Tema- pink lembut/biru, kuning jagung untuk tiang dalam. (7/11/2010)
Semalam dan hari ini majlis walimahtul urus yang di langsungkan oleh pelanggan-pelanggan kami telah selesai dan Alhamdulillah segala urusan telah berjalan dengan baik. Walaupun hari ini cuaca redup, hujan turun renyai-renyai membasahi bumi telah menyamankan suasana dan selesa sekali tanpa memerlukan kipas air (mist fan)... Tentunya tuan rumah yang menerima ramai kedatangan tetamu undangan ini berasa lega..
Saya dan suami pun boleh menarik nafas lega juga. Al-maklumlah selagi majlis tak selesai.. perasaan kami pun berdebar-debar juga seperti tuan rumah yang mengharapkan majlis mereka terlaksana dengan sempurna..
Posisi mengambil gambar yang agak kurang menarik dari dalam kenderaan bergerak kerana cuaca hujan ketika ini, tambahan pula saya yang amat pemalu untuk snap-snap gambar ni.. terutama di khalayak.. (majlis November 7, 2010)
Tahniah buat pasangan pengantin baru dan juga keluarga pengantin.. Semoga Allah menurunkan rahmatNya dengan keberkatan jodoh, melahirkan zuriat yang soleh/solehah dan kehidupan yang mewangi berkekalan hingga ke Akhirat kelak.
Terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan syukur dari tuan rumah.. dan kesudian mereka menggunakan khidmat "IMPIAN NUUR CANOPY" kami.. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi.. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah Azzawajalla.. Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan kami dalam kesejahteraan dan dapat menjalani tugas dengan baik..
Di bawah ni pula lampiran foto-foto koleksi majlis yang telah berlalu...
Gubahan bunga yang tidak seberapanya dari tangan yang kurang pakar tanpa latihan khusus.. Seadanya saja.. (majlis Mei, 2010)
Foto koleksi lama (Julai 21, 2007)
Majlis bersejarah sepupuku (pengantin lelaki) Azidi Ameran dan Shalin Zulkifli
Januari 1, 2009
Anak-anakku dan sepupu sepapatnya meraikan majlis
Jiranku - Majlis 27/06 dan 28/06/2009
klik
Maksud WALIMAH di wikipedia dan
di sini....
Foto koleksi lama (Julai 21, 2007)
Majlis bersejarah sepupuku (pengantin lelaki) Azidi Ameran dan Shalin Zulkifli
Januari 1, 2009
Anak-anakku dan sepupu sepapatnya meraikan majlis
Jiranku - Majlis 27/06 dan 28/06/2009
Reka hiasan atas meja makan utama dan bunga-bungaan ilham dari pihak pengantin lelaki dan wedding planner
klik
Maksud WALIMAH di wikipedia dan
di sini....
No comments:
Post a Comment