Pages


Showing posts with label PSIS. Show all posts
Showing posts with label PSIS. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Happy birthday my sweetie Nabilah




Tarikh hari ini 15 September, waktu Suboh dua puluh empat tahun yang lalu telah lahir puteri sulung ku yang amat comel juga sangat putih melepak... 

Nabilah ketika berusia 4 tahun ++

Alhamdulillah! Nabilah 'Izzati di beri nama..  Beliau kini telah meningkat dewasa..  

Usia ini dah sesuai untuknya menamatkan zaman bujang.. Namun ianya masih menjadi tanda tanya siapakah jodoh anakku   ini..?   Hanya Allah sahaja yang tahu. Ku berserah hanya pada-NYA.. Sentiasa mendo'akan yang terbaik buatmu anak.. 



Ya Allah.. 
Panjangkanlah umur kami, 
kurniakanlah kami kesihatan yang baik,
terangilah jiwa dan hati kami 
dengan pancaran nur iman,
tetapkanlah hati kami, 
luaskanlah rezeki kami,
dekatkanlah hati kami dengan 
kebaikan dan jauhkanlah
hati kami pada kejahatan..

Ya Allah..
Jalinkanlah jodoh untuk anakku ini 
dengan lelaki yang soleh,
baik akhlaknya, yang bertanggungjawab dengan 
 mendidik kearah kebaikan serta akan 
mengiringinya ke syurga-Mu..


Ya Allah, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati-Mu, 
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya,

Ya Allah, tambahkanlah amalan ku
di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar
menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada-Mu,

Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaan-Mu, 
Tempat rehat dan nikmat abadi....

Aamiin Allahumma Aamiin.



Mengimbau kembali detik manis anakku Nabilah.. di hari
konvo 27 Mac 2011..  setelah tamat pengajian Allah beri rezeki Nabilah memperolehi pekerjaan tak jauh dari rumah. Alhamdulillah..
(Dapatlah menjimatkan masa dan kos perjalanan).


Meraih hasil.. hadiah yang di perolehi selama menuntut di PSIS. (Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor)


Memo: Sebelum terbit fajar dah keluar rumah di hari konvo ni.. 
Alhamdulillah sempat tiba sebelum majlis berlangsung.. 
(perjalanan dari rumah ke destinasi lebih kurang 2 jam.. termasuk berhenti solat Suboh di Tanjong Karang)












Setelah bekerjaya bawa adik-adik makan angin..










A wish for you on your Birthday..


Whatever you ask, 
May You Receive,
Whatever you seek,
May you find,
Whatever you wish..,
May it be fulfilled,
On Your Birthday & Always.

HAPPY BIRTHDAY SWEETIE 




Sunday, March 21, 2010

Utara dan Selatan



Stesen Bas Klang Sentral, Jalan Meru

Hari ni Ahad, Nabilah akan kembali ke teratak sewanya di Sabak Bernam (arah utara) selepas seminggu bercuti manakala 'Ain pulang ke Melaka (arah selatan).. Rumah kembali sunyi tanpa suara-suara mereka.. Che' Abang, Ummi, Nabilah dan Muhammad Firdaus menghantar 'Ain di Klang Sentral yang jaraknya hanya lebih kurang 1 km dari rumah. Sesampai sahaja di stesen bas jam 1.55 p.m. 'Ain terus menuju ke platform bas Transnasional untuk destinasi ke Alor Gajah, Melaka berjadual jam 2.00p.m.

Sempat bergambar lagi tu dengan adik kesayangan

Setelah bersalaman dengan ahli keluarga 'Ain menaiki bas, dia adalah penumpang terakhir menaiki bas tersebut. Bas bergerak memulakan perjalanan tepat jam 2.00p.m. 'Ain selamat tiba ke destinasi jam 4.30p.m. Alhamdulillah.


"Yang, tepi sikit beri laluan..", Che' Abang menegur...
Ini lah gambar kandid yang sempat di rakam dalam bangunan
Klang Sentral ..
errr... segannya leka mengambil gambar tak perasan sudah menghalang laluan..
sebenarnya saya ni penyegan orangnya untuk merakam gambar di tempat awam..
tapi buat-buat tak tau jer.. dapat dua tiga snap cukuplah.. untuk kenangan.

Setelah menghantar 'Ain di stesen bas kini giliran Nabilah pula. Jam 5.00 p.m Che' Abang dan Ummi menghantar Nabilah ke Sabak Bernam bersama dengan Norehan (sepupu Ummi) dan rakannya, Rozana yang sama-sama menuntut di PSIS.


Pemandangan indah dalam perjalanan...
sawah padi di Sekinchan

(koleksi foto)


Kenangan bersama Abah dan Emak waktu
menghantar Nabilah di asrama PSIS 2 tahun yang lalu



Tepat jam 7.00p.m tiba di perkarangan kompleks asrama untuk menurunkan Norehan bersama dengan rakannya manakala Nabilah ke rumah sewanya tak jauh dari PSIS.

Persekitaran dalam kawasan Politeknik Sultan Idris Shah,(PSIS)
Sabak Bernam


Sebelum menghantar Nabilah kami makan malam dulu di warung terdekat dan selepas Che' Abang selesai solat Maghrib barulah menuju ke rumah sewa dimana Nabilah tinggal bersama 7 orang rakannya.


Rumah sewa 3 pintu pelajar PSIS di kelilingi pepohon kelapa
dan rumah penduduk tempatan
Kemudahan lengkap di sediakan oleh tuan rumah untuk para pelajar termasuk WiFi


Waktu senja di Sungai Parit Baru, Sabak Bernam 21/3/2010

Nabilah bersama adik-adiknya di dalam rumah tersebut.
Foto ni koleksi bulan Februari sewaktu 'Ain sedang bercuti
..
dapatlah dia meluangkan masa menghantar ketika itu.

Di sebabkan kedudukan PSIS yang jauh dari bandar dan tiada kemudahan pengangkutan kami mengambil berat untuk menghantar sehingga ke muka pintu tempat penginapan mereka. Tetapi untuk pulang ke rumah mereka tiada masalah kerana terdapat kereta sewa untuk ke stesen bas di Pekan Sungai Besar atau Bandar Sabak Bernam. Keselamatan mereka yang kami utamakan.

Manakala 'Ain tiada masalah pengangkutan untuk ke hostelnya kerana banyak kenderaan awam mudah di dapati di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails