Pages


Showing posts with label Misi semurni kasih. Show all posts
Showing posts with label Misi semurni kasih. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Kesinambungan MISI SEMURNI KASIH

Alhamdulillah berkat do'a semua ahli keluarga dan insan-insan dermawan yang di kasihi dengan keizinan Allah s.w.t. misi semurni kasih adindaku Norzie yang di jadualkan pada 30hb. Mei, 2014 hari Jumaat telah berjalan lancar setelah tertangguh sebelum ini.. (sepatutnya tarikh dalam n3 .. Misi semurni kasih -  pembedahan di jadualkan pada hari Rabu 21 Mei, 2014..)

Misi semurni kasih ni membabitkan 2 famili yang amat kami kasihi dan sayangi... Iaitu cucu sulung dan adik bongsu kami.

Cucu sulung saudara kami iaitu cucu sulung abang keduaku, anak sulung kepada anak saudara sulung ku Adzrie dan isteri Liz.. Mereka telah di kurniakan anak yang sangat di nanti-nantikan sejak mendirikan mahligai rumah tangga pada 9 Disember, 2011 di Kangar, Perlis. 

Puteri sulung mereka lahir pada 24 Julai, 2013 dan di beri nama Adra Afieya.. Kelahiran yang amat bermakna buat Adzrie dan Liz juga Mak Tok dan Tok Abah seisi keluarga.. kami ahli keluarga semua teruja dengan kelahiran cucu sulung ini..

Moyang Thom perolehi cicit pertama.. dapat menimang dan memangku dengan penuh mesra penyambung susur galur keluarga..

Alhamdulillah si comel penyeri dan pengerat kasih sayang.. lahirnya sehat dan sempurna..  jaundice ni perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru lahir..

Namun setelah Adra berusia sebulan dan bulan-bulan seterusnya bacaan kuning tidak berkurangan..  Mama Liz.. mula nampak kelainan pada baby Adra... badan dan mata kekuningan dan perutnya semakin mengeras dan agak membesar sedikit demi sedikit... Bila di rujuk kepada PPUM dan melakukan kasai barulah di kesan ianya adalah Biliary Atresia satu penyakit melibatkan bengkak hati yang kronik..

Pehak hospital berbincang dengan kedua ibu bapa Adra bahawa penyakit ini memerlukan pemindahan hati dan kosnya agak mahal.. dan pihak doktor dan hospital mencadangkan ianya di lakukan di Singapura kerana kepakaran boleh di perolehi di situ. Bagi mereka makan gaji adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi dana yang besar dalam suatu masa.. dan ianya sesuatu yang amat mustahil untuk mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat..

Inisiatif dari rakan-rakan Liz dan Adzrie maka tertubuhnya Foundation Fund buat Adra melalui FB: Donation For Adra Afieya.

Sambutan dan galakkan dari rakyat Malaysia dan saudara mara dalam membantu saat genting ini amat di hargai sehinggalah misi ini berjaya di laksanakan.

Doktor pakar dan pembantu-pembantu di hospital NUH, Singapura bertungkus lumus memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan dan pemindahan.. ianya memakan masa setengah hari... masing-masing menanti dengan debaran terutama kedua ibu bapa Adra dan suami adikku.. 

Kami yang berada di tanah air pun tak senang duduk menanti perkhabaran.. Setelah selesai segalanya di beritakan bahawa pembedahan dan pemindahan telah berjaya dengan pertolongan Allah yang Esa.... Syukur Ya Allah!! Allahu Akbar... hanya Allah jua tempat kami memohon segala-galanya.. Allah jua yang memakbulkan do'a hamba-hamba-Nya yang tak putus-putus berharap kepada-NYA. 

Alhamdulillah terkini.. penyumbang hati adindaku dan baby Adra yang masih dalam pemantauan doktor setiap seminggu sekali berada dalam keadaan sejahtera... Badan Adra dah berisi dan aktif seperti kanak-kanak sebayanya.

Buat kedua ibu bapa Adra yang banyak berkorban dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang Adra memerlukan perhatian sepenuhnya, agar kalian sekeluarga di limpahi Allah dengan kurnia-Nya sebagai keluarga penuh dengan sakinah dan kebahagiaan.

Gembira melihat keluarga mereka ceria kembali. Penuh dengan do'a dan senyum yang sentiasa mengiringi.

Syukur Ya Allah di atas Kasih Sayang dan Rahmat-MU.


-Nota ini di catat pada awal bulan Jun 2014-

(oopsss catatan ni dah lama sebenarnya setelah di edit baru di jelmakan - ingat ke dia muncul ikut tarikh di 'draft'kan.. mmm tak pe la.. ianya adalah tarikh ingatan yang tidak akan mudah di lupakan dalam sejarah keluargaku.  
Jumaat 30.05.2014 - 1 Syaaban 1435)

Monday, May 19, 2014

MISI SEMURNI KASIH


Kuala Lumpur International Airport, Sepang (KLIA)
Ahad - 18 Mei, 2014 (18 Rejab, 1435H).

Setelah selesai menghadiri dua majlis walimah bersama suami di kejirananku, selepas solat zohor ku dengan di temankan dua puteriku Nabilah (driver) dan Syima (co-driver) bergegas ke KLIA.   (Suami tak ikut sama sebab ada tugasan menanti di petang hari..)

Kami bertiga tiba di KLIA lebih kurang pada jam 2.50 p.m.  

Kami menyusul untuk menemui adik bongsuku dan suami di KLIA sebelum beliau berangkat dalam penerbangan menuju destinasi ke Singapura.  (Walaupun kami tinggal satu kawasan mereka telah di hantar ke airport oleh abang Ngah lebih awal lagi..)

Sempatlah kami bersembang sehingga jam 3. 45 p.m sebelum mereka masuk ke balai berlepas.  Jadual penerbangan dengan pesawat MAS jam 4.30 p.m.




Alhamdulillah pesawat selamat mendarat di Changi Airport, Singapore,  jam 5.25 p.m.  




Kami iringi do'a semoga niat murni mu akan di makbulkan Allah s.w.t. dan segalanya di permudahkan dengan izin Allah jua.. Cekal dan tabah ya adikku sayang.. sayunya hatiku!!  Kami sayang mu duhai adik bongsuku..  Mulianya jiwa mu setulus hatimu begitu juga dengan ke redhaan dari suami mu..  

Semoga Allah melimpahkan rahmat kesejahteraan usia, keberkatan dalam kehidupan sebanyak mana pengorbanan mu dan kesabaran mu ... di kurniakan anugerah berlipat-lipat kali ganda banyaknya oleh Allah s.w.t.  

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban:

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya:


Mafhumnya;


 10.  Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


11.   Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


12.  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.


13.  Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

surah as-Shaff : ayat 10 -13;




Firman ALLAH:


Mafhumnya;


39.  Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".


surah Saba’ : ayat 39;

sumber: http://suraualazhar.blogspot.com/2012/09/pengorbanan-dalam-perjuangan.html



WE LOVE YOU SO MUCH!!!


Sayup-sayup dari kejauhan ku melihat mereka melangkah kaki menuju ke gate 10..... dengan jutaan rahsia..............  Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui.. 

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails