Pages


Wednesday, October 5, 2011

Selingkar kisah...

Selamat beristirehat saudara saudari yang di rahmati Allah semua... Nampaknya ahli rumah semua dah di ulit mimpi.. inilah masa terluangku... sebelum melelapkan mata nak post gambar yang agak tidak di gemari di lihat oleh anak-anakku..,"Ummi tak payahlah ambil gambar-gambar ni?"


" Anak-anak tengok je la.. Ummi nak upload dalam blog diari..  dah lama tak update diari Ummi ni.. sebab.... inilah kisah hidupku...." 



Sebahagian kain yang menimbun untuk di cuci.. sebenarnya banyak lagi.. dah macam kedai dobi pulak!! Kain-kain ni mula berlonggok sekembali di bawa pulang pada setiap hari Ahad atau Isnin..


Mengharapkan panas hingga ke petang......... banyak kain menanti giliran untuk sidaian.. 


Berwarna-warni....kain di sidaian... heeee!!




Mesin basuh yang banyak berkhidmat meringankan sedikit bahu dan tanganku menyuci... setiap load kain yang telah siap di cuci, mesin di rehatkan sebentar.. kemudian sambung berputar lagi.. beroperasilah ia hingga ke malam..


Kain berwarna dan berminyak biasanya perlu di cuci terlebih dahulu.. . jika lambat ia akan menyebabkan kain ber'tahi' lalat.. Kain berwarna putih tidak menjadi masalah untuk direndam dengan peluntur.. selepas rendaman segala kotoran telah bersih pada kain dan hanya perlu di toskan sebelum dibilas... Cara ini meringankan sedikit kerja mesin cuci..  Jika mengharapkan mesin cuci untuk rendaman dan cucian memakan masa lebih dari sejam setengah.. dan adakalanya ia tidak begitu bersih..  Di sebabkan terlalu banyak kain untuk di bereskan memang tidak mampu tugasan ini siap dalam masa sehari... bergantung pada cuaca pula..adakala panas tak sampai ke petang... adakala dari pagi mendung mengundang..



Bila hujan turun.....bergegas pula mengambil kain di jemuran..  


Setelah bergelut dengan kain.. perut penghuni rumah juga perlu di isi...Waktu tengahari anak sulungku pulang kerja untuk makan waktu rehat  dan adik-adiknya pulang dari sekolah.. giliran bersilat di dapur... masak serba ringkas..

 Daging tetel masak asam pedas... makanan kesukaan suamiku dan anak-anak.. nampak berlemak dan berminyak pulak!!!  Memangku memerlukan lemak untuk tenaga bagi menguruskan segala kerja... huhuhu... harap bila berjemur tengah panas buat kerja dapatlah membakar segala lemak... badan tak juga susut!! errrrr!!


Sayur campur... warna-warni.. bagi anak-anak yang tak berapa gemar makan sayur.. masakan begini membuka selera mereka!!! Alhamdulillah!


Selingkar kisah untuk hari ini.... semoga Allah beri kesihatan yang baik buat ku sambung kembali tugasan di hari berikutnya...  Wassalam!!







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails