Catatan diari hari Selasa - 13. 05. 2014: lebih kurang jam 6.15 p.m.
Alhamdulillah , Allah beri rezeki kami sekeluarga dengan menikmati hidangan steamboat @ D captain ... anak-anak belanja @Nabilah (along) dan Nurul 'Ain (angah)..
Mashaa Allah... terima kasih Ya Allah.. terima kasih anak-anakku.. semoga Allah limpahi rezeki dan rahmat-Nya buat semua.. Aamiin.
Selamat bercuti buat anak-anak semua... Bagi yang sedang menghabiskan cuti dengan melancong bersama keluarga semoga percutian ini meninggalkan kenangan manis yang membahagiakan, akan bertambah erat lagi kemesraan dan ikatan kekeluargaan.
Seminggu lebih sudah suasana rumah ni riuh rendah kerana anak-anak telah berkumpul kembali.. pelbagai ragam dan karenah yang tercetus.. setiap seorang mempunyai karekter berbeza...Jangan nak manja-manja sangat duhai anak-anakku... belajar buat kerja rumah pulak... Kebetulan pula 2 komputer dah masuk 'klinik' jadi satu je yang masih berjasa dalam masa cuti sekolah ni... Sabor la ya menunggu giliran.. tak de la memasing memaku jer kat depan skrin tu.. pelbagai kerja sebenarnya boleh di lakukan jika bijak merancang sesuatu.
Masa terluang ni lah pelbagai benda boleh di buat.. Menghafal do'a ke? Menghafal surah-surah Lazim yang pendek (الملك - الرحمن - السجدة - الإنسان - الواقعة) dan panjang (مريم - طه - يس - الكهف ) ke? Memasak ke? Bersihkan laman ke... Buku-buku dalam almari tu pun banyak boleh di baca.. pilih je yang mana satu... Takde sebab nak merungut boring eyh!! Ish..ish.. mulalah Ummi membebel rimas dan risau kalau anak-anak buang masa begitu sahaja dan tak reti buat kerja-kerja rumah ni.
STUDY - satu lagi arahan yang sering bermain di bibir ibu dan bapa bila melihat anak leka bermain atau asyik menonton tv atau dok mengadap komputer.... jawapan dari anak-anak pula .... "nantilah... cutikan untuk berehat, nak hepi hepi....." satu lagi excuse..
HOMEWORK dah siap? PERINGATAN: Baik gi check sebelum buka sekolah nanti.. Jangan MALAS!!!!!!
Cuti sekolah ni tak pergi berjalan ke? Satu lagi soalan yang sering di utarakan oleh anak-anak bila cuti sekolah.. Sebab dah menjadi kebiasaan sebelum ni setiap cuti panjang akan ada sahaja rancangan percutian dengan melancong tapi sejak 2 orang dari anak telah sambung belajar di luar daerah jadi dah kerap menghantar dan mengambil mereka walaupun tiada cuti panjang.. cukuplah tu anak-anak... dah puas juga berjalan kann.. Di lain masa la pula ya.. Lagipun Atok tak berapa sihat, pemerhatian dan tumpuan perlu di ambil berat terhadap kesihatan Atok. Sering-seringlah temankan Atok semasa cuti ni.. terhiburlah juga Atok melihat cucu-cucu berada di samping.
Manafaatkanlah percutian ini dengan sebaik mungkin.. *Masa itu emas*.. harga yang tak ternilai dan tidak boleh di jual beli... Hargailah masa supaya tidak menyesal di kemudian hari..
Hasil percubaan membuat cheese cake yang dilakukan oleh anakku Hana (anak ke 3)
Syima (anak ke 4) dengan sukarelanya mencuci kereta dan motosikal...
Cuci bersih-bersih ya Syima... :)
Mengambil Nabilah pada 26.05.2010 (sehari selepas Atoknya pulang dari hospital)
di rumah sewa di Sabak Bernam..
Selesai sudah pengajiannya di PSIS.
Menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di tepian pantai (21 Km dari rumah)
SUNSET
Puji-pujian dengan nama Allah, panorama senja yang sungguh mengasyikan..."Maha Suci Allah"
Pejam.. celik.. dah masuk minggu akhir di bulan April ni..masa terus berlalu pergi.. yang tinggal hanya kenangan.. Apa yang berlaku hari-hari seterusnya hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui... Manusia hanya merancang Allah jua penentunya.
Cerita pasal minggu, baru hari ni nak buka cerita minggu yang telah berlalu. Nak kata sibuk sangat minggu lepas ... adalah sedikit busy dan di tambah pulak rasa tak sedap badan...baru hari ni menari-narikan jari menaip N3diari lalu.. itupun hal anak-anak.
Minggu lepas bermula peperiksaan akhir semester pelajar UiTM. Anakku 'Ain adalah salah seorang antaranya. Punyalah sempoi budak ni.. dah habis jawab paper pertamanya jam 5.00 petang hari Rabu (21.04.2010) lepas... dan dan tu gak kawan tolong hantar ke Melaka Sentral dia beli tiket bas untuk balik ke rumah... yalah time periksa tak de kelas hanya tumpu pada hari ada exam je... Jadual exam pulak selang 4 hari antara satu. Ada berbaki 4 paper lagi... Apa lagi dia ambil peluang lah balik.
Balik rumah biasalah..bersantai-santai jer.. nak melapangkan fikiran katanya... rehat-rehatkan minda!! padahal musim exam ni!!! Rakan-rakan lain tentunya sedang bertungkus lumus mengulangkaji.. tapi anak yang seorang ni lain pulak caranya... relax jer..
Hi anak-anakku ingat pesanan your late big brother...Nick Daniel.
This week it's examination week and everybody who is anybody got the fever.
Exam fever that is. Everyone is staying up for their last effort to revise or study... which is to me is a futile attemp if you'd never studied before. Effort is one thing ....but prayer and support is equally important especially from your loved ones. It's a bonus to have 'em coz it'll help in recovering your confident and self-esteem in facing the challenges of tomorrow.
Thanks everybody for your prayer and support especially from these cool guys: My big brother Fir, Ummi Nora & family, my parents and last but not least my best friend Jake Austin. May God bless you all."
Allahyarham Nick Daniel Ekhwan
January 20, 1987 - October 15, 2007
"To my lil's sis and bro, good luck in your exam. Do study hard and smart. Concentrate okay! Then you'll be able to achieve more and someday, you'll be here in California following my footsteps."
October 7, 2007. ~Nick Daniel~
(Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohmu 'anakku' ~Al-Fatihah~) Rindu sangat pada Arwah.. sesungguhnya Allah amat menyayanginya.
Bila anak-anak nak hadapi Exam memang ku tak dapat melupakan notanya dan pesanan 'anak' yang manja seorang ni untuk 'adik-adiknya'... walaupun dikau telah kembali ke pangkuan Illahi, setiap kenangan sentiasa dalam ingatan dan do'a kami sentiasa mengiringimu..
Berbalik pada 'Ain tadi...kerana kesantaiannya, dia tak nak fikir sangat hal examnya tu jadi pada hari Juma'at 23. 04. 2010, 'Ain plan nak pergi I-City di Shah Alam. Pasti semua dah tahu apa yang ada di I-City kan... ya... cahaya warna-warni di waktu malam harinya... Dia begitu teruja nak ke I-City tu bila tenguk gambar rakan-rakannya yang berposing-posing kat situ.. walhal selalu lalu tapi tak pernah menyinggah.. jarak dari rumah pun hanya 10 minit sahaja.. tak jauh kan!! Tapi memang kitorang tak pernah masuk area tu lagi. Saya rasa orang jauh pun dah sampai ke I-City ni.
Jadi pada malam tu untuk menunaikan hasratnya, kita layan jer lah.. kami pun pergilah anak beranak dengan membawa seorang sepupunya IeQa... tapi yang tak bestnya kurang seorang ahli si Kakak yang berada di Sabak Bernam..rasa tak lengkap bila berjalan tak cukup bilangan ahli ni.
Macamanapun Ummi tetap selitkan wajah riang Nabilah dalam N3 ini supaya orang-orang yang Ummi sayang sentiasa berada dekat di sisi Ummi..
Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.45 malam.. dalam perjalanan telefon bimbit suami berbunyi.. Miss called dari Nabilah... Oleh kerana Che' Abang sedang memandu.. Che' Abang dail dan serahkan telefon bimbit pada saya untuk bercakap dengan Nabilah...
Nabilah : "Hello... Assalamu'alaikum!"
Ummi : "Wa'alaikumusalam Nabilah".
Nabilah : "Ummi ni kat I-City ke?"
Ummi : "A'ah masih dalam perjalanan.. macamana kakak tau ni?"
Nabilah: "'Ain letak kat status FB... nak ikuuuuuut".
Ummi : "Meyh la terbang!!!"
'Ain duduk di belakang gelak... "ait sama jer ayat".
Kesian si kakak, 'Ain telah membangkitkan kejelesan kakaknya. Inilah status di FB tu..
Senyap lagi.... merajuk ke ni??? Memanglah terasa jugak bila orang lain bersukaria.. dia masih lagi struggle dengan kerja-kerja yang berlambak di tahun akhirnya ni.. apatah lagi bulan Mei ni final exam untuk menentukannya menyambung pelajarannya ke next level .
Ummi : "Nabilah... janganlah sedih.. nanti Nabilah balik kita bawalah kakak ke sini.. Tak lari kemana pun... I-City ni masih tetap kat situ gak.... lagipun bukan ada apa sangat kat sini... cuma tenguk lampu jer.. ni pun sebab 'Ain yang beria sangat nak pergi.. Udah..udah. jangan menangis! Macam bebudak pulak.."
Inilah sikap anak-anakku.. mudah tersentuh hati.. sebenarnya Ummi dan Abahnya dapat mengagak bila salah seorang tak de, memang adalah yang terasa hati.. walaupun pergi tempat yang biasa-biasa jer.. terutama bila waktu makan di luar memang terasa sangat kekurangan ahli sebab kebiasaannya kami lebih suka bila semua berkumpul bersama untuk apa-apa juga aktiviti di luar..
Sekarang ni sejak kedua-dua mereka melanjutkan pelajaran di tempat berlainan jadual bersama ni dah susah nak di atur.. Terpaksa tunggu cuti yang panjang dan sama waktunya.
Untuk memujuk hati si kakak Ummi terpaksa tukar tajuk lain...
Ummi : "Nabilah dah makan?"
Dengan suara sayu dia menjawab ,"Dah!!"
Ummi : "Makan apa malam ni?"
Nabilah : "Makan meehoon tom yam"..
Ummi: "owh meehoon tom yam segera ke?"
Nabilah: "Tak arrr, beli kat luar ..."
Ummi: "Ni tengah buat apa?"
Nabilah: "Nak siapkan assignment"..
Ummi : "Okay siapkanlah kerja tu dulu.. periksa pun dah nak dekatkan... tumpukan pada pelajaran! Nanti dah selesai semua bolehlah kita gi I-City ya!!."
Nabilah : "Hmmmm.. okay!! Assalamu'alaikum."
Lemah je suara si kakak.
Ummi : "Wa'alaikumusalam wr.wb."
Sedihlah hati Ummi ni..bila teringat si manja seorang ni.. tak pe..tak pe.. banyak waktu.. Bulan Mei nanti kita berkumpul bersama.. Che' Abang di sebelah hanya memandang wajahku.. dia pun dah faham dengan perangai anak-anak ni.
Inilah penangan FB... apa-apa je hantar kat status.. Huh!
Kemudian si kakak pun sama balas kat status FB jugak.. dalam dia sedih ni biar dia layan rakan-rakan FBnya...
Nabilah 'izzatihuhuhu.. cedih'y.. x dpt ikut g ict.. abah, amik kakak kat sini.. nak ikut.. :(
Setibanya di I-City... berduyun-duyun kereta baru masuk.. sungguh panjang deretan kenderaan yang parked di sepanjang jalan.. kami terus je ikut arah kenderaan bergerak ... ada ke lagi tempat parking ni.. mana nak pergi.. kita ikut je kenderaan di hadapan.. ramailah rela-rela peniup wisel ni menjaga arahkan kenderaan mana jalan yang patut di ikuti..
Dalam pada tu.. pandangan mata dah nampak begitu banyak lampu-lampu hiasan dengan pelbagai bentuk dan rupa..
Akhirnya sampai di tempat parking bertingkat..
Ramainya orang pelbagai bangsa, Satu Malaysia kannn!!..
Hanya kerana lampu sahaja... hehehe!!!
Bangunan banyak tapi sepertinya belum beroperasi lagi.. Mungkin ini salah satu tarikan untuk memperkenalkan tempat ini sebelum ianya beroperasi kot..!!! Apa-apa jer lah!!
Panjang sangat ke N3 ni..Mari kita layan lampu-lampu ini yang menjadi tarikan ramai ni.. di N3 selanjutnya..
x adil..