Pages


Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Tuesday, January 16, 2018

MERAWAT IMAN

*Iman.*

*"Jadikan yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah."*

*"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu, perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."*

*Akhlak yang baik “Jaga lidah, jaga hati, jaga iman”*

*Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya.*

*Taqwa itu akan melahirkan akhlak. Taqwa adalah nilai manusia disisi Allah, Akhlak adalah nilai manusia disisi manusia.*

*“HablumminAllah Habluminannas”*

*Taqwa itu dorongan di dalam hati yang melahirkan perbuatan-perbuatan baik dengan mudah tanpa melibatkan pertimbangan dan pikiran dan akhlak itu buah kepada ibadah.*

*Lidah yang tajam akan menyakitkan hati manusia lain, lidah yang tajam akan memutuskan hubungan persaudaraan, lidah yang tajam akan membuat seseorang menyimpan perasaan dendam dan marah. Allah. Moga kita sentiasa menjaga lidah dan percakapan kita.*

*Apabila bergurau senda tidak perlu bergurau tentang kelemahan seseorang, tidak perlu bergurau berlebihan sehingga menyakitkan orang lain.*

Perkongsian Ilmu.
Semoga manfaat.

*Taknak sayang, jangan benci*
*Taknak kawan, jangan musuhi,*
*Taknak puji, jangan keji.*

– Taalim Ustazah Lenny

*MUHASABAH DIRI*

Wednesday, October 29, 2014

Setiap ucapan terluah pasti akan di hisab..

Muhasabah buat diri ku.... fikir dulu sebelum berkata-kata.. semak catatan yang di taip di blog sebelum di post  :)





Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. 


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.


3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.


5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.


7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.


8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.


9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.


10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.


_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.


Petikan dari FB - Kumpulan Nasyid Shoutul Amal

Wednesday, September 3, 2014

Secebis kisah di majlis meraikan pasangan pengantin

Majlis meraikan pengantin boleh di katakan setiap minggu.. tak kira musim cuti sekolah dah sekarang ni.. Menghadirkan diri di majlis kenduri kahwin ni pun adalah satu ibadah yang di tuntut agama dan perlu di penuhi jemputan tersebut.  Melainkan jika terdapat halangan yang tak boleh di elakkan.

Menerima undangan majlis meraikan pengantin tidak lagi hanya dengan kad jemputan tetapi paling mudah sekarang adalah dengan panggilan telefon, sms, whats app atau melalui laman sosial seperti  facebook (jemputan fb ini ada baik ada tidaknya.. tidak semua sahabat fb aktif ber'facebook' adakalanya terlepas hari majlisnya. Adakala tak perasan.)

Jika dahulu undangan saudara mara, mesti ada wakil keluarga berkunjung ke rumah-rumah saudara mara dan jiran tetangga untuk menyampaikan jemputan.  Namun kini menjemput in person dah hampir kurang di praktikkan.. walaupun masih ada segelintir yang merasakan ianya perlu kerana ia lebih manis dan molek.  Begitulah sikap orang-orang tua kita dahulu menjalin keakraban persaudaraan.. datang ziarah sambil menjemput.

Zaman ini dirasakan masa semakin singkat.. cepat 'benor' masa berlalu sekarang ni.. segala-galanya perlu di short cut, segalanya perlu di lakukan dengan pantas dan mudah, ia juga tidak boleh di persalahkan. Era melinium sekarang ni kebanyakan manusia sibuk dengan tugasan kerja dan aktiviti sampingan.. kerana bukan seorang sahaja sekarang yang menanggung sara hidup keluarga memandangkan barangan semakin meningkat harga.. suami isteri, anak beranak yang telah habis pengajian, bekerja bagi meringankan bebanan perbelanjaan.  Hujung minggu adalah masa rehat bersama keluarga atau melakukan aktiviti riadah.

Dalam majlis keraian kenduri-kendara ni la peluang kita bertemu saudara-mara dan adakala terserempak kenkawan lama masa sekolah atau pernah tinggal sekampung.. Menyambung silaturahmi... bersalaman, berlaga pipi, pelukan erat, tersenyum walaupun tak dapat nak bersembang sangat itu pun dah cukup indah untuk di kenang.. 

Nak di jadikan cerita minggu lepas pada tarikh hari merdeka hadir di beberapa majlis jemputan walimatul urus.. Di kedua-dua majlis tempat berasingan ni terserempak dengan sepupu..   Di satu majlis bertemu sepupu sebelah Emak, di satu majlis lagi bertemu sepupu sebelah arwah Abah.. saling bertanya khabar.. sebab lama dah tak berjumpa.

Kisahnya bila bertemu sepupu sebelah arwah Abah, sambil menjamu selera sambil kita mendengar alunan lagu yang di dendang.. sambil-sambil tu bersembang dengan isteri sepupu ni ..kekadang kita ni asyik ghairah nak mendengar cerita dan bersembang..  oleh kerana sound system kat majlis tu pun boleh tahan juga kuatnya.. sistem pendengaran asli kita ni pun adakala macam tersumbat.. orang cerita maksud lain yang kita dengar maksud lain.. 

Bila balik rumah suami beritahu... "lain kali kalau tak berapa nak dengar sangat jangan sambung cerita orang.. orang cakap lain awak cerita lain..."

Oh ya ke??? Patutlah yang mendengar seperti kehairanan je.. bila kita bercakap.. rupanya yang di maksudkan benda lain yang kita pulak terpandang benda lain. Yang kita dengar 'badan besor' je.. jadi yang kita terpandang memang seperti yang di kata. yang di sembang mengenai orang dewasa yang saya nampak budak jadi cerita pasal umur budak sekolah la... aduhai!!!  

Rupanya yang di maksudkan orang lain.. Jarak bersembang 5 kaki antara satu sama lain.. mana la nak dengar dengan jelas dengan bunyi speaker dengan alunan suara yang merdu juga kedengarannya.. Lain kali tak tahu butir bicara pucuk pangkalnya .. aku perlu berdiam.. pengajaran ni namanya... 

Bila terkenangkan balik nak tergelak ada nak rasa sedih pun ada... huh sedar diri dan semakin menginjak usia 5 series.. Muhasabah diri.. 

(31 Ogos, 2014)

Tuesday, January 1, 2013

Berfikir sejenak!!!


01.01.2013M / 19 Safar 1434H (Malam tahun baru masehi)

Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar! 

Bersyukur di atas rahmat Illahi atas kurniaan-Nya...
di anugerahi udara segar, nyaman dan masih bernyawa lagi di kala ini...

Sedih, pilu dan sayu.... apa yang telah kita lakukan sepanjang usia setakat ini .. sebagai Hamba-Nya penghuni sementara di bumi ini.. Adakah kita orang yang redha dan bersyukur atas segala nikmat yang telah di beri..atau sebaliknya?

Patutkah kita bersuka ria ... sedangkan ada saudara seagama kita sedang berduka ketika ini.. Muhasabah diri!!!

Friday, March 16, 2012

Hidayah dari Allah... indahnya ISLAM.. manisnya IMAN (Sheikh Yusuf Estes)

Hari Jumaat yang mulia, dengan rahmat kasih sayang Allah beri peluang untuk kita bernafas dan menghirup udaranya.. melihat sekeliling kita dengan penuh keinsafan.. mari kita muhasabah diri!!


Sheikh Yusuf Estes telah mengislamkan ribuan orang yang bukan Islam... bagaimanakah pendekatannya?   Sheikh Yusuf seorang beragama kristian sebelumnya memperolehi hidayah dari Allah S.W.T. kerana kebenaran yang di carinya hanya ada dalam ISLAM. Semoga Allah merahmati segala usaha murninya hingga ke Jannah!!


Salah satu majlis yang dihadiri majoriti mereka yang beragama Islam menjadi saksi pengislaman beberapa orang bukan Islam mengucap syahadah ... menusuk ke Qalbu.. menitis airmata kita menyaksikannya.  Di manakah kita yang lahir Islam?  Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita bergelar Islam.. adakah Islam pada nama atau Islam baka hanya menurut sahaja tanpa penghayatan sepenuhnya?  


Hayati dan tanya pada diri kita...





Masha' Allah... hidayah Allah menerangi hati manusia yang ingin mencari kebenaran.. Begitu indahnya Islam.. manisnya iman!!  Mereka yang memperolehi hidayah setelah mendapat iman mempraktikkannya sepenuh jiwa. SubhanAllah!! ALLAHU AKBAR!!



Tuesday, January 31, 2012

Sabar duhai hati!!!

Dengar....
diam tanpa kata...
pendam perasaan...
ikhlaskan hati... 
sabar..!!


bisik pada Illahi...
ampunilah dosa hambaMU yang lemah ini..
istighfar..
ingat Allah banyak-banyak..
sabar..!!


Sabar.. sabar.. sabar..
istighfar bagi tenang..
air mata bergenang...!!
Sabar..!!!



Tuesday, January 17, 2012

Peringatan buat diri ~ Muhasabah~ (Suara yang menggerunkan sebagai peringatan)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


Marilah kita sama-sama mendengar dan meneliti kejadian ini untuk di jadikan iktibar bagi memperbaiki amal dan meningkatkan iman kita agar sentiasa insaf dan muhasabah diri..(peristiwa ini telah terjadi beberapa tahun dahulu).


Terasa gerun tak???? Apa akan berlaku jika tiada persiapan yang cukup sebagai bekalan di alam sana nanti??  Ya Allah, ampunilah hamba-hamba-Mu yang sentiasa mencari redha-MU.. kekalkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman!!

Wednesday, December 14, 2011

Tidak perlu terlalu beremosi jika hati gundah gulana

Muhasabah diri adalah jalan terbaik untuk menilai diri jika rasa tertekan.. tidak perlu terlalu mengikut emosi.. dan luah segala rasa tanpa pertimbangan.  Perkara peribadi adalah rahsia diri dan tidak perlu di kongsi dengan semua orang terutama di laman sosial internet.. selesai dengan cara baik dengan memujuk hati dan tawajuh pada Illahi.. Hanya pada Allah kita memohon keredhaan dan ketenangan jiwa.


Banyak buruk dari baiknya jika kita terlalu beremosi.. kerana setiap kesalahan yang kita lakukan di turuti dengan teguran dan marah itu adalah untuk memperbaiki diri.. Kadangkala kita tidak sedar melakukan kesilapan dan merasakan apa yang kita buat itu semua betul.  Adalah lebih baik ada orang lain yang menegur kita dengan cara bijaksana agar tiada yang terguris hati..


Biasanya marah emosi dengan marah nasihat adalah perkara berbeza.. 
Marah emosi penyebab pergaduhan dan pertelingkahan tetapi marah berbentuk nasihat untuk menyedarkan kerana cinta dan kasih sayang.. 


Jadi jangan terlalu ambil hati bila di marahi.. ambil ia secara positif untuk kebaikan.. kerana ia adalah penyebab untuk kita sentiasa insaf dan tidak leka dengan kehidupan yang serba mencabar kini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails