Selamat beristirehat saudara saudari yang di rahmati Allah semua... Nampaknya ahli rumah semua dah di ulit mimpi.. inilah masa terluangku... sebelum melelapkan mata nak post gambar yang agak tidak di gemari di lihat oleh anak-anakku..,"Ummi tak payahlah ambil gambar-gambar ni?"
" Anak-anak tengok je la.. Ummi nak upload dalam blog diari.. dah lama tak update diari Ummi ni.. sebab.... inilah kisah hidupku...."
Sebahagian kain yang menimbun untuk di cuci.. sebenarnya banyak lagi.. dah macam kedai dobi pulak!! Kain-kain ni mula berlonggok sekembali di bawa pulang pada setiap hari Ahad atau Isnin..
Mengharapkan panas hingga ke petang......... banyak kain menanti giliran untuk sidaian..
Berwarna-warni....kain di sidaian... heeee!!
Mesin basuh yang banyak berkhidmat meringankan sedikit bahu dan tanganku menyuci... setiap load kain yang telah siap di cuci, mesin di rehatkan sebentar.. kemudian sambung berputar lagi.. beroperasilah ia hingga ke malam..
Kain berwarna dan berminyak biasanya perlu di cuci terlebih dahulu.. . jika lambat ia akan menyebabkan kain ber'tahi' lalat.. Kain berwarna putih tidak menjadi masalah untuk direndam dengan peluntur.. selepas rendaman segala kotoran telah bersih pada kain dan hanya perlu di toskan sebelum dibilas... Cara ini meringankan sedikit kerja mesin cuci.. Jika mengharapkan mesin cuci untuk rendaman dan cucian memakan masa lebih dari sejam setengah.. dan adakalanya ia tidak begitu bersih.. Di sebabkan terlalu banyak kain untuk di bereskan memang tidak mampu tugasan ini siap dalam masa sehari... bergantung pada cuaca pula..adakala panas tak sampai ke petang... adakala dari pagi mendung mengundang..
Bila hujan turun.....bergegas pula mengambil kain di jemuran..
Setelah bergelut dengan kain.. perut penghuni rumah juga perlu di isi...Waktu tengahari anak sulungku pulang kerja untuk makan waktu rehat dan adik-adiknya pulang dari sekolah.. giliran bersilat di dapur... masak serba ringkas..
Daging tetel masak asam pedas... makanan kesukaan suamiku dan anak-anak.. nampak berlemak dan berminyak pulak!!! Memangku memerlukan lemak untuk tenaga bagi menguruskan segala kerja... huhuhu... harap bila berjemur tengah panas buat kerja dapatlah membakar segala lemak... badan tak juga susut!! errrrr!!
Sayur campur... warna-warni.. bagi anak-anak yang tak berapa gemar makan sayur.. masakan begini membuka selera mereka!!! Alhamdulillah!
Selingkar kisah untuk hari ini.... semoga Allah beri kesihatan yang baik buat ku sambung kembali tugasan di hari berikutnya... Wassalam!!
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label IMPIAN NUUR CANOPY. Show all posts
Showing posts with label IMPIAN NUUR CANOPY. Show all posts
Wednesday, October 5, 2011
Tuesday, November 9, 2010
IMPIAN NUUR CANOPY (3) ~ PENGENALAN~
Hiasan bunga ini ada peminatnya...
sampai ke Kedah dia merantau
Salam sejahtera.
Beberapa hari yang lalu ada seseorang telah menelefon saya bertanyakan website atau blog mengenai khidmat sewaan canopy yang di kendali oleh suami saya.
Sebenarnya dah lama pertanyaan ini di kemukakan oleh pelanggan. Ada di antara mereka mengetahui khidmat kami ni pun melalui search di website dan terjumpa "Nuur Canopy" di situ tanpa di sertakan gambar.. Sebenarnya saya pun tak mengetahui wujudnya nama syarikat kami di website tersebut sehinggalah mendapat tahu mengenainya melalui beberapa orang pemanggil beberapa tahun yang lalu.. Terima kasih kepada syarikat pengiklanan tersebut yang sudi menampilkan maklumat syarikat kecil kami ni.
Sedang mengubah bunga di Shah Alam - belum siap sepenuhnya... (07.07.07)
Selain mereka mendapat maklumat ini di website, ramai di antara pelanggan kami adalah hasil recommendation dari saudara mara, jiran tetangga dan sahabat pelanggan-pelanggan setia kami.
Sebelum ini kami di kenali sebagai Nuur Canopy.. tetapi bila nak daftar perniagaan dah ada syarikat lain menggunakan nama tersebut jadi permohonan untuk menggunakan nama tersebut tidak di luluskan jadi kami menambah "Impian" di depan nama Nuur Canopy itu.. sehinggalah kini trademark kami "IMPIAN NUUR CANOPY".
Oleh kerana blog suka-suka saya ni berkisar mengenai diari yang jarang sekali di update, koleksi campur-campur juga cerita memori baru dan silam yang tak seberapanya.. ada juga sedikit terselit catatan mengenai khidmat kecil-kecilan kami ini.
Untuk membuka satu lagi blog website khusus untuk khidmat ni rasanya tak kot.. sebab kami menjalankan khidmat kecil-kecilan saja sekitar kawasan kami di Meru, Kapar, Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan kawasan yang berhampiran saja.. Setakat ni paling jauh yang kami pernah pergi adalah Kuala Lumpur, Kuala Kubu Baru, Ulu Langat, Puchong, Banting, Sepang, PutraJaya, Sabak Bernam dan Rembau, Negeri Sembilan..
Cukuplah low profile kami menumpang di ruangan ini. Lagipun saya tak kerap mana pun update ruangan ini.
Selesai majlis, kain bertimbun perlu di bereskan..
Jadi bagi sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar mengenai canopy bolehlah klik gambar canopy di ruang kanan ni atau label Impian Nuur Canopy di bawah. Hari ini atas permintaan, saya tambah title profile di atas untuk memudahkan search di website.
Terima kasih atas mereka yang berkenaan atas kesudian bertanyakan mengenai blog ini. Semoga Allah s.w.t. melimpahkan Rahmat dan keberkatan keatas hamba-hambaNya yang sentiasa berdo'a kehadratNYA. Amiin.
Sunday, November 7, 2010
IMPIAN NUUR CANOPY (2) - Majlis walimah
Minggu yang agak sibuk sedikit... selesai juga akhirnya menyiapkan jahitan scallop langsir warna biru/baby pink atas permintaan pelanggan..
Semalam dan hari ini majlis walimahtul urus yang di langsungkan oleh pelanggan-pelanggan kami telah selesai dan Alhamdulillah segala urusan telah berjalan dengan baik. Walaupun hari ini cuaca redup, hujan turun renyai-renyai membasahi bumi telah menyamankan suasana dan selesa sekali tanpa memerlukan kipas air (mist fan)... Tentunya tuan rumah yang menerima ramai kedatangan tetamu undangan ini berasa lega..
Saya dan suami pun boleh menarik nafas lega juga. Al-maklumlah selagi majlis tak selesai.. perasaan kami pun berdebar-debar juga seperti tuan rumah yang mengharapkan majlis mereka terlaksana dengan sempurna..
Tahniah buat pasangan pengantin baru dan juga keluarga pengantin.. Semoga Allah menurunkan rahmatNya dengan keberkatan jodoh, melahirkan zuriat yang soleh/solehah dan kehidupan yang mewangi berkekalan hingga ke Akhirat kelak.
Terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan syukur dari tuan rumah.. dan kesudian mereka menggunakan khidmat "IMPIAN NUUR CANOPY" kami.. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi.. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah Azzawajalla.. Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan kami dalam kesejahteraan dan dapat menjalani tugas dengan baik..
Tema- pink lembut/biru, kuning jagung untuk tiang dalam. (7/11/2010)
Semalam dan hari ini majlis walimahtul urus yang di langsungkan oleh pelanggan-pelanggan kami telah selesai dan Alhamdulillah segala urusan telah berjalan dengan baik. Walaupun hari ini cuaca redup, hujan turun renyai-renyai membasahi bumi telah menyamankan suasana dan selesa sekali tanpa memerlukan kipas air (mist fan)... Tentunya tuan rumah yang menerima ramai kedatangan tetamu undangan ini berasa lega..
Saya dan suami pun boleh menarik nafas lega juga. Al-maklumlah selagi majlis tak selesai.. perasaan kami pun berdebar-debar juga seperti tuan rumah yang mengharapkan majlis mereka terlaksana dengan sempurna..
Posisi mengambil gambar yang agak kurang menarik dari dalam kenderaan bergerak kerana cuaca hujan ketika ini, tambahan pula saya yang amat pemalu untuk snap-snap gambar ni.. terutama di khalayak.. (majlis November 7, 2010)
Tahniah buat pasangan pengantin baru dan juga keluarga pengantin.. Semoga Allah menurunkan rahmatNya dengan keberkatan jodoh, melahirkan zuriat yang soleh/solehah dan kehidupan yang mewangi berkekalan hingga ke Akhirat kelak.
Terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan syukur dari tuan rumah.. dan kesudian mereka menggunakan khidmat "IMPIAN NUUR CANOPY" kami.. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi.. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah Azzawajalla.. Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan kami dalam kesejahteraan dan dapat menjalani tugas dengan baik..
Di bawah ni pula lampiran foto-foto koleksi majlis yang telah berlalu...
Gubahan bunga yang tidak seberapanya dari tangan yang kurang pakar tanpa latihan khusus.. Seadanya saja.. (majlis Mei, 2010)
Foto koleksi lama (Julai 21, 2007)
Majlis bersejarah sepupuku (pengantin lelaki) Azidi Ameran dan Shalin Zulkifli
Januari 1, 2009
Anak-anakku dan sepupu sepapatnya meraikan majlis
Jiranku - Majlis 27/06 dan 28/06/2009
klik
Maksud WALIMAH di wikipedia dan
di sini....
Foto koleksi lama (Julai 21, 2007)
Majlis bersejarah sepupuku (pengantin lelaki) Azidi Ameran dan Shalin Zulkifli
Januari 1, 2009
Anak-anakku dan sepupu sepapatnya meraikan majlis
Jiranku - Majlis 27/06 dan 28/06/2009
Reka hiasan atas meja makan utama dan bunga-bungaan ilham dari pihak pengantin lelaki dan wedding planner
klik
Maksud WALIMAH di wikipedia dan
di sini....
Wednesday, October 6, 2010
IMPIAN NUUR CANOPY 1
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana segala aktiviti dan tugasan bulan syawal berjalan lancar. Tempahan khemah untuk majlis-majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka sempena hariraya pun sungguh menggalakkan. Terima kasih kerana menggunakan khidmat IMPIAN NUUR CANOPY.
Sunday, May 9, 2010
Susah Senang Bekerja Sendiri
Bekerja adalah tanggungjawab..
Setiap hasil dari titik peluh yang mengalir itu adalah ibadah.
Ku sentiasa memohon pada Illahi
semoga di kurniakan kesejahteraan,
sihat tubuh badan,
di permudahkan segala urusan buat Suami tersayang
diatas segala jerih payahnya berkorban,
mengerah tulang empat keratnya,
bersusah payah meredah hujan dan panas demi keluarga..
dan nasihat darinya jangan sesekali lupakan Kurniaan Allah yang amat besar,
sentiasa bersyukur atas apa jua yang di beri Allah paling utama yang sentiasa di ulang-ulang peringatannya pada ahli keluarga ialah jaga waktu solat pada awal waktu,
Besar sungguh pengorbananmu duhai Suamiku.
Ya Allah peliharalah ia,
dan berikanlah keselamatan ke atas dirinya..
Semoga kehidupan kami sekeluarga
di berkati dengan rezeki yang halal dan sentiasa
di bawah Rahmat dan lindungan Mu Ya Allah. Amiin.
Ada masa pasang, ada masa surut... begitulah situasi bekerja sendiri ibarat air pasang surut.. kerana adakala projek datang kencang adakala lembab... Bijak menyusun belanjawan adalah penting kerana berniaga sendiri ini tidak tetap pendapatannya. Lebih-lebih lagi berniaga kecil-kecilan.. Ku sentiasa memohon pada Illahi
semoga di kurniakan kesejahteraan,
sihat tubuh badan,
di permudahkan segala urusan buat Suami tersayang
diatas segala jerih payahnya berkorban,
mengerah tulang empat keratnya,
bersusah payah meredah hujan dan panas demi keluarga..
dan nasihat darinya jangan sesekali lupakan Kurniaan Allah yang amat besar,
sentiasa bersyukur atas apa jua yang di beri Allah paling utama yang sentiasa di ulang-ulang peringatannya pada ahli keluarga ialah jaga waktu solat pada awal waktu,
Besar sungguh pengorbananmu duhai Suamiku.
Ya Allah peliharalah ia,
dan berikanlah keselamatan ke atas dirinya..
Semoga kehidupan kami sekeluarga
di berkati dengan rezeki yang halal dan sentiasa
di bawah Rahmat dan lindungan Mu Ya Allah. Amiin.
Bila melibatkan kerja sendiri perhatian utama adalah servis yang di lakukan perlu baik dan menepati masa itu penting.
Komunikasi dengan pelanggan juga perlu di ambil kira...
Berbeza dengan makan gaji.. untung rugi... pekerja tetap bergaji.. Manakala bila berniaga sendiri untung rugi...keutamaan di sini gaji pekerja dan tanggungan perlu di dahulukan, "sendiri punya poket belakang kira..." Tulang belakang utama dalam perniagaan ini adalah sokongan keluarga terutama isteri atau suami kerana bantuan dan nasihat juga pandangan dari isteri atau suami amat saling perlu memerlukan.
Persaingan dalam perniagaan terutamanya perlu di hadapi dengan cara yang sihat tanpa perlu bersifat irihati dan berdendam.. jika perniagaan itu di cabang yang sama elok berpakat dan saling bekerjasama... "Muafakat membawa berkat".. Ikhlas, Amanah, Jujur dan dedikasi.. Inilah jalinan yang paling akrab untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang di ceburi..
Menceburi bidang perniagaan juga membina keYakinan yang kuat dan hati sentiasa dekat pada Allah SWT ... apa jua yang kita lakukan hanya kerana Allah... kerana punca rezeki datangnya dari Allah.. samada untung atau rugi itu perlu di lalui dengan tenang dan sabar. Disinilah letaknya perjuangan dan ketahanan jiwa menghadapi rintangan serta ujian.. tidak boleh beralah dan jangan sesekali menyalahkan takdir... Sikap bersangka baik perlu. Do'a adalah senjata paling utama dan sifat syukur sentiasa perlu ada pada setiap peniaga.
Jangan terlalu leka dengan kesenangan kerana ia hanya pinjaman sahaja. Apa jua yang kita perolehi perlu di kongsi dan rajin bersedekah. Supaya hati kita bersih dari sikap tamak dan haloba. Kerana rezeki yang kita perolehi bukan untuk kita sahaja di sebaliknya ada hak untuk orang yang memerlukan juga. Bila senang ingat di waktu susah, bila susah berusaha lebih kuat lagi.. disinilah letaknya keyakinan dan kekentalan menghadapi dan mencari jalan untuk mengatasinya.. Usaha, Do'a dan Tawakkal, sentiasa bersyukur samada senang atau susah...Allah adalah pemilik segala-galanya.. kita hanya hambaNya yang perlu bertanggungjawab atas apa juga perbuatan kerana di sana kelak .. Allah akan pertimbangkan amal ibadah yang kita kerjakan.
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















