Catatan diari hari Selasa - 13. 05. 2014: lebih kurang jam 6.15 p.m.
Alhamdulillah , Allah beri rezeki kami sekeluarga dengan menikmati hidangan steamboat @ D captain ... anak-anak belanja @Nabilah (along) dan Nurul 'Ain (angah)..
Mashaa Allah... terima kasih Ya Allah.. terima kasih anak-anakku.. semoga Allah limpahi rezeki dan rahmat-Nya buat semua.. Aamiin.
I was a foolish little child Crazy things I used to do And all the pain I put you through Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry The days I told you lies Now it's time for you to rise For all the things you sacrificed
Oooh If I could turn back time rewind If I could make it undone I swear that I would I would make it up to you
Mom I'm grown up now I'ts a brand new day I'd like to put a smile on your face everyday
Mom I'm grown up now And it's not too late I'd like to put a smile on your face everyday
Now I finally understand That famous line About the day I'd face in time Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad I've learnt so much from you Now I'm trying to do it too Love my kids the way you do
Oooh If I could turn back time rewind If I could make it undone I swear that I would I would make it up to you Oooh If I could turn back time rewind If I could make it undone I swear that I would I would make it up to you
Mom I'm grown up now It's a brand new day I'd like to put a smile on your face everyday
Mom I'm grown up now And it's not too late I'd like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me You know you are the number one for me You know you are the number one for me Oh oh number one for me
There is no one in this world That can take your place Oooh I'm sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get To make you smile Whenever I'm around you
Now I will try to love you Like you love me Only God knows how much you mean to me
Oooh If I could turn back time rewind If I could make it undone I swear that I would I would make it up to you
Mom I'm grown up now It's a brand new day I'd like to put a smile on your face everyday
Mom I'm grown up now And it's not too late I'd like to put a smile on your face everyday
Mom I'm grown up now It's a brand new day I'd like to put a smile on your face everyday
Mom I'm grown up now And it's not too late I'd like to put a smile on your face everyday
The number one for me The number one for me The number one for me Oh oh number one for me
Sambil baca N3 sambil dengar alunan Nasyid dari Hijjaz ni...
" 'Ain rindu Abah ngan Ummi".... suara 'Ain..tersekat-sekat dalam perbualan di telefon malam tadi menahan sebak selepas dia habis berbual dengan Abahnya kemudian Abah serahkan telefon bimbit pada Ummi. Bila dia dengar suara Ummi bertambah-tambah lagi kesyahduannya.
"Rindu sangat anak Ummi ni ya.. !!!", Ummi cuba pertahankan suara kesayuan bila dengar suara anakku yang sedang menebal kesedihannya..
"Ya la... lama tak jumpa...sob..sob..sob"., dengan suara yang makin tertahan-tahan dengan sendunya.
"Ni kan dah dengar suara Ummi, udah jangan menangis lagi ya sayang.. okay, jangan sedih-sedih", Ummi cuba memujuk....
"Tapi tak sama... tak de depan mata...", nada suara 'Ain dah makin jelas kedengaran.
Setelah berbual beberapa minit dan akhirnya dapat buatkan 'Ain tertawa kecil di hujung talian..
Ummi: " 'Ain jangan risaukan Ummi, Abah dan keluarga kat rumah ni... semuanya okay! okay tumpu pelajaran tak mau runsing-runsing dan jangan fikir benda lain.. Do'akan kami kat sini... Ummi, Abah sentiasa do'akan 'Ain kat sana. Sayang 'Ain.. jangan menangis lagi ya. Jaga diri bebaik. Hujung minggu ni nanti kitorang gi Melaka la!"
Ain: "Tak pe Ummi, tak payah susah-susah.. 'Ain okay!.. Insya-Allah..! sayang Ummi, Abah ngan semua yang ada kat rumah. Assalamu'alaikum!" kedengaran suara dah semakin ceria.. Alhamdulillah.
Ummi: "Wa'alaikumusalam warahmatullah! Okay.. kalau camtu tak pe... jaga diri." Kami mengakhiri perbualan. Harap dia lega bila dah dapat berbual dan melepaskan rasa rindu yang terbuku.
Ku dapat menyelami perasaannya kerana diriku begitu juga bila berjauhan dengan orang-orang yang di kasihi. Kakaknya Nabilah pun sama gak pernah menangis-nangis telefon menyatakan kerinduan... semasa tinggal di hostel PSIS. (Politeknik Sultan Idris Shah). 2 minggu kami tak bersua muka rasa seperti bertahun lamanya. Sebenarnya mereka ni rindu dengan leteran dan bebelan Ummi la tu...
Di bandar Alor Gajah, Melaka bersama Ummi & Abah
Bukan jauh mana pun Alor Gajah, Melaka dan Klang lebih kurang 144 km melalui lebuhraya PLUS dan perjalanan mengambil masa sejam lebih jika tiada kesesakan. Jadual program di hujung minggu mengikat kaki dia dari pulang ke rumah.. Tak pe la Nak, berkorban demi menuntut ilmu.
Kolej Tun Teja (UiTM, Melaka) hostel tempat 'Ain menginap
Kami pun rindu gak pada 'Ain... terutama cuti sekolah ni semua anak-anak di rumah termasuk Kakak yang sedang cuti semester di Politeknik, tu yang dia terasa teramat rindu sesangat. Disebalik kerinduan itu sebenarnya ada sesuatu yang menyedihkan hatinya sehingga tak dapat membendung perasaannya dari menahan air mata dari mengalir. Sabar ya 'Ain. Jangan risaukan situasi kami di sini.. Sesungguhnya kita berharap hanya pada Allah dan yakin Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya.
Tabahkan hati kuatkan semangat ya 'Ain.. Jangan lupa baca Al-Qur'an, jaga solat awal waktu dan banyakan berzikir pada Allah. Kita kena sentiasa ingat pada Allah tak kira dalam keadaan senang atau susah.. Sesungguhnya Allah kasih hambaNya yang mendekatkan diri padaNya serta berdo'a dan meminta kepada Allah dan bukan mengharap pada makhluk. Di situ akan datang kemanisan iman dan hati menjadi tenang.
Setiap kesukaran itu ada jalan keluarnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Do'a, usaha dan tawakkal pada Allah s.w.t.
Kita di galakan berdo’a memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah s.w.t. Dalam al-Qur'an Allah berfirman ; "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "(Qur'an surah al Baqarah: 186).
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri (tawakkal) bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Qur'an surah at-Talaq: 3)
Setelah berusaha dan berdo’a, kita harus bertawakkal... jangan sesekali berburuk sangka terhadap Allah SWT (atas segala ketetapan-Nya). Bersyukur kehadratNya bila berjaya, dan harus sabar sekiranya menghadapi kegagalan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya kagum dengan keadaan orang Islam, semuanya istimewa; ketika berjaya mereka bersyukur, dan ketika gagal mereka bersabar" (HR. Muslim).
Insya-Allah.
Semasa menjaga Ummi di hospital ketika terlantar selama 5 hari di hospital
10.10.2008 - 14.10.2008
~Kisah dalam gambar~ (Walaupun SPM 2008 tinggal sebulan lagi ketika itu dia sanggup ambil cuti untuk temankan Ummi walaupun dia hanya tidur atas kerusi.. tak sanggup Ummi tengok walaupun ia tidak merungut tapi faham ketidak selesaannya - terharu diatas kesanggupannya dan Ummi ajak dia tidur atas katil pesakit bersama selepas dua hari dia tidur di kerusi, masa itu badan Ummi dah agak pulih. Nasib baik masa tu kedua-duanya, badan masih comel lagi... muat-muat untuk dua orang...ehehe!!! Ada peristiwa lucu yang mengemparkan menjelang Subuh hari bila dia sedang tidur dia tak sedar tertendang troli di depan katil dan troli terjatuh dengan bunyi yang kuat.. sehingga kelam kabut misi dia sangkakan pesakit jatuh dari katil atau ada pesakit terjun bangunan.. Bunyi yang begitu kuat memecah kesunyian pagi tu pun boleh dia tak sedar.. keletihan gamaknya... Ummi kejutkan 'Ain untuk bersedia mengerjakan solat Subuh.. dan beritahu apa yang dah berlaku.. 'Ain dengan muka bangun tidur tersipu-sipu..."oh ya ke Ummi.. tak sedar la Ummi". Nasib baik misi yang bertugas baik-baik belaka tak de la dengar mereka merungut tentang kejadian tu... Ya la sepatutnya katil hanya untuk pesakit... Merekalah yang tolong angkat dan betulkan kembali. Inilah kenangan bersama yang tak kami dapat lupakan. Jika tidak mereka nak juga bergilir adik beradik menjaga Umminya yang memang masa tu tak mampu untuk bangun berjalan (pitam) kerana kehilangan banyak darah di sebabkan keguguran anak ke 6....tapi 'Ain sendiri berkeras nak jaga Ummi sehingga Ummi di benarkan keluar dari Hospital. Terima kasih sesangat sayang... Hanya Allah s.w.t saja yang akan membalas jasa baik anakanda.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati segala urusanmu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amiin)
Hannah bersama famili di Langkawi, Hannah berusia 8 bulan
Hannah 9 bulan
Happy birthday my sweetieNurul Hannah.
12. 03. 1994 hari Sabtu malam Ahad, Hannah di lahirkan. Hari lahir Hannah ni jatuh di hari akhir bulan Ramadhan (30 Ramadhan 1414H - mengikut takwim Islam hari baru di hitung mulai waktu maghrib). Dah 16 tahun usia Hannah kini. Umur Hannah ni seusia dengan rumah yang kami duduki sekarang. Kalau ikutkan tarikh lahir Hannah ni dah terlewat lebih seminggu. Tapi di sebabkan nak tunggu rumah ni siap sepenuhnya dan hari raya agaknya.. Hannah pun menunggu dalam perut Ummi dia... tahan tak nak kuar dulu...hehehe!!! Memandai jer buat andaian ... Sudah termaktub kelahiran manusia, jodoh, rezeki dan ajal ni kan telah ditetapkan Allah sejak Azali !
Mengimbau kembali sejarah hari tersebut, pada petang tu adalah hari menentukan tarikh melihat anak bulan Syawal. Sebab tu kami dah tak sabar nak masuk rumah separuh baru (kerana sebahagian darinya gunakan kayu-kayu pemberian Abang ipar - Terima kasih bebanyak Abg. Uddin ~ kerana itulah terdorong terbinanya rumah di atas tanah milik Abah~ buat pun belakang rumah Abah jer!! Alhamdulillah Ya Allah! Kaulah pemberi rezeki). Walaupun ada yang masih tak siap sana sini.. tapi nak masuk gak sebab banyak kerja yang perlu di bereskan. Apatah lagi nak menjelang raya... (Sebelum tu kami tinggal di rumah sewa Pak Abd. Majid di Kampung Kuantan Klang selama 4 tahun).
Lebih kurang dekat seminggu gak kami dah duduk rumah tu... mencuci lantai, memasang tikar getah,.. mengecat mana yang sempat dulu.., menyusun barang dan banyak benda lagi nak diuruskan.. walaupun dalam keadaan perut sedang sarat,... lasak gak buat kerja.,ya la nak membantu suami... sape lagi yang boleh di harapkan kalau bukan isteri... ;) Alhamdulillah masih boleh berpuasa sepanjang minggu tu. Sesungguhnya Allah yang memberi kekuatan.
Ketika tu memang tunggu bila-bila masa saja untuk bersalin (memandangkan over due sudah) tapi badan rasa masih bertenaga untuk melakukan kerja...bersemangat biar cepat bersalin!!! Pada pagi tu kalau boleh nak siapkan mengecat rumah.. Seboleh-bolehnya nak siapkan jugak sebelum raya dan sebelum bersalin.
Sedang asyik mengecat dinding ruang tamu bersama suami tetiba terasa sesuatu membasahi kain. Ooow owhhhh!!!... rupa-rupanya tanda-tanda air ketuban dah mula pecah.. telah tiba masa yang dinanti-nanti....tapi belum terasa contraction lagi... Anak-anak kecilku Nabilah (semasa tu berusia 3 tahun 6 bulan) & 'Ain (2 tahun 6 bulan) yang sedang leka bermain kehairanan ??@%#??.. kenapa ngan Ummi ni bila nampak lantai habis basah. Segeraku meluru ke bilik air..salin pakaian takut si kecil 2 orang tu panik hehehe!!! Sebab tanda-tanda awal dah ada....apa lagi masa tu jugak bersiap untuk ke hospital. Kerja tergendala.. langsir pun tak sempat pasang lagi. Adikku Nozy tolong menyambungkan separuh kerjaku. Thanks my dear!! Anak-anak kecilku, ku tinggalkan bersama keluarga yang tinggal berhadapan rumah jer!! Alhamdulillah mudah urusan.
Kami bertolak ke hospital waktu tengahari. Tiba di Hospital Besar Klang, suami ketempat pendaftaran masuk then saya terus di bawa ke wad menunggu. Hari tu kena la batalkan puasa sebab dah 'lencun mencun'.. banyak betul air ketuban.. faham jer la kalau di hospital.. doktor ni check itu check ini...nak tau dah berapa cm pintu terbuka.. Bila air ketuban dah mula berkurangan baru terasa contraction.
Menjelang malam contraction dah semakin kerap, selepas mohon restu dari suami yang sentiasa mendo'akan kesejahteraan saya.. sakit tak terasa lama dengan iringan istighfar dan salawat keatas Nabi s.a.w.. Saya di masukan ke labour room selepas waktu Isya', sementara menanti saat kelahiran dengar-dengar dari perbualan misi bertugas, anak bulan Syawal tidak kelihatan. Maknanya ada sehari lagi umat Islam berpuasa...
Pada tengah malam hampir beberapa minit lagi ke detik 12.00 a.m. sebelum masuk hari Ahad, Hannah pun lahir ke dunia dengan timbangan berat badan 3.2kg. Diantara anak-anakku, Hannah yang paling berat timbangan semasa di lahirkan. Alhamdulillah.. mudah bersalin!! Selepas mendengar tangisan bayi, misi pun letakkan bayi keatas dada ibu buat pertama kalinya selepas lahir jasad kecil ini bagi mengeratkan kehangatan kasihsayang .... selepas dibersihkan lebih kurang sejam kemudian bapa bayi di panggil dan mengiringi isteri ke wad kembali seterusnya mengIqamatkan anak perempuan.
Hannah anak ke 3 dan anak perempuan ke 3. Berderet puteri ku.. Syukur di panjatkan ke hadrat Allah Azzawajala kerana mengurniakan daku dan suami anak-anak yang sihat dan comel.
Keesokan harinya bila di sahkan ibu dan anak sihat... tengahari tu dah boleh pulang dan boleh la kami beraya di rumah.. legaaaaa. Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah kakak ipar (Kak Ismah) bertemu ibu mertua (Allahyarhamah Hjh. Zaharah~ibu mertua ku tercinta kembali ke Rahmatullah pada 13 Jun, 2008 di rumah kak Asiah -kakak iparku-, ketika azan Zuhur -solat Jumaat- sedang berkumandang dari masjid berdekatan. Al-Fatihah! semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin). Hari raya tahun tersebut banyak meninggalkan kenangan manis dengan kehadiran bayi comel..Nurul Hannah, di samping telah memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah pemberi rezeki dan memudahkan segala urusan. Amiin. Meriah sungguh sambutan hariraya ketika itu dengan kehadiran ramai saudara mara mengunjungi rumah (separuh baru yang masih serba kekurangan) dan juga kehadiran insan baru ke dunia.
Hannah usia setahun bersama kakak Nabilah dan 'Ain (terlindung) di Zoo Negara
Usia 9 tahun di Cameron Highland, Pahang
13 tahun Hannah berposing di Gunung Machincang, Langkawi (Hannah minta delete foto ini tapi Ummi suka 'dis foto'... sorry Hannah jangan marah ya anak Ummi sayang ;)))
Meningkat usia remaja... jiwanyaagak sensitif. Semoga Hannah tabah mengharungi liku-liku kehidupan dengan semangat kental. Hannah pelajar di tingkatan 4 Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Harap Hannah dapat mengatasi ketidak selesaannya di tempatkan di kelas sains (bukan Sains tulin pun - Sains tambahan, Add math, perakaunan - tu yang dia rasa berat sangat nak mengikuti). Ini la namanya cabaran Nak... Usaha itu tangga kejayaan.
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
Ummi dan Abah senantiasa mendo'akan kesejahteraan dan kejayaan Hannah yang sangat kami kasihi dan sayangi.
GOOD LUCK MY DEAR SWEETIE!!!!
SELAMAT HARI LAHIR ANAKKUSEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH. INGAT PESAN UMMI & ABAH DAN PALING UTAMA SEKALI PATUH DENGAN AJARAN ALLAH DAN RASULNYA. SEMOGA BERJAYA DALAM MENITI HIDUP DI HARI-HARI MENDATANG SERTA MENDAPAT KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
Pelbagai gaya Hannah ;)
Bersama Ummi pada Februari, 2010, di Alor Gajah, Melaka
Di dampingi suami tercinta kami amat bahagia di kurniakan Allah swt , 5 orang permata hati.. 4 puteri dan "the only prince" si bongsu Muhammad Firdaus.
Kakak ~ Nabilah 'Izzati(20 tahun ~15 Sept. 2010) walaupun anak sulung.. tapi amat la manja, berperwatakan agak lembut. Penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam pengajian IT (sijil) dan akan mengakhiri pengajiannya bulan Mei, 2010. Bila balik cuti tugasnya mengambil dan menghantar adik ke sekolah.
Anak ke dua ~Nurul 'Ain(19 tahun ~ 25 Sept., 2010) tegas, manja, berkeyakinan, pantang nampak bantal (hehehe~ sorry 'Ain), Memegang jawatan co-driver Abah. Menuntut di UiTM, Melaka dalam pengajian Perakaunan (diploma). Baru menduduki semester pertama... (selepas selesai mengikuti kursus Pra. Perdagangan di UiTM, Jengka, Pahang sessi Julai 2009) long way to go. Mengadu pelajaran agak susah... ''itu la namanya belajar Nak.. susah tu la perlu di pelajari.'' Ummi dia memang boleh cakap je.. beri nasihat.. cuba buat sendiri.. huhuhu!! Hope she can do it.
Anak ke tiga ~ Nurul Hannah (16 tahun ~ 12 March, 2010) manja, berjiwa agak sensitif.., suka membaca novel.. berenang adalah minatnya Pelajar di tingkatan 4. Suka mencuba resepi masakan.. sekali sekala bila datang mood rajin dia.. :)
Anak ke empat ~ Nurhasyimah (14 tahun ~ 16 Januari, 2010) manja, agak lasak, suka berenang, aktif bersukan masa di sekolah rendah tapi sejak bersekolah menengah dah mula kurang aktif... Boleh la di harap untuk tolong Abah buat kerja sebab karakter dia yang lasak. Pelajar di tingkatan 2.
Anak ke lima ~ Muhammad Firdaus(12 tahun ~ 28 April, 2010) tegas, boleh tahan garangnya.. huhuh!! Hero seorang la katakan kena la ada ciri-ciri berani dan pantang di cabar.. Walaupun begitu bersifat penyayang dan manja la juga.. Agak rajin tolong Abah bila di minta berbuat demikian... Suka bermain bola sepak dan futsal.. Masih bersekolah rendah di tahun 6.
Mereka ni adik beradik bila berkumpul memang riuh rendah suasana dengan sakat menyakat, bertekak, gelaktawa, dan bila kala berjauhan dengan 2 orang kakak, adik-adik pulak amat lah terasa sunyi. Mulalah masing-masing rindu-rinduan.. dah menjadi resam manusia.. begitulah adatnya.
Do'a Ummi dan Abah agar kesemua anak-anak di lindungi Allah dalam kesejahteraan, pandai jaga diri dan tekun berusaha.. Semoga kesemuanya menjadi insan yang Soleh, Solehah, mempunyai sikap bertanggungjawab serta saling bantu membantu antara satu sama lain agar memperolehi kehidupan yang lebih baik di masa depan berbahagia hidup di Dunia dan di Akhirat.
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110)
"Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." (Surah Ibrahim: 40-41)
Saya seorang ibu yang menggelarkan diri sebagai "Ummi" untuk anak-anak tersayang,
panggilan manja "Yang" dari suami tercinta..
"Ayang"singkatan Sayang oleh ibubapa & adik beradik,
"Yayang ~ Ayang" ~keluarga sebelah Abah.
Rahah di kalangan rakan-rakan dan sanak saudara di sebelah Emak,
Nora bagi rakan-rakan internet dan Nor dalam urusniaga.
Banyaknya nama panggilan... tapi semua tu dari singkatan nama penuh NORAHAH..
(bermaksud Cahaya Kerehatan atau Cahaya Kegembiraan).
"Sayang" panggilan semasa baby kekal sampai la ni.. mmuaahh!! "Love this 2 names so much.."
Terima kasih Emak & Abah atas pemberian nama ni..
"I LOVE BOTH OF YOU. "
Anak ke 5 dari 8 adik beradik (3 orang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan). Kami di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh Emak & Abah. Sejak dari kecil telah melihat begitu besar pengorbanan Emak & Abah membesarkan kami dengan susah payah, membanting tulang empat kerat dan kini keduanya telah menjangkau usia emas..
Istimewanya Emak.. semua pakaian anak-anak di jahit sendiri dengan kreativitinya. Manakala masakkan Emak memang sedap walaupun tanpa bubuh perasa tambahan "monosodium glutamate". Hidangan airtangan ibu la paling menyelerakan. Emak merupakan seorang yang rajin, penyayang dan amat tegas dalam serba serbi.
Abah pula dengan jerih payah mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya ke tempat kerja meredah hujan panas untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga. Sakit pening kami dan melayan kerenah anak-anak di lalui oleh mereka dengan tabah. Bila anak-anak dah dewasa dan mula bekerja mereka mula merasa sedikit keringanan bebanan. Abang kedua memberikan motor 'scrambler' buat Abah menggantikan basikal yang dah banyak berjasa selama ni.. Eheh.. gaya orang muda Abahku ber'Scrambler'. Abah merupakan seorang yang lembut hati, penyayang, penyabar dan rajin bila bekerja. Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka berdua.
Sebaik mungkin kami akan menjaga mereka, apatah lagi dengan keuzuran mereka kini..
Kakak Norafizah anak ke 3 ibu tunggal beranak 2 yang banyak berjasa pada Emak & Abah dengan membenakan mahligai baru buat Emak & Abah bersama keluarganya. Kakak telah lama berhenti kerja sebagai operator Motorola walau bagaimana pun rezekinya tetap ada. Alhamdulillah!
Di samping kakak dan anak-anaknya yang tinggal serumah dengan Emak & Abah, saya, abang ke dua dan adik bongsu tinggal berhampiran, jadi memudahkan kami mengunjungi mereka. Kami sentiasa do'akan kesejahteraan Emak & Abah juga semua ahli keluarga.
"Bismillah hi rahmaa nir rahim ~ Robbighfirlii wa li waa lidaiya warhamhumaa, kamaa Robbayaanii shoghiiraa ~ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil. Amiin... "