Pages


Showing posts with label majlis keraian. Show all posts
Showing posts with label majlis keraian. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Sireh Pulang Ke Gagang : Perjumpaan Alumni SMK Tengku Idris Shah Kapar... September 6, 2014

Catatan Diari sebelum September menutup tirai di tahun 2014..

Nov./Dis., 1982 - Menduduki peperiksaan SPM.

Mac, 1983 - Mengambil keputusan peperiksaan SPM... itulah kali terakhir daku menjejak kaki di sekolah menengah setelah lima tahun menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar.

Terima kasih buat guru-guru yang telah mendidik dan menabur bakti dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti lelah... jasamu tetap ku kenang.  

Pelbagai kenangan pahit dan manis di harungi sepanjang berada di bangku sekolah... 

Kini setelah 31 tahun berlalu Allah izinkan ku menjejakkan kaki kembali untuk menghadiri majlis Alumni pada 
6 September, 2014.. 

Sayunya hati dan bercampur gembira bila dapat menjejakkan kaki ke sekolah lamaku ini.. ada sedikit perubahan dari segi penambahan bangunan dan landscape..

Pertemuan dengan kekawan lama sedikit sebanyak telah merapatkan kembali jalinan persahabatan.. setelah di pisah oleh jarak dan masa.. Masing-masing telah membawa haluan hidup dengan kerjaya dan membina keluarga.. 

Ketika kedatangan kami majlis telah berlangsung jadi memasing fokus pada program yang telah di sediakan. 

Waktu menjamu selera memasing mulalah rancak berbual mengimbau kembali kenangan silam.





Malam Amal Semarak Budi Jalinan Kasih....
Alumni SMKTIS (dulunya SMTIS)
Sirih pulang ke gagang






Rakan-rakan yang pernah belajar sekelas dari kiri, Cik gu Rosni (dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tingkatan 2 - 5) dan Pn. Zahanis (rakan sekelas tingkatan 1 hingga 3)
duduk dari kiri, Pn. Noraini (sekolah rendah, menengah ?, 2 - 3), Cik gu Nornajmah (sekolah rendah hingga menengah 2 - 5) dan diriku oopppss nampak paling berisi sebab paling hampir dengan kamera..huhuhu


Cenderahati - Logo lencana sekolah 

Motto - Ilmu Mutiara Hidup




Tentatif program Majlis





Majlis selesai lebih kurang jam 11.30 malam.. Terima kasih buat sahabatku Cik gu Nornajmah yang sudi mengambil dan menghantar ku pulang turut sama sahabat seperjuangan sehingga tingkatan 3, Pn. Noraini. 


Meraikan Sweet September 2014

Sabtu, 27 September 2014:  

Alhamdulillah... majlis yang di anjur oleh adikku Norzie untuk menghimpunkan keluarga pada majlis mengingati ulangtahun dirinya dan anakanda-anakandanya berjalan lancar...   Cerita anak-anak September di sini.

Selepas selesai menunaikan solat Isya' berjemaah dan do'a selamat di ikuti dengan sessi makan-makan... menjamu selera.. mmm dap :) 

Di samping itu abang keduaku juga meraikan anak lelakinya Muhammad Adzib yang di lahirkan pada 15 September, 2014 (sama tarikh lahir dengan anakanda sulungku) dengan hidangan kambing panggang.. yummy!!



Demam "Frozen"... ehehe kek istimewa dari
 mommy Norzie n daddy Shafik untuk kedua-dua anakandanya.. Eiman dan Dafinah




Dua biji kek lapis istimewa hadiah dari Adzrie dan Liz khas buat "sweet September"








Monday, September 15, 2014

Cuti sekolah - majlis meraikan pasangan pengantin..

Cuti sekolah selama seminggu telah bermula pada hari Sabtu, 13.09.2014 (negeri-negeri yang cuti hari Jumaat bermula pada 12.09).. Anak-anak la paling gembira bila hari cuti ni.. Bagi mereka yang mengadakan majlis pernikahan dan walimah-tul-urus mula sibuk dengan urusan majlis dan menyambut tetamu yang hadir.

Alhamdulillah kami sekeluarga sempat menghadiri dan menyantuni majlis-majlis meraikan pasangan mempelai pada hari Sabtu dan Ahad... dari tengahari hingga ke malam.

Semoga Allah memberkati kehidupan pasangan pengantin baru ini dengan rahmat kasih sayang Allah dan menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. selamat menjalani kehidupan baru sebagai keluarga sakinah dengan memperolehi mawaddah wa rahmah.



Sebagai kenangan hari bahagia mereka ku tampalkan gambar suasana majlis... 


 Di majlis anak saudara En. Suami di Seksyen 23, Shah Alam.
Bersua kaum keluarga dari Johor dan Kelang.

 Pasangan mempelai tiba kami dah selesai menjamu selera. :) 

Razif dan isteri.. (anak saudara En. Suami) 

 Di majlis sepupu kakak ipar di Wisma PKPS, seksyen 14, Shah Alam


 Azhar Razwan dan isteri, bergambar bersama abangku Adzlan





 Di majlis saudara sebelah suami di Klang.



 Buah tangan dari keluarga pengantin.. pada majlis hari Sabtu.. terima kasih!!

Sebenarnya ada lagi majlis di waktu malam dan pada hari Ahad tapi tak de dalam gambar, kamera rosak pulak!! 

Koleksi gelas.. sebagai kenangan dan boleh di gunakan selepas ni..!!

Wednesday, September 3, 2014

Secebis kisah di majlis meraikan pasangan pengantin

Majlis meraikan pengantin boleh di katakan setiap minggu.. tak kira musim cuti sekolah dah sekarang ni.. Menghadirkan diri di majlis kenduri kahwin ni pun adalah satu ibadah yang di tuntut agama dan perlu di penuhi jemputan tersebut.  Melainkan jika terdapat halangan yang tak boleh di elakkan.

Menerima undangan majlis meraikan pengantin tidak lagi hanya dengan kad jemputan tetapi paling mudah sekarang adalah dengan panggilan telefon, sms, whats app atau melalui laman sosial seperti  facebook (jemputan fb ini ada baik ada tidaknya.. tidak semua sahabat fb aktif ber'facebook' adakalanya terlepas hari majlisnya. Adakala tak perasan.)

Jika dahulu undangan saudara mara, mesti ada wakil keluarga berkunjung ke rumah-rumah saudara mara dan jiran tetangga untuk menyampaikan jemputan.  Namun kini menjemput in person dah hampir kurang di praktikkan.. walaupun masih ada segelintir yang merasakan ianya perlu kerana ia lebih manis dan molek.  Begitulah sikap orang-orang tua kita dahulu menjalin keakraban persaudaraan.. datang ziarah sambil menjemput.

Zaman ini dirasakan masa semakin singkat.. cepat 'benor' masa berlalu sekarang ni.. segala-galanya perlu di short cut, segalanya perlu di lakukan dengan pantas dan mudah, ia juga tidak boleh di persalahkan. Era melinium sekarang ni kebanyakan manusia sibuk dengan tugasan kerja dan aktiviti sampingan.. kerana bukan seorang sahaja sekarang yang menanggung sara hidup keluarga memandangkan barangan semakin meningkat harga.. suami isteri, anak beranak yang telah habis pengajian, bekerja bagi meringankan bebanan perbelanjaan.  Hujung minggu adalah masa rehat bersama keluarga atau melakukan aktiviti riadah.

Dalam majlis keraian kenduri-kendara ni la peluang kita bertemu saudara-mara dan adakala terserempak kenkawan lama masa sekolah atau pernah tinggal sekampung.. Menyambung silaturahmi... bersalaman, berlaga pipi, pelukan erat, tersenyum walaupun tak dapat nak bersembang sangat itu pun dah cukup indah untuk di kenang.. 

Nak di jadikan cerita minggu lepas pada tarikh hari merdeka hadir di beberapa majlis jemputan walimatul urus.. Di kedua-dua majlis tempat berasingan ni terserempak dengan sepupu..   Di satu majlis bertemu sepupu sebelah Emak, di satu majlis lagi bertemu sepupu sebelah arwah Abah.. saling bertanya khabar.. sebab lama dah tak berjumpa.

Kisahnya bila bertemu sepupu sebelah arwah Abah, sambil menjamu selera sambil kita mendengar alunan lagu yang di dendang.. sambil-sambil tu bersembang dengan isteri sepupu ni ..kekadang kita ni asyik ghairah nak mendengar cerita dan bersembang..  oleh kerana sound system kat majlis tu pun boleh tahan juga kuatnya.. sistem pendengaran asli kita ni pun adakala macam tersumbat.. orang cerita maksud lain yang kita dengar maksud lain.. 

Bila balik rumah suami beritahu... "lain kali kalau tak berapa nak dengar sangat jangan sambung cerita orang.. orang cakap lain awak cerita lain..."

Oh ya ke??? Patutlah yang mendengar seperti kehairanan je.. bila kita bercakap.. rupanya yang di maksudkan benda lain yang kita pulak terpandang benda lain. Yang kita dengar 'badan besor' je.. jadi yang kita terpandang memang seperti yang di kata. yang di sembang mengenai orang dewasa yang saya nampak budak jadi cerita pasal umur budak sekolah la... aduhai!!!  

Rupanya yang di maksudkan orang lain.. Jarak bersembang 5 kaki antara satu sama lain.. mana la nak dengar dengan jelas dengan bunyi speaker dengan alunan suara yang merdu juga kedengarannya.. Lain kali tak tahu butir bicara pucuk pangkalnya .. aku perlu berdiam.. pengajaran ni namanya... 

Bila terkenangkan balik nak tergelak ada nak rasa sedih pun ada... huh sedar diri dan semakin menginjak usia 5 series.. Muhasabah diri.. 

(31 Ogos, 2014)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails