Pages


Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Sunday, October 8, 2017

Dua tahun berlalu...

Salam ku kirim buat tetamu di alam maya...  dah dua tahun rupanya tak mencatat dalam diari blog... lebih dari dua tahun sebenarnya.. jengah sekejap lepas tu hilang tak muncul-muncul..  macam tak sesuai je letak nama diari dan tak layak pun di panggil blogger kann.. Kekok pulak rasa untuk mengatur bicara.. nak menulis di buku diari dah tak rajin.. kenkadang ntah mana-mana di selitkan buku diari.. 

Tetiba termuncul pulak malam ni... pasal terpublish draf  post  di bawah ni.. ingat ke ikut tarikh draf tahun 2014.. rupanya ikut hari kita send artikal tersebut.. ha ha ha.. padan diri sendiri.. inilah bukti terlalu lama tinggalkan alam blog ni..

Sebenarnya banyak artikal yang bermanafaat yang di drafkan... kebanyakan copy and paste je.. sebagai simpanan dan bacaan untuk pengetahuan diri sendiri.. tapi adalah lebih baik jika kita sama-sama kongsikan ilmu ini untuk penambahan pengetahuan jika belum terbaca lagi sebelum-sebelum ini jika sudah baca kira sebagai bacaan ulangan la ya.. kebanyakan sumber ni pun asal di dapatkan dari internet juga.. 


Mohon pemilik-pemilik artikal yang saya copy and paste artikal-artikal anda yang saya kongsikan di blog ini agar menghalalkan perkongsian ilmu ini ya...  Semoga Allah memanjangkan kebaikan buat pemilik-pemilik blog yang menyebarkan ilmu-ilmu berguna ini untuk di manafaatkan.. 

Saya tinggalkan kredit buat pemilik artikal yang  saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.. Tabarakallah.


Friday, April 9, 2010

The Cedars Blogger Award dari Rakan Blogger. Siapakah pemberinya?? Sila baca blog ini :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRyJYPGsEPq3JocA8gORBnNzsFeD-Sl1t1uCp-fth6nmyJ5ONCTTlhtMWwBEaXXiD-sjP3MWvnKjHN6wh1UlltIAq3dbEwpTxuDMXHvBmMLR1zZalqf_mH9KK2DeOv_3mcumW0OGsjc-U/s1600/CEDAR+BLOGGER+AWARD.jpg 

Award  yang pertama kali di muatkan di N3 blog ini di ambil dari  Blog En. BEN tanda terima kasih beliau kepada rakan-rakan blogger yang baru dan lama.. Saya dalam kategori baru.. eheh! 
Dengan rasa gembira saya mengambilnya untuk menyerikan lagi blog ini dan menghargai ketulusan En. BEN membantu sesama blogger.



Award ini diterima oleh En. BEN dari sahabat bloggernya En. MSR  yang kini bertugas di LUBNAN untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang lain atas penghargaannya kepada blogger-blogger.  Terima kasih tak terhingga kepada anda berdua..

Semoga di hari Jumaat yang mulia ini Allah sentiasa memelihara kesejahteraan dan bertambah rezeki  juga  di berkati segala usaha mulia
Hamba-hambaNYA.


P/S:okay... sampai ketemu lagi bila kelapangan... nak menjaga Abah di hospital.

Tuesday, April 6, 2010

Blog

Salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di site ini.  Terima kasih juga buat follower yang baru saya kenali kerana berkesudian.  Terharu rasanya..  Credit to En. Ben berkali-kali lagi kerana mengenalkan mereka kepada saya...  Sejak itu barulah bermula blog ku ini di kunjungi dan semoga kita akan saling kenal mengenal selepas ini.. Saling tunjuk ajar apa yang kami orang baru tak tahu..   


Untuk pengetahuan follower seperti Erul, Izinkanku berbicara, Pika 93 dan Amethyst_gurlz93, Akak tak dapat nak masuk blog adik-adik kerana tak jumpa pintu masuk (ehehe maksud akak link).  Sekiranya adik-adik yang nama di sebut ni ada terbaca N3 ni sila tinggalkan link kat komen ni ya.. boleh akak add link dalam Blogs I'm Following.  Senang nak jejak nanti.

Seperti sedia maklum menjadi orang baru dalam blogspot ni...
ibarat baru sampai negeri orang yang kita tak tau selok belok jalan... nak mencari jalan baru tu masih terpinga-pinga lagi.. masuk link itu masuk link ini.. Akhirnya...sesat ntah di mana lah ni..  Sekarang sedang jejak balik jalan yang mula-mula saya kenali Blogspot ni... sebab format untuk 'Newpost' ni dah bertukar format pulak... Errrrrrrr!!! 

Saya nak balik font size tulisan yang sebelum-sebelum ini pilihan Large tapi dalam post entry tu sedaplah mata membacanya tak besar sangat dan tak lah kecil.. kira sederhanalah.. tapi format yang ini font yang ni saiz Large terasa besar lebih sikit dan normal dia jadi macam dalam entry  ni sekarang rasa macam tulisan kecil pulak... faham-faham jer la umur dah 40'an ni kalau boleh tak nak pakai kacamata lagi buat masa ni..    Lagi satu imej di profile follower hilang (kosong) tak tau camne nak edit.. cari-cari tak de jalan keluar..  Ada beberpa foto yang sudah di up load pun dah kena ngap... HUH!  (isk tak baik mengeluh kan).. tapi ni penyedap rasa bila baca ada bunyi...ehehe ganti emoticon.  Pastu Sites I've joined  dalam profile itu pun ntah kat mana dia tersorok.. dah tinggal berapa kerat je yang tinggal.. Adeih!!! Apo kono eyh Jang ngan my site ni.

Ntah apa yang saya dah KLIK dah jadi kelam kabut di buatnya... PENING!!! 
Macamana ekkk nak adjust balik format asal!!!                   Sabar la diriku..!!!







Friday, April 2, 2010

Terima kasih Ben Ashaari

Petang ni bila masuk ke rumah (blogspot) ni.. ku rasa ada kelainan.. rupanya sudah ada yang sudi menjadi follower di rumahku yang tak sepertinya ini.. Terima kasih tak terhingga buat insan yang berhati mulia Ben Ashaari yang sudi menjadi insan pertama sebagai  follower  dan memperkenalkan saya melalui rumahnya yang sungguh meriah itu.  Ben Ashaari memang tak kering idea sentiasa ada sahaja yang nak di kongsi bersama.. dan amat-amat pemurah dan baik hati.  Jadi tak hairanlah jika pengikutnya ramai dan pengunjungnya sudah hampir mencecah ke 6 angka. Bravo!!!  Ben akak kerap ke rumah Ben bila kebetulan ada N3 baru tau atau baca N3 yang terdahulu...terlalu banyak..jadi tak boleh nak habis sehari.. mau berbulan tu.. jadi jangan jemu kalau nampak akak keluar masuk ya... eheheh!!!

Selamat berkenalan juga buat Bond, Amir Izzat, Mat Gebu dan Mish Lolipop yang menambah seri rumahku ini.. kedatangan anda di alu-alukan..  Sekiranya ada masa terluang nanti saya akan singgah di rumah adik-adik semua ya..  Mat Gebu selalu juga saya singgah kat rumah Mat ni.. tapi belum berani menyapa.. tenguk resepi-resepi yang di hasilkan tu memang menyelerakan dan koleksi pinggan mangkuk tu memang sungguh cantik sekali. 

Minta maaflah ya sebab masih banyak kekurangan di sana sini dalam blog ini. Dah tua-tua ni baru nak belajar.. ehehe!! Sebenarnya lahirnya blog ini untuk mengubat rindu anak-anak yang berjauhan ketika ini.. itu yang lahirnya blog ini walaupun mereka tak menjadi ahli lagi tapi berkunjung secara senyap saja.

Ruang waktu saya untuk selalu berada di depan PC ni mungkin terhad pada waktu-waktu tertentu sahaja dan N3 pun mungkin tak sekerap mana.. Insya-Allah saya cuba menghadirkan diri sekiranya waktu mengizinkan ditambah pulak PC selalu meragam..  Terima kasih sekali lagi buat tetamu-tetamu yang sudi menziarahi rumah yang masih banyak kekurangan di sana sini.  Kedatangan anda saya alu-alukan.  Hingga bertemu lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails