Pages


Friday, April 16, 2010

Salam Hari Jumaat!!!

Salam sejahtera di hari Jumaat yang mulia ini.. Semoga Allah menurunkan Rahmat di seluruh alam buat Hamba-hambaNya yang tidak luput berzikir memuji kebesaran Allah SWT dan tunduk sujud patuh kepada Pencipta Semesta Alam...
Allah Maha Pemurah walaupun ada HambaNya yang ingkar  namun mereka  tetap di beri peluang mengecapi kehidupan ini dengan penuh nikmat.


Semoga Allah membuka pintu hati mereka dengan memberi petunjuk dan minda yang terbuka pabila melihat Kebesaran Allah yang dapat di lihat ada sekeliling mereka dan menyedarkan mereka tentang ke Esaan Allah ...Semuanya ini adalah ujian dari Allah buat hamba-hambaNya berfikir dan beringat atas kewujudanNya. Taufiq dan Hidayah hanya dari Allah SWT. 

Sebagai hambaNya yang lemah.. adakalanya kita tidak sedar kesalahan diri sendiri sebab itu sifat kasih sayang sesama kita perlu sentiasa ingat mengingati diri dan sesama kita untuk sentiasa saling tegur menegur dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.


Firman Allah SWT,

"Demi MASA. (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula  berpesan-pesan dengan KEBENARAN serta berpesan-pesan dengan KESABARAN".(3)
(Surah Al-Asr 103: Ayat 1-3)









No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails