Pages


Showing posts with label Memori Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Memori Ramadan. Show all posts

Friday, September 9, 2011

11 Syawal, 1432H - Kad Ucapan Hari Raya tidak lagi menjadi milikku??

~Memori~

 Salam Syawal buat para sahabat yang di rahmati Allah.. semoga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan di lindungi Allah SWT.   Dah sebelas (11) hari Syawal berlalu.. Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa Allah hadiahkan kita dengan keberkatan Syawal.. di saat ini silaturahmi di pereratkan dengan menerima tetamu juga ziarah menziarahi saudara mara juga sahabat handai...  sambil saling bermaaf-maafan.


Jika dahulu menjelang hari perayaan kita di hujani dengan kad-kad ucapan tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya dah lama tidak menerima sebarang kad ucapan hari raya  sebagai ucapan pengganti diri.   Berbeza waktu zaman kanak-kanak dulu bila dapat kiriman kad hari raya ni.. gembiranya hati bukan kepalang.. tapi kini sepi je .., dah tak de lagi kad bergantungan sebagai hiasan.. dan kenangan untuk di abadikan.. (rasanya ada lagi koleksi kad-kadku terima terdahulu yang masih tersimpan jika tidak di  makan dek anai-anai)  Di zaman ini ucapan telah berganti dengan  kiriman di terima melalui pesanan ringkas (s.m.s) dan di internet seperti di laman sosial Facebook, Twitter, Tagged, e-mail ..


Beginilah peredaran waktu mengubah segalanya.. walaupun masih terdapat lagi kad-kad ucapan hari raya ini tapi sambutannya tidak seperti dahulu.. Kini ianya hanya popular di kalangan para korporat dan ahli perniagaan untuk klien-klien mereka..


Sebenarnya saya nak mengimbau kembali sejarah kami sekeluarga berniaga kad hari raya ni di bulan Ramadan beberapa tahun dahulu.. Kami mula mencuba jual kad hari raya ni pada tahun 2000.. di Kompleks P.K.N.S.. Idea ni timbul bila suamiku terfikir-fikir apakah jenis perniagaan yang mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.. Akhirnya abang ipar suamiku memberi jalan mencuba perniagaan semusim ini..  
Suamiku memperolehi tapak berniaga dengan sewaan lebih kurang RM 3, 500.00 ke RM 4,000.00 sebulan.

Pertama kali untuk mendapatkan 'supplier'.. memerlukan modal tunai.. kerana mereka tidak mengenali kami.. perniagaan kad ucapan ini adalah secara 'consignment' (barang yang tidak terjual di kembalikan kepada 'supplier').. selepas pertama kali berniaga bayaran kami dan hasil jualan kami agak okay.. maka tahun-tahun berikutnya 'supplier' pula berebut mencari kami untuk menjualkan kad-kad mereka.. hehehe!!!  Masa ni kami dah tak perlu sangat memikirkan modal kerana bayaran secara ansuran sehinggalah tamat masa mereka 'collect' semula kad-kad barulah kami selesaikan bayaran..  Ada banyak 'supplier' kad ucapan ini.. paling popular adalah kad Duta dan kad Creative... selain dari tu kami juga berurusan dengan Syarikat Prosperin dan ada lagi beberapa syarikat.. memandangkan ruang booth adalah terhad kami hanya mengambil beberapa rak dari setiap 'supplier' untuk mempamerkan kad-kad pelbagai jenis.. Ada beberapa kali di bulan Ramadan kami mendapat berniaga di dua tempat.. di Kompleks P.K.N.S. dan juga di Plaza Alam Sentral..
Di kala itu penjualan kad ucap hari raya ni memang bersaing dengan peniaga-peniaga kad raya terutama di toko-toko buku dan kompleks membeli-belah.. Walaupun persaingan sengit tapi sambutan jualan kad hari raya memang menggalakkan..


Untung ke jual kad raya ni..? Setahu kita kad raya ni murah je kan.. paling murah ketika itu berharga 60 sen sekeping dan paling mahal kad muzik berharga RM20.00.  Kad popular  adalah kad 'giant' sebesar naskah akhbar Harian Metro tu!!!  


Jika tempat kita berniaga ni strategik dan ramai pengunjung jualannya pun agak memuaskan.. hasil jualan dalam anggaran lebih kurang RM 50,000.00 hingga ke RM 70,000.00 ...  hasil bersih tolak modal dan sewa tapak ...boleh capai 5 angka.. antara RM 15,000 keatas... 
Tapi tidak lagi buat masa sekarang.. jualan dikatakan merudum dan pada tahun 2006 adalah tahun terakhir kami berniaga kerana melibatkan sistem undian untuk mendapatkan tapak berniaga ianya bergantung pada nasib.. jika bernasib baik dapatlah jika tidak.. terpaksa akur dengan keputusan undian... bila tahun berikutnya tiada lagi nama kita naik.. tiada rezeki di situ..  rakan-rakan yang berniaga kad raya tahun tersebut sudah mula merungut kerana jualan semakin menurun..  rupanya ada hikmah di sebaliknya .... sehinggalah kini jualan kad hari raya semakin berkurang.. 

Masih ingat tak lagi sewaktu kad raya mendapat sambutan dulu pejabat pos terpaksa mengambil pekerja 'part time' untuk menguruskan kad-kad raya yang menimbun berguni-guni banyaknya..
Rindunya suasana itu..




Plaza Alam Sentral, Shah Alam - pelanggan sedang memilih kad.. nampak ramaikan!!!


Plaza Alam Sentral, Shah Alam - anakku Nabilah (kanan)  juga turut membantu ketika ini beliau berusia 12 tahun... November, 2002


Plaza Alam Sentral - anakku Nurul 'Ain (kanan) berusia 11 tahun juga turut sama.. masing-masing merasa seronok terutama sewaktu berbuka puasa bersama..


Nabilah ketika ini sudah berusia 15 tahun (2005) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam..


Ruangan booth terhad... Ain sebagai kaunter di Plaza Alam Sentral, Shah Alam (2005)


Di Kompleks PKNS:  suamiku yang membongkok sedang melayan pelanggan.. Perniagaan di Kompleks PKNS amat menggalakkan kerana pelanggan ramai berkunjung di sini sambil memilih pakaian dan juga juadah berbuka puasa.. juga urusan di pelbagai sektor kerajaan, bank yang bertempat di kompleks ini..

Sunday, August 28, 2011

~Memori lalu~ Tempoh puasa paling panjang dalam hidupku

~Memori Ramadan 3~




28 Ramadan, 1432H (28/08/2011)


Ramadan telah hampir melabuhkan tirainya.. terasa sedih dan sayu untuk meninggalkannya.. Semoga kita akan di pertemukan oleh Allah S.W.T Ramadan akan datang dengan menanam keazaman agar dapat lagi di perbaiki amalan-amalan yang masih tidak sempurna di tahun ini dan di kurniakan kesihatan yang baik.  Walaupun begitu kita bermohon pada Allah agar di terima amalan kita tahun ini dan di ampunkan segala dosa samada sengaja atau tidak di sengajakan dosa masa lalu dan terkini.. semoga amalan baik di bulan  puasa seperti bangun awal pagi dan menunaikan solat Suboh di awal waktu, melakukan solat-solat sunat, mengaji al-Quran dengan memahami maksudnya, bersedekah, juga saling bantu membantu sesama manusia ini dapat di teruskan pada hari-hari seterusnya.. Walaupun sedikit tapi buatlah dengan istiqamah.. Insha'Allah semoga di rahmati Allah.

Banyak kenangan lalu di bulan Ramadan buat diriku ini.. antaranya pengalaman berpuasa di perantauan pada tahun 1986 dan tahun 1987 masih tersemat dalam ingatan.. Diriku di bawa bersama oleh ibu saudara ke Amerika Syarikat untuk menjaga kedua-dua anaknya yang masih bersekolah rendah dan ibu saudara melanjutkan pengajian Phd-nya di Ohio State Universiti,  Columbus, Ohio, Amerika Syarikat.  Terima kasih Auntie kerana sudi membawaku bersama menimba pengalaman manis di sana.. Jika di ikut diriku memang tak mampu untuk kesana apatah lagi untuk menyambung pengajian memang tak la.. kerana keputusan akademikku yang sememangnya tidak cemerlang.  

Apa-apa pun ku bersyukur ke hadrat Illahi kerana di beri peluang yang sungguh manis ini menjejak kaki di bumi Allah yang indah dan permai dengan merasa perubahan empat musim yang tak pernah ku kecapi sebelum itu..  Betapa seronoknya dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini  yang sungguh hebat dan juga pengalaman yang sering tergambar dalam ingatan walaupun telah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan.

 Artikel yang di tulis oleh wartawan The Ohio State Lantern (The Ohio State University, Columbus, Ohio)
pengalaman rakyat asing berpuasa di musim bunga menjelang musim panas di benua Amerika pada bulan Mei, 1986.. Interview yang di buat antara ibu saudaraku 'graduate student' dengan wartawan James Kuake yang sama-sama menikmati juadah berbuka puasa yang ku sediakan bersama ibu saudara.  Dah tak berapa ingat apa yang ku masak? Ayam masak kicap dan sup kot.. ishhh dah lama sangat laaa 25 tahun lalu.  Masa tu ku berusia 20 tahun 5 bulan...!!!


Tempoh waktu puasa  yang agak panjang di bulan Mei Musim bunga adalah pengalaman 2 kali dalam hidupku iaitu tahun 1986 dan 1987.. Waktu Subuh lebih kurang jam 4 pagi lebih dan waktu Maghrib jam 9 petang lebih.. ini bermakna tempoh puasa lebih kurang 17 jam.. berbanding kita di Malaysia hanya lebih kurang 13 jam.. Walaupun begitu ianya tidak terasa sangat kerana cuaca pun tidak begitu panas di musim bunga.. Inilah pengalaman berharga dalam hidupku.. Menjalani ibadah puasa di negara bukan Islam ni pun tiada masalah jika kita berpegang teguh dengan agama suci Islam.. kerana ramai juga masyarakat Islam yang menetap di sana.  Masjid pun tidak jauh dari tempat tinggal.. Masyarakat Islam di sana sentiasa bekerjasama dan saling bantu  membantu antara satu sama lain.. Kerap juga mereka mengadakan perjumpaan dan rehlah.

 

Pengalaman menyeronokkan bila menjelang solat Aidil Fitri, ianya di adakan di taman bunga.. Ada dewan kecil di situ tak dapat memuatkan jemaah yang ramai dalam dewan jadi jemaah ada yang solat di taman .. waaaa masih terbayang lagi warna warni juga haruman bau-bauan bunga ros.. nama pun Park of Roses memang di hiasi dengan pelbagai jenis warna bunga dan saiz besar dan kecil.. memang sungguh mengasyikkan.  Selain warga Amerika ianya menghimpunkan pelbagai bangsa dari seluruh dunia meraikan suasana Aidil Fitri  di taman tersebut.. Meriah memang meriah sambil beramah mesra ada hidangan ke tidak dah lupa pulak... huhuhu!!! Seingatku pot luck sempena hari raya rakyat Malaysia dengan keluarga Arab dan Afrika ada juga buat di taman lain.. Bilalah ku dapat menikmati suasana sebegitu lagi.. Sesuatu pengalaman yang indah dan masih harum mewangi..






Thursday, August 25, 2011

Setahun lalu menggamit memori ~ Memori Ramadan bersama Arwah Abah tercinta ~


~Memori Ramadan 2~


Bulan Ogos hampir melabuhkan diri, terimbau kembali kenanganku bersama  Arwah Abah tercinta ketika mendapatkan rawatan lanjutan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, ke Hospital Kuala Lumpur...setahun yang lalu bersama surat doktor dan segala rekod juga keputusan CT Scan sebagai rujukan. 

5hb. Ogos, 2010,... Awal pagi bertolak ke K.L..  jam 9.20 pagi tiba di hospital.. Suamiku menghantar ke klinik pakar Jabatan Radioterapi dan Onkologi (atas bantuan En. Aiyri  kakitangan HKL menunjuk arah) first time appointment di HKL tak berapa tau lagi selok belok. (terkonfius ejaan sel'o'k bel'o'k sekarang ejaan yang betul u atau o ya!! tak kisahlah janji ada sebutan - tapi bagi pelajar sekolah sila rujuk pada guru ya!! - mak cik dah lama tinggalkan bangku sekolah ni!!)

Setelah mendaftar buat pertama kalinya di HKL.. tiba giliran berjumpa doktor.. Dr. Chan doktor pakar yang merawat  Abah.. check tekanan darah, ujian darah.. dan doktor meneliti segala rekod yang di kirim bersama dari doktor HTAR. Doktor memberi panduan padaku arahan untuk menjaga Abah sepanjang treatment pemakanan ubat kemo ini di rumah.. pada mulanya ku ingat ianya dilakukan di hospital.. cucuk itu ini bagai.. tapi rupanya hanya telan pil je.. owh okayla kan. Tapi fungsinya sama.. akan berlaku pelbagai kesan seperti rambut gugur, kurang selera makan, badan jadi lemah tak bermaya atau mungkin selepas makan ubat ini akan muntah.. (macam seksa je bunyinya tapi kita kena ikhtiar untuk badan boleh bertahan dan sesungguhnya Allah yang menyembuhkan segala penyakit dengan izinnya).


Berbekalkan ubat-ubatan berdozen-dozen dari farmasi.. ada lagi tiada dalam gambar..wow banyaknya!!  Ubat pink tu adalah ubat kemo yang doktor kata dosnya rendah bagi Arwah Abah kerana faktor usia dan fizikal Abah.. Selesai segala urusan kami balik ke rumah..

Pada hari Jumaat, 6hb. Ogos, 2010, Hari pertama memulakan makan ubat tersebut..
sejam kemudian berlaku tindak balas.. Badan Abah tiba-tiba menggigil.. ku pegang suhu badan Abah naik mendadak.. Abah langsung tak boleh nak menggerakkan badannya.. Selera makan langsung hilang.. Hati mulai risau.. macamana ni.? apa nak buat..? Ku segera hubungi HKL jabatan berkenaan.. Seorang staff menjawab panggilanku.. ku beritahu komplikasi yang sedang di alami oleh  Abah.. Pegawai perubatan tersebut memberi nasihat agar ku berhentikan sementara pengambilan ubat tersebut dan segera bawa Abah ke klinik terdekat. Ia mengarahkanku agar bawa Abah ke hospital pada hari Isnin berikutnya.


Selepas tu kubawa Abah ke klinik berdekatan bersama suami.. Abah demam!!  Beri Abah ubat paracetamol.   Kami jaga Abah dengan penuh kasih sayang.. Kakak yang banyak beri perhatian tentang pemakanan.. Emak ada di sisi jika Abah memerlukan dan ku yang tinggal berhampiran menjenguk Abah setiap waktu untuk membersihkan dan buat apa yang perlu ... Jadual pemakanan ubat adalah duti yang wajibku lakukan.


Badan Abah lemah dan seleranya hampir tiada.. badan semakin menyusut!! Apa yang dapat ku lakukan hanya  berdo'a agar Abah segera pulih dan kembali cergas. (Ku teringat sebelum bawa Abah ke hospital untuk appointment pertama di HKL Abah bersemangat selepas mimpi arwah Neneknya datang dan urut badan Abah.  Abah boleh berjalan ke kedai gunting rambut di hadapan rumah setelah sekian lama terbaring di katil.. Abah nampak bertenaga ketika itu..)


9hb. Ogos, 2010, bawa Abah ke hospital berjumpa doktor.. Doktor beritau mengikut pengalaman biasanya ubat tersebut bertindak balas agak perlahan.. kemungkinan komplikasi yang Abah dapat ketika itu bukan berpunca dari ubat kemo tersebut.. Doktor mengambil sample darah untuk kajian.. Doktor nasihatkan Abah berehat dan menunggu keputusan darah tersebut samada sesuai atau tidak untuk  sambung semula pemakanan ubat tersebut.. Alhamdulillah balik ke rumah dapatlah sambut puasa di rumah.  Mula berpuasa pada 11hb. Ogos, 2010. (1 Ramadan 1431H)


  

Kembali mendapatkan rawatan ke HKL pada hari Isnin 16hb. Ogos, 2010 (Abang Azhar hantar) untuk mengetahui keputusan ujian darah.. Doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah.. dan Abah di tahan dalam wad Radioterapi dan Onkologi untuk pemeriksaan lanjut.  Ku menemankan Abah (dengan izin suami)..... tanpa membawa sebarang persalinan... huhuhu!!  Pengalaman ku berpuasa di hospital dan mengajarku erti kehidupan...   Bulan puasa susah bagi suamiku untuk ke KL ni dengan anak-anak bersekolah dan sudah tentunya untuk menempuh kesesakan jalan raya kota metropolitan.. jadinya apa yang ku pakai je laa sehelai sepinggang... bagi Abah tentunya memakai pakaian hospital..  tak pe lahh berkorban apa sahaja.. badanku berbau wangi tak salin pun tak pe.. ya la tu... errrr!!! Berapa hari pulak ni nanti di hospital?? Tak kan langsung tak salin.. huh!  Nasib baik abangku yang tinggal di Cheras.. baik hati.. sanggup balik ke rumahku di Kelang untuk mengambil sehelai dua persalinanku.. tapi ada juga barang keperluan yang anakku tertinggal untuk di kirimkan.

 
Pemandangan dari hospital... KLCC - macam dekat je kan!!

Hari pertama menjalani ibadah puasa di hospital...  Mencari makanan untuk berbuka di cafetaria hospital.. tanyakan pekerja di situ waktu sahur cafeteria di buka atau tidak.. jawapannya tidak!!  Macamana nak bersahur? Nampaknya kena sediakan awal untuk makanan bersahur.. beli kurma dan air mineral di hospital shoppe, roti paling mudah, air panas boleh buat di wad nampak ada milo dan susu di sediakan.. Waktu berbuka tiba. Penjaga pesakit kebanyakan berbuka di wad juga.. Nampak berselera je!!


Untuk menjalani ibadah tak menjadi masalah .. bilik solat dan kitab-kitab ada di kawasan wad. Alhamdulillah.  

Berada di wad sekurang-kurang doktor dan misi mengawasi perkembangan pesakit.. jadi tahu tahap kesihatan yang betul !!!  Wad ni di huni oleh pesakit pelbagai jenis kanser.. simpati dan sedih juga.. kebanyakan mereka sering muntah dan kurang selera makan.. masing-masing kelihatan lemah.. Alhamdulillah Abah jarang mengalami muntah-muntah sepanjang sakit.. Abah dapat berehat dengan tenang dan ada selera makan di hospital..


Menjelang malam.. tak de apa yang ku lakukan selepas solat isya' dan tarawih, berehat di sebelah Abah.. tak banyak sembang.. sesekali cuba melelapkan mata tapi.. awal sangat.. kebiasaan di rumah tidur jam 12.00 malam. Dapatlah tidur-tidur ayam.. Abah kejutkan jam 2.00 pagi untukku bersahur.. Abah ingat dah jam 5.00 pagi..  ku sambung tidur ayam.. biasalah kan di hospital mana boleh lena sangat!!   jam 5.00 bangun dan sahur.. Ambilkan Abah wudu' dan ku ke bilik solat, Solat Subuh, dan mengaji sehingga nampak cahaya terang di luar.. 


Abah di rawat seperti biasa, ambil tekanan darah dan di beri ubat.. Pakar pemakanan datang dan beri pengetahuan mengenai makanan berkhasiat untuk pesakit kanser.. Seperti Abah bubur dengan hidangan sayur-sayuran dan sedikit protin.. buah-buahan atau puding.  Apa saja yang Abah suka makan boleh di beri..

Abang Azhar ada beritahu Chow Kit tak jauh dari hospital.. jadi ku minta izin dari Abah untuk mencari barang keperluan.. lebih kurang jam 4.00 petang..ku redah je jalan yang ku sendiri tak tahu ikut je jalan utama luar kawasan hospital... berjalan kaki lebih kurang dalam tempoh 10 minit  ku dah sampai di Jalan Chow Kit.. lorrr dekat rupanya. Ku singgah di pasaraya UO membeli barang keperluan sebagai musafir hospital di bulan Ramadan.  Dalam perjalanan balik ke hospital singgah di bazar berhampiran hospital beli makanan untuk berbuka dan bersahur.. Nasi dan lauk ku asing untuk sahur..  Pagi tu sahurlah dengan nasi sejuk.. dan lauk sejuk!!! 


  
 Berjalan-jalan di Jalan Chow Kit..

Hari kedua atau ketiga (tak berapa ingat sebab tak catit) Abah terima darah sebanyak 1 pain.. Kemudian di bawa ke bilik x-ray.. makan ubat.. Ku temankan Abah untuk ke bilik air.. Tengahari abang Azhar datang ziarah Abah..


Waktu terluang berjalan sekitar kawasan hospital bersama 2 kawan baru yang sama-sama jaga anak atau suami.. melihat gerai-gerai  pin-pin baju, jual kuih dan pakaian..  Adalah capai satu dua.. dah depan mata nampak yang berkenan beli juga lahh!! Kemudian ke bazar makanan cari makanan untuk berbuka dan sahur.   Balik dari bazar nampak Emak datang ziarah Abah dengan adik ipar.. Seronok rasa hati Emak dapat datang.. Emak nak jaga Abah tapi ku tak benarkan.. biarlah Emak berehat di rumah lebih selesa.. 

Seperti hari sebelumnya tiada makanan panas untuk sahur... huhuhu!!! Redha dengan apa yang ada.


Tak berapa ingat berapa hari di hospital tapi rasanya dalam 4 hari.. doktor benarkan pulang.. tak perlu teruskan ubat kemo hanya teruskan dengan vitamin dan ubat tahan sakit sahaja.. Abang Azhar datang ambil.. dan kami pun pulang... Lega dapat balik.. Abah pun nampak sedikit cergas dan boleh berjalan.. Alhamdulillah.

Perjalanan pulang bawa Abah melihat panorama di Kuala Lumpur dan mengelilingi Tasik Perdana .. hanya melihat dari dalam kenderaan je!!! 

Inilah pengalaman yang tak dapat ku lupakan.. Ramadan terakhir bersama Abah..  Tinggal kenangan yang tersemat di jiwa.. Abah kami amat menyayangi Abah semoga Abah damai di sana dan segala kesakitan yang Abah alami dulu menebus segala kesalahan di dunia.  Sesungguhnya seseorang yang redha dengan kesakitan yang menimpanya merupakan peningkatan darjat keimanan seorang mukmin. Allah amat penyayang dan mengasihani hamba-hamba-Nya. AL-FATIHAH!!!

(Temujanji terakhir Abah di HKL 23hb. September, 2010 dan doktor memberi surat untuk rujukan doktor di HTAR, Klang.. dalam surat tersebut baru ku tahu Abah berada di stage 4, selepas itu tiada lagi ke hospital dan hanya rujuk pada doktor - Dr. Hj. Abd. Rani dan Suchipto rakan suami, yang datang ke rumah sewaktu Abah sedang tenat pada 30/11/2010.. dan Arwah Abah hanya ingin tinggal di rumah di saat akhirnya dan doktor  izinkan tidak perlu bawa ke hospital dan rawat dengan do'a dan ubat hingga Abah menghembuskan nafas teakhir di sampingku dan anakku Syima jam 9.55 pagi pada 25hb. Disember, 2010.  Emak sedang bersedia untuk mengambil wudu' waktu tu untuk membacakan Yaasin di sisi Arwah Abah..anak-anakku sedang mengaji di luar bilik.  Kakak menghubungi anaknya di Matrik Melaka dan adik beradik yang lain di hubungi.. )  Dengan iringan do'a semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohmu Abah..semoga Allah menghimpun Arwah Abah di samping para solihin.. AL-FATIHAH..




Saturday, September 4, 2010

Masih ku ingat lagi Ramadan 3 tahun yang lalu ~ kenangan bersamamu~ AL-FATIHAH- Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat keatas rohmu dan berbahagia di sana. Amiin.

~Memori Ramadan (1)~ 

Ramadan 3 tahun yang lalu, tahun akhir buatnya...Dua tahun berada di negara tumpah tanah darah ibunya menyambung pengajian di bumi California.. dalam suasana sekeliling yang jauh berbeza dengan suasana puasa di tanah airnya (Malaysia) sendiri.. Di sana penuh dengan cabaran namun dilaluinya Ramadan itu dengan tabah dan sabar..

Rakan serumah yang bukan seagama namun memahami dan menghormati rakan baiknya menjalani ibadah sebagai seorang mukmin yang sejati.. menjadi contoh terbaik buat rakannya. Rakan baik yang ibarat seperti adik beradik.. Budi pekerti dan kesantunannya amat menyejuk hati sesiapa yang memandangnya.. walaupun dari raut wajahnya tiada langsung wajah kemelayuannya.. Budi bahasanya amat tinggi sekali dan memelihara budaya timur sebagai seorang Islam walaupun di kelilingi dengan suasana kehidupan yang serba bebas. Kesunyian kehidupan sebagai anak tunggal dalam keluarga kahwin campur Amerika/melayu membawa pengertian buat dirinya menganggap keluarga kami sebagai keluarga angkatnya.. untuk memecah kesunyian dirinya sebagai anak tunggal.. beliau sungguh gembira bila berpeluang mengenali adik-adik baru dalam kehidupannya..

Kesepiannya terubat dengan kehadiran kami dalam hidupnya walaupun sebentar cuma... kau yang kami sayang..kau yang kami rindu... Walaupun jarak waktu yang telah lama kau tinggalkan namun ianya seperti baru sedetik berlalu pergi.. setiap kata rindu yang kau sampaikan dan kasih sayang yang diluahkan.. setiap bait perkataanmu menjadi memori yang sentiasa tersemat dihati kami.. Do'a sentiasa mengiringimu duhai "anakku".. Anak yang baik.. anak yang cerdik.. Penghibur ayahbondamu yang membesarkannya dengan penuh limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.. 
Senyummu masih terbayang di gambaran foto terakhirmu... lagu-lagu kirimanmu menjadi penghiburku.. setiap iringan do'amu penyejuk hatiku.. Semoga Rohmu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan diterima segala amalan baikmu serta di himpunkan di kalangan para solehin.  AL_FATIHAH.. Amiin.

Berikut adalah sebahagian notanya di bulan Ramadan 3 tahun yang lalu yang masih tersemat dalam ingatan kami... sebelum berlaku tragedi yang tak disangka dalam penghakhiran kehidupannya di usia yang terlalu muda.. memori seterusnya akan ku nukilkan bila tiba masanya nanti..


Merah adalah warna kegemarannya.

RAMADAN O RAMADAN
Sep 15, 2007, 6:56 pm

O how I miss Malaysia, especially at this time of year. Why? It's because of Ramadan. Here in California, you can't feel the sense of this holy month unless you're at the mosque or the Islamic Center. So, it's hard to be a Muslim in the States. People around you will brand you as weird or radical coz you take up your faith seriously. But unlike Jake and a few others, they'd understand and respect you for it
O Ramadan, how I long for you
Help me to face the trial of life here
Peacefully and calmly
O Ramadan, blessed month
God's mercy is without end.......





 


Sep 15, 2007, 7:26 pm

Hi! This is a picture of me taken by Jake yesterday. It's the coolest time of the day that is the breaking of fast. It's a strange thing, that is Ramadan....It teaches us to reflect on ourselves and others. The thirst and hunger of others are felt. My prayer that night: "O God, my Lord! May you fulfill the needs of others such as You have given me....Amen." Here's to you Ummi Nora. I'm always thinking of you and your family. O how nice it is to be in Malaysia surrounded by your loved ones..



HAVING A SPLASH!
Sep 22, 2007, 5:09 pm

I know it's Ramadan and I can't have a drink, so I followed Jake to the pool to "cool off" at the campus pool even though it's freezing outside. Well, thank for the super heater of the pool, I didn't catch a cold. I think swimming is good for your body , mind and soul. A little swimming won't hurt, for me that is. Wish you guys were here.



10.1.07 (Oct. 1, 2007)
Hi ummi..
 Well, to tell you the truth.... I am a little bit "manja". I am also a sensitive guy especially relating to emotion. My mom and dad are seldom around these days and I feel so "alone". That's why I thank God I found you. You , are_in and the rest of your family are my family here.
 Say hi to all my "sisters' and 9 year old brother.  >>HUGS<<
Have a nice day ahead.
Your "son",
~Nick Danie~l


10.7.07 (Oct. 7, 2007)
Salam ummi nora,
 It's been a while since I read your message. Seems you've been busy for celebrating this coming Eid. Done a lot of baking lately? I do really miss it... I mean the ambiance and the feeling of celebrating Eid in Malaysia.
 About my parents, they'r arrive here last Friday. I really do missed them. But for now, they'd to stay in a nereby hotel and are attending to some business of theirs. I'll be seeing them tomorrow for arrangements to Switzerland.
 To my lil' sis and bro, good luck in your exam. Do study hard and smart. Concentrate okay! Then you'l be able to achieve more and someday, you'll be here in California following my footsteps.
 To ummi and family, I would like to wish you a Happy Eid and Maaf zahir batin in advance.
Your loving son,
~Nick Daniel~


10.10.07 (Oct.10, 2007)
To my dearest Ummi,

  Don't worry ummi, I'll never forget you. Wherever I may be but my hearts will always be thinking of you. Have a nice Raya Celebration and a nice trip back home.
 And I would like to say Maaf Zahir Batin for everything I do or done which made you feel uneasy or disrespect you in anyway. Please forgive me for all my wrongdoings towards you and your family.
 You're the best thing that happens to me.

So, before leaving, I'd like to wish you and your family a Selamat Hari Raya and Maaf zahir batin. Have a great one. Don't worry, we'll stay in touch.... always! 
Remembering you always, 
Your loving son,
~Nick Daniel~Smile

Sep 14, 2007, 8:04 pm

East is East
And West is West
Often people say
But there will come a day
When differences will melt away
With Love & Care
Will help to bridege the gap
Love & Care
Will rub the line right off the map
Some say we haven't got a chance
But we'll get through it
With Love & Care
Love & Care
Will help us joint hand
In a language each understand
Some say there's no movin'
But I see approvin'
With Love & care

~Nick Daniel E~

Melodi Lagu dan lirik yang membuatkan airmatanya menitis.. He ~ "I can't help it but the song brings tears to my eyes. That's what I felt all this while." dan membuatkan ku menjadi sayu hati bila terdengar lagu ini setiap kali ia berkumandang "Bila Terasa Rindu". Kenangan syahdu!!!
Allah lebih menyayangimu "anakku".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails