Pages


Wednesday, April 28, 2010

Happy Birthday To My Dear Baby Boy ~ Muhammad Firdaus

Dalam foto ini Firdaus berusia 1 bulan

12 tahun lalu lahirnya putera ini yang di beri nama Muhammad Firdaus.  Anak ke 5 dari 5 beradik... Satu-satunya putera dalam keluarga.  Di lahirkan pada hari Selasa, 28.04.1998..jam 5.29 petang dengan timbangan beratnya 3kg. Allah anugerahkan kami anak yang lahir di tahun baru hijrah, 
1 Muharram 1419,  seorang putera selepas di kurniakan 4 orang puteri sebelum itu. Sungguh bermakna sekali hijrah tahun tersebut... Penghijrahan dari anak perempuan ke pada anak lelaki. 


Ku imbau kembali hari ini dalam sejarah pada 28.04... yang lalu;

Di ketika tanda-tanda kelahiran yang ke 5 ini tiba pada pagi tarikh tersebut... Che' Abang tiada di rumah kerana tugasan.. Kerana 4 kelahiran sebelum ini Che' Abang yang menemankan ku ke hospital, tapi seingat ku sebelum Che' Abang keluar rumah ku ada beritahu beliau andainya ku di takdirkan bersalin pada hari tersebut Abang tiada di rumah apa yang harus ku lakukan? 
Dia beritahu hari tersebut kan hari cuti Awal Muharam jadi tiada masalah bagiku mohon pertolongan dari adik beradik yang bercuti untuk menghantarku..  sebenarnya ku nakkan keizinannya tu.. so adalah green light kan jika apa-apa hal!! Ya lah diriku memang sedang menanti hari kerana dah cukup bulannya untuk melahirkan hanya tak tahu bila?

Selepas beberapa jam Che' Abang keluar, jangkaan memang benar-benar berlaku, sewaktu melakukan kerja-kerja rumah,  resa (contraction) tanda untuk melahirkan pun mula terasa..  Ku telefon Che' Abang  ketika itu beliau berada di Universiti Malaya,  sedang sibuk memunggah barang pensyarah untuk dipindahkan ke bangunan lain dan ku hanya mohon keizinannya untuk ke hospital, tidaklah mahu menganggu tugasnya... Setelah memberitahu adik lelaki ku (Akmal) yang berada di rumah,  ku segera mengemaskan barang yang patut untuk di bawa ke hospital.  Semasa dalam kenderaan adikku yang risau melihat diriku...hehe dia takut ku terberanak di kereta kot... bagiku buat relax jer sebab sakit datang sesekejap!!!!  Setiba di hospital ku segera daftarkan diri... kali ini semuanya ku lakukan sendiri.. berdikari.. selalu harapkan Suami sahaja.

Walau bagaimanapun Alhamdulillah, sebelum tiba saat melahirkan pada waktu petang, Suamiku tiba di hospital dan ku sempat mohon restu darinya sebelum di bawa masuk ke labour room.. Seperti biasa sementara menanti kelahiran bayi, Suami menunaikan solat serta berdo'a pada Illahi agar di permudahkan isterinya bersalin.
 
Sepanjang mengandung kami tak pernah mahu mengetahui jantina anak (scan) kerana kami hanya berserah pada Allah jantina anak kali ini samada lelaki atau perempuan.. Biarlah ianya menjadi tanda tanya dan menjadikan ia menarik untuk pertanyaan teka teki sesama "baby boy or baby girl?"  Sedia maklum kelahiran sebelum ni berderet anak perempuan...

Di saat permulaan mengandung ku amalkan membaca satu do'a agar di kurniakan anak lelaki untuk anak ke 5 ini.  Yalah setiap ibu bapa berhasrat untuk mempunyai anak lelaki dan perempuan.. Semuanya ini adalah kuasa Allah.. sebagai hamba kita berdo'a sahaja dan menerima sahaja ketentuan Illahi.. dan kami terima dengan senang hati samada anak yang bakal dilahirkan itu lelaki atau perempuan dan sentiasa berdo'a agar anak yang dilahirkan itu sempurna dan sihat tubuh badannya... 

Sewaktu menanti kelahiran ku tak putus mengucap zikir dan istighfar, mengingati Allah SWT, secara tak langsung ia meredakan dan memberi ketenangan di saat kesakitan.  Saat yang di nanti tiba bila lahirnya bayi ke dunia  dan terdengar tangisan pertama. Nurse yang menyambut kelahiran bayi menunjukkan bayi yang comel padaku.. jelas kelihatan ianya seorang putera.. Kehangatan bayi terasa bila dakapan pertama di letakkan di atas dadaku... betapa bersyukur kehadrat Illahi dan gembira tak terkata... hilang segala kesakitan. Alhamdulillah syukur nikmat.

Tak lama kemudian ku dan bayi di bawa keluar dari labour room dengan stretcher trolley di iringi jururawat bertugas, Suami telah menanti di luar pintu dengan senyuman, dia pegang erat tanganku seraya bertanya, "anak lelaki atau perempuan?".  Sambil tersenyum ku berkata... "Lelaki!"  Ku lihat sinar kegembiraan di wajahnya bersyukur tentunya. Kepenatan dan lelah di hari tersebut bersambut dengan kelahiran seorang putera yang di nanti-nantikan.. Alhamdulillah!

Akhirnya do'a kami termakbul. Syukur Ya Allah!

Tiba di wad Suami mengangkat dan mencium wajah baru ini serta melafazkan azan ke telinga kanan dan iqamat di telinga kiri dengan iringan do'a agar anak ini akan menjadi hamba Allah yang patuh dan anak yang Soleh.... betapa bahagianya kami kerana telah lengkap keluarga kami.




Setelah di sahkan anak dan ibu sihat doktor membenarkan kami pulang ke esokan harinya 29.04.1998  (Rabu).  Adikku Noraini pula masuk wad di hari tersebut dan melahirkan anak ke 3 juga seorang putera selepas melahirkan 2 puteri sebelum itu.. Kehadiran dua hero ini selang sehari Muhammad Firdaus bin Abd. Jalil dan Muhammad Amiruddin bin Jamaluddin menambah seri di tahun baru hijrah 1419 yang penuh bermakna dalam sejarah keluarga. Semoga kami semua di pelihara Allah SWT dalam kesejahteraan dan di beri kebahagiaan hidup di Dunia dan di Akhirat. ~أمين~                        





"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." (Surah Ibrahim 40 - 41)

 

Duhai anak ku Muhammad Firdaus bin Abd Jalil! Jadilah kamu anak yang Soleh, patuh pada ajaran Agama dan ta'at perintah Allah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w... hadapilah hari mendatang ini dengan kekuatan dan kecekalan dengan iman penuh di dada.. sesungguhnya cabaran kehidupan masa kini adalah menguji iman dan penuh dengan pancaroba... amalkan segala ilmu yang telah kau pelajari sebagai perisai di dada mu. Do'a Ummi dan Abah agar kamu mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Duhai anak ku! Hormatilah orang yang lebih tua dari kamu dan sayangilah orang yang lebih muda darimu. Dengan peribadi yang murni akan mensucikan jiwa dari segala kejahatan dan di berkahi Allah dengan kebaikan. ~أمين~

 






Like father like son   








TO MY BELOVED SON, MUHAMMAD FIRDAUS,
UMMI, ABAH AND YOUR SISTERS WISHING YOU A HAPPY 12TH BIRTHDAY

...WE HOPE YOU'LL BE SUCCESS IN YOUR FUTURE LIFE... BE GOOD AND BE STRONG... WITH IMAN AND TAQWA...

I LOVE YOU MY BABY... YOUR LOVING ~UMMI & ABAH~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails