~Memori~
Salam Syawal buat para sahabat yang di rahmati Allah.. semoga sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan di lindungi Allah SWT. Dah sebelas (11) hari Syawal berlalu.. Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa Allah hadiahkan kita dengan keberkatan Syawal.. di saat ini silaturahmi di pereratkan dengan menerima tetamu juga ziarah menziarahi saudara mara juga sahabat handai... sambil saling bermaaf-maafan.
Jika dahulu menjelang hari perayaan kita di hujani dengan kad-kad ucapan tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya dah lama tidak menerima sebarang kad ucapan hari raya sebagai ucapan pengganti diri. Berbeza waktu zaman kanak-kanak dulu bila dapat kiriman kad hari raya ni.. gembiranya hati bukan kepalang.. tapi kini sepi je .., dah tak de lagi kad bergantungan sebagai hiasan.. dan kenangan untuk di abadikan.. (rasanya ada lagi koleksi kad-kadku terima terdahulu yang masih tersimpan jika tidak di makan dek anai-anai) Di zaman ini ucapan telah berganti dengan kiriman di terima melalui pesanan ringkas (s.m.s) dan di internet seperti di laman sosial Facebook, Twitter, Tagged, e-mail ..
Beginilah peredaran waktu mengubah segalanya.. walaupun masih terdapat lagi kad-kad ucapan hari raya ini tapi sambutannya tidak seperti dahulu.. Kini ianya hanya popular di kalangan para korporat dan ahli perniagaan untuk klien-klien mereka..
Sebenarnya saya nak mengimbau kembali sejarah kami sekeluarga berniaga kad hari raya ni di bulan Ramadan beberapa tahun dahulu.. Kami mula mencuba jual kad hari raya ni pada tahun 2000.. di Kompleks P.K.N.S.. Idea ni timbul bila suamiku terfikir-fikir apakah jenis perniagaan yang mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.. Akhirnya abang ipar suamiku memberi jalan mencuba perniagaan semusim ini..
Suamiku memperolehi tapak berniaga dengan sewaan lebih kurang RM 3, 500.00 ke RM 4,000.00 sebulan.
Pertama kali untuk mendapatkan 'supplier'.. memerlukan modal tunai.. kerana mereka tidak mengenali kami.. perniagaan kad ucapan ini adalah secara 'consignment' (barang yang tidak terjual di kembalikan kepada 'supplier').. selepas pertama kali berniaga bayaran kami dan hasil jualan kami agak okay.. maka tahun-tahun berikutnya 'supplier' pula berebut mencari kami untuk menjualkan kad-kad mereka.. hehehe!!! Masa ni kami dah tak perlu sangat memikirkan modal kerana bayaran secara ansuran sehinggalah tamat masa mereka 'collect' semula kad-kad barulah kami selesaikan bayaran.. Ada banyak 'supplier' kad ucapan ini.. paling popular adalah kad Duta dan kad Creative... selain dari tu kami juga berurusan dengan Syarikat Prosperin dan ada lagi beberapa syarikat.. memandangkan ruang booth adalah terhad kami hanya mengambil beberapa rak dari setiap 'supplier' untuk mempamerkan kad-kad pelbagai jenis.. Ada beberapa kali di bulan Ramadan kami mendapat berniaga di dua tempat.. di Kompleks P.K.N.S. dan juga di Plaza Alam Sentral..
Di kala itu penjualan kad ucap hari raya ni memang bersaing dengan peniaga-peniaga kad raya terutama di toko-toko buku dan kompleks membeli-belah.. Walaupun persaingan sengit tapi sambutan jualan kad hari raya memang menggalakkan..
Untung ke jual kad raya ni..? Setahu kita kad raya ni murah je kan.. paling murah ketika itu berharga 60 sen sekeping dan paling mahal kad muzik berharga RM20.00. Kad popular adalah kad 'giant' sebesar naskah akhbar Harian Metro tu!!!
Jika tempat kita berniaga ni strategik dan ramai pengunjung jualannya pun agak memuaskan.. hasil jualan dalam anggaran lebih kurang RM 50,000.00 hingga ke RM 70,000.00 ... hasil bersih tolak modal dan sewa tapak ...boleh capai 5 angka.. antara RM 15,000 keatas...
Tapi tidak lagi buat masa sekarang.. jualan dikatakan merudum dan pada tahun 2006 adalah tahun terakhir kami berniaga kerana melibatkan sistem undian untuk mendapatkan tapak berniaga ianya bergantung pada nasib.. jika bernasib baik dapatlah jika tidak.. terpaksa akur dengan keputusan undian... bila tahun berikutnya tiada lagi nama kita naik.. tiada rezeki di situ.. rakan-rakan yang berniaga kad raya tahun tersebut sudah mula merungut kerana jualan semakin menurun.. rupanya ada hikmah di sebaliknya .... sehinggalah kini jualan kad hari raya semakin berkurang..
Masih ingat tak lagi sewaktu kad raya mendapat sambutan dulu pejabat pos terpaksa mengambil pekerja 'part time' untuk menguruskan kad-kad raya yang menimbun berguni-guni banyaknya..
Rindunya suasana itu..
Plaza Alam Sentral, Shah Alam - pelanggan sedang memilih kad.. nampak ramaikan!!!
Plaza Alam Sentral, Shah Alam - anakku Nabilah (kanan) juga turut membantu ketika ini beliau berusia 12 tahun... November, 2002
Plaza Alam Sentral - anakku Nurul 'Ain (kanan) berusia 11 tahun juga turut sama.. masing-masing merasa seronok terutama sewaktu berbuka puasa bersama..
Nabilah ketika ini sudah berusia 15 tahun (2005) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam..
Ruangan booth terhad... Ain sebagai kaunter di Plaza Alam Sentral, Shah Alam (2005)
Di Kompleks PKNS: suamiku yang membongkok sedang melayan pelanggan.. Perniagaan di Kompleks PKNS amat menggalakkan kerana pelanggan ramai berkunjung di sini sambil memilih pakaian dan juga juadah berbuka puasa.. juga urusan di pelbagai sektor kerajaan, bank yang bertempat di kompleks ini..
No comments:
Post a Comment