Hiasan bunga ini ada peminatnya...
sampai ke Kedah dia merantau
Salam sejahtera.
Beberapa hari yang lalu ada seseorang telah menelefon saya bertanyakan website atau blog mengenai khidmat sewaan canopy yang di kendali oleh suami saya.
Sebenarnya dah lama pertanyaan ini di kemukakan oleh pelanggan. Ada di antara mereka mengetahui khidmat kami ni pun melalui search di website dan terjumpa "Nuur Canopy" di situ tanpa di sertakan gambar.. Sebenarnya saya pun tak mengetahui wujudnya nama syarikat kami di website tersebut sehinggalah mendapat tahu mengenainya melalui beberapa orang pemanggil beberapa tahun yang lalu.. Terima kasih kepada syarikat pengiklanan tersebut yang sudi menampilkan maklumat syarikat kecil kami ni.
Sedang mengubah bunga di Shah Alam - belum siap sepenuhnya... (07.07.07)
Selain mereka mendapat maklumat ini di website, ramai di antara pelanggan kami adalah hasil recommendation dari saudara mara, jiran tetangga dan sahabat pelanggan-pelanggan setia kami.
Sebelum ini kami di kenali sebagai Nuur Canopy.. tetapi bila nak daftar perniagaan dah ada syarikat lain menggunakan nama tersebut jadi permohonan untuk menggunakan nama tersebut tidak di luluskan jadi kami menambah "Impian" di depan nama Nuur Canopy itu.. sehinggalah kini trademark kami "IMPIAN NUUR CANOPY".
Oleh kerana blog suka-suka saya ni berkisar mengenai diari yang jarang sekali di update, koleksi campur-campur juga cerita memori baru dan silam yang tak seberapanya.. ada juga sedikit terselit catatan mengenai khidmat kecil-kecilan kami ini.
Untuk membuka satu lagi blog website khusus untuk khidmat ni rasanya tak kot.. sebab kami menjalankan khidmat kecil-kecilan saja sekitar kawasan kami di Meru, Kapar, Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan kawasan yang berhampiran saja.. Setakat ni paling jauh yang kami pernah pergi adalah Kuala Lumpur, Kuala Kubu Baru, Ulu Langat, Puchong, Banting, Sepang, PutraJaya, Sabak Bernam dan Rembau, Negeri Sembilan..
Cukuplah low profile kami menumpang di ruangan ini. Lagipun saya tak kerap mana pun update ruangan ini.
Selesai majlis, kain bertimbun perlu di bereskan..
Jadi bagi sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar mengenai canopy bolehlah klik gambar canopy di ruang kanan ni atau label Impian Nuur Canopy di bawah. Hari ini atas permintaan, saya tambah title profile di atas untuk memudahkan search di website.
Terima kasih atas mereka yang berkenaan atas kesudian bertanyakan mengenai blog ini. Semoga Allah s.w.t. melimpahkan Rahmat dan keberkatan keatas hamba-hambaNya yang sentiasa berdo'a kehadratNYA. Amiin.
4 comments:
Oh akak ada bisnes ni rupanya .. tak tau pulak
A'ah Midah.. dah 13 tahun.
Menanti Impian Nuur Canopy di halaman rumah mak menjelang 5 Dis 2010....:)
Okay.. InshaAllah Atie. :)
Post a Comment