Alhamdulillah berkat do'a semua ahli keluarga dan insan-insan dermawan yang di kasihi dengan keizinan Allah s.w.t. misi semurni kasih adindaku Norzie yang di jadualkan pada 30hb. Mei, 2014 hari Jumaat telah berjalan lancar setelah tertangguh sebelum ini.. (sepatutnya tarikh dalam n3 .. Misi semurni kasih - pembedahan di jadualkan pada hari Rabu 21 Mei, 2014..)
Misi semurni kasih ni membabitkan 2 famili yang amat kami kasihi dan sayangi... Iaitu cucu sulung dan adik bongsu kami.
Cucu sulung saudara kami iaitu cucu sulung abang keduaku, anak sulung kepada anak saudara sulung ku Adzrie dan isteri Liz.. Mereka telah di kurniakan anak yang sangat di nanti-nantikan sejak mendirikan mahligai rumah tangga pada 9 Disember, 2011 di Kangar, Perlis.
Puteri sulung mereka lahir pada 24 Julai, 2013 dan di beri nama Adra Afieya.. Kelahiran yang amat bermakna buat Adzrie dan Liz juga Mak Tok dan Tok Abah seisi keluarga.. kami ahli keluarga semua teruja dengan kelahiran cucu sulung ini..
Moyang Thom perolehi cicit pertama.. dapat menimang dan memangku dengan penuh mesra penyambung susur galur keluarga..
Alhamdulillah si comel penyeri dan pengerat kasih sayang.. lahirnya sehat dan sempurna.. jaundice ni perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru lahir..
Namun setelah Adra berusia sebulan dan bulan-bulan seterusnya bacaan kuning tidak berkurangan.. Mama Liz.. mula nampak kelainan pada baby Adra... badan dan mata kekuningan dan perutnya semakin mengeras dan agak membesar sedikit demi sedikit... Bila di rujuk kepada PPUM dan melakukan kasai barulah di kesan ianya adalah Biliary Atresia satu penyakit melibatkan bengkak hati yang kronik..
Pehak hospital berbincang dengan kedua ibu bapa Adra bahawa penyakit ini memerlukan pemindahan hati dan kosnya agak mahal.. dan pihak doktor dan hospital mencadangkan ianya di lakukan di Singapura kerana kepakaran boleh di perolehi di situ. Bagi mereka makan gaji adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi dana yang besar dalam suatu masa.. dan ianya sesuatu yang amat mustahil untuk mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat..
Inisiatif dari rakan-rakan Liz dan Adzrie maka tertubuhnya Foundation Fund buat Adra melalui FB: Donation For Adra Afieya.
Sambutan dan galakkan dari rakyat Malaysia dan saudara mara dalam membantu saat genting ini amat di hargai sehinggalah misi ini berjaya di laksanakan.
Doktor pakar dan pembantu-pembantu di hospital NUH, Singapura bertungkus lumus memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan dan pemindahan.. ianya memakan masa setengah hari... masing-masing menanti dengan debaran terutama kedua ibu bapa Adra dan suami adikku..
Kami yang berada di tanah air pun tak senang duduk menanti perkhabaran.. Setelah selesai segalanya di beritakan bahawa pembedahan dan pemindahan telah berjaya dengan pertolongan Allah yang Esa.... Syukur Ya Allah!! Allahu Akbar... hanya Allah jua tempat kami memohon segala-galanya.. Allah jua yang memakbulkan do'a hamba-hamba-Nya yang tak putus-putus berharap kepada-NYA.
Alhamdulillah terkini.. penyumbang hati adindaku dan baby Adra yang masih dalam pemantauan doktor setiap seminggu sekali berada dalam keadaan sejahtera... Badan Adra dah berisi dan aktif seperti kanak-kanak sebayanya.
Buat kedua ibu bapa Adra yang banyak berkorban dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang Adra memerlukan perhatian sepenuhnya, agar kalian sekeluarga di limpahi Allah dengan kurnia-Nya sebagai keluarga penuh dengan sakinah dan kebahagiaan.
Gembira melihat keluarga mereka ceria kembali. Penuh dengan do'a dan senyum yang sentiasa mengiringi.
Syukur Ya Allah di atas Kasih Sayang dan Rahmat-MU.
-Nota ini di catat pada awal bulan Jun 2014-
(oopsss catatan ni dah lama sebenarnya setelah di edit baru di jelmakan - ingat ke dia muncul ikut tarikh di 'draft'kan.. mmm tak pe la.. ianya adalah tarikh ingatan yang tidak akan mudah di lupakan dalam sejarah keluargaku.
Jumaat 30.05.2014 - 1 Syaaban 1435)
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label nephew. Show all posts
Showing posts with label nephew. Show all posts
Thursday, August 28, 2014
Thursday, December 9, 2010
Salam Ma'al Hijrah 1432 & Selamat ulangtahun kelahiran dalam bulan Muharam buat Anakku tercinta Muhammad Firdaus
Hari ni sudah masuk hari ke 3 di bulan Muharam 1432 Hijriah.. Bulan pertama dalam kalender umat Islam mengikut peredaran bulan.. Ia memperingati sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah 1432 tahun yang lalu. Di kesempatan ini ingin ku sampaikan Salam Ma'al hijriah buat semua pengunjung yang di kasihi yang sudi singgah di ruangan ini..
1 Muharam juga merupakan hari bersejarah dalam hidupku 13 tahun yang lalu bila melahirkan putera comel setelah memperolehi 4 puteri. Hijrah jugalah kan.. :) Syukur ke hadrat Illahi yang menganugerahkan buahhati pengarang jantung ni..yang di beri nama Muhammad Firdaus.
Sepanjang mengandung seingatku tak pernah ku menanyakan jantina bayi yang ku kandung pabila ultra sound di lakukan sewaktu pemeriksaan. Ku hanya berserah pada Allah dan berdo'a kehadrat Illahi kandungan sihat sempurna. Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan... kegembiraan kami seisi keluarga mewarnai hidup ini..(memori kelahiran anakku Muhammad Firdaus di N3 yang lalu klik di sini)

Kelahiran Muharam.. 1 Muharam 1419 (Muhammad Firdaus b. Abd. Jalil - kanan)
dan sepupunya 2 Muharam 1419 (Muhammad Amiruddin b. Jamaluddin - kiri
anak adikku Noraini)
Foto lama - tak berapa ingat masa ni mereka berusia berapa tahun
"Abah dah ada geng" - suka sangat!!
Sayang pada adik-adik kecil... teringin sangat dia nak adik
Gambar terkini - semasa di Pontian, Johor, 28/11/2010
Sunday, April 18, 2010
Happy birthday to my dear nephew ~ Adzriefaiz Adzlan~
Selamat Ulangtahun kelahiran ke 25 buat anak saudaraku Adzriefaiz b. Adzlan pada hari ini 18hb. April, 2010.. setiap detik waktu makin bertambah usia.. semoga panjang umur dan murah rezeki my dear.
Beliau merupakan cucu pertama (anak abang ke 2 ku) dari 32 + 2 orang cucu Hj. Asfandi dan Hjh. Thom...
Di lahirkan pada 18hb. April, 1985, di Pulau Pinang.
Kelahirannya sungguh menggembirakan semua ahli keluarga..
Ya lah cucu sulungkan.. Cucu yang teramat manja dengan Allahyarham Mak toknya di Pulau Pinang (semasa kecil di pelihara oleh neneknya kerana ibu bapa bekerja di Kuala Lumpur). Ibu Adzrie anak Mummy.. manakala bapa Adzrie pula berdarah Jawa sebelah Atuk (my Abah) dan berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda pula sebelah nenek (my Emak)...
Bila sudah memulakan persekolahan Adzrie kembali ke pangkuan ibubapanya dan adik-adiknya... Nurul Hanis dan Muhammad Adzzim di Petaling Jaya.
Sejak bersekolah lagi dia telah belajar berdikari... dan mempunyai cita-cita yang tinggi.. (orangnya memang tinggi pun...hehehe)
Kini ia telah mempunyai kariernya sendiri.. dan pandai-pandai jaga diri ya Adzrie..!
Sebagai mak cik, Ku mengambil kesempatan pada tarikh hari ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 25...dan berjaya dalam hidup berbahagia di Dunia dan di Akhirat. Semoga Allah sentiasa mengurniakan Rahmat dan kesejahteraan buat mu.. Adzrie.
Nak berkenalan ke? Ehehe!! Klik la link FB tu ya... :)
Adzriefaiz boleh kenali dia di FB
(tidak aktif berfb lagi buat masa sekarang - 2011)

Bersama sepupu dari kiri Adzrie, Wazien dan my son Firdaus.
Subscribe to:
Posts (Atom)