10 jari dengan memahirkan diri mengunakan key word seperti asdf, ;lkj, dan lain-lain tanpa melihat key board..

Kini dalam usia dah nak masuk usia emas ni.. baru berjinak dengan IT (Information in technology) ni.. sekurang-kurangnya tak de lah sampai tak tahu langsung bab-bab teknologi maklumat ni.. ia dak!!!  Kerana di sini banyak juga info boleh di layari di website dan bila ada masalah kemusykilan agama ada tempat untuk kita rujuk di sini..  Asal kita dapat menafaatkan benda yang baik dan tidak terbabit atau terpengaruh dengan gejala kurang sehat yang juga terdapat di dunia siber ni.. berpada-padalah ketika menggunakannya.. jangan sampai terlalai dengan tanggungjawab yang di pikul dibahu....

Selamat berkarya duhai rakan-rakan semua..  Terima kasih bagi pengunjung di kasihi yang sudi jadi follower dan para pengunjung budiman yang sudi menziarahi 'teratakku' yang tak sepertinya ini.. Salam kasih mesra dariku.. ~Nora~


Tuesday, November 9, 2010

IMPIAN NUUR CANOPY (3) ~ PENGENALAN~

Hiasan bunga ini ada peminatnya... 
sampai ke Kedah dia merantau

Salam sejahtera.

Beberapa hari yang lalu ada seseorang telah menelefon saya bertanyakan website atau blog mengenai khidmat sewaan canopy yang di kendali oleh suami saya. 

Sebenarnya dah lama pertanyaan ini di kemukakan oleh pelanggan. Ada di antara mereka mengetahui khidmat kami ni pun melalui search di website dan terjumpa "Nuur Canopy" di situ tanpa di sertakan gambar.. Sebenarnya saya pun tak mengetahui wujudnya nama syarikat kami di website tersebut sehinggalah mendapat tahu mengenainya melalui beberapa orang pemanggil beberapa tahun yang lalu.. Terima kasih kepada syarikat pengiklanan tersebut yang sudi menampilkan maklumat syarikat kecil kami ni.

Sedang mengubah bunga di Shah Alam - belum siap sepenuhnya... (07.07.07)

Selain mereka mendapat maklumat ini di website,  ramai di antara pelanggan kami adalah hasil recommendation dari saudara mara, jiran tetangga dan sahabat pelanggan-pelanggan setia kami.


Sebelum ini kami di kenali sebagai Nuur Canopy.. tetapi bila nak daftar perniagaan dah ada syarikat lain menggunakan nama tersebut jadi permohonan untuk menggunakan nama tersebut tidak di luluskan jadi kami menambah "Impian" di depan nama Nuur Canopy itu.. sehinggalah kini trademark kami "IMPIAN NUUR CANOPY".


Oleh kerana blog suka-suka saya ni berkisar mengenai diari yang jarang sekali di update, koleksi campur-campur juga cerita memori baru dan silam yang tak seberapanya.. ada juga sedikit terselit catatan mengenai khidmat kecil-kecilan kami ini.




Untuk membuka satu lagi blog website khusus untuk khidmat ni rasanya tak kot.. sebab kami menjalankan khidmat kecil-kecilan saja sekitar kawasan kami di Meru, Kapar, Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan kawasan yang berhampiran saja.. Setakat ni paling jauh yang kami pernah pergi adalah Kuala Lumpur, Kuala Kubu Baru, Ulu Langat, Puchong, Banting, Sepang, PutraJaya, Sabak Bernam dan Rembau, Negeri Sembilan..
Cukuplah low profile kami menumpang di ruangan ini. Lagipun saya tak kerap mana pun update ruangan ini. 

 Selesai majlis, kain bertimbun perlu di bereskan..


Jadi bagi sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar mengenai canopy bolehlah klik gambar canopy di ruang kanan ni atau label Impian Nuur Canopy di bawah.  Hari ini atas permintaan, saya tambah title profile di atas untuk  memudahkan search di website.

Terima kasih atas mereka yang berkenaan atas kesudian bertanyakan mengenai blog ini. Semoga Allah s.w.t. melimpahkan Rahmat dan keberkatan keatas hamba-hambaNya yang sentiasa berdo'a kehadratNYA. Amiin. 

Saturday, February 20, 2010

My family 2

Bersama Hubby tersayang

Di dampingi suami tercinta kami amat bahagia di kurniakan Allah swt , 5 orang permata hati.. 4 puteri dan "the only prince" si bongsu Muhammad Firdaus.

Kakak ~ Nabilah 'Izzati (20 tahun ~15 Sept. 2010) walaupun anak sulung.. tapi amat la manja, berperwatakan agak lembut.
Penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam pengajian IT (sijil) dan akan mengakhiri pengajiannya bulan Mei, 2010.
Bila balik cuti tugasnya mengambil dan menghantar adik ke sekolah.

Anak ke dua ~ Nurul 'Ain (19 tahun ~ 25 Sept., 2010) tegas, manja, berkeyakinan, pantang nampak bantal (hehehe~ sorry 'Ain),
Memegang jawatan co-driver Abah.
Menuntut di UiTM, Melaka dalam pengajian Perakaunan (diploma). Baru menduduki semester pertama... (selepas selesai mengikuti kursus Pra. Perdagangan di UiTM, Jengka, Pahang sessi Julai 2009) long way to go. Mengadu pelajaran agak susah... ''itu la namanya belajar Nak.. susah tu la perlu di pelajari.'' Ummi dia memang boleh cakap je.. beri nasihat.. cuba buat sendiri.. huhuhu!! Hope she can do it.


Anak ke tiga ~ Nurul Hannah (16 tahun ~ 12 March, 2010) manja, berjiwa agak sensitif.., suka membaca novel.. berenang adalah minatnya
Pelajar di tingkatan 4.
Suka mencuba resepi masakan.. sekali sekala bila datang mood rajin dia.. :)

Anak ke empat ~ Nurhasyimah (14 tahun ~ 16 Januari, 2010) manja, agak lasak, suka berenang, aktif bersukan masa di sekolah rendah tapi sejak bersekolah menengah dah mula kurang aktif... Boleh la di harap untuk tolong Abah buat kerja sebab karakter dia yang lasak.
Pelajar di tingkatan 2.

Anak ke lima ~ Muhammad Firdaus (12 tahun ~ 28 April, 2010) tegas, boleh tahan garangnya.. huhuh!! Hero seorang la katakan kena la ada ciri-ciri berani dan pantang di cabar.. Walaupun begitu bersifat penyayang dan manja la juga..
Agak rajin tolong Abah bila di minta berbuat demikian...
Suka bermain bola sepak dan futsal..
Masih bersekolah rendah di tahun 6.

Mereka ni adik beradik bila berkumpul memang riuh rendah suasana dengan sakat menyakat, bertekak, gelaktawa, dan bila kala berjauhan dengan 2 orang kakak, adik-adik pulak amat lah terasa sunyi. Mulalah masing-masing rindu-rinduan.. dah menjadi resam manusia.. begitulah adatnya.

Do'a Ummi dan Abah agar kesemua anak-anak di lindungi Allah dalam kesejahteraan, pandai jaga diri dan tekun berusaha.. Semoga kesemuanya menjadi insan yang Soleh, Solehah, mempunyai sikap bertanggungjawab serta saling bantu membantu antara satu sama lain agar memperolehi kehidupan yang lebih baik di masa depan berbahagia hidup di Dunia dan di Akhirat.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110)

"Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." (Surah Ibrahim: 40-41)


My beloved family

My family 1

Saya seorang ibu yang menggelarkan diri sebagai "Ummi" untuk anak-anak tersayang,

panggilan manja "Yang" dari suami tercinta..

"Ayang" singkatan Sayang oleh ibubapa & adik beradik,

"Yayang ~ Ayang" ~keluarga sebelah Abah.

Rahah di kalangan rakan-rakan dan sanak saudara di sebelah Emak,

Nora bagi rakan-rakan internet dan Nor dalam urusniaga.

Banyaknya nama panggilan... tapi semua tu dari singkatan nama penuh NORAHAH..

(bermaksud Cahaya Kerehatan atau Cahaya Kegembiraan).

"Sayang" panggilan semasa baby kekal sampai la ni.. mmuaahh!! "Love this 2 names so much.."

Terima kasih Emak & Abah atas pemberian nama ni..
"I LOVE BOTH OF YOU. "


Anak ke 5 dari 8 adik beradik (3 orang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan). Kami di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh Emak & Abah. Sejak dari kecil telah melihat begitu besar pengorbanan Emak & Abah membesarkan kami dengan susah payah, membanting tulang empat kerat dan kini keduanya telah menjangkau usia emas..
Istimewanya Emak.. semua pakaian anak-anak di jahit sendiri dengan kreativitinya. Manakala masakkan Emak memang sedap walaupun tanpa bubuh perasa tambahan "monosodium glutamate". Hidangan airtangan ibu la paling menyelerakan. Emak merupakan seorang yang rajin, penyayang dan amat tegas dalam serba serbi.

Abah pula dengan jerih payah mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya ke tempat kerja meredah hujan panas untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga. Sakit pening kami dan melayan kerenah anak-anak di lalui oleh mereka dengan tabah. Bila anak-anak dah dewasa dan mula bekerja mereka mula merasa sedikit keringanan bebanan. Abang kedua memberikan motor 'scrambler' buat Abah menggantikan basikal yang dah banyak berjasa selama ni.. Eheh.. gaya orang muda Abahku ber'Scrambler'. Abah merupakan seorang yang lembut hati, penyayang, penyabar dan rajin bila bekerja. Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka berdua.

Sebaik mungkin kami akan menjaga mereka, apatah lagi dengan keuzuran mereka kini..
Kakak Norafizah anak ke 3 ibu tunggal beranak 2 yang banyak berjasa pada Emak & Abah dengan membenakan mahligai baru buat Emak & Abah bersama keluarganya. Kakak telah lama berhenti kerja sebagai operator Motorola walau bagaimana pun rezekinya tetap ada. Alhamdulillah!
Di samping kakak dan anak-anaknya yang tinggal serumah dengan Emak & Abah, saya, abang ke dua dan adik bongsu tinggal berhampiran, jadi memudahkan kami mengunjungi mereka. Kami sentiasa do'akan kesejahteraan Emak & Abah juga semua ahli keluarga.



"Bismillah hi rahmaa nir rahim ~ Robbighfirlii wa li waa lidaiya warhamhumaa,
kamaa Robbayaanii shoghiiraa ~ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibu bapaku
dan kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil.
Amiin... "

Emak dan Abah tersayang.



Hari pertama mendaftar di blogspot.


Hari ini dengan rasminya saya telah mendaftarkan diri menjadi ahli blogspot.com.



Salam perkenalan dari Nora.
(Sabtu~ 20 Februari, 2010
bersamaan 6 Rabiul Awal 1431 H) di Malaysia.


Klik di sini untuk hiasan dinding!!

Kat sini pun ada!!!


dan lagi...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails