Pages


Showing posts with label ehwal semasa. Show all posts
Showing posts with label ehwal semasa. Show all posts

Friday, October 13, 2017

Akhlak ketika di timpa bencana...

11 hb. Mac, 2011, berlaku kejadian gempa bumi di timur laut kepulauan Jepun dengan ukuran melebih 9 skala ritchter.. pelbagai andaian dan gurauan yang tak masuk akal di  buat oleh mereka yang boleh dikata tiada perasaan. 

Melahirkan kata-kata hukuman dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui setiap kejadian dan tiada siapa yang boleh mengeluarkan kata hukum kecuali Allah s.w.t. 


Seluruh dunia menyampaikan tanda simpati dan pelbagai bantuan di hulur tanda kasih sayang sejagat tak mengira darjat, agama dan bangsa kepada penduduk dan kerajaan Jepun di atas musibah yang tiada di jangka.. Ini semua adalah takdir yang telah di tetapkan Allah sebagai suatu peringatan kepada hamba-Nya yang sentiasa berfikir.. Mereka yang beriman akan bertambah imannya dan bagi mereka yang hendak berfikir betapa besarnya kekuasaan Allah yang tiada siapa boleh menghalangnya..


Walaupun penduduk yang di timpa musibah ini dalam kepayahan tapi mereka insan yang begitu berdisiplin dan masih tinggi nilai akhlak dan pekerti.. kerana tiada laporan kecurian berlaku dan mereka sanggup beratur panjang untuk menerima bantuan tanpa memotong barisan atau berebut-rebut.. Pemilik-pemilik kedai juga menghulurkan simpati dengan menderma barangan keperluan dari premis perniagaan mereka kepada mangsa... sungguh kagum dengan sikap tolong menolong juga disiplin tinggi mereka.. Agar mereka memperolehi hidayah dari Allah s.w.t dengan iman.


Berita gempa yang juga di tafsirkan sebagai bencana alam ini perlu di ambil iktibar oleh semua pihak di sebelah sana mereka cuba di selamatkan, seminggu kemudian kita digemparkan dengan berita pengempuran peluru berpandu tidak bermata menggempur rakyat tidak berdosa di Libya pula oleh kerakusan mereka yang mempunyai kepentingan dengan alasan untuk menyelamatkan penduduk dari kekejaman pemimpin walhal niat mereka untuk mengaut hasil kekayaan di dasar bumi yang kaya dengan emas hitam menjadi rebutan mereka yang kononnya menganggap diri sebagai penyelamat.. Pemimpin yang ego rakyat yang menjadi mangsa.. Di sini pula puak yang memang dah lama menanti dengan lapar telah mengambil kesempatan dan mengunakan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran negara tersebut untuk merampas hak penduduk dengan pelbagai alasan untuk menundukkan pemerintah kononnya tetapi dalam masa yang sama mempunyai agenda tersendiri.. 

Kisah lama (tersimpan dalam draft)... namun perlu untuk di jadikan iktibar... 



Thursday, August 28, 2014

Sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum

Berkait dengan tajuk di atas.. mengapa perlu kita sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum.  Sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.

Pernah dengar tak perbualan seperti ini, "Si gadis atau si teruna ni dulu berkawan rapat dengan si dia.. bertunang dengan si polan tapi akhirnya nikah dengan orang lain"..  Itulah resam hidup tidak semestinya tunangan itulah akhirnya menjadi pasangan sah kita..

Sudah menjadi kebiasaan sebelum bernikah setiap pasangan akan di mulai dengan merisik terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada si gadis ni sudah ada yang punya atau masih solo.. Bila telah di persetujui dan kata sepakat, diadakan  perundingan antara keluarga kedua belah pihak pasangan lelaki dan perempuan kemudian di susuli dengan ikatan pertunangan.  

Pertunangan ni adalah masa untuk suai kenal.  Sudah menjadi tunangan orang maknanya pasangan tidak boleh di sunting oleh pihak lain pula.. (itu pentingnya merisik terlebih dahulu untuk pengesahan dari keluarga terdekat). Tetapi ikatan ni masih belum sah lagi.

Dalam waktu bertunang ni banyak ujian dan dugaan.. ada yang kekal hingga ke majlis pernikahan dan ada yang putus sebelum tiba saat.  Jika apa pun berlaku perkembangan dalam masa pertunangan hanya di ketahui oleh pihak keluarga sahaja.  Sebab itu pertunangan tidak perlu di hebahkan kerana ia belum termaktub lagi.. 

Menjadi 'trend' kini.. majlis pertunangan  di buat besar-besaran.. dah boleh langsungkan majlis nikah sebenarnya kalau gitu.. Ianya terpulang pada budi bicara memasing. Ikut kemampuan.  

Pernikahan pasangan perlu di hebahkan pada pengetahuan umum untuk menghindari fitnah.. Perkara yang baik dan telah sah ikatan apa salahnya di umumkan.. Mengadakan majlis keramaian walaupun kecil tapi sudah cukup bererti buat semua dengan jamuan bagi menjamu sanak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.. meraikan majlis dengan penuh kesyukuran ini dengan hebahan terbinanya ikatan sah sebagai suami isteri.  

Tiada perlu rasa takut dan gusar untuk tinggal serumah di bandingkan dengan pasangan yang menyembunyikan 'title' suami isteri sehingga menerbitkan keresahan jiran tetangga bila berdua-duaan tanpa di ketahui hal kedudukan yang sebenar.

Apa tah lagi jika orang itu seorang yang di kenali umum.  Menjadi tanda tanya adakah mereka ni suami isteri yang sah atau sebaliknya.. sudah tentu jiran tetangga tidak mahu bersubahat dengan dosa.. Bila 'report' pada pihak berwajib barulah identiti samada bujang atau suami isteri sebenar terungkai.  Jika bujang tapi sudah bersekedudukan ... terheret ke mahkamah ... malu di tanggung.. dosa di tempah.. tak tertanggung jiwa lara..

Jika boleh tak nak la sampai sebegitu sekali kannn.. Mempraktikkan adab dalam Islam itu mudah tidak perlu di persulitkan.. Islam itu indah dan penuh dengan keserian.

Jangan lupa sijil perkahwinan perlu di simpan dengan rapi kerana setiap anak yang di daftarkan sijil beranak mereka memerlukan sijil nikah yang sah walaupun anak yang ke 10 sekali pun.. ia tidak hanya wajib bagi anak sulung sahaja.. TAKE A NOTE!!!!

(Nota: Khamis, 28 Ogos, 2014 - 2 Zulkaedah 1435)

Wednesday, August 27, 2014

Pemimpin yang adil dan bijaksana

Bertemu kembali di dunia maya .. salam sejahtera penziarah yang di kasihi..

Hati ini dah tak tertanggung berbicara sendiri... kena luahkan jugak nampaknya..

Kemelut yang berlaku dalam politik negeriku tercinta SELANGOR... amat menghiris jiwa lembutku.. Tak nak banyak bicara ku hanya inginkan pemerintah di tanah tempat tumpahnya darahku ini seorang yang berakhlak mulia, jujur, boleh menjadi imam (maksudku mestilah terdiri dari lelaki yang beriman) dan menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dan peneraju negeri dengan taat dan patuh sejajar dengan perintah Allah dan Rasul-Nya s.a.w.

"Ya Allah kau lindungilah negeri kami ini dengan pemimpin yang bijaksana, beriman dan taat akan perintah-Mu... Hindari kami dari di pimpin oleh penguasa yang sesungguhnya kau lebih mengetahui niat mereka..."

Jika dari awal lagi kedegilan dan keingkaran peribadi yang di tunjukkan ... bagaimana harus ku terima orang yang tidak taat menjadi pemimpin... 

"Ya Allah, Kau yang memegang hati-hati manusia.. maka kau kurniakanlah kepada kami pemimpin yang benar-benar berkelayakan memegang tampuk pemerintahan negeri ku ini". Aamiin.. 

Lagu ni khas di tujukan buat Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim yang meneraju Selangor dengan cemerlang... kami rakyat berterima kasih atas kepimpinanmu.. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu dan merahmati kehidupanmu.. 



Sedih pulak rasanya.. :'(

Saturday, March 5, 2011

Kempen pilihanraya!!!

Tiba je kempen pilihanraya ... macam tak boleh nak dengar dan baca apa yang akan dorang katakan...  tak tahan sikap kutuk mengutuk dan tuduh menuduh.. mencari kesilapan atau kesalahan.. tak kiralah pihak mana pun ... jika benda tu sekadar fitnah.. bagaimana pula? (tak nak jadi isu politik ..... kita ni pemerhati je kannn dan semestinya kitalah orang awam yang akan menilai mana yang patut kita pilih yang penting kita nak pemimpin yang menunaikan solat berjemaah bukan ketika ada urusan rasmi sahaja tetapi setiap waktu solat 5 waktu.)

Bila baca akhbar ke! di internet ke! berita di tv ke! di radio ke!! menggeleng kepala baca dan mendengar hal politik ni... sekali lagi tak kiralah  lambang politik apa pun... sama je!!! mencari salah lawan dan memuji kelebihan sendiri.. memang itu ya gaya berpolitik..? Silap hari, panas telinga dan hati pun boleh panas juga tau!!!! Padahal tak terlibat sama pun nak berkempen ni... tapi sikap sakat menyakatnya tu tak tahan mendengarnya... paling sensitif bila dikaitkan dengan agama.. jangan salah cakap nanti melibatkan dosa pulak!! Kerana Allah tu lebih mengetahui segala-galanya niat hati seseorang dan apa yang cuba di sampaikan... setiap bait yang di baca.. hati kita pun akan berkata-kata juga kan... "hai hati berbaik sangkalah kamu...bersihkan lah hati-hati kami dari bersikap buruk sangka, ..." 

Bila ku terlayar blog-blog penyokong politik ni pun.. tak kira lambang apa pun asyik cerita keburukan orang.. ishhhh susah nak terima ..  caci maki tak leyh nak kata la..sampai ntang caci maki, carut marut ni ku berhenti membaca dan tak suka nak teruskan...  Boleh jadi panas hati kan baca!!! Tapi kita yang tak de kena mengena ni.. cool je tapi bila melibatkan maruah orang kan tak baik!!! ... yang pelik tu kadang bila kita klik next blog... asyik kena blog politik je??? Sepintas lalu... klik lagi ..politik..klik lagi politik... tak habis orang berkisah cerita politik ni ya!!  Kita ni suka baca blog yang sempoi, santai dan sejuk hati bila membacanya..

Islam tak mengajar kita menyingkap keburukan orang lain dan mengaibkan mereka di depan orang ramai.. jadi bagaimana nak berkempen cara bersih ya???  Ikutlah cara pemimpin Agung kita Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan dan menjauhi larangan yang di tegah oleh Allah s.w.t. dan berbuat baiklah  sesama manusia.  Kenal mengenali hati budi masing-masing.. berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..  Berbicara cara hikmah.. Jadilah pemimpin di hati rakyat dan di redhai Allah s.w.t.

Apa pun di gelanggang politik je mereka begini, seperti musuh.. bila berkumpul mereka ni sahabat!!! Betul tak... Masing-masing ingin meraih kemenangan dengan pelbagai cara dan permainan kata-kata, yang penting janji tu perlu ditunai...."bukan cakap tak serupa bikin".. tapi setakat ni.. dimana tempatku berpijak apa yang di janji telah di kota.. Alhamdulillah.. pemimpin yang bertanggungjawab tidak mementingkan diri sendiri dan mengutamakan masyarakat yang di pimpin.. Inilah namanya kepimpinan melalui teladan.. Sentiasa manis muka, tersenyum dan memulakan pertanyaan dulu.. raut wajahnya nampak keikhlasan ..

Kita yang di pimpin ni sentiasa menjadi pemerhati... kita tidak menilai seseorang itu dari kata-katanya sahaja tapi perlaksanaan apa yang di kata itu di tunaikan... dan sifat tidak bangga diri, tidak bermuka-muka dan ringan tulang untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat..tak kira agama atau bangsa sekalipun.. Sebagai orang Islam kita perlu menunjukan teladan yang baik dengan penyampaian yang penuh hikmah dan tidak menyemburkan kata-kata yang tidak enak di dengar... sekali lagi tak kira lambang politik apa pun.... Menjadi pemimpin ini jangan ada niat nak beratkan poket sendiri memang tak lamalah jadi pemimpin... Masyarakat boleh menilai ... betul kan!!! Kita boleh menilai  pemimpin yang bekerja untuk masyarakat atau bekerja kerana mengejar kedudukan dan mengumpul harta... $$$$$!!!!

Walau apa orang kata, ku tetap menghargai jasa Tun Dr. Mahathir atas apa juga pengorbanannya memajukan negara yang tercinta ini... walau sesibuk mana pun beliau waktu jadi pemimpin dulu ku sungguh terharu bila menerima warkah darinya.. Tulisan tangannya yang mahal... Gembira bukan kepalang bila dapat warkah dari pemimpin kannnn!! Tu kenangan silam... Masa diriku masih bujang lagi nun jauh dari tanah air.. 

Tetiba je keluar mood bicara politik.... saja mengambil waktu selepas menjahit jahitan yang tak siap-siap lagi... sambil menjahit dengar berita tv... datang idea pulak nak coret kat blog ni...

Suka tak suka kena ambil tahu juga hal politik... Pemimpin perlu ada dalam masyarakat jika tidak akan pincang pentadbiran.. Pemimpin yang bijak, baik hati, jujur, rajin, ikhlas dan senang di dekati, (ada 'nur' di wajahnya..) akan di hormati oleh masyarakat. 
Bila rakyat sudah bangkit..... lihatlah perkembangan di negara Teluk... "cermin diri.. lihat peribadi!!!"



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails