Pages


Showing posts with label FIRMAN ALLAH S.W.T.. Show all posts
Showing posts with label FIRMAN ALLAH S.W.T.. Show all posts

Friday, September 12, 2014

PADA IBU JARI ADA TANDA KEKUASAAN ALLAH



Pada ibu jari kita terdapat salah satu tanda keajaiban yang paling dekat dengan kita yang boleh dijadikan iktibar tentang kekuasaan Allah SWT. Itulah 'garisan urat jari' yang terdapat pada ibu jari kita.

Garisan ini menjadi tanda pengenalan yang tepat bagi seseorang. Garisan itu tidak sama antara seseorang dengan yang lain. Tidak sama bagi semua orang yang telah dilahirkan sejak dahulu hingga kini. Oleh sebab itu tandatangan melalui cap jari tidak boleh ditiru, ditipu atau dipalsukan bentuk rupanya oleh sesiapapun.
 PADA IBU JARI ADA TANDA KEKUASAAN ALLAH 
"Apakah manusia menyangka bahawa tidak Kami akan kumpulkan tulang-tulangnya. Benar, (bahkan Kami) berkuasa untuk menyusun (dengan) sempurna jari-jari tangannya." ( QS: Al – Qiyaamah : 3 – 4 )
Orang-orang kafir menyangkal akan terjadinya kebangkitan semula manusia setelah tulang-tulang mereka yang mati berkecai di dalam tanah dan bagaimana setiap individu akan dikenali pada Hari Pembalasan. Allah yang Maha Berkuasa berfirman bahawa Dia bukan sahaja berkuasa untuk memasang tulang-tulang kita, malah Dia berkuasa menyusun dengan sempurna setiap jari-jari tangan kita.
Soalnya mengapa Al-Qur’an apabila menerangkan mengenai penentuan identiti setiap individu, menyebut secara khusus tentang jari-jari tangan? Dalam tahun 1880, cap jari telah menjadi kaedah saintifik pengenalan individu setelah kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt.
Tidak ada seorang manusia pun di dalam dunia ini yang akan mempunyai corak cap jari yang sama. Itulah yang menjadi sebab mengapa pasukan polis seluruh dunia menggunakan cap jari untuk mengenali penjenayah.
Pada 1,400 tahun yang lalu, siapa yang tahu mengenai keunikan cap jari setiap orang?  Pastinya tidak lain Allah Yang Maha Pencipta lebih mengetahui dan menjelaskannya dalam wahyu-Nya.


# TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : DR. Zakir Naik.
☆ Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil 'Adzim.
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli 'ala Muhammadin wa ala 'ali Muhammad


Kredit buat pemilik FB: "Aidah Yazid"

Wednesday, May 28, 2014

DO'A NABI S.A.W. UNTUK TERHINDAR DARI PENYAKIT NYANYUK




 Doa Nabi s.a.w. untuk terhindar dari penyakit nyanyuk 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud...."Dan Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (Q. Surah An-Nahl:16:70)

Dan firman Allah s.w.t. (Q. Surah Al-Hajj:22:5)


"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah."

Ayat-ayat ini menunjukkan penyakit nyanyuk berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.   Dengan itu kita diminta memohon dilindungkan dari penyakit ini, bahkan Nabi s.a.w. sendiri memohon berlindung dari-NYA.

# Seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. sering berdoa:


"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati."
( H.R Bukhari & Muslim. )

Tujuan kita berdoa ini, adalah untuk menghindari dari penyakit nyanyuk yang boleh menyebabkan kita kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman. Juga lemah dalam melakukan banyak ibadat dan meringan-ringankan sebahagian yang lain.

Terdapat ulama yang menggalakkan juga membanyakkan bacaan Al-Quran untuk menghindari dari penyakit ini. Kita memohon dari Allah SWT agar kita semua dilindungkan dari penyakit nyanyuk ini. 


Aamiin Allahumma Aamiin !

Kredit pemilik FB: "Aidah Yazid"

Monday, May 19, 2014

MISI SEMURNI KASIH


Kuala Lumpur International Airport, Sepang (KLIA) : 
Ahad - 18 Mei, 2014 (18 Rejab, 1435H).

Setelah selesai menghadiri dua majlis walimah bersama suami di kejirananku, selepas solat zohor ku dengan di temankan dua puteriku Nabilah (driver) dan Syima (co-driver) bergegas ke KLIA.   (Suami tak ikut sama sebab ada tugasan menanti di petang hari..)

Kami bertiga tiba di KLIA lebih kurang pada jam 2.50 p.m.  

Kami menyusul untuk menemui adik bongsuku dan suami di KLIA sebelum beliau berangkat dalam penerbangan menuju destinasi ke Singapura.  (Walaupun kami tinggal satu kawasan mereka telah di hantar ke airport oleh abang Ngah lebih awal lagi..)

Sempatlah kami bersembang sehingga jam 3. 45 p.m sebelum mereka masuk ke balai berlepas.  Jadual penerbangan dengan pesawat MAS jam 4.30 p.m.




Alhamdulillah pesawat selamat mendarat di Changi Airport, Singapore,  jam 5.25 p.m.  




Kami iringi do'a semoga niat murni mu akan di makbulkan Allah s.w.t. dan segalanya di permudahkan dengan izin Allah jua.. Cekal dan tabah ya adikku sayang.. sayunya hatiku!!  Kami sayang mu duhai adik bongsuku..  Mulianya jiwa mu setulus hatimu begitu juga dengan ke redhaan dari suami mu..  

Semoga Allah melimpahkan rahmat kesejahteraan usia, keberkatan dalam kehidupan sebanyak mana pengorbanan mu dan kesabaran mu ... di kurniakan anugerah berlipat-lipat kali ganda banyaknya oleh Allah s.w.t.  

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban:

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya:


Mafhumnya;


 10.  Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


11.   Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


12.  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.


13.  Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

surah as-Shaff : ayat 10 -13;




Firman ALLAH:


Mafhumnya;


39.  Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".


surah Saba’ : ayat 39;

sumber: http://suraualazhar.blogspot.com/2012/09/pengorbanan-dalam-perjuangan.html



WE LOVE YOU SO MUCH!!!


Sayup-sayup dari kejauhan ku melihat mereka melangkah kaki menuju ke gate 10..... dengan jutaan rahsia..............  Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui.. 

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!

Tuesday, October 4, 2011

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG




Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
 
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1)   Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)   Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)   Dan Kami telah meninggikan bagimu:  Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4)    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)     (Sekali lagi ditegaskan):  Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6)    Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh)  maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)    Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)./(8) 


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.


Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-


1.   Ambil Wudhuk.


2.   Mengadap kiblat.


3.   Baca Syahadah - 3x


4.   Al- Fatihah - 1x


5.   3 Qul- 1x


6.   Surah Insyirah - 1x


7.   Selawat Atas Nabi - 10x


8.   Baca Surah Yassin - 1x


9.   Baca Surah Insyirah 100x.


10.  Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan   dengan mudah dan tenang.


Contoh:


Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.


Sumber:


Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.



Hari ini Selasa 4 Oktober bermulanya peperiksaan PMR... anakku Nurhasyimah sedang berada di dalam dewan peperiksaan.. 

8.10 am - 9.10 am   - BM kertas 1
9.50 am - 11.50 am  - BM kertas 2

Anakku Nurhasyimah,....  harap kamu boleh lakukan dengan tenang dan baik... Ummi tidak beri tekanan buatmu.. ikut kemampuanmu duhai anak.. Ummi dan Abah hanya mampu berdo'a pada Allah.. segalanya terletak di bahumu.. Do'a kami buat mu anakku semoga Allah membantumu menghadapi ujian peperiksaan ini.. sesungguhnya Allah sentiasa mendengar permohonan hamba-Nya yang lemah ini!!

Selepas usaha, do'a dan tawakkal pada Allah.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 129 yang bermaksud:

 "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails