11 hb. Mac, 2011, berlaku kejadian gempa bumi di timur laut kepulauan Jepun dengan ukuran melebih 9 skala ritchter.. pelbagai andaian dan gurauan yang tak masuk akal di buat oleh mereka yang boleh dikata tiada perasaan.
Melahirkan kata-kata hukuman dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui setiap kejadian dan tiada siapa yang boleh mengeluarkan kata hukum kecuali Allah s.w.t.
Seluruh dunia menyampaikan tanda simpati dan pelbagai bantuan di hulur tanda kasih sayang sejagat tak mengira darjat, agama dan bangsa kepada penduduk dan kerajaan Jepun di atas musibah yang tiada di jangka.. Ini semua adalah takdir yang telah di tetapkan Allah sebagai suatu peringatan kepada hamba-Nya yang sentiasa berfikir.. Mereka yang beriman akan bertambah imannya dan bagi mereka yang hendak berfikir betapa besarnya kekuasaan Allah yang tiada siapa boleh menghalangnya..
Walaupun penduduk yang di timpa musibah ini dalam kepayahan tapi mereka insan yang begitu berdisiplin dan masih tinggi nilai akhlak dan pekerti.. kerana tiada laporan kecurian berlaku dan mereka sanggup beratur panjang untuk menerima bantuan tanpa memotong barisan atau berebut-rebut.. Pemilik-pemilik kedai juga menghulurkan simpati dengan menderma barangan keperluan dari premis perniagaan mereka kepada mangsa... sungguh kagum dengan sikap tolong menolong juga disiplin tinggi mereka.. Agar mereka memperolehi hidayah dari Allah s.w.t dengan iman.
Berita gempa yang juga di tafsirkan sebagai bencana alam ini perlu di ambil iktibar oleh semua pihak di sebelah sana mereka cuba di selamatkan, seminggu kemudian kita digemparkan dengan berita pengempuran peluru berpandu tidak bermata menggempur rakyat tidak berdosa di Libya pula oleh kerakusan mereka yang mempunyai kepentingan dengan alasan untuk menyelamatkan penduduk dari kekejaman pemimpin walhal niat mereka untuk mengaut hasil kekayaan di dasar bumi yang kaya dengan emas hitam menjadi rebutan mereka yang kononnya menganggap diri sebagai penyelamat.. Pemimpin yang ego rakyat yang menjadi mangsa.. Di sini pula puak yang memang dah lama menanti dengan lapar telah mengambil kesempatan dan mengunakan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran negara tersebut untuk merampas hak penduduk dengan pelbagai alasan untuk menundukkan pemerintah kononnya tetapi dalam masa yang sama mempunyai agenda tersendiri..
Kisah lama (tersimpan dalam draft)... namun perlu untuk di jadikan iktibar...
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Friday, October 13, 2017
Friday, March 16, 2012
Hidayah dari Allah... indahnya ISLAM.. manisnya IMAN (Sheikh Yusuf Estes)
Hari Jumaat yang mulia, dengan rahmat kasih sayang Allah beri peluang untuk kita bernafas dan menghirup udaranya.. melihat sekeliling kita dengan penuh keinsafan.. mari kita muhasabah diri!!
Sheikh Yusuf Estes telah mengislamkan ribuan orang yang bukan Islam... bagaimanakah pendekatannya? Sheikh Yusuf seorang beragama kristian sebelumnya memperolehi hidayah dari Allah S.W.T. kerana kebenaran yang di carinya hanya ada dalam ISLAM. Semoga Allah merahmati segala usaha murninya hingga ke Jannah!!
Salah satu majlis yang dihadiri majoriti mereka yang beragama Islam menjadi saksi pengislaman beberapa orang bukan Islam mengucap syahadah ... menusuk ke Qalbu.. menitis airmata kita menyaksikannya. Di manakah kita yang lahir Islam? Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita bergelar Islam.. adakah Islam pada nama atau Islam baka hanya menurut sahaja tanpa penghayatan sepenuhnya?
Hayati dan tanya pada diri kita...
Masha' Allah... hidayah Allah menerangi hati manusia yang ingin mencari kebenaran.. Begitu indahnya Islam.. manisnya iman!! Mereka yang memperolehi hidayah setelah mendapat iman mempraktikkannya sepenuh jiwa. SubhanAllah!! ALLAHU AKBAR!!

Monday, October 17, 2011
Peristiwa menyayat hati ~ Anak kecil 2 tahun di langgar 2 pemandu kenderaan tanpa perasaan belas~
Ya Allah.. sampainya hati...pemandu dua kenderaan tersebut
ingat anak patung ke?
Sesuka hati dilanggarnya? Takkan tak nampak.. 18 individu yang
lalu lalang di situ pula hanya melihat dan tidak ambil peduli
atas apa yang berlaku ke atas anak kecil itu.. Anak kecil
yang masih bernyawa tergelimpang di atas jalanraya
dalam keadaan parah..
yang masih bernyawa tergelimpang di atas jalanraya
dalam keadaan parah..
Sehinggalah seorang wanita yang prihatin mengalihkan
anak kecil itu dan menjerit meminta pertolongan...
Di mana pula penjaganya? Setelah mendengar jeritan
wanita itu barulah si ibu tidak jauh dari tempat
kejadian menyedari anaknya
kejadian menyedari anaknya
telah terlibat dalam kemalangan ngeri...
Ini adalah suatu peringatan buat semua penjaga,
kita tak boleh lalai dan membiarkan anak
kecil berseorangan tanpa pengawasan..
Hindari dari berlaku kejadian sedemikian rupa..
Anak kecil tersebut seorang perempuan berusia 2 tahun
dalam keadaan kritikal dan sedang
di rawat di hospital... Dari gambaran CCTV
di tempat kejadian berlaku akhirnya 2 pemandu
kenderaan yang melanggar anak kecil ini telah
di tahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan..
Peristiwa ini sungguh menyayat hati..
bagaimanalah keadaan anak kecil itu sekarang?
Sakitnya bukan kepalang.. semoga Allah melindungi anak kecil ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)